Showing posts with label Apakah keputusan BN tidak bertanding bijak ?. Show all posts
Showing posts with label Apakah keputusan BN tidak bertanding bijak ?. Show all posts

20091013

Apakah PRU 13 Barisan Nasional Akan Terus Menerajui Tampuk Pemerintahan Negara

(1) Melihat kepada situasi semasa selepas Pilihanraya Umum (PRU12),Barisan Nasional mengalami satu Ombak Tsunami Politik yang amat dasyat kerana gagal mempertahankan majoriti 2/3 dan sekadar menguasai majoriti mudah di dalam Parlimen.

(2) Adakah ini tandanya pada PRU ke 13 yang akan datang, UMNO dan Barisan Nasional akan mengalami kekalahan yang teruk dan gagal untuk mentadbir Malaysia lagi???.

(3) Pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, seharusnya kita mengambil iktibar dan belajar dari kesilapan yang dilakukan. Sebagai contoh, Kerajaan khusunya kepimpinan Parti terlalu Ghairah untuk merampas kembali kerajaan Kelantah dibawah pemerintahan PAS sehingga mengambil mudah dan memandang remeh tentang negeri-negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional (Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak) sehinggakan Negeri ini dikuasai oleh pihak Pembangkang. Adakah semasa PRU ke 12 BN mengadakan Kempen secara sambil lewa kerana mereka menguasai negeri-negeri ini sebelumnya.. Dimanakah silapnya??

(4) Mungkin juga kekalahan yang dialami oleh Barisan Nasional disebabkan ada segelintir Ahli-Ahli Yang Behormat yang tidak dilantik semula untuk bertanding dikawasan mereka MEMBOIKOT calon yang mendapat restu daripada Presiden Parti..

(5) Kita mungkin tidak boleh menafikan Kempen-Kempen yang dianjurkan oleh pihak pembangkang menampakkan hasil dengan kemerosotan Majoriti Calon BN diseluruh negara. Sebagai contoh, Dalam Negeri Johor rata-rata dalam 1 Bulan terdapat 2 atau 3 ceramah yang merekan anjurkan. Walaupun kita tahu, dalam setiap ceramah yang mereka anjurkan, mereka akan menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk menghentam, mengherdik, mencaci, menghina Pemimpin Parti Kerajaan seolah-olah Pemimpin Pembangkang ini Maksum dari melakukan sebarang dosa. Boleh dikatakan, ada segelintir ahli UMNO yang menghadiri ceramah tersebut. Mungkin untuk mendengar Ceramah pihak pembangkang. Dan Ramai Ahli Atas Pagar yang masih mencari-cari dimana Parti yang benar-benar ikhlas untuk memerintah negara.

(6) Samada kita sedar atau tidak mengenai perkara ini, UMNO khususnya Biro Penerangan UMNO Malaysia harus mengambil langkah drastik untuk menarik Ahli-Ahli Atas Pagar ini untuk sama-sama berjuang dengan UMNO. Rata-rata dikalangan ahli ini adalah golongan Muda.

(7) Biro Penerangan UMNO harus merangka langkah Drastik untuk Merelevenkan UMNO dimata Golongan Muda dan dimata masyarakat seperti mengadakan Ceramah-ceramah isu semasa untuk menangkis Dakyah dan Tohmah Pihak Pembangkang (BUKAN HANYA DIADAKAN SEMASA PILIHANRAYA SAJA TETAPI SECARA BERTERUSAN). Mereka boleh menjemput Kepimpinan Tertinggi Parti (SEBAIKNYA AHLI MT, NAIB PRESIDEN, ATAU MUNGKIN TIMB. PRESIDEN DAN PRESIDEN UMNO) sendiri untuk turun ke setiap pelusuk di dalam negara ini bagi menjawab Isu yang cuba Disensasikan Oleh Pihak Pembangkang dan mendalami permasalahan yang dialami ahli akar umbi.

(8) Memilih calon anak tempatan disetiap kawasan yang dipertandingkan. Jika dahulu, orang akan mengundi dan memangkah parti tertentu tanpa meneliti dulu calon yang dipilih parti tersebut. Tetapi sekarang, mereka akan memastikan Calon yang dipertandingkan oleh sesuatu parti mestilah mempunyai Pendidikan, Calon yang bersih dari segala konspirasi dan dapat membawa arus kemajuan dikawasan tersebut.

(9) Kesimpulanya, UMNO akan terus Gah jika kita dapat menyatupadukan ahli kita sendiri. Sebagaimana Dato' Onn Jaafar menyatupadukan orang-orang melayu sehingga tertubuhnya Parti Keramat UMNO, kenapa tidak kita pada masa ini Mengambil semangat Dato' Onn untuk menyelamatkan Perpaduan yang telah tersemai sekian lama.

(10) Persoalanya, Adakah jika kita hilang kuasa politik mentadbir negara, ini baru Orang Melayu semua hendak bersatu padu???.. Adakah kita mahu melihat orang melayu menjadi bangsa asing di negara sendiri???..

Sama-samalah kita fikirkan dan renungkan..

1 Malaysia,
Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan..

Written By:
Ketua Penerangan UMNO Cawangan Rimba Terjun.

Bahagian Tanjong Piai
.
ppurimbaterjun.blogspot.com

20090524

Apakah keputusan BN tidak bertanding bijak ?

Kita akhirnya terpaksa menerima keputusan bahawa BN tidak akan bertanding di pilihan raya kecil Penanti atas alasan kerana kita tidak mahu melayan permainan politik Anwar Ibrahim yang pasti kita ketahui sedang menyusun satu demi satu pilihan raya kecil di kawasan kuat mereka. Pada mulanya ramai antara pemimpin UMNO dan ahli UMNO merasa agak janggal menerima hakikat pertama kali dalam sejarah BN sedari parti perikatan lagi bahawa kali ini BN tidak bertanding di dalam pilihan raya kecil.

Mungkin ada betul juga kita berundur kali ini kerana ada kala berundur dalam peperangan bukan bererti kita kalah , banyak pro dan kontra nya apabila BN menarik diri dari pilihan raya kecil di penanti kali ini. Kalah memangnya kalah di Penanti , jika mereka letak India jual botol pun mereka pasti akan menang di Penanti. Persoalannya sampai bila kita akan terus membiarkan keadaan ini berterusan di Permatang Pauh. Saya berada di Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh ketika Anwar Ibrahim yang mahu mengambil alih kerusi Wan Azizah baru-baru ini. Apa yang saya lihat sememangnya sukar untuk BN menang di Permatang Pauh.

Saya dapat melihat anak kecil sekecil 5 tahun memakai topeng Anwar ibrahim dan setiap kedai makan ada memaparkan program Anwar Ibrahim . Apakah alasan kita tidak mahu melayan kerenah dan permainan politik pembangkang ini akan memberikan kesan yang bertambah buruk kepada BN Permatang Pauh khususnya UMNO. Apakah itu benar-benar alasan kita ataupun kita punya alasan yang lebih pada itu yang memutuskan BN tidak bertanding di Penanti.

Rasanya Kita tidak perlu menafikan bahawa alasan sebenar dan yang utama adalah kelemahan UMNO Permatang Pauh itu sendiri. UMNO yang telah berpecah dan keadaan yang tidak stabil UMNO Permatang Pauh perlu diberikan perhatian oleh UMNO Pusat dan UMNO Pulau Pinang.Pergeseran antara pemimpin utama UMNO pPermatang Pauh perlu diselesaikan segera. Kemelut yang pernah membawa khabar angin yang mengatakan bahawa ada pemimpin utama UMNO yang mahu menyertai parti pembangkang membayangkan betapa kritikal nya UMNO Permatang Pauh.

Apakah yang akan terjadi dan apakah nasib ahli ahli UMNO selepas pilihan raya kecil Penanti. Apakah perasaan dan kesan psikologi yang akan dihadapi oleh ahli UMNO Penanti. Mereka akan terdedah kepada keterbukaan pilihan raya kecil Penanti , apakah mereka mungkin mereka akan merasa tersisih dan apakah mungkin akan ada pengaruh yang akan mendorong mereka untuk melihat parti pembangkang lebih hebat dari BN.

Kita pasti , walaupun Kita kalah di mana - mana pilihan raya , semangat ahli UMNO bertambah membara dan perasaan cinta kepada UMNO bertambah kuat kerana kita sama-sama turun berjuang menentang pembangkang dan sikap jijik mereka membuat kita lebih cintakan parti kita. Moral BN sebenarnya tidak jatuh walaupun kita tewas . Apa yang penting kita telah menyuntik semangat juang kepada ahli UMNO. Mungkin ada kebaikan dan mungkin ada keburukan apabila BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil hari ini , yang pasti UMNO perlu melakukan sesuatu , satu pembubaran pada UMNO Permatang Pauh , kerana jika UMNO Permatang Pauh masih tidak berubah , sampai bila kita tidak akan dapat menawan kembali Permatang Pauh dan sekiranya UMNO tidak memulakan sesuatu untuk memujuk pengundi Permatang Pauh , jawabnya kita akan terus tidak akan bertanding di Permatang Pauh.

Sebaiknya , jika UMNO Permatang Pauh tidak juga berubah, Tak payah lah bertanding pada pilihan raya Umum yang ke 13 nanti. Sebaiknya pada pilihan raya Umum nanti kita hanya bertanding ditempat -tempat yang kita boleh menang saja. Gombak , Bukit Lanjan , Bukit Selembau , Bukit Gantang , Kepong , Bukit Bintang , Kelang , Pengkalan Chepa dll tempat yang kita rasakan tidak selamat, tidak lah perlu kita letakan calon. Eloklah kita renung kembali , apakah keputusan yang telah dibuat oleh UMNO ini relevan atau tidak kerana kita masih belum terlambat untuk membuat keputusan.

news-walkdtalk09.blogspot.com

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com