20081216

K. T'ganu: PAS masih 'pening' nak letak siapa jadi calon?

SEPERTI Barisan Nasional (BN) yang belum umum siapa bakal mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu, saingannya PAS juga masih berteka teki siapa akan dipertaruhkan parti itu.

Walaupun PKR dan DAP sudah memberi laluan dan menjanjikan sokongan bagi membantu PAS menawan kerusi parlimen yang dimenangi BN pada pilihanraya umum lalu, PAS hanya akan tentukan calon mereka pada 21 Disember ini.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, berkata pemilihan calon itu akan dibuat selepas mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat di Kuala Terengganu, pada tarikh berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan pilihan raya itu, beliau bagaimanapun berkata, nama calon yang ditentukan itu akan diumumkan dalam program lain.

Nasharuddin yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, berkata di Kuala Terengganu, Khamis, pada masa ini kesemua 71 cawangan dalam parlimen berkenaan, diminta mengemukakan senarai calon untuk pilihan raya kecil itu.

Katanya, senarai nama itu akan dikemukakan kepada Badan Perhubungan PAS negeri untuk dipertimbangkan sebelum diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat.

“Biasanya, Pas negeri akan mengemukakan tiga nama kepada PAS Pusat untuk mendapat kelulusan bagi pemilihan calon,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan setakat ini, Pas Terengganu belum menerima senarai calon itu daripada cawangan dalam Parlimen Kuala Terengganu.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat secara peribadi mahu Naib Presdien parti itu, Mohamad Sabu dikekalkan menjadi calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Malah sayap wanita atau muslimat parti itu turut menyokong pandangan Menteri Besar Kelantan tersebut.

Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh berharap pihak PAS mengekalkan Mohamad Sabu kerana pilihan raya umum baru saja berlangsung dan tidak salah jika pihak PAS memilihnya semula.

Pada pilihan raya umum lalu, Mohamad Sabu kalah kepada Datuk Razali Ismail apabila calon BN itu memperolehi majoriti 628 undi.

Bagaimanapun, Pemuda PAS Terengganu pula mahu golongan muda dan profesional dicalonkan pada pilihan raya 17 Januari depan.

Antara nama disebut-sebut adalah Dr Mohd Khazani, bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), yang dikatakan dekat dengan pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali juga disebut-sebut sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil tersebut.

Dr Mohd Khazani mengetuai Significant Technologies Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terlibat dalam teknologi tinggi gentian optik.

Selain itu ada juga pemimpin PAS mahu supaya Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi ADUN Batu Buruk dan sudah mempunyai pengalaman sebagai ahli parlimen Kuala Terengganu selama empat tahun mulai 1999 dinamakan sebagai calon PAS pada 6 Januari depan. / Agendadaily


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat secara peribadi mahu 'Mat Sabu'

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com