Mungkin makcik Sally (lebih baik pakai nama auntie Sally) patut baca ulasan
harakah ini, supaya dapat pengajaran dan jangan terikut-terikut sangat
budaya UMNO.
Pemimpin politik wajar tonton 'Sajak Kematian'
*Mohd Nor Yahya*
Sun | Nov 23, 08 | 5:22:06 pm MYT
*KOTA BHARU, 23 Nov (Hrkh) - *Ketika masyarakat berdepan dengan isu gejala
sosial yang semakin parah sekarang mengapa pula usaha pihak tertentu
mengajak remaja menginsafkan diri cuba dihalang.
*Iklan*
<
http://www.mantop.com.my/>
Sepatutnya usaha tersebut perlu disokong kerana ia boleh mengembalikan
remaja kepada keinsafan dan dapat mengelakkan mereka terjebak dengan gejala
sosial.
Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani berkata,
berkata klip video Sajak Kematian tiada sebab cuba dihalang ditayang kepada
umum, kalau perkara itu boleh menimbulkan keinsafan.
"Mengapa sekarang ada orang kalut dengan Sajak Kematian yang ditayangkan
kepada pelajar sedangkan perkara itu boleh mendidik mereka dan dapat
mengelakkan daripada terjebak dengan gejala sosial.
"Penayangan klip video tersebut boleh memberi kesedaran kepada golongan
remaja kerana ia menceritakan bagaimana keadaan orang yang melanggar suruhan
agama ketika berada dalam kubur," katanya di sini.
Baru-baru ini, Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan
mahu video klip Sajak Kematian yang ditayang di sekolah disiasat kerana ia
dianggap tidak sesuai bagi pelajar sekolah rendah.
Mohd Khir berkata, kalau nak gambarkan sepenuhnya alam kematian tidak boleh
kerana perkara berkaitan alam ghaib hanya sekadar imaginasi sahaja.
Menurutnya, mungkin bagi mereka yang menentang penayangan klip video
tersebut merasakan tercabar dengan perbuatan mereka sekarang.
"Namun penayangan kepada anak di bawah umur yang belum akil baligh memang
tak sesuai sebab mereka ini tidak boleh memikirkan tentang baik dan buruk
secara mendalam," katanya.
Bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah Machang, Ustaz
Mohammad Awang berkata, penayangan klip video tersebut wajar bagi memberi
peringatan terhadap wujudnya alam barzakh.
"Rasulullah saw sendiri pernah ditanya apakah amalan yang paling baik
diamalkan, lalu baginda menjawab ialah mengingati kematian merupakan yang
terbaik," ujar beliau.
Kata beliau perkembangan alat-alat teknologi wajar dimanfaatkan bagi
pembikinan klip video seperti itu sebagai usaha mendidik golongan remaja
yang sudah akil baligh.
"Saya berharap klip video itu tidak diharamkan penayangannya tetapi pihak
yang terlibat kena memberitahu klip video tersebut hanyalah imaginasi dan
bukannya gambaran sebenar alam barzakh." katanya.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman
berkata, pembikinan klip video tersebut wajar ditayangkan kepada umum
terutamanya ahli-ahli politik, ketua-ketua jabatan, pemimpin masyarakat dan
banduan di penjara.
Menurut beliau setidak-tidaknya dengan ada peringatan seperti itu akan
mengelakkan mereka terjebak dengan perkara mungkar.
"Bagi saya ia wajar ditayangkan namun bukan untuk golongan kanak-kanak di
bawah umur," ujarnya.
Katanya beliau Sayid Qutb dalam kitabnya 'Tayangan Kiamat' telah
mengumpulkan ayat-ayat yang berkaitan dengan alam kubur, Padang Mashyar,
nikmat-nikmat di syurga dan azab neraka dalam kitab yang ditulisnya itu.
Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Ustaz Muhammad Mustaffa berkata, alam
ghaib tidak boleh digambarkan melalui pemikiran manusia.
"Tinggal lagi sejauh manakah penerimaan masyarakat umum terhadap penayangan
klip video tersebut dan masyarakat patut sedar ia merupakan imaginasi
pengarah klip video Sajak Kematian semata-mata, " ujar beliau. - mj/mks. _
2008/11/19 sally nann <
nannsally@hotmail.com>
> Pada pendapat saya, kalau hendakkan tindakan yang efektik, masalah
> hendaklah ditujukan kepada pihak yang berkenaan. Sebagai contoh, penayangan
> video sajak kematian dibuat di sekolah dibawah kuasa kementerian pelajaran.
> Bila ada komplain, kementerian pelajaran mengambil tindakan sewajarnya untuk
> menghalang penayangan sedemikian di sekolah sekolah. Saya tak rasa pulak
> sekolah sekarang ni ada menayangkan filem lucah ke filem tahyul dan hantu
> disekolah...
>
> Bila kita bincang tentang hal hal berkenaan penayangan filem berbentuk
> tahyul, hantu di tv, itu bukan didalam bidang kuasa kementerian pelajaran.
> Itu kuasa kementerian penerangan. Yang ironinya, filem filem berbentuk
> tahyul dan hantu tu selalunya di siarkan pada pukul 9.00 malam ke atas.
> Sepatutnya masa ini bukan masa untuk anak anak dibawah umurr 12 tahun masih
> menonton tv. Salah kementerian ke salah ibu bapa yang membenarkan anak2
> menonton cerita2 sedemikian? Kan ada trailer umur yang sesuai untuk menonton
> filem filem yang ganas, berunsur seks.
>
> Kalau semua masyarakat majmuk tak setuju cerita cerita berunsur tahyul dan
> hantu ni disiarkan, kenapa tak utarakan ke kementerian penerangan ke,
> jabatan agama ke, ban cerita cerita berbentuk begini. Kenapa nak marah ibu
> bapa yang melahirkan rasa concern dia pada pendekatan extreme ni? Lepas tu
> komen pasal siaran kat tv. Dua topik berbeza tak boleh di bincang pada satu
> masa sebab tersiarnya cerita2 di tv tu sebab tiada tentangan dari penonton
> secara generalnya.
>
> Kalau concern sangat pasal cerita berunsur tahyul di tv terutama cerita
> indonesia, buatlah petition wahai ibu bapa yang concern atau masyarakat
> majmuk yang concern untuk memberhentikan tayangan...atau lebih mudah jangan
> benarkan anak2 menonton filem filem sebegini. Tentu kementerian penerangan
> akan membuka mata dan memantau kualiti cerita yang disiarkan...
>
> Ada cara yang lebih baik untuk menerapkan nilai islam bagi kanak kanak
> bawah 10 tahun ni dari menyiarkan video sajak kematian. In fact banyak
> sangat pendekatan lain yang sama efektik. Cara menakutkan lebih efektik pada
> peringkat umur yang boleh berfikir dengan lebih jauh dan matang.
>
> Wallahualam.
..
> ------------------------------
> To: sahabatinteraktif@yahoogroups.com; respeks@yahoogroups.com;
> perisikrakyat@yahoogroups.com; harakahdaily@yahoogroups.com;
> ingatan@yahoogroups.com
> From: caring.mommy@gmail.com
> Date: Wed, 19 Nov 2008 01:05:17 +0800
> Subject: (INGATAN) Sajak Kematian Untuk Menteri Pelajaran
>
> Sajak Kematian Untuk Menteri Pelajaran<http://www.mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1066:sajak-kematian-untuk-menteri-pelajaran&catid=36:dalam-negara&Itemid=56> [image:
> PDF]<http://www.mykhilafah.com/index.php?view=article&catid=36:dalam-negara&id=1066:sajak-kematian-untuk-menteri-pelajaran&format=pdf&option=com_content&Itemid=56> [image:
> Print]<http://www.mykhilafah.com/index.php?view=article&catid=36:dalam-negara&id=1066:sajak-kematian-untuk-menteri-pelajaran&tmpl=component&print=1&page=&option=com_content&Itemid=56> [image:
> E-mail]<http://www.mykhilafah.com/index.php?option=com_mailto&tmpl=component&link=aHR0cDovL3d3dy5teWtoaWxhZmFoLmNvbS9pbmRleC5waHA/b3B0aW9uPWNvbV9jb250ZW50JnZpZXc9YXJ0aWNsZSZpZD0xMDY2OnNhamFrLWtlbWF0aWFuLXVudHVrLW1lbnRlcmktcGVsYWphcmFuJmNhdGlkPTM2OmRhbGFtLW5lZ2FyYSZJdGVtaWQ9NTY=> Selasa,
> 18 November 2008 13:39 www.mykhilafah.com Sejak rungutan pasangan suami
> isteri Micheal O'leary Abdullah dan Dr. Intan Sabrina Mohamad terhadap
> penayangan sajak kematian kepada para pelajar sekolah rendah, isu tersebut
> telah mengundang polemik pro dan kontra. Terdapat pasangan ibu bapa yang
> beranggapan bahawa video tersebut terlalu ekstrem dan boleh membawa kesan
> trauma kepada kanak-kanak. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamudin Tun
> Hussein pula dipetik sebagai berkata,
>
> "Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara
> berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap
> anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat,"
> [Malaysiakini, 11 Nov 2008]
>
> Sajak yang diselitkan pada sebuah sketsa mayat menghadapi seksaan kubur
> telah dijadikan bahan pengajaran oleh sesetengah pihak sekolah dengan tujuan
> untuk mendidik pelajar-pelajar sejak dari kecil agar tidak meninggalkan
> solat.
>
> Amat pelik, akibat rasa tidak senang ibu bapa melihat perubahan kanak-kanak
> tahap 1 dan 2 setelah menonton video tersebut, Kementerian dengan sepantas
> kilat mengarahkan penayangan video tersebut dihentikan, Sebaliknya
> filem-filem seram yang sarat dengan khurafat yang tumbuh bagai cendawan yang
> ditayangkan di kaca televisyen tidak pula dianggap ekstrem serta
> meninggalkan kesan trauma.
>
> Inisiatif guru-guru dalam kes ini amat mudah difahami. Generasi yang lahir
> dari acuan sistem pendidikan sekular semakin hari semakin jauh dari
> kehidupan Islam. Kes-kes jenayah dan salah laku yang melibatkan para pelajar
> semakin hari semakin meningkat akibat sistem yang hanya mementingkan
> pencapaian akademik dan meninggalkan aspek pembentukan syakhsiyah Islam.
>
> Memupuk para pelajar sejak dari kecil agar tidak meninggalkan solat,
> menjadi anak yang patuh kepada perintah dan larangan Allah SWT dilihat tidak
> sepenting mendapat 5A dalam UPSR. Ibu bapa akan berbangga apabila anak-anak
> mereka mendapat 5A walaupun anak-anak itu hakikatnya sering meninggalkan
> solat atau langsung tidak tahu cara untuk solat. Walhal Allah SWT berfirman;
>
> *"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari
> api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu."* [TMQ At-Tahrim
> (66):6]
>
> Hakikatnya, mendidik anak agar patuh kepada segala perintah dan larangan
> Allah SWT merupakan kewajipan sang ibu bapa dan jika dilalaikan akan
> mengakibatkan dosa besar terhadap ibu bapa dan akan di azab oleh Allah di
> akhirat nanti.
>
> Pada peringkat awal umur, anak-anak telah didik agar mentaati Allah SWT.
> Sungguhpun perintah solat tidak diwajibkan sebelum umur baligh, Rasulullah
> SAW telah mewasiatkan;
>
> *"Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat apabila berumur tujuh tahun,
> pukullah (jika tidak solat) apabila ia mencapai umur 10 tahun" *[ Hadis
> Riwayat Muslim]
>
> Dalam hadis di atas telah digariskan tahapan umur mendidik anak-anak agar
> mendirikan solat. Pada tahap umur 7 tahun hingga 10 tahun, anak-anak dididik
> mendirikan solat tanpa pukulan sebaliknya cukup dengan cara memotivasikan
> dengan kenikmatan syurga dan dengan cara ancaman dengan seksaan neraka.
>
> Jika ada pihak berpendapat bahawa video klip tersebut terlalu ekstrem untuk
> digambarkan kepada anak-anak di bawah umur, ini bermakna ia wajar
> ditayangkan kepada pihak yang sudah berumur. Sudah tentu sajak-sajak dan
> video klip yang menginsafkan seperti ini amat sesuai untuk Menteri
> Pelajaran, dan harus diperbanyakkan lagi untuk tayangan beliau agar beliau
> sedara bahawa kurikulum pendidikan sekular yang beliau terapkan hari ini
> akan melayakkan beliau untuk mendapat seksa dan azab Allah. Insya Allah jika
> Menteri Pelajaran sudah insaf, maka kita akan dapat melihat perubahan sistem
> pendidikan kita kepada sistem pendidikan Islam yang akan melahirkan generasi
> yang mempunyai syakhsiyah Islam yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunah
> sebagai panduan hidup, menggantikan falsafah dan dasar polisi pendidikan
> negara yang sekular yang ada sekarang.
>
>
> --
> Wanna think & feel beyond the ordinary ??? Visit www.mykhilafah.com
>
>
> ------------------------------
> Chat online and in real-time with friends and family! Windows Live
> Messenger <http://get.live.com/messenger/overview>
>