Showing posts with label Pokok. Show all posts
Showing posts with label Pokok. Show all posts

20090304

Sidang bawah pokok tidak bertamadun: Azalina

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini berkata tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V Sivakumar dan 27 anggota dewan yang terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas menghadiri persidangan dewan di bawah pokok adalah satu tindakan yang tidak bertamadun.

"Ia juga merupakan satu penghinaan kepada Sultan Perak (Sultan Azlan Shah). Apa yang pembangkang buat ialah melaksanakan undang-undang rimba ," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama

20081127

Penangguhan Mesyuarat Perwakilan Wanita Pokok Sena Atas Arahan Setiausaha Agung

ALOR STAR, 27 Nov (Bernama) -- Penangguhan mesyuarat perwakilan Wanita Umno bahagian Pokok Sena dibuat berdasarkan arahan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berikutan dakwaan terdapat 18 cawangan yang tidak sah, kata Setiausaha Umno Bahagian Pokok Sena, Ramli Mohamad Yunos.

Beliau berkata penangguhan itu tidak berpunca daripada Ketua Wanita bahagian Datin Salmah Mat Isa yang didakwa memberi pelbagai alasan bagi menunda mesyuarat sebanyak empat kali.

Ramli berkata bahawa dalam suratnya bertarikh 25 Nov, Tengku Adnan menyerahkan kepada Badan Perhubungan Negeri untuk berbincang dengan Wanita Umno Pokok Sena bagi menetapkan tarikh mesyuarat.

Salmah, yang turut hadir, berkata beliau telah mematuhi segala arahan dan sama sekali tidak cuba untuk melengahkan mesyuarat perwakilan bahagian.

Katanya beliau akan berbincang dengan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini bagi menetapkan tarikh mesyuarat perwakilan Wanita Umno Pokok Sena.

-- BERNAMA

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com