20090414

Thailand: Tentera nafi rampas kuasa

Thailand mengerahkan ratusan anggota tentera hari ini ke lebih 50 kawasan di kota Bangkok bagi membantu polis menguatkuasakan perintah darurat dan jurucakap tentera menafikan tindakan itu adalah sebagai rampasan kuasa.

Thai protesters in Pattaya against Asean summitJurucakap tentera Kol.Sansern Kaewkamnerd memberitahu stesen televisyen TNN bahawa kehadiran anggota tentera hanya untuk membantu pasukan polis dan meminta penduduk supaya tidak panik dengan langkah itu.

"Sudah tentu kami tidak melakukan sebarang rampasan kuasa," katanya, lapor Bernama.

Petikan klip televisyen yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan anggota tentera meronda di bawah jambatan berdekatan kompleks membeli-belah Central World dan Pathumnam tetapi akhbar harian 'Nation' melaporkan penunjuk perasaan antikerajaan berjaya merampas dua kereta kebal berhampiran pusat membeli belah Siam Paragon.

Thai protesters in Pattaya against Asean summitBeberapa stesen televisyen juga melaporkan bahawa penyokong bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, yang memakai baju merah, sedang berarak ke rumah Abhisit dan timbalannya Suthep Thaugsuban di Bangkok.

Terdahulu itu, Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva mengumumkan perintah darurat di Bangkok dan lima wilayah berdekatan bagi membendung kegiatan penunjuk perasaan yang memaksa pembatalan Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 di Pattaya semalam.

Abhisit Vejjajiva, yang membuat pengumuman perintah darurat menerusi televisyen kebangsaan, berkata perintah itu juga membabitkan Samut Prakan di mana terletak Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Nonthaburi,Pathum Thani, Nakhon Pathom dan Ayutthaya.

anti abhisit vejjajiva thailand protestors in pattaya asean summit  100409 03Pada akhir tahun lalu, lapangan terbang itu ditutup untuk beberapa hari berikutan tindakan penunjuk perasaan yang menentang kepimpinan Abhisit.

"Kerajaan mahu memulihan keadaan dan membawa keamanan di wilayah berkenaan," kata Abhisit yang berjanji akan mengambil tindakan drastik ke atas kumpulan penunjuk perasaan yang beliau menyifatkan sebagai "Musuh Awam".

Katanya Timbalan Perdana Menteri Suthep Thaugsuban akan bertanggungjawab melaksanakan perintah darurat itu dengan bantuan pasukan polis dan tentera.

Pengumuman perintah darurat itu dilakukan sehari selepas perintah sama diisytiharkan di Pattaya sebelum dibatalkan tujuh jam kemudian selepas kesemua pemimpin ASEAN dan rakan dialog mereka meninggalkan negara itu.

Keadaan di Bangkok menjadi tegang selepas polis menahan seorang bekas penyanyi popular dan bekas penggubal undang-undang Arisamun Pongruengrong, sekutu bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, hari ini kerana memimpin gerakan memprotes di Pattaya.

Perusuh "Baju Merah" bergegas ke Kementerian dalam Negeri di sini di mana Abhisit sedang mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan keselamatan negara.

Laporan berita televisyen menyebut Abhisit meninggalkan pejabat anti abhisit vejjajiva thailand protestors in bangkok 090409 04kementerian itu sebelum perusuh tiba tetapi beberapa orang cedera dalam pergelutan dengan anggota keselamatan dan beberapa das tembakan dilepaskan.

Pasukan polis dan tentera dijangka menyuraikan kira-kira 2,000 penunjuk perasaan anti kerajaan yang kini menghuni semua jalan menuju ke Rumah Kerajaan sejak 26 Mac lalu.

Bilangan penunjuk perasaan yang menjangkau 100,000 pada Rabu lalu, kini berkurangan kerana kebanyakan mereka pulang untuk menyambut festival Songkran (pesta air) bermula esok.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com