20101214

14 December 2010: Forensic Reports on Sime Darby’s loses of over RM2 billion will be kept secret!

by weechookeong
DARIPADA                : TUAN WEE CHOO KEONG (WANGSA MAJU)

PERTANYAAN         : LISAN

TARIKH                       : 14.12.2010


SOALAN:
Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana objektif NKRA boleh dicapai apabila laporan forensik mengenai kerugian Sime Darby Bhd berjumlah RM 2.09 billion dirahsiakan sedangkan Menteri Kewangan II memberikan jaminan kepada Dewan Rakyat pada Jun 2010 bahawa laporan siasatan forensic jururunding bebas KPMG dan Deloitte akan dikemukakan dalam Dewan Rakyat apabila telah selesai.


JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, objektif NKRA boleh dicapai jika dilihat bagaimana masalah kerugian bahagian tenaga dan utility Sime Darby Berhad (Sime Darby) ditangani. Kaedah penyiasatan dan penyelesaian dilaksanakan secara tersusun serta melibatkan kerjasam erat antara pihak berkuasa dan syarikat berkenaan.
  1. Sime Darby pada 20 September 2010 telah membuat pengumuman mengenai penemuan audit forensic ke atas kerugian yang berlaku bagi beberapa projek di bawah bahagian tenaga dan utilitinya dimana perunding-perunding perundangan dan forensik telah menemui berasaskan prima facie bahawa kemungkinan terdapat kemungkiran tugas dan tanggungjawab serta perlakuan yang tidak sepatutnya (breaches of duties and obligations and inappropriate conduct). Susulan penemuan tersebut, Lembaga Pengarah Sime Darby telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk membuat laporan kepada pihak berkaitan. Sime Darby turut membuat pengumuman susulan pada 22 September 2010 sebagai mana diminta oleh Bursa Malaysia.
  1. Sejak tarikh pengumuman tersebut dibuat, Sime Darby telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan turut telah memberi taklimat kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengenai penemuan audit forensik tersebut.
Sime Darby telah melantik penasihat perundangan kanan bagi tindakan undang-undang yang akan diambil ke atas mereka yang didapati telah membuat kemungkiran tugas dan tanggungjawab. Sehubungan itu, bagi tujuan memelihara kepentingan Sime Darby, penasihat undang-undang telah menasihatkan Sime Darby agar merahsiakan maklumat terperinci laporan audit forensik dan bentuk tindakan undang-undang yang akan diambil. Pihak Sime Darby akan membuat pengumuman yang berkaitan apabila tindakan undang-undang selesai kelak.

Note:
The forensic reports of the losses of Sime Darby should be tabled in Parliament and no one can sue.  All documents tabled in Parliament will be protected and there is absolutely immunity except if it is seditious.  In this case, there is nothing seditious as it will be about the mismanagement of Sime Darby. I believe the reports also contain the RM36 millions discount given by DBKL to Sime Darby for the purchase of the 70 cares of land in Bukit Kiarra.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com