Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

20090323

Agama Hindu ciptaan Yahudi - Tulisan tukang karut

Nak tengok tukang karut dalam Islam menulis sejarah Yahudi dan Hindu bolehlah baca artikel di bahawa. Andaian terlalu mudah
1) Yahudi - Samiri menyembah 'jla, anak lembu
2) Hindu sembah lembu

Kesimpulan mudah Yahudi ajar orang Hindu sembah lembu. Sedangkan penulis ini sendiri tidak jelas tentang Baqarah dan 'Ijla, tidak ada kaitan dengan lembu, bahkan kaum Yahudi yang sembah lembu itu telah bertaubat dengan membunuh diri2 mereka, berasaskan nas Al-Quran yang menjelaskan isu ini.

Kepada pengarang usahlah dok mengarang cerita merapu, tulislah benda yang berfaedah kepada umat, ini dok tak habis2 dengan Teori Konspirasi

Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.

Ahmus


20080818

Jangan Mempermainkan Agama: Anwar

Apakah wajar kita tunduk kepada perancangan segelintir komplot polis dan tokoh politik UMNO dan mempermainkan al-Quran dan agama?

Apakah isu ini selesai dengan bersumpah? Bukankan agama menetapkan beban pertuduhan pada yang membuat fitnah?

Perkara ini telah dirujuk ka Mahkamah Syariah menurut kaedah Islam. Sumpah diteruskan setelah doktor dan bukti alibi menolak samasekali kemungkinan ianya berlaku. Dalam masa yang sama, Saiful masih dalam kawalan polis!

Percanggahannya banyak sekali: Isunya samada rela atau dipaksa? Penglibatan Dato Najib, Rosmah, Polis tidak dijawab! Semua kenyataan dan tindakan dilakukan bersesuaian dengan strategi politik UMNO dan pilihan raya kecil.

Pada tahun 1998 Sukma dan Munawar juga bersumpah dimahkamah tetapi menarik kembali sejurus 3 bulan sesudah itu. Sebagai Muslim, saya rujuk ka Mahkamah Syariah dan biar mereka menentukan langkah selanjutnya.

ANWAR IBRAHIM

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com