20090406

PAS dakwa benderanya ditanggal petugas Umno

PAS mendakwa tujuh lelaki yang dipercayai petugas Umno melakukan provokasi dengan menanggalkan bendera PAS di Parlimen Bukit Gantang

Ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa berkata, kejadian tersebut berlaku di Trong malam tadi.

Menurutnya, tujuh petugas Umno yang menaiki lima kereta, ditahan oleh penyokong PAS kerana menanggalkan bendera parti itu.

Bagaimanapun, setelah di beri amaran, petugas-petugas Umno dibebaskan tanpa sebarang tindakan.

“Selepas diperiksa, banyak poster PAS berada di dalam kereta mereka,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak berhasrat untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Namun begitu, tambahnya, PAS akan terus mempertingkatkan kawalan untuk menghalang pihak tertentu daripada membuat provokasi di kalangan penyokong parti lawan.

Katanya, beliau juga telah mendapat maklumat kemungkinan bas dari luar Bukit Gantang menjelang hari mengundi.

Bilik gerakan AMK diceroboh


“Kita akan memastikan tiada pengundi hantu yang datang mengundi,” katanya.

Sementara itu, Naib Ketua AMK, Feriz Musa mendakwa sekumpulan lelaki dipercayai penyokong MIC telah menceroboh bilik gerakan AMK di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang hari ini.

Feriz berkata, mereka masuk secara tiba-tiba dan beliau sendiri tidak pasti mengapa mereka bertindak demikian. Mereka mengaku dari MIC.

Katanya, apabila exco AMK P Saravanan yang berada di dalam bilik gerakan tersebut meminta mereka keluar, kumpulan itu bertindak menolaknya.

Kejadian tersebut, kata Feriz, hampir menimbulkan pergaduhan tetapi berjaya dihalang oleh anggota FRU yang berada di situ.

“Saya meminta penyokong PKR supaya jangan bertindak secara liar sehingga mencetuskan kejadian yang tidak diingini,” katanya.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com