20090409

Kempen BN utamakan isu tempatan

Barisan Nasional (BN) mengutamakan isu-isu tempatan dalam kempennya dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau di Kedah.

Ketua Umno bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain berkata, BN menjalankan kempennya melalui ceramah berkelompak kecil dan kempen rumah ke rumah.

"Yang perlu diutamakan ialah masalah penduduk tempatan di situ," katanya ketika ditemui Malaysiakini petang ini.

bm version bukit selambau state seat 090209Katanya, dalam kempen tersebut, pihaknya juga membangkitkan soal ADUN Kawasan tersebut dari PKR, V Arumugam yang didakwa tidak berfungsi dan 'melarikan diri'.

Di samping itu, kata Tajul Urus, ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din (PKR) juga sukar ditemui.

Pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau diadakan selepas Arumugam meletakkan jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau serta exco kerajaan negeri awal Februari lalu.

Sebaliknya, tegas Tajul Urus berkata, kempen PKR menyentuh isu-isu yang besar seperti kes kematian A Kugan dalam tahanan polis Januari lalu.

Menurutnya, penduduk Bukit Selambau memerlukan wakil rakyat yang berkesan bagi membawa pembangunan di kawasan tersebut.

Beri penerangan

"Kita mahu menyedarkan pengundi bahawa hanya BN yang boleh memberi perkhidmatan kepada penduduk Bukit Selambau.

"Oleh itu, antara kempen dan strategi yang digunakan ialah ceramah berkelompk kecil dan membuat penerangan dari rumah ke rumah," katanya.

poster bn bukit selambau 310309Ditanya mengenai penyertaan 13 calon bebas dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau 7 April ini, Tajul Urus berkata:

"Calon-calon bebas ini penuh dengan angan-angan....tidak ada arah tujuan.

"Jika pengundi memangkah calon bebas, maka sia-sialah undi mereka kerana calon bebas tak ada matlamat...," tegasnya.

Tajul Urus berkata, BN mempunyai peluang yang cerah untuk merampas semula kerusi DUN Bukit Selambau.

Selain 13 calon bebas tersebut, dua lagi calon yang bgertanding bagi kerusi tersebut ialah S Manikumar dari PKR dan calon BN, Datuk S Ganesan.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com