Get the latest info on Dunia Politik direct. Analisa Politik. Informasi tentang parti-parti Politik dan keadaan politik di segenap pelusok dunia. Home · Messages. Members Only; Post; Files; Photos; Polls; Promote ? Already a member? Sign in to Yahoo! ...
20090104
Akhirnya...Rahim layak bertanding
Beliau memperolehi pencalonan berkenaan daripada UMNO Bahagian Seremban yang bersidang semula hari Sabtu.
Turut dicalonkan bagi jawatan itu iialah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Mengulas mengenai pencalonannya itu, Rahim yang juga pemerhati Majlis Tertinggi (MT) ke persidangan Bahagian itu bersyukur kerana mendapat pencalonan yang melayakkannya bertanding.
Tambahnya, walaupun agak lewat melepasi kouta syarat layak bertanding dan jumlah pencalonan yang terendah di kalangan calon-calon lain, Rahim yakin untuk meraih undi dalam pemilihan akan datang.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada UMNO Bahagian Seremban kerana memberi sokongan ini. Akhirnya saya melepasi kuota untuk bertanding jawatan tersebut dan ini merupakan pencalonan akhir yang dibuat di bahagian Seremban. Pencalonan dari Seremban ini akan membolehkan saya membuat keputusan untuk bertanding bagi jawatan tersebut bersama calon lain,” katanya.
20080830
McCain akhirnya pilih Palin
DAYTON – Calon Presiden Amerika Syarikat mewakili Parti Republikan, Senator John McCain semalam memilih Gabenor Alaska, Sarah Palin sebagai regu untuk menghadapi pilihan raya pada 4 November depan.
Stesen televisyen Fox dan CNN menyatakan sumber-sumber mengesahkan pemilihan Palin yang berumur 44 tahun dan dianggap sebagai mengejutkan.
Pemilihan Palin yang merupakan seorang wanita dianggap untuk menarik sokongan pengundi Senator Hillary Clinton yang gagal untuk menjadi calon Presiden AS selepas tewas kepada Senator Barack Obama. – AFP