Harakahdaily
HULU SELANGOR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyuarakan komitmen membantu calon Pakatan Rakyat daripada PKR, Datuk Zaid Ibrahim, sebagaimana yang dilakukan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur pula berkata, komitmen yang ditunjukkan oleh Nik Aziz bersama para pemimpin DAP, PAS dan PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kali ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat jauh lebih menghayati konsep kepelbagaian kaum dalam konteks Malaysia.
Berbeza dengan BN, beliau berkata Umno dilihat bersikap hegemoni sebagaimana yang dapat disaksikan dalam Dewan Rakyat kelmarin.
"Apa yang berlaku dalam Parlimen semalam, dalam isu memangsakan (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim (di bawah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen) di mana empat Ahli Parlimen berbicara untuk BN dan Pakatan Rakyat.
“Mewakili Pakatan Rakyat, selain Anwar sendiri, Azmin mewakili Perti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Mahfuz Omar mewakili PAS dan saya mewakili DAP, kita cakap bagi pihak Pakatan Rakyat," ujarnya pada sidang media di Rumah Tamu Kuala Kubu Baru, malam tadi.
Tuntas dari hegemoni Umno itu, sekiranya P. Kamalanathan dipilih menjadi ahli parlimen, beliau berkata, calon MIC tersebut tidak mungkin boleh menyuarakan hasrat serta harapan sebenar rakyat Hulu Selangor kelak.
Turut menyertai sidang media itu ialah Tuan Guru Nik Aziz, Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Zaid.
Get the latest info on Dunia Politik direct. Analisa Politik. Informasi tentang parti-parti Politik dan keadaan politik di segenap pelusok dunia. Home · Messages. Members Only; Post; Files; Photos; Polls; Promote ? Already a member? Sign in to Yahoo! ...
Showing posts with label harakahdaily. Show all posts

20100424
20100305
Rencana BH kena batang hidung pemimpin Umno
Oleh Mohd Sabri Said
GEORGETOWN, 4 Mac: Apa yang ditulis dalam Berita Harian (BH) semalam kononnya ‘Orang Melayu Pulau Pinang Semakin Terpinggir’ ibarat meludah ke langit akhirnya terkena batang hidung kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) sendiri.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut kesal terhadap penyiaran berita bermotif memburuk-burukan Kerajaan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak pandai memerintah serta bersikap tidak mempedulikan orang Melayu Islam sehingga sanggup merampas hak mereka yang berniaga, meroboh gerai serta berlakunya kemerosotan ekonomi golongan minoriti itu sehingga menyebabkan mereka berpindah ke negeri lain.
“Apa yang berlaku bukan salah Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang sebaliknya Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana dasar yang menjadi amalan kerajaan terdahulu menyebabkan gejala tersebut berlaku.
“Kita baru dua tahun memerintah mana mungkin boleh melakukan kezaliman sedemikian rupa dan kita tidak akan mengamalkan dasar yang sama dengan BN,” tegas beliau dalam sidang media di pejabatnya, semalam.
Katanya, penghijrahan orang Melayu berlaku sejak dulu lagi apabila Umno yang berkuasa tidak bertindak membantu masyarakat Melayu khususnya di Balik Pulau, Bayan Baru, Jelutong, Tanjung Bungah dan banyak lagi tetapi menekan dari belakang dengan memberi peluang golongan elit dalam Umno menikmati kemewahan manakala orang bawahan dibiarkan menderita kehilangan kampung halaman.
“Siapa yang harus dipersalahkan bila bilangan Melayu semakin mengecil melainkan Umno yang merupakan juara Melayu atau tulang belakang perjuangan orang Melayu. Orang ramai akan bertanya apa yang mereka laksanakan demi kebaikan masyarakat Melayu sepanjang 50 tahun memimpin bersama komponen dalam BN,” katanya.
Umno yang mempunyai 11 kerusi dan empat orang Exco Kerajaan BN termasuk seorang Timbalan Ketua Menteri dahulunya tidak berjaya membawa Melayu keluar dari kepompong cuba sekadar mengheret tangan-tangan yang rapat dengan kroni sahaja.
“Umno hanya berjaya meningkatkan tahap sosial ekonomi Melayu Umno sahaja bukan rata-rata bangsa Melayu yang berada di bawah, ” katanya.
Bercakap tentang tiga projek besar di Pulau Pinang kononnya kerajaan sekarang sengaja menghakis kedudukan Melayu, beliau berkata, tidak pernah Kerajaan Pakatan Rakyat berbuat demikian kerana semua projek seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Penang Global City Centre (PGCC) merupakan projek Kerajaan Pusat dan dilaksanakan pada era pemerintahan BN.
Semasa Pakatan Rakyat memerintah, sambungnya, langkah pertama ialah membatalkan projek PGCC yang bukan sahaja menguntungkan koporat tertentu bahkan merugikan kerajaan.
Begitu juga dengan NCER yang sampai kini sunyi bersesuaian dengan pengasasnya yang kini tidak berbisa lagi iaitu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau turut menjelaskan projek Tanjung Pinang di Tanjung Tokong juga dikaitkan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat kononnya menghalau orang Melayu dari situ secara halus.
“Sebenarnya projek besar dibuat oleh Kerajaan BN dan menyerahkan kepada Syarikat Uda untuk dibangunkan. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat cuma masuk campur mendesak Uda membina ‘Kampung Warisan’ seperti mana yang diinginkan oleh penduduk asal Tanjung Tokong,” ujarnya.
Apa yang diperkatakan oleh Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Karim, semua bermatlamat fitnah untuk mengais simpati terhadap perjuangan menegakkan benang yang basah.
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat langsung tidak pernah menghalau penduduk Melayu dengan tujuan menjadikan pulau ini sebagai tempat tinggal orang Cina serta menaikkan taraf dan mempromosi pulau yang terkenal dengan panggilan Pulau Mutiara untuk didiami oleh penduduk yang kaya sahaja.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man ketika ditemui membidas kenyataan Jais Karim dengan menggelarkan golongan terbabit sebagai ‘hero tua’ kerana apa yang mereka perkatakan telah lama diperjuangkan oleh PAS ketika menjadi pembangkang di Dun Pulau Pinang.
Katanya, PAS waktu itu diwakili oleh Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman telah beberapa kali membangkitkan ke mana arah orang Melayu di Tanjung Tokong jika projek mewah dilaksanakan di situ.
Tetapi, isu berkenaan tidak mendapat reaksi daripada Umno malahan acap kali mempersendakan ucapan beliau yang menggangap ucapan itu melalut ekoran PAS tiada sokongan di Pulau Pinang.
“Apa yang diperjuangkan oleh GPMS semuanya ada dalam kocek PAS kerana selama ini kami bersuara pada BN tetapi malangnya tidak diberi perhatian,” tambahnya yang juga Adun Permatang Pasir.
Soalnya, kenapa tiba-tiba Jais menjadi hero dalam soal itu.
“Dulu ke mana beliau menghilang seolah-olah tiada dalam negara ketika projek tersebut mendapat bantahan penduduk,” ujarnya.-Harakahdaily

20100302
MCA bidas Ibrahim Ali
Sumber Harakahdaily
KUALA LUMPUR: MCA hari ini membidas sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang mendesak kerajaan menghentikan pemberian projek atau tender istimewa kepada syarikat korporat Cina yang tidak tahu berterima kasih.
Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Ti Lian Ker, Pengerusi Biro Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan MCA
Bagi beliau, kenyataan Ibrahim berlandaskan ras dan berbau perkauman adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan sentimen prasangka perkauman yang semakin menebal dalam negara kita.
Kenyataan sedemikian akan menimbulkan ketidaktenteraman bangsa Malaysia yang sedang diancam oleh ancaman luar dan dalaman di mana keharmonian negara buat pertama kalinya terancam oleh pelbagai isu nasional yang sengaja diwar-warkan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda merosakkan ketenteraman negara, katanya.
Bagi Ti, kenyataan Ibrahim itu seharusnya merujuk kepada semua kaum berlandaskan prinsip-prinsip yang murni dan bukannya mendedahkan kehodohan muka perkauman Ibrahim yang berselindung di bawah pertubuhan Perkasa dengan agenda politik peribadi semata-mata.
"Minda zero sum game berlandaskan batasan kaum juga akan merugikan negara dan bangsa dalam kegawatan ekonomi yang sedang dihadapi oleh semua," katanya.
Beliau menyifatkan, kenyataan Ibrahim yang melulu dan tidak berasas adalah satu strategi politik lampau yang tidak boleh lagi diguna pakai dalam era 1Malaysia yang mempromosikan keberkesanan dan sumbangan positif kepada pembangunan negara yamg dapat membawa keuntungan optimum kepada semua rakyat Malaysia.
Dengan menjadikan korporat Cina sebagai sasaran akan menghalang kemasukan pelabur-pelabur asing dan kepakaran apabila mereka mengubah haluan akibat ketidak selesaan terhadap dasar negara yang menjadikan mereka mangsa tuduhan dan tohmahan, katanya.
"Kenyataan Ahli Parlimen Bebas itu bolehlah disifatkan sebagai dangkal dan tidak relevan dalam era globalisasi yang semakin mencabar dan terbuka," katanya.
Menurut Ti, semua pihak sepatutnya memberikan tumpuan tuntas dan fokus kepada usaha meningkatkan tahap daya saing ekonomi negara yang kini sedang berhadapan dengan saingan dan peluang kebangkitan ekonomi dari negara-negara jiran.
“Ini bukan masanya untuk kita berdebat mengenai siapakah yang seharusnya menikmati pai ekonomi negara yang lebih banyak," katanya.
Kita ketinggalan
Bagi beliau, dalam keadaan daya saing ekonomi negara kita yang kini semakin ketinggalan berbanding dengan negara-negara jiran, inilah masanya untuk semua pihak bersepakat duduk berbincang dan mencari jalan bagaimana untuk merencanakan kembali ekonomi negara tanpa menimbulkan isu-isu emosi berlandaskan politik semata-mata.
Ini kerana akhirnya, ia akan merugikan negara dan rakyat jua yang akan sengsara.
Justeru, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibrahim itu adalah “counter-productive” dan cenderung kepada agenda membinasa daripada agenda membina.
Cara dan pendekatan beliau yang ingin mengapi-apikan emosi perkauman, untuk memonopolikan peluang-peluang ekonomi berasaskan perkauman adalah ketinggalan masa dan tidak lagi secocok dengan hasrat kepimpinan negara. Rakyat sekarang inginkan ketelusan, keadilan dan kesaksamaan demi masa depan mereka.
MCA berpandangan, kata Ti, mana-mana kontraktor yang mempamerkan sikap positif dan keupayaan terutamanya dari segi kesanggupannya, kemampuan dan keberkesanannya, harus dan perlu diberi peluang yang setimpal untuk bersaing supaya mereka kekal dan terus menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara.
"Polemik politik Ibrahim akan menjejaskan kepentingan dan kestabilan negara. Tindakan beliau dikhuatiri akan menakutkan pelabur dalam negara. Inilah masanya kita menunjukkan sikap mesra pelabur dan bukannya kehodohan perkauman," tambahnya.
Bagi beliau, tiada gunanya negara menampung kontraktor yang tidak berkesan dan kurang berprestasi yang pada akhirnya akan menggadaikan mutu pembinaan, selain mengancam keselamatan rakyat. Imej negara juga akan terjejas.
Pengorbanan piawaian dan rasuah kuasa telah menyebabkan kerajaan dan rakyat mengalami kerugian atas keuntungan segelintir individu. Masalah ini juga telah mengancam kestabilan ekonomi dan keselamatan pengguna dan rakyat.
Oleh yang demikian, sekiranya kontraktor-kontraktor yang mendapat tender tidak mempamerkan prestasi yang cemerlang dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan, maka peluang mendapat tender itu tidak harus diberikan kepada mereka lagi di masa hadapan sejajar untuk memupuk prestasi keberkesaan , penyampaian dan amanah di bawah slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan."

20100129
Pro-M UKM juga bantah keputusan PRK
| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 29 Jan: Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini membuat bantahan kepada pihak pentadiran universiti berhubung kekalahan calonnya di Fakulti Kejuruteraan. Seorang jurucakap Pro-M berkata, jumlah undi bagi fakulti itu yang dikira di kolej kediaman tidak sama dengan yang diumumkan di pusat penjumlahan undi menyebabkan calon Pro-M yang sepatutnya memenangi kerusi tersebut, kalah. "Kami (Pro-M) dalam proses membuat bantahan kepada pihak universiti kerana tidak puas hati dengan keputusan pihak universiti yang memenangkan calon Pro-Aspirasi (Pro-A)di fakulti kejuteraan,"katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi. Keputusan yang diumumkan lewat malam tadi menyaksikan Pro-M memenangi 15 daripada 35 kerusi yang dipertandingkan iaitu empat kerusi umum dan sembilan kerusi fakulti. Manakala Pro-A mengekalkan penguasaannya di kampus berkenaaan apabila memenangi 19 kerusi. Bagaimanapun, Pro-M tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan membuat bantahan kepada pihak universiti. Malam tadi, kira-kira 500 mahasiswa berkumpul di hadapan Kompleks Abdul Salleh bagi membantah keputusan tersebut. Pro-M turut mengesyaki terdapat manipulasi undi dilakukan kerana walaupun proses pengiraaan undi selesai kira-kira jam 8.30 malam, tetapi keputusan hanya diumumkan pada jam 12 malam. Sehubungan itu, Pro-M sedang berusaha membuat bantahan berhubung perkara itu termasuk juga bantahan berhubung sikap double standard pihak universiti sepanjang proses piihanraya berlangsung. Semalam mereka mendakwa kakitangan UKM menjalankan kempen untuk memenangkan calon-calon tajaan Universiti, walaupun waktu berkempen telah ditamatkan sejak 12 tengah malam semalam. Pro-M masih menungggu jawapan daripada pihak universiti termasuk memohon untuk mengadakan sesi dialog. |
Subscribe to:
Posts (Atom)