20090407

PPP Kedah nafi ahli keluar beramai-ramai

Timbalan Pengerusi PPP Kedah, K Vadiveloo hari ini menafikan bahawa ahli parti itu di negeri tersebut, telah keluar beramai-ramai untuk menyertai PKR.

Bercakap kepada pemberita di sebuah hotel di Sungai Petani, beliau turut menafikan dakwaan Naib Presiden PPP, V Nagarajan - yang turut meninggalkan parti itu - bahawa ahli dari enam daripada 11 bahagian di Kedah, telah menyertai PKR.

Dalam satu ceramah di Sungai Lalang malam tadi, Nagarajan mengesahkan bahawa enam daripada 11 bahagian PPP di negeri tersebut, telah dibubarkan dan akan diserapkan ke dalam PKR.

bukit selambau ceramah umum sungai lalang 040409 crossover ppp nadarajanNagarajan (kiri) yang menyerahkan 300 borang keahlian kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, mendakwa 6,000 daripada 10,000 ahli PPP di Kedah akan turut menyertai PKR.

Mengulas mengenainya, Vadiveloo berkata: "Setakat yang kita tahu, hanya tujuh orang ahli yang bersamanya malam tadi, dan lima daripadanya telahpun dipecat dari parti," katanya.

Beliau menyifatkan Nagarajan - yang menyertai PPP pada 1998 selepas keluar dari MIC - sebagai seorang pemimpin tanpa sebarang sokongan dalam parti itu.

"Ketika menyertai PPP, beliau membuat banyak permintaan dan pemimpin kami dalam BN telah memberi banyak bantuan kepadanya tetapi dia masih keluar," katanya.

Laporan polis

Mppp kedah press conference  050409enurut Vadiveloo, beliau juga telah membuat laporan polis terhadap dakwaan Nagarajan bahawa 6,000 ahli telah meninggalkan PPP.

"Mungkin beberapa orang yang bersamanya tetapi bukan 6,000," tambahnya.

Katanya, ketua enam bahagian berkenaan telah mengadakan berjumpaan dengan 4,000 ahli mereka pagi ini dan memberi jaminan bahawa tidak ada cawangan yang dibubarkan.

Selain ahli PPP, timbalan ketua Umno cawangan Kampung Jerai, Marzuki Md Akib dan Nai Bao Seong - seorang pemimpin masyarakat Thai - turut menyertai PKR malam tadi.

Seramai 51 ahli Umno cawangan Kampung Jerai dan 104 orang masyarakat Thai turut menyertai PKR.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com