20090417

Penanti: BN siap sedia

KUALA LUMPUR 16 April - Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang kini telah dikosongkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, BN akan menunggu pengisytiharan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa DUN tersebut kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.

''Kita sentiasa bersedia untuk menghadapi semua pilihan raya kecil bila-bila masa.

''Kita akan tunggu pengumuman SPR atau Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk memaklumkan kekosongan kerusi di Penanti,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutup Persidangan Penjagaan Awal Kanak-Kanak Antarabangsa di sini hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Ne Penanti berkuat kuasa hari ini.

Utusan

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com