20090406

Pemuda Umno dakwa dikasari pembangkang

Enam laporan polis telah dibuat oleh Pemuda Umno di Bukit Gantang kerana didakwa dikasari pembangkang ketika melakukan kerja menaikkan bendera parti.

"Petugas-petugas saya nak naikkan bendera di kawasan biasa, bukannya di kawasan markas PAS, tapi mereka dihalau, dimaki hamun dan dipukul," kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

khairy jamaluddinSehubungan itu, beliau meminta polis meningkatkan kawalan keselamatan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada hari pengundian di kedua-dua kawasan itu esok, lapor Bernama.

Katanya, ini kerana pihaknya bimbang pembangkang akan melakukan tindakan provokasi.

"Saya minta polis dan Suruhanjaya Pilihanraya memastikan kedua-dua kawasan ini selamat dari provokasi dan sebarang tindakan ganas agar pengundi BN tidak keluar mengundi," katanya.

Khairy memberitahu pemberita demikian selepas melawat mangsa ribut di Kampung Bukit Rusa di Sungai Petani.

Dalam kejadian ribut dan hujan lebat petang semalam, hampir 50 rumah rosak termasuk sebuah yang ranap akibat dihempap pokok.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com