20090504

LPK diberi masa seminggu umum laporan PKFZ

Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) diarahkan oleh Kementerian Pengangkutan untuk mengumumkan laporan Pricewaterhouse Coopers (PwC) mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dalam masa seminggu, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat, hari ini.

Ong, yang juga melanjutkan perkhidmatan Datuk Lee Hwa Beng sebagai pengerusi LPK untuk satu lagi penggal selepas tempoh jawatannya berakhir pada 31 Mac lalu, berkata Lee diberikan masa seminggu dari hari ini untuk mengumumkan laporan itu, susulan bantahan awam terhadap pinjaman faedah rendah sebanyak RM4.6 bilion yang diberikan oleh kerajaan.

"Satu daripada keutamaan beliau sekarang adalah untuk memastikan pengumuman laporan PwC bagi Zon Bebas Pelabuhan Klang dan saya telah memberi masa seminggu kepada beliau daripada hari ini untuk berbuat demikian," katanya dalam blog beliau di www.ongteekeat.net.

PKFZ, yang dimiliki oleh LPK, dikonsepkan sebagai hab serantau bagi eksport dan pemindahan ke kapal barangan perkilangan. Ia menelan kos RM1.85 bilion, lapor Bernama.

Pada Mei tahun lepas, PKFZ melantik firma perakaunan antarabangsa PwC untuk menjalankan audit bebas bagi akaun projek PKFZ.

Audit tersebut dijalankan berikutan bantahan awam terhadap pinjaman faedah rendah besar yang diberikan oleh kerajaan.

"Saya difahamkan laporan PwC itu sudah siap, dan sesuai dengan janji saya sebelum ini, ia sepatutnya dimaklumkan kepada umum seluruhnya. Saya berjanji untuk memastikan ketelusan dalam isu ini dan saya akan mengotakan janji-janji saya," kata Ong.

Menurutnya, beliau telah mengarahkan LPK untuk mendapatkan khidmat firma bebas dan boleh dipercayai bagi memeriksa PKFZ dan kelewatan menyiapkan laporan

itu adalah disebabkan beberapa masalah teknikal termasuk pengubahan status dokumen kerajaan utama berkaitan dengan penyiasatan itu.

"Kini setelah laporan itu siap, wajarlah LPK yang menugaskan laporan itu, mengumumkan hasilnya."

"Selepas itu, saya mempertimbangkan menyerahkan laporan itu kepada MACC (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan Jawatankuasa Akaun Awam," katanya

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com