20090413

Penentang PPSMI tunggu kabinet Najib

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) mengambil sikap tunggu dan lihat berhubung dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan jangkaan rombakan kabinet bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak akan diadakan tidak lama lagi.

Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata pihaknya ingin mengetahui terlebih dahulu perubahan yang ingin dilakukan oleh perdana menteri baru itu melalui kabinet yang dibentuk kali ini.

"Yang penting, apakah ada perubahan besar dan radikal dalam kabinet ini? Apakah ia cuma kitar semula saja? Apakah ia prorakyat?" katanya, ketika diminta mengulas pengaruh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini kembali menyertai Umno, kelmarin.

"Adakah mereka memikirkan keutamaan negara melebihi parti?

"Jika mereka pentingkan negara, tentulah mereka utamakan isu bahasa dan kebudayaan dan mereka tidak akan fikir kepentingan puak-puak dalam parti."

Setiausaha gabungan itu Hasni Abas berkata, beliau secara peribadi turut menunggu keputusan berhubung PPSMI selepas terbentuknya kabinet kali ini.

"Apa-apa pun, kita tetap konsisten memperjuangkan (pemansuhan) PPSMI jika keputusan kabinet yang terbaru tidak memihak kepada tuntutan kita," katanya.

Kemasukan semula Dr Mahathir, yang memperkenalkan dasar kontroversi ini mulai 2003, bersama Umno termasuk sebagai penasihat tidak rasmi kepada Najib dan parti itu diramal akan menyulitkan lagi keputusan memansuhkan PPSMI.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com