20090406

Jamaluddin, Osman sedia isytihar harta

Dua ADUN bebas di Perak - Jamaluddin Md Radzi (Changkat Jering) dan Osman Jailu (Behrang) - bersedia mengisytiharkan harta masing-masing bagi membuktikan mereka tidak menerima sebarang habuan apabila menyokong BN menubuhkan kerajaan baru di negeri itu.

Jamaluddin dan Osman menyatakan kesediaan itu ketika diminta mengulas cabaran pembangkang yang meminta mereka mengisytiharkan harta bagi membuktikan mereka tidak mendapat sebarang habuan daripada BN.

bukit gantang by election pkr three defectors osman 060409 07Bercakap kepada Malaysiakini sebelum berceramah di Changkat Jering malam tadi, Jamaluddin (foto) mendakwa, isu tersebut merupakan "satu isu yang sengaja diada-adakan".

"Saya berhenti dari Jabatan Pos (pada) 1992. Lepas itu, saya berniaga sehinggalah (tahun) 2008. Sudah 16 tahun saya berniaga. Siapa yang nak mari rumah saya, (periksa harta) mari, saya relakan.

"Boleh semak akaun saya, apa kemudahan yang saya ada, berapa isteri yang saya ada, berapa anak saya, berapa rumah saya. Boleh, boleh (semak). Itu tidak jadi masalah," katanya.

Jamaluddin berkata beliau sedia berbuat pengisytiharan hartanya pada bila-bila masa sahaja.

Kempen untuk BN


Sementara itu, Osman pula menempelak Pakatan Rakyat kerana tidak melakukan perkara yang sama semasa memerintah Perak hampir setahun.

"Saya sanggup (isyhtihar harta). Dengan sukarela, saya sanggup. Sebab dalam Pakatan Rakyat pun, saya tengok tidak ada pun, selama sepuluh bulan (memerintah Perak)," katanya.

Sementara itu, Jamaluddin dan Osman berkata, kempen mereka membantu BN berjaya menarik sokongan pengundi India, terutama selepas kerajaan membebaskan 13 tahanan ISA, termasuk dua dua daripada lima pemimpin Hindraf.

bukit gantang by election pkr three defectors osman 060409 08“Bagi saya, itu yang saya nanti-nantikan. Kalau Datuk Seri Najib (Tun Razak) boleh bebas ramai lagi, lagi bagus,” tambah pesara tentera itu.

Osman (foto) juga menegaskan bahawa pandangannya yang menentang ISA tidak berubah sejak dari dulu lagi.

“Ya, memang sampai sekarang. Mungkin ada cara lain dan pendekatan yang kita boleh ambil lagi (selain menggunakan ISA),” tambahnya.

Kira-kira 70 orang hadir mendengar ceramah mereka malam tadi di 'Markaz Wakil Bebas' yang dibiayainya, khas bagi berkempen untuk BN.

Adik kepada Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Mohd Radhi Jamaluddin turut hadir berkempen, tetapi enggan ditemubual wartawan.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com