20090510

NAJIB DIKTATOR : Tiga ditahan sambut 'harijadi Altantuya'

Tiga ditahan sambut 'harijadi Altantuya'
May 6, 09 11:38am
malaysia youth solidariti send altantuya birthday cake to najib 060509 13kemaskini 12.20pm Tiga ditahan di depan kompleks pejabat perdana menteri di Putrajaya selepas cuba "menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang dibunuh tiga tahun lepas.

Kumpulan kira-kira 30 aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga menyerahkan sepucuk surat daripada bapa mangsa bunuh itu Shaariibuu Setev dan memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak.

Sani Md Shah ditahan jam 11.15 pagi apabila memegang kek hari jadi, sementara Saufi Mihat dan Yasir Sheikh Abdul Rahman ditahan tidak lama selepas itu sewaktu memegang kain rentang di depan pintu masuk kompleks tersebut.

Ketiga-tiganya kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah Putrajaya.

malaysia youth solidariti send altantuya birthday cake to najib 060509 05Kek seberat 2kg dan kain rentang itu yang dibawa oleh SAMM yang diketuai pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin turut dirampas polis.

Kek putih dan kain itu bertulisan "Selamat Hari Jadi Altantuya". Jika masih hidup, wanita itu kini berusia 31 tahun.

Setelah Badrul Hisham masuk ke balai, beliau dimaklumkan untuk hadir semula jam 2 petang ini.


[Laporan penuh menyusul]


SILA MASUK BLOG INI UNTUK SOKONG ISTANA / KERAJAAN KELANTAN

1 comment:

Unknown said...

kalau nak sambut harijadi siapapun tentulah tak salah...yang salahnya tempat yang tak kena....
ANWAR...ANWAR...kenapalah pengikut kau macam tu...

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com