Showing posts with label Lancar. Show all posts
Showing posts with label Lancar. Show all posts

20080830

Lancar tanpa banyak gangguan


AbdullaH ketika membentangkan Bajet 2009 di Dewan Rakyat semalam.


KUALA LUMPUR - Pembentangan Bajet 2009 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat semalam berjalan lancar tanpa banyak gangguan daripada pembangkang.

Sepanjang ucapan hanya dua kali pembangkang cuba menganggu iaitu ketika Perdana Menteri tersilap membaca 'menjana pesakit' berbanding teks asal menaja pesakit ketika membentang langkah untuk mengukuhkan pelaburan swasta di Iskandar Malaysia.

Perdana Menteri yang kemudiannya membaca semula teks tersebut kemudiannya menyindir pembangkang dengan berkata: "Sekali-sekala salah biasalah. Ini ada orang bersalah tak mengaku."

Ahli Parlimen pembangkang kemudian sekali lagi cuba membuat 'bising' apabila Abdullah mengumumkan isi rumah yang menggunakan elektrik RM20 dan ke bawah tidak perlu membayar bil.

"Membazir, membazir" kata ahli-ahli parlimen pembangkang.

Kemudian, wakil rakyat Barisan Nasional (BN) juga dilihat membalas balik sindiran pembangkang itu apabila menyebut 'betul, betul' apabila Abdullah mencadangkan bajet tersebut menyediakan peruntukan RM5.4 bilion bagi meningkatkan keupayaan polis kerana ketenteraman awam dan keselamatan negara tidak boleh dikompromi.

Perdana Menteri dalam pada itu turut menerima ketukan meja yang gemuruh daripada wakil rakyat BN dari Sabah dan sarawak apabila mengumumkan kedua-dua negeri itu masing-masing akan mendapat peruntukan RM3 bilion dan RM3.3 bilion bagi melaksanakan projek infrastruktur.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

20080819

Hisham lancar 'Tukar Tiub' di Ptg Pauh

Penulis kolum Malaysiakini Hishamuddin Rais kali ini melancong ke Permatang Pauh dengan gaya baru - menulis blog tentang sosio-budaya kawasan kerusi parlimen itu disela-sela kehangatan kempen "ibu segala pilihanraya".

Dalam bahasanya, beliau menggelarnya "la grande battaile" tetapi bukan dalam konteks perlawanan fiesta lembu melawan manusia seperti disaksikannya di Sepanyol 20 tahun lalu.

"Kali akhir saya melihat fiesta yang ampuh dengan ribuan manusia ialah di Pamplona pada tahun 1988. Ini fiesta manusia lawan lembu yang diadakan di kota ini selama satu minggu bermula pada 7 Julai saban tahun," katanya hari ini.

"Pada 16 Ogos, fiesta di Permatang Pauh bukan lembu lawan manusia tetapi Pakatan Rakyat bangun melawan untuk menundukkan Barisan Nasional - la grande battaile."

Nama blog Tukar Tiub - yang khusus dibangunkan bersempena pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 26 Ogos ini - diambil daripada iklan penyedia khidmat menukar tiub motosikal yang sering dilihat di tepi-tepi jalan, khususnya tempat perhentian di pinggir lebuh raya.

"Tukar Tiub bukan macam Youtube walaupun bunyi seakan-akan sama. Tidak ada babak terlarang di Tukar Tiub," katanya, sambil ketawa.

"Tukar pemimpin politik tidak sama dengan tukar tiub. Tetapi kalau tayar dah pancit, kena tukar tiublah."

Hishamuddin, yang sering tidak bersetuju dengan gaya penulisan blog di negara ini, akhirnya menyertai arus keghairahan orang ramai termasuk ahli politik dan pemimpin negara membangunkan blog masing-masing selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Dalam artikel pertamanya di blognya itu (www.tukartiub.blogspot.com), bekas tahanan akta ISA itu juga menceritakan suasana sewaktu hari penamaan calon, termasuk kesesakan yang dialami penyokong kedua-dua parti utama yang bertanding, PKR dan BN.

Sewaktu dihubungi hari ini, Hishamuddin berkata beliau akan berkampung 24 jam sehari di kawasan itu hingga selesai pilihanraya kecil ini untuk melontarkan coretan-coretan pendek tentang Permatang Pauh.

20080818

Pasca Penamaan Calon: ‘Alhamdulillah Semuanya Lancar’

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sepanjang proses penamaan calon pagi tadi.

Say terharu tatkala mengenang kembali saat dipilih mewakili rakyat Permatang Pauh hampir 26 tahun yang lalu. Kini selepas 4 tahun bebas daripada penjara, diri kerdil ini terasa umpama sireh pulang ke gagang.

Saya terharu tatkala mengenang kembali saat dipilih mewakili rakyat Permatang Pauh hampir 26 tahun yang lalu. Kini selepas 4 tahun bebas daripada penjara, diri kerdil ini terasa umpama sireh pulang ke gagang.

Jutaan terima kasih buat Tuan Guru Nik Abd Aziz, Sdr Lim Kit Siang, Sdr Mohd Sabu, Sdr Karpal Singh, Sdr Husam Musa, Sdr Lim Guan Eng, Dr. Lo’Lo, serta teman pimpinan Pakatan lainnya. Komitmen Dr. Syed Husin, Sdr Azmin, Sivarasa, William Leong, serta pimpinan KeADILan seluruh negara yang berkumpul di Permatang Pauh sangat menyuntik semangat. Demikian juga buat puluhan ribu penyokong dan pendukung Pakatan Rakyat yang hadir menyatakan sokongan pagi ini.

Jentera kempen sudah dipersiap dan perlu kekal mantap selepas ini. Masanya telah tiba untuk kita semua berjuang demi masa depan Malaysia yang lebih gagah perkasa.

Gelanggang telah dibuka. Ayuh, kita gerakkan rakyat demi nusa!

ANWAR IBRAHIM

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com