20100601

KULIM HI-TECH PARK: AMIRUDDIN NAFI LAGI!!!

Amiruddin Hamzah, Exco Industri, Usahawan, Pelaburan, Sains dan Inovasi menepis dakwaan Ketua MCA Kedah, Chong Itt Chew dan menganggap Ketua MCA Kedah itu menipu.

Chong Itt Chew dalam kenyataannya baru-baru ini mendakwa, sebuah kilang utama di Kulim Hi-Teh Park (KHTP) telah memindahkan operasi mereka ke luar negara. Amiruddin bagaimanapun, menafikan tidak ada bukti kilang Fujitsu itu telah memindahkan operasi mereka ke Filipina sebagaimana yang didakwa.

Menurut Amiruddin lagi, Fujitsu Electric masih lagi beroperasi di KHTP dan dakwaan bahawa 2000 orang pekerja telah diberhentikan, adalah tidak munasabah. Bukan itu sahaja, kata Amiruddin lagi, TIDAK ADA sebuah kilang pun di KHTP ditutup atau memindahkan operasi mereka.

Bagaimanapun, penafian dan dakwaan yang dibuat oleh Amiruddin itu menjelaskan sikapnya yang cuba menyembunyikan kebenaran. Berdasarkan perkembangan semasa, KHTP sedang mengalami penguncupan melibatkan pemberhentian pekerja dari kalangan penduduk tempatan.

Malah ramai yang ketawa besar apabila Amiruddin dengan bangganya menyatakan, berjaya membawa masuk pelaburan baru ke KHTP dalam tempoh 2 bulan Pakatan Rakyat memerintah Kedah, sekalipun tidak menunjukkan sebarang bukti, terutama membabitkan kewujudan kilang baru di KHTP sepanjang Pakatan Rakyat mentadbir. Pelaburan baru yang didakwa oleh Amiruddin pula sebenarnya pelaburan yang buat oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu.

Lebih malang apabila beberapa buah kilang utama sedia ada memindahkan operasi mereka, sama ada ke Terengganu dan Pahang mahupun Wilayah Iskandar Malaysia di Johor.

Dalam hal ini, Amiruddin sudah beberapa kali terbukti berdusta apabila membabitkan pelaburan dan kemasukan modal baru ke KHTP bukannya Chong Itt Chew dari MCA. Pakatan Rakyat di Kedah hanya bergantung sepenuhnya kepada Azizan Abdul Razak, manakala Exco dan pegawai-pegawai yang dilantiknya, bagaikan kera mendapat bunga... tanpa ada idea untuk mengembangkan dan memajukannya mengatasi prestasi Barisan Nasional. Yang mereka mahir adalah BERBOHONG, BERCAKAP BOHONG DAN MEMBERIKAN ALASAN BOHONG!

THE FLYING KICK

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com