Showing posts with label Elizabeth. Show all posts
Showing posts with label Elizabeth. Show all posts

20090319

Elizabeth Wong Wakil PKR:Skandal Foto Pula!

Calon-calon PKR nampaknya bermasalah.Dimulakan dengan Osman Jailu(Changkat Jering) dan Jamaluddin Radzi (Behrang) yang ditahan kerana rasuah seks.

Kemudian,diikuti dengan V Arumugam yang menghadapi masalah perkahwinan.Menurut banyak cerita, Arumugam tersangkut kerana berkahwin dua yang melanggar undang-undang perkahwinan bukan Islam.Kes ini dimainkan penduduk seTaman dengannya yang mengatakan V Arumugam bersekedudukan.

Kali ini,Elizabeth Wong pula yang sangkut.Foto-foto bogelnya disebarkan umum.Katanya oleh bekas teman lelakinya dan gambar itu diambil sewaktu dia sedang tidur.

eliwong_link

Walaupun,Elizabeth bukan seorang Muslim yang tentunya undang-undang zina ataupun khalwat tidak terpakai, tetapi PKR sepatutnya menyelidiki peribadi Elizabeth.Tidak salah mempunyai teman lelaki,tetapi mempunyai teman lelaki sehingga boleh mengambil gambar sewaktu tidur boleh menimbulkan suatu tanda-tanya.

Walaupun dari pandangan peribadi Elizabeth tidak salah mempunyai teman lelaki sehingga boleh masuk ke lewat malam sehingga boleh mengakibatkan peristiwa itu berlaku, tetapi ia salah sekurang-kurangnya kepada majoriti umat Islam yang dipimpinnya di Bukit Lanjan.

Tiada bukti yang Elizabeth,ADUN Bukit Lanjan, turut dilenjan bekas teman lelakinya sebelum peristiwa ini berlaku,tetapi perkara ini menimbulkan seribu satu persoalan kepada PAS.

Bolehkah PAS mengharapkan Hudud terlaksana dengan PKR yang wakil-wakilnya mempunyai seribu satu skandal dari pemimpin Agungnya Brother Anwar Bin Ibrahim sehinggalah machai-machainya di bawah?

maharajazhou

20090317

Perlukah Elizabeth Wong Letak Jawatan?

Katakanlah tiba-tiba,tengah Tuan Guru PAS,Datuk Seri Haji Hadi buang air kecil di PUTIK,ada tangan-tangan jahat yang memetik kamera dan mengambil gambar Tuan Guru PAS itu.

Lalu,disebarkan gambar Tuan Guru dengan anunya terjulur kepada khalayak ramai.

Jikalau dalam keadaan tersebut,penulislah yang pertama akan membela Tuan Guru,kerana ia dilakukan dalam keadaan teraniaya malah bukan setakat berdiri tetapi tertungging terbalik pun penulis akan sokong Haji Hadi.Malahan,jikalau ada “gambar” Haji Hadi dengan salah seorang isterinya dalam “posisi intim” pun penulis akan sokong Haji Hadi kerana ia adalah hak dan soal kekudusan hidup Tuan Guru.

Itu Haji Hadi.Sama juga kalau berlaku pada Khir Toyo,Khairy Jamaluddin,Mukhriz Mahathir,Najib Razak,Pak Lah hatta Karpal Singh.Kita tidak mempersoalkan soal teraniaya.Kita menyokong orang teraniaya.

20e4cef54a1cf239675ed361fc7fd06c

Kita menyokong sebarang usaha Elizabeth untuk menghalang maruahnya dipertontonkan,tetapi sebagai pemimpin,dia perlu menjawab persoalan moral bagaimanakan mulanya gambar maruahnya itu diambil!

Penyebaran foto bogel Elizabeth wajar dihentikan kerana ia hak peribadinya.Orang yang mengambilnya wajar dikenakan hukuman berat.Bukan sahaja Elizabeth Wong,jikalau Rizal Pramugara Terlampau pun jika gambarnya dalam keadaan bogel dan berposisi intim diambil tanpa kebenarannya pun kita akan sokong Rizal.

Tetapi,Elizabeth Wong adalah pemimpin.Oleh itu,kita tidak seharusnya melihat keputusan akhir tetapi juga kepada proses.Bagaimana gambar itu awalnya boleh ditangkap?

Sebagai pemimpin,Elizabeth mempunyai tanggungjawab sosial untuk menunjukkan tingkah laku yang mulia.Tidak perlu bercakap dari sudut Islam,jikalau bercakap dari pandangan Konfusius sendiri,pun beliau amat rigid dari segi persoalan moral.

Oleh itu, masyarakat ingin bertanya,apakah pandangan Elizabeth Wong tentang seks bebas ataupun seks sebelum nikah?Bolehkah Elizabeth menafikan mempunyai hubungan intim dengan teman lelakinya sehingga menyebabkan gambar itu boleh diambil?

Jika Elizabeth orang biasa,kita menganggap itu adalah kehidupan peribadinya.Tetapi,jikalau sudah menjadi Adun Bukit Lanjan,Elizabeth mempunyai tanggungjawab sosial untuk menjaga tingkah lakunya.

Sebagai pemimpin dan “hamba masyarakat”,kerja yang baik sahaja tidak mencukupi!

Jika Elizabeth gagal menjawab tentang soal hubungan intim di luar nikah,maka eloklah Elizabeth menyahut cabaran Khir Toyo tersebut!

maharajazhou

20090316

Elizabeth Wong Tidak Akan Lepaskan Jawatan?

Menurut Malaysiakini,Elizabeth Wong akan melepaskan jawatannya sebagai ADUN Bukit Lanjan dan juga Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Namun, menurut MStaronline,Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menegaskan, kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan masih belum kosong kerana wakil rakyatnya, Elizabeth Wong masih belum meletakkan jawatan.

eli-hilmi1

Adakah Eli akan benar-benar meletakkan jawatan walaupun semakin banyak kisah dalamannya dibongkar di blog-blog?

Perkara ini sebenarnya telah diulas oleh sebuah blog ditulis oleh N K Khoo.Encik Khoo mempertikaikan komen-komennya yang memuji perletakan jawatan tersebut telah dipadamkan.Blogger tersebut bukanlah blogger pro-Kerajaan (malahan kebanyakan isinya bersifat anti UMNO dan BN) tetapi telah memberikan pandangan yang berbeza terhadap kes Eli Wong berbanding dengan pandangan rasmi PKR.

Ramai yang kritis tertanya-tanya dengan tindakan Eli yang menghilangkan diri ke luar negara dan ingin meletakkan jawatan.Walaupun sokongan diterima dari pelbagai lapisan pengundi termasuklah dari Muslimat PAS,tetapi persoalan tentang moral dan perilakunya terus mendapat ulasan blogger-blogger dan komentar di dalamnya khususnya di AIDC,Malaysian Insider,dan Youtube.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan kes ini, soal BN terlibat dengan pengedaran gambar tersebut tidak wujud.Encik Khoo sendiri berpandangan bahawa sengketa dalaman PKR yang menimbulkan skandal ini dan bukannya angkara Barisan Nasional.Dan dikatakan bahawa pihak yang tidak bertanggungjawab akan terus menyebarkan gambar dan klip video ini sebagai usaha untuk mencemarkan peribadinya tersebut.

eli_nuridah_web1

Kerana politik,prinsip dikorbankan.Ketua Muslimat PAS Pusat,boleh berpelukan dengan Eli walaupun dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan seorang pemuda Muslim.Jika begini,apakah Hudud hanya menjadi semboyan untuk merebut kuasa dari UMNO bukannya lilLahi Taala?

Ketua Penerangan PKR,adalah yang terkehadapan dalam membela Eli Wong.Tian Chua dikatakan akan menghenyak kepala sesiapa yang bertanya soalan tentang Elizabeth Wong (If you ask me again, I smash your head” ) apabila Agendadaily bertanyakan perkara itu kepadanya.Tian Chua juga bukan sahaja bertindak terhadap laman berita tetapi juga terhadap blog dan memantau posting-posting berkenaan kes Eli Wong.Blog En. Khoo juga tidak terkecuali.

Oleh itu, adakah “usaha” Eli Wong untuk meletakkan jawatan ini benar?Adakah pimpinan PKR lebih pentingkan kuasa dari integriti?

Kita tunggu jawapannya!

maharajazhou

20090226

Elizabeth Wong and partisan politics

FEB 18 — Elizabeth Wong has been asked to go on leave and PKR will only make a decision whether to accept her resignation when she returns.

The fact that she has not done anything wrong and yet offered to resign her positions in order not to bring problems to her own party is most honourable.

The support shown to her has been tremendous, as can be seen from the 400-odd comments (and still counting) in her blog supporting her and urging her not to resign.

I regret that certain politicians from BN have prejudged her based on the photographs alone (fortunately, there are others who have stood up for her) and have compared this to CSL video, which is totally unfair. That video shows someone “caught” in the act of cheating his wife and family whereas the Eli Wong pictures do not show any wrongdoing.

Just because she is from another party does not mean that she should be attacked and put down.

In life, and in politics, there must be certain sense of decency and conscience.

Sometimes we must not be too caught up in partisanship. You can be a member of a certain political party, but please note that not everything from another party is wrong and must be criticised. Not everything from your own party is right and beyond criticism.

Political parties are just tools to achieve certain aims. Just because we are members of Party A do not mean that we must go all out to put down members of Party B. If certain policies of Party B are good for the people, support those policies. If certain policies of Party A are not good, criticise them as hard as you can.

If our children are in the wrong, we must let them know that what they did was wrong; only then can they grow up to be good people.

Why must politics be dragged to such low levels?

As in boxing,one must not hit below the belt. In life, there are certain acts that are taboo, such as adultery, murder and rape, character assassination, etc. In politics, we are supposed to support what is right and good, and reject what is bad and wrong; it does not matter whether these come from your own party or from the other side.

The great Deng Xiao Peng was a communist, but when he realised that not everything about capitalism is bad, he started to adopt certain free market policies and the result is rapid boom in the economy of China, and a rise in the standard of living of millions of people.

Ultimately, it all comes down to the people. Politics must be about people’s interest, and not self or even party interest.

In this case, if we do some soul searching (and based on the photographs alone), has Eli Wong done anything wrong? Most people will say no. I believe that anyone can do a random survey in his community and the answer will still be no.

So if she has done nothing wrong, then the logical thing for all of us, who claim to have a conscience, is to rise and stand behind her or any other person caught in a similar situation.

I appeal to leaders who are on the opposing side of Eli Wong: before you condemn her, search your own conscience first.

The writer is a central committee member of Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

20090224

Elizabeth tidak salah, penceroboh yang salah, kata Nik Aziz

KOTA BARU, 18 Feb: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak ada sebarang asas untuk Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong meletakkan jawatan.

"Dari apa yang saya faham berdasarkan laporan akhbar, gambar itu diambil oleh penceroboh yang memasuki rumahnya. Jadi tidak dia yang salah tetapi penceroboh itu.

"Dalam Islam, kita bebas untuk berbuat apa sahaja ketika kita bersendirian dalam rumah kita. Kita boleh buka aurat kita atau menutupnya," kata Nik Aziz ketika ditemui media di rumah rasminya, JKR 10.

Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Elizabeth untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Exco tetapi tidak sebagai Adun.

Bagi beliau, tawaran meletakkan jawatan sebagai Exco itu boleh mengurangkan beban kerajaan negeri.

"Jika dia mahu meletakkan jawatan sebagai Exco, itu masalah dia dengan kerajaan negeri. Saya serahkannya kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan.

"Bagaimanapun saya tidak bersetuju kalau dia mahu meletakkan jawatan sebagai Adun kerana ia akan menimbulkan banyak masalah.

"Duit dan tenaga yang banyak terpaksa dihabiskan untuk pilihan raya kecil dan pengundi akan marah kerana mereka dipaksa mengundi semula," katanya.

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com