20081121

Lagi pilihan utama Obama

WASHINGTON – Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memilih bekas pemimpin Dewan Senat, Tom Daschle sebagai Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia.

Sementara itu, menurut laporan media, Obama dijangka menamakan Gabenor Arizona, Janet Napolitano bagi mengetuai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.

Menurut laporan CNN, seorang ahli perniagaan Chicago, Penny Pritzker, 49, kini menjadi calon utama menduduki jawatan Setiausaha Perdagangan. – AFP

No comments:

Post a Comment