Showing posts with label jawatan. Show all posts
Showing posts with label jawatan. Show all posts

20090317

Perlukah Elizabeth Wong Letak Jawatan?

Katakanlah tiba-tiba,tengah Tuan Guru PAS,Datuk Seri Haji Hadi buang air kecil di PUTIK,ada tangan-tangan jahat yang memetik kamera dan mengambil gambar Tuan Guru PAS itu.

Lalu,disebarkan gambar Tuan Guru dengan anunya terjulur kepada khalayak ramai.

Jikalau dalam keadaan tersebut,penulislah yang pertama akan membela Tuan Guru,kerana ia dilakukan dalam keadaan teraniaya malah bukan setakat berdiri tetapi tertungging terbalik pun penulis akan sokong Haji Hadi.Malahan,jikalau ada “gambar” Haji Hadi dengan salah seorang isterinya dalam “posisi intim” pun penulis akan sokong Haji Hadi kerana ia adalah hak dan soal kekudusan hidup Tuan Guru.

Itu Haji Hadi.Sama juga kalau berlaku pada Khir Toyo,Khairy Jamaluddin,Mukhriz Mahathir,Najib Razak,Pak Lah hatta Karpal Singh.Kita tidak mempersoalkan soal teraniaya.Kita menyokong orang teraniaya.

20e4cef54a1cf239675ed361fc7fd06c

Kita menyokong sebarang usaha Elizabeth untuk menghalang maruahnya dipertontonkan,tetapi sebagai pemimpin,dia perlu menjawab persoalan moral bagaimanakan mulanya gambar maruahnya itu diambil!

Penyebaran foto bogel Elizabeth wajar dihentikan kerana ia hak peribadinya.Orang yang mengambilnya wajar dikenakan hukuman berat.Bukan sahaja Elizabeth Wong,jikalau Rizal Pramugara Terlampau pun jika gambarnya dalam keadaan bogel dan berposisi intim diambil tanpa kebenarannya pun kita akan sokong Rizal.

Tetapi,Elizabeth Wong adalah pemimpin.Oleh itu,kita tidak seharusnya melihat keputusan akhir tetapi juga kepada proses.Bagaimana gambar itu awalnya boleh ditangkap?

Sebagai pemimpin,Elizabeth mempunyai tanggungjawab sosial untuk menunjukkan tingkah laku yang mulia.Tidak perlu bercakap dari sudut Islam,jikalau bercakap dari pandangan Konfusius sendiri,pun beliau amat rigid dari segi persoalan moral.

Oleh itu, masyarakat ingin bertanya,apakah pandangan Elizabeth Wong tentang seks bebas ataupun seks sebelum nikah?Bolehkah Elizabeth menafikan mempunyai hubungan intim dengan teman lelakinya sehingga menyebabkan gambar itu boleh diambil?

Jika Elizabeth orang biasa,kita menganggap itu adalah kehidupan peribadinya.Tetapi,jikalau sudah menjadi Adun Bukit Lanjan,Elizabeth mempunyai tanggungjawab sosial untuk menjaga tingkah lakunya.

Sebagai pemimpin dan “hamba masyarakat”,kerja yang baik sahaja tidak mencukupi!

Jika Elizabeth gagal menjawab tentang soal hubungan intim di luar nikah,maka eloklah Elizabeth menyahut cabaran Khir Toyo tersebut!

maharajazhou

20090316

Elizabeth Wong Tidak Akan Lepaskan Jawatan?

Menurut Malaysiakini,Elizabeth Wong akan melepaskan jawatannya sebagai ADUN Bukit Lanjan dan juga Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Namun, menurut MStaronline,Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menegaskan, kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan masih belum kosong kerana wakil rakyatnya, Elizabeth Wong masih belum meletakkan jawatan.

eli-hilmi1

Adakah Eli akan benar-benar meletakkan jawatan walaupun semakin banyak kisah dalamannya dibongkar di blog-blog?

Perkara ini sebenarnya telah diulas oleh sebuah blog ditulis oleh N K Khoo.Encik Khoo mempertikaikan komen-komennya yang memuji perletakan jawatan tersebut telah dipadamkan.Blogger tersebut bukanlah blogger pro-Kerajaan (malahan kebanyakan isinya bersifat anti UMNO dan BN) tetapi telah memberikan pandangan yang berbeza terhadap kes Eli Wong berbanding dengan pandangan rasmi PKR.

Ramai yang kritis tertanya-tanya dengan tindakan Eli yang menghilangkan diri ke luar negara dan ingin meletakkan jawatan.Walaupun sokongan diterima dari pelbagai lapisan pengundi termasuklah dari Muslimat PAS,tetapi persoalan tentang moral dan perilakunya terus mendapat ulasan blogger-blogger dan komentar di dalamnya khususnya di AIDC,Malaysian Insider,dan Youtube.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan kes ini, soal BN terlibat dengan pengedaran gambar tersebut tidak wujud.Encik Khoo sendiri berpandangan bahawa sengketa dalaman PKR yang menimbulkan skandal ini dan bukannya angkara Barisan Nasional.Dan dikatakan bahawa pihak yang tidak bertanggungjawab akan terus menyebarkan gambar dan klip video ini sebagai usaha untuk mencemarkan peribadinya tersebut.

eli_nuridah_web1

Kerana politik,prinsip dikorbankan.Ketua Muslimat PAS Pusat,boleh berpelukan dengan Eli walaupun dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan seorang pemuda Muslim.Jika begini,apakah Hudud hanya menjadi semboyan untuk merebut kuasa dari UMNO bukannya lilLahi Taala?

Ketua Penerangan PKR,adalah yang terkehadapan dalam membela Eli Wong.Tian Chua dikatakan akan menghenyak kepala sesiapa yang bertanya soalan tentang Elizabeth Wong (If you ask me again, I smash your head” ) apabila Agendadaily bertanyakan perkara itu kepadanya.Tian Chua juga bukan sahaja bertindak terhadap laman berita tetapi juga terhadap blog dan memantau posting-posting berkenaan kes Eli Wong.Blog En. Khoo juga tidak terkecuali.

Oleh itu, adakah “usaha” Eli Wong untuk meletakkan jawatan ini benar?Adakah pimpinan PKR lebih pentingkan kuasa dari integriti?

Kita tunggu jawapannya!

maharajazhou

20090314

Kita Cabar Nizar Mengadap Sultan Perak Untuk Jawatan MB!

Bekas atau “Arwah” MB Perak,Nizar Jamaluddin berkata Pakatan Rakyat sekarang adalah majoriti berbanding dengan BN.Hujahnya,selepas V Sivakumar menggantung MB Perak yang dilantik oleh Sultan,Dr Zambry Abd Kadir,dan barisan exconya,BN hanya mempunyai 21 orang ADUN dibandingkan 28 orang ADUN Pakatan Rakyat.

Kononnya,Nizar boleh gulingkan kerajaan BN yang ada,tetapi pemalu.Pakatan Rakyat mengikut undang-undang dan peraturan,bukan seperti BN katanya yang merampas kuasa dengan jijik.

Jika benar seperti yang dikata,tentang betapa pemalunya Nizar dan kawan-kawan,tentulah Nizar memulangkan Kereta Camry dan rumah kediaman Menteri Besar selepas Sultan melantik Dr Zambry sebagai MB yang baru.

demomasjidubud

Nizar kata mereka ikut undang-undang dan peraturan,jadi ikut peraturan rupanya demonstrasi derhaka kepada Sultan,6 Februari lepas.

Jikalau benarlah Nizar dan kawan-kawan mengikut undang-undang,tentulah tidak berlaku perhimpunan memalukan yang memperalatkan Masjid Ubudiyyah di bawah kerahan PAS pada 6 Februari yang lepas.

Nizar dan kawan-kawannya boleh lupa, tetapi rakyat tidak lupa.Rakyat tidak boleh lupa dengan penderhakaan Nizar yang terang-terang disebutnya.Nizar terkedu kerana Mufti Perak yang banyak membela Pakatan Rakyat sebelum ini pun sudah mengatakan Nizar derhaka.

Kononnya,mengikut Mat Sabu,mungkin akan ada 17 MB (Menteri Besar bukan Megabyte) sebelum pilihanraya umum ke 13 nanti di Perak dengan kemelut yang berlaku di Perak.

mh_021

Sultan Perak menitahkan Nizar supaya meletakkan jawatan setelah hilang majoriti ataupun jawatan MB itu hilang dari tangannya secara automatik.Adakah Nizar ingin memperbodohkan pemikiran rakyat Felcra Serigala di Slim River?

Nizar dengan angkuh juga berkata:

“Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi.”

Lupakah Nizar bahawa jikalau Nizar sudah hilang majoriti,maka secara automatik jawatan itu dianggap kosong?Inilah isi penting dalam kenyataan rasmi media Istana Perak terhadap kedudukan Nizar sebagai MB Perak.Oleh itu, kepada siapa Nizar cuba berbohong?

Jika begitu yakinnya Nizar terhadap kebenaran dirinya bahawa dialah MB yang “baru mendapat” majoriti setelah tindakan Speaker menggantung MB Perak dan exconya yang sah,maka kita mencabar Nizar menghadap Sultan Perak untuk mendapatkan semula jawatannya itu!

Jika Nizar tidak malu maka pergilah menghadap Sultan setelah pelbagai onar,cercaan dan hinaan dilakukan oleh PAS dan aparat-aparat PR ke atas Sultan dan Istana Perak.

Adakah Nizar berani sebagai anak jantan dan sanggup berdepan dengan Sultan Perak?Kalau tak malu,pergilah!

maharajazhou

20090221

Eli, jangan letak jawatan

FEB 16 – Inilah kenyataan demi kenyataan yang dibuat kepada YB Elizabeth Wong, Adun Bukit Lanjan, berikutan tersebarnya gambar beliau sedang tidur dalam keadaan kurang sopan.

Media mulai beberapa hari lalu menerima gambar-gambar ini. Yang menariknya, hanya media yang ada kaitan dengan parti-parti dalam BN yang menerima gambar ini.

Malam tadi, 15 Februari, Elizabeth membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya. Mengikut Datuk Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Selangor, kenyataan itu ringkas sahaja dan pihaknya akan mendapatkan kenyataan lebih lanjut dari Eli selepas ini.

Sebelum akhbar The Sun menyiarkan kisah ini, orang ramai tidak mengetahuinya. Namun selepas disiarkan muka depan hari ini dan laporan polis Eli pada malam tadi, semua pihak mula memperkatakannya.

Sebagaimana dijangka (mungkin sudah ada dalam skripnya), bekas MB Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo membuat kenyataan mendesak Eli meletakkan jawatan.

“Ini adalah isu moral, samada gambar itu diambil dengan kehendaknya atau tidak, itu soal lain.

“Saya tidak boleh menerima seorang Adun yang dipertikaikan moralnya,” kata Khir sebagaimana yang dilaporkan laman web ini.

Di pejabat kerajaan negeri Selangor, Eli resah menerima tekanan ini. Beliau terkejut dan tidak sangka sampai begitu sekali usaha akan dibuat untuk menjatuhkan kerajaan negeri beliau. Eli adalah salah seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor.

Sebagaimana yang diketahui banyak pihak, selepas Perak, BN sedang menggoncang beberapa kerajaan negeri Pakatan yang lain termasuklah Selangor dan Kedah.

“Tetapi beliau tidak sangka sampai begitu rendah sekali moral pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan negerinya,” kata sumber yang rapat dengan beliau.

Persoalannya senang sahaja. Gambar yang disebarkan itu adalah gambar Eli sedang tidur. Beliau tidak tahu dan tidak membenarkan gambar itu diambil apatahlagi diedarkan. Menurut sumber, bekas teman lelaki beliau yang mengambil gambar itu.

Komen-komen dalam blog (termasuk laman ini) menyifatkan tindakan Khir Toyo mendesak Eli meletakkan jawatan atas isu moral sesuatu yang sangat tidak wajar dibuat.

* Sejak bila, sesaorang yang telanjang dalam bilik tidur sendiri dianggap salah.

* Dia bukan ada suami, lainlah kalau dia seorang Muslim.

* Membandingkan dengan Chua Soo Lek tidak masuk akal langsung kerana Eli tidak berbuat apa-apa berbanding video Chua.

* Saya yakin, Khir akan menyalahkan anaknya jika anaknya dirogol nanti.

* Usahanya untuk menunjukkan dialah jaguh menjelang perhimpunan agung Umno.

Inilah komen-komen terhadap Khir Toyo apabila beliau membuat kenyataan yang mendesak agar Eli meletakkan jawatannya.

Persoalannya, apakah Khir sedar dengan komen-komen ini? Atau kalau dia membacanya, apakah dia akan insaf dan memperbetulkan kenyataannya?

Saya yakin, sebagaimana pemimpin BN di Perak, Khir tidak akan sedar dan tidak akan menghentikan cara berpolitik yang diambilnya kini. Selepas ini, Khir akan berarak lagi (mungkin ke Bukit Lanjan) untuk menceritakan kepada orang ramai “Elizabeth Wong tidur telanjang dalam biliknya”.

Besar kemungkinan juga beliau akan memimpin Pemuda Umno yang menyokongnya berarak ke Istana Melawati sekali lagi mendesak Sultan Selangor agar menitahkan supaya Eli meletakkan jawatan kerana memalukan baginda Sultan.

Di samping Khir Toyo, saya yakin akan ada juga para penyokong Pakatan Rakyat sendiri akan digunakan untuk menekan Eli.

Untuk, saya suka menyebut di sini “Eli, jangan letak jawatan”.

20081117

V.K.K Teagarajan Mahu Bertanding Jawatan Timbalan Presiden MIC

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bekas anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC Datuk V.K.K. Teagarajan mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden parti dalam pemilihan MIC dijadualkan September tahun depan.

Bercakap kepada Bernama, bekas presiden Gabungan Dewan Perdagangan dan Perindustrian India Malaysia itu berkata, parti itu yang kehilangan sokongann masyarakat India Malaysia pada pilihan raya umum 8 Mac, perlu "mendapat suntikan baru dan diperkasakan kembali".

"Saya mengisytiharkan hasrat saya ini selepas berbincang dengan para penyokong saya dan anggota parti amnya.

"Mereka berpendapat mesti ada darah baru dalam parti dan dengan ini saya menawarkan diri untuk jawatan timbalan presiden," kata ahli perniagaan berusia 60 tahun itu.

Tidak seperti jawatan presiden, seseorang yang ingin bertanding jawatan timbalan presiden, tiga naib-presiden dan 23 anggota CWC, memerlukan hanya satu pencalonan untuk layak bertanding.

Bagaimanapun, untuk bertanding jawatan presiden, seseorang calon perlu mendapat 50 pencalonan dan setiap pencalonan mesti disertai seorang pencadang dan lima penyokong dengan semua pencadang dan penyokong adalah pengerusi cawangan.

Sementara presiden akan dipilih oleh kira-kira 3,200 pengerusi cawangan, semua jawatan kebangsaan yang lain akan dipilih oleh kira-kira 1,400 perwakilan di perhimpunan agung parti tahun depan.

Teagarajan, yang menyertai parti politik India terbesar dalam negara pada 1987, bertanding jawatan naib-presiden pada pemilihan paling akhir parti pada 2006 tetapi menduduki tempat keempat.

Pada 2003, beliau mengemukakan kertas pencalonan untuk jawatan naib tetapi menarik balik tidak sampai tujuh jam selepas itu setelah dipujuk oleh presiden parti Datuk Seri S. Samy Vellu.

Teagarajan, bekas senator yang berkhidmat sebagai ketua penerangan parti pada 2003, telah dipilih ke CWC, badan tertinggi pembuat keputusan parti, pada 1997 dan memegang jawatan itu hingga 2003.

Dengan pengumuman itu, beliau menjadi pemimpin kedua MIC mengumumkan hasrat bertanding jawatan penting parti.

Minggu lepas, bekas naib-presiden Datuk M. Muthupalaniappan mengisytiharkan diri bertanding jawatan utama parti itu.

Pada pemilihan parti 2006, timbalan presiden sekarang Datuk G. Palanivel mengalahkan penyandang Datuk S. Subramaniam yang menjadi timbalan presiden selama lebih 20 tahun.

Perebutan jawatan nombor dua parti itu dijangka sengit oleh kerana Samy Vellu pernah memberitahu beberapa orang pemimpin bahawa beliau akan mengosongkan kerusinya sejurus selepas pemilihan MIC dan menyerahkan kepada timbalan presiden untuk memangku jawatan presiden.

-- BERNAMA

20081009

Kenapa lepas jawatan kalau tidak bersalah :: Nik Aziz

PASIR PUTEH - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mempersoalkan untuk apa Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan sekiranya beliau tidak melakukan kesalahan dalam pentadbiran.

Menurut Nik Aziz, Perdana Menteri sepatutnya meminta bukti apa kesalahan yang dilakukannya sehingga timbul desakan agar dia berundur.

“Kalau dia (Pak Lah) yakin dia betul, kenapa mesti melepaskan jawatan dan kalau dia rasa dia bersalah, kenapa mesti menangguhkannya, berhenti saja dan tak perlu tangguh,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Abdullah yang tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada perhimpunan agung parti Mac tahun depan dan melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Keputusan itu diumumkan Abdullah semalam selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Nik Aziz menambah, beliau pernah didesak meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar tetapi pihak yang mendesak gagal mengemukakan bukti kesalahannya sehingga orang yang mendesak ‘tersembam’ kerana tidak mendapat kepercayaan rakyat.

“Saya pernah didesak dengan begitu hebat oleh Pengerusi UMNO negeri ini agar meletakkan jawatan, saya teruskan juga kerana saya yakin saya betul dan terbukti, Pas semakin mendapat sambutan.

“Kalau saya jadi PM, saya akan minta bukti kenapa saya mesti melepaskan jawatan dan kalau terbukti saya bersalah, saya akan berhenti, buat apa nak kumpul dosa,” katanya ketika hadir pada majlis Perasmian dan Hari Terbuka Aidilfitri Baitul Taubah, Jeram Pasu dekat sini.

Bersempena dengan perasmian tersebut, Nik Aziz melepaskan anak ikan keli di kolam buatan dalam kawasan Baitul Taubah sebagai memberi peluang kepada Anak-Anak Bina di pusat rawatan penagihan dada menggunakan kaedah Islam itu berjinak-jinak dengan kerja-kerja pertanian.

Asri akui letak jawatan Mufti Perlis "tanda protes kerajaan negeri"

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menjelaskan beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Mufti Perlis sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri.

"Saya berhenti sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Ditanya sama ada pengunduran tersebut disebabkan kekecewaan beliau terhadap kerajaan negeri, Asri berkata, beliau telah menegur dan menyampaikan apa yang perlu diperkatakannya.

"Terpulang kepada mereka untuk menerimanya atau tidak. Yang penting saya telah suarakan pandangan saya," katanya.

Dengan keputusan itu, menurut anak kelahiran Bukit Mertajam Pulau Pinang ini perkhidmatan beliau sebagai mufti akan tamat penghujung bulan ini dan akan kembali bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM).

Sepatutnya kontrak beliau hanya tamat tahun depan.

"Saya telah menghantar surat kepada USM dan akan kembali bertugas pada 1 November depan," katanya.

Sebelum ini, Asri pernah menjadi pensyarah Pengajian Islam di universiti tersebut.

Beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1427 peringkat negeri Perlis ketika menjadi tenaga pengajar di universiti tersebut.

Asri dikenali sebagai tokoh agama yang berani dengan sikap lantangnya menegur beberapa isu termasuk penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi kontroversi Faizal Tahir.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa depannya selepas tidak lagi menjadi mufti, Asri berkata:

"Saya akan ke luar negara, Insya-Allah Disember depan. Mungkin Allah memberikan saya peluang yang lebih baik selepas ini, siapa tahu," katanya.

Menurut Asri, beliau secara lantang menegur sesuatu perkara membuktikan bahawa mufti perlu menyatakan kebenaran tanpa rasa takut dan bimbang kedudukannya terancam.

"Saya telah buktikan apa yang saya cakap bukan untuk meraih populariti dan punya kepentingan tertentu.

"Kenapa perlu takut dan bimbang kita akan kehilangan jawatan hanya kerana kita mengatakan sesuatu yang benar," katanya.

Tambahnya, beliau telah membuktikannya apabila telah menjadi mufti selama dua tahun tanpa dipecat kerana menegur sesuatu perkara.

Asri dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yang bersara wajib.

Ditanya adakah beliau tahu siapa calon yang akan menggantikannya, Asri berkata:

"Maaf saya tidak boleh beritahu siapa orangnya. Calonnya sudah ada.

"Saya akan bawa dia menemui Raja Perlis untuk mencadangkan. Terpulang kepada budi bicara baginda untuk membuat keputusan," katanya.

Pertahan jawatan Umno: Pak Lah temu pemimpin BN, umum 'pendirian misteri'

(mSTAR) Mempertahankan jawatan Presiden parti ataupun tidak?

Persoalan ini terus bermain di fikiran kebanyakan pihak termasuk di dalam dan luar negara manakala Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka mengumumkan pendirian sama ada mempertahankan jawatan Presiden Umno atau sebaliknya menjelang pukul 5 petang esok.

Pagi tadi Perdana Menteri memberitahu bahawa beliau tidak akan membuat apa-apa pengumuman hari ini.

"Saya tiada pengumuman untuk hari ini," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan BioMalaysia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pagi tadi.

Di sebalik itu, pelbagai spekulasi terus muncul dengan sesetengah pihak masih yakin Abdullah akan mempertahankan jawatan beliau dalam pemilihan Mac depan.

Mereka beranggapan sedemikian dengan melihat perkembangan terkini dalam Umno dan negara.

Semalam Umno Bahagian Kuala Kedah mengumumkan bahawa pihaknya akan mencalonkan Abdullah untuk kekal sebagai Presiden parti.

Badan Perhubungan Kelantan juga mengumumkan pihaknya akan menyokong Abdullah jika beliau berhasrat untuk mempertahankan kedudukannya.

Pada Khamis lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, Tun Musa Hitam berkata, beliau percaya bahawa langkah menunda Perhimpunan Agung Tahunan dan pemilihan sehingga tahun depan merupakan petanda kemungkinan Abdullah tidak akan mempertahankan kedudukannya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengesahkan Majlis Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok.

"Mesyuarat itu akan diadakan pada 3.30 petang esok," katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam Perdana Menteri berkata, beliau akan mengumumkan pendiriannya sama ada hari ataupun esok.

Malah, semalam Abdullah mengesahkan yang beliau akan menemui pemimpin-pemimpin BN di ibu negara esok.

"Tunggulah dalam masa yang tak lama lagi, Saya akan buat keputusan esok atau Rabu", katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa Bioteknologi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam.

Pada 26 Oktober lalu Presiden Umno itu berkata beliau akan mengumumkan mengenai keputusannya untuk mempertahankan jawatannya itu sebelum 9 Oktober iaitu sebelum bermulanya persidangan peringkat bahagian.

Pada 1 Oktober lalu, Perdana Menteri berkata beliau akan memberi penjelasan kepada ketua parti komponen BN mengenai pelan peralihan kuasa antara beliau dan timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

http://mt.m2day.org

20080908

Mukhriz nak rebut jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan slogan ‘ Berani Berubah’


Penyandang undi terbanyak jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak mahu menang tanpa bertanding dalam usahanya menjawat jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada Disember ini.

Beliau yang mengumumkan secara rasmi untuk bertanding jawatan itu pada petang Sabtu di perkarangan rumah keluarganya, Pondok Maharizan, Titi Gajah, Alor Setar.

Mukhriz, 44 beranggapan bahawa menang tanpa tanding itu tidak 'gentleman' dan tidak 'jantan' disamping mengakui bahawa kekalahan akan ada hikmahnya.

"Saya pernah rasa kekalahan, saya faham apa rasa dan ertinya kalah," tambahnya.

Dalam sidang media, ketika ditanya samada beliau mahu dan bersedia untuk 'berlumba' dengan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin Datuk Abu Bakar, beliau berkata, "saya dengar sebelum ini beliau berhajat untuk bertanding dan kita menanti-nantikan pengumuman rasminya dan saya sedia berhadapan dengan beliau."

Beliau juga mengumumkan, sekiranya dipilih untuk pegang jawatan itu, tidak akan diberi sebarang jawatan dalam kerajaan kerana ingin member tumpuan sepenuh masa pada pemuda terutama dalam mengembalikan semula martabat UMNO khususnya dikalangan orang muda.




Berhubung jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Mukhriz menganggap kali ini sebagai 'cari sakit' kerana keadaan parti yang amat tercalar dan kalah pada lima negeri dan Wilayah Persekutuan disamping tidak dapat pertahankan kedudukan dua pertiga dalam Parlimen.

"Tugas untuk kembalikan sokongan rakyat pada parti bukan mudah, jangan fikir untuk kayakan diri, nak glamour dan nak cari imbuhan," katanya.

Beliau seterusnya mengharapkan semua pemimpin dan ahli Pergerakan Pemuda UMNO peringkat bahagian berani menyatakan perubahan sejajar dengan tema dan manifestonya 'Berani Berubah' terutama dalam soal pencalonan dan pemilihan pemimpin.

Mengenai politik wang, Mukhriz mahu amalan tersebut ditolak dan menganggap pengamalnya sebagai tidak faham serta tidak berpegang pada perjuangan parti.

Tambahnya, "sekiranya tidak tolak pengamal politik wang ini, tidak kira siapa menang dalam 'perlumbaan' ini, rakyat akan tolak parti kita dalam pilihan raya umum akan datang."




Sebelum itu, Mukhriz membariskan empat perkara penting dalam usahanya meraihkan sokongan bagi menduduki kerusi itu iaitu membuka ruang seluas-luasnya keahlian pemuda dalam UMNO, member suntikan semangat perjuangan orang Melayu dikalangan generasi muda, memahami dan menyelesaikan masalah rakyat akar umbi terutama kehendak golongan muda dan menentukan hala tuju parti mengikut kehendak golongan muda hari ini.

Semasa berucap di depan hampir 500 orang termasuk beberapa Exco Pemuda UMNO Malaysia, beberapa orang Ketua-Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, wakil-wakil Pemuda dan para penyokong yang datang dari seluruh negara, Mukhriz mahu ahli-ahli pemuda mengembalikan kegemilangan parti yang kini berdepan dengan krisis keyakinan yang dihasilkan daripada krisis kepimpinan.

"Generasi muda hari ini sebenarnya semakin bimbang kerana krisis keyakinan bukan sahaja berlaku dalam UMNO tetapi telah menular dikalangan rakan-rakan seperjuangan dalam parti komponen Barisan Nasional (BN)," tambahnya.

"Kita perlu kembali pada perjuangan asal UMNO dan BN dengan sanggup buat perubahan yang mampu mengembalikan keyakinan semula orang Melayu secara khususnya dan rakyat Malaysia keseluruhan, kita juga perlu bersihkan diri dari sifat terkeji, mesti amanah, jujur, cakap benar, menepati masa dan ikhlas dalam perjuangan," ujarnya.

Antara pemimpin hadir Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Sazmi Miah, Kamaruzzaman Kamdias, Azizul Nizam Bidin, Marzuki Yahya, tokoh veteran UMNO Tan Sri Khalid Abdullah dan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah Haji Ismail Taib yang bertindak sebagai pengacara majlis.- 6/9/2008


20080904

Perebutan jawatan, letak proksi dalam MCA bermula

Oleh Alan Ting

PERTARUNGAN sudah ditentukan pada hari terakhir pencalonan jawatan Pemuda dan Wanita MCA peringkat negeri malam ini dengan pemimpin kebangsaan meletakkan calon proksi untuk merebut jawatan bagi memastikan mereka menerima undi pada pemilihan parti 18 Okt ini.

Menjelang penutupan pencalonan jawatan Pemuda dan Wanita MCA di mana pengundian dijadual Sabtu ini, ia jelas bahawa peperangan proksi bakal menanti di seluruh negara.

Peperangan proksi ini tidak mengira negeri "kerdil" seperti Sabah yang hanya mempunyai 153 perwakilan bago pemilihan parti peringkat pusat yang akan dihadiri oleh sejumlah 2,188 perwakilan, Selangor mempunyai bilangan tertinggi perwakilan iaitu 409 orang dengan Perlis mempunyai bilangan paling sedikit iaitu 23 perwakilan.

Saingan oleh calon Pemuda dan Wanita peringkat negeri dijangka berpecah kepada dua kumpulan utama -- satu kumpulan yang disokong oleh kepimpinan yang sedia ada manakala satu lagi dikaitkan dengan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik -- dengan beberapa pihak kecil berkecuali atau pengundi atas pagar.

Menerajui cabaran pemilihan ialah anak sulung Dr Ling, Hee Leong, yang akan menentang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chendering Dr Mah Han Soon bagi jawatan Ketua Pemuda Perak.

Penyandangnya Datuk Tan Chin Meng tidak mempertahankan jawatan berikutan telah melepasi had umur 45 tahun bagi jawatan Pemuda.

Tetapi Hee Leong dan Tan dilaporkan telah menjalinkan pakatan bahawa calon yang tewas akan menyokong pemenang untuk sebarang jawatan utama di peringkat pusat sama ada peringkat kepimpinan atau sayap Pemuda.

Perlembagaan parti hanya membenarkan pemilihan wakil Pemuda dan Wanita negeri manakala jawatankuasa perhubungan negeri dilantik oleh presiden.

Keputusan pemilihan Pemuda dan Wanita negeri adalah penting bagi menentukan hasil pertandingan peringkat pusat.

Pada masa sama, pemilihan itu digunakan sebagai kayu pengukur sokongan yang diterima oleh pemimpin tertentu dalam negeri sendiri.

Penyandang Ketua Wanita Perak Chew Poh Thai, mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya.

"Dia tidak hadir. Saya tidak tahu sebabnya. Bukan sahaja itu, kumpulan saya juga menang jawatan lain tanpa bertanding," kata Heng ketika dihubungi hari ini.

Di Johor, pertanding sengit menunggu dengan calon yang berpuak dengan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting bersaing untuk merebut jawatan tertinggi dalam sayap Pemuda dan Wanita.

Ketua Bahagian Gelang Patah Jason Teoh, yang memihak Dr Chua, berdepan dengan ADUN Ledang Haw Chin Teck, yang disokong oleh penyokong Ong, bagi jawatan Ketua Pemuda negeri selepas penyandang Wee Jeck Seng tidak mempertahankan jawatan itu.

Wee, Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu, kini menumpukan jawatan Pemuda peringkat pusat dan dijangka bertanding sama ada jawatan Timbalan Ketua Pemuda atau dilantik sebagai setiausaha agung Pemuda MCA.

Pertandingan satu lawan satu juga dijangkakan untuk jawatan Ketua Wanita Johor dengan penyandang Tan Ah Eng, berpihak kepada kepimpinan pusat, berdepan dengan penyokong paling setia Dr Chua yang juga ADUN Yong Peng, Lim Kee Moi.

Di Selangor, timbalan ketua Pemuda Sheah Kok Fah, penyokong kuat Datuk Donald Lim Siang Chai, akan dicabar oleh setiausaha Pemuda negeri Dr Kow Cheong Wei bagi jawatan Ketua Pemuda. Dr Kow diketahui umum sebagai penyokong kuat presiden parti. Penyandang Ketua Pemuda negeri Wong Koon Moon tidak mahu bertanding semula ekoran syarat had umur.

Dalam sayap Wanita pula, penyandang pengerusi negeri Datin Paduka Chew Mei Fun berdepan dengan ketua bahagian Kelana Jaya yang baru dilantik Ong Chong Sian.

Chong Sian mencipta sejarah apabila menumpaskan ahli jawatankuasa pusat Datuk Lee Hwa Beng pada pemilihan bahagian itu baru-baru ini.

Walaupun ada gesaan dari bahagiannya, Petaling Jaya Utara, untuk menumpukan perhatian kepada pertandingan jawatan ketua wanita kebangsaan, Chew dikatakan tidak berganjak untuk mengekalkan jawatan ketua wanita negeri.

Perwakilan Pemuda dan Wanita pada pemilihan pusat adalah kira-kira 40 peratus dengan Pemuda 25 peratus manakala 15 peratus perwakilan terdiri dari sayap Wanita.

Bagaimanapun,sebahagian besar jumlah undi adalah dari tiga negeri terbesar -- Perak, Selangor dan Johor.

Selain tiga negeri itu, beberapa ketua Pemuda negeri seperti Hang Chin Peng (Wilayah Persekutuan), Chew Kok Wah (Sabah), Chin Wai Sang (Terengganu), Chua Keng Hua (Melaka), Foo Ming Chee (Negeri Sembilan) Boey Chin Gan (Kedah), Wee Keng Seng (Kelantan), Ooi Chuan Aik (Pulau Pinang) dan Teh Khai Ang dari Perlis tidak layak bertanding semula kerana had umur atau enggan bertanding semula.

Penyandang Ketua Pemuda kebangsaan Datuk Liow Tiong Lai dan Ketua Wanita Dr Ng Yen Yen juga tidak bertanding semula kerana berhasrat bertanding jawatan penting parti di peringkat pusat.

Di Pahang, kedua-dua jawatan Ketua Pemuda dan Wanita dimenangi tanpa bertanding. Ketua Pemuda baru ialah Wong Yoke Loong, ketua pemuda bahagian Bera dan bekas naib pengerusi pemuda negeri manakala Ketua Wanita ialah Lian Nyet Yoong, yang juga ketua wanita bahagian Raub.

Di Sabah, Timbalan Ketua Pemuda Wilfred Yong Chen Leong menang tanpa bertanding jawatan ketua Pemuda selepas pencalonan ditutup.

Yong, 35,, yang juga ketua pemuda bahagian Sepanggar, mengambil alih dari penyandang Chew Kok Woh, yang tidak layak bertanding berikutan syarat had umur.

Bagaimanapun, bekas Ketua Wanita Sabah Datuk Agnes Shim kembali semula selepas digantung selama tiga tahun. Shim digantung dari parti kerana didakwa terbabit dalam tindakan yang melanggar kepentingan calon MCA pada pilihan raya umum 2004.

Shim mengambil alh jawatan Ketua Wanita negeri dari Helen Mah, yang tidak bertanding semula.

Di Kuala Lumpur, jawatan ketua Pemuda akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara setiausaha Pemuda Chew Lian Keng, ketua Pemuda Bahagian Cheras Dr Toh Kian Kok dan Ling Yoke Hui.

Jawatan Ketua Wanita pula akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara ketua wanita bahagian Setiawangsa Chim Kim Moi dan ketua wanita bahagian Bandar Tun Razak Chang Seok Sin.

Di Kedah pula, jawatan ketua Pemuda akan menjadi rebutan antara tiga calon iaitu ketua Pemuda bahagian Jerai Tan Yee Yaw, timbalan ketua Pemuda Gan Poh Chai dan Ong Soon Boon.

Penyandang Boey Chin Gan tidak mempertahankan jawatan itu kerana dipercayai bersedia bertanding jawatan di peringkat pusat.

Dalam sayap Wanita pula, penyandang Datuk Lim Bee Kau menang tanpa bertanding.

Di Pulau Pinang, jawatan ketua Pemuda menyaksikan pertandingan empat penjuru antara ketua Pumda Bukit Mertajam Ng Hiap Boon, Ong Tang Chuan, Ng Siew Koon dan Lim Cheng Yang.

Bagaimanapun, jawatan ketua Wanita mendapat perhatian apabila penyandang Ooi Siew Khim ditentang oleh Tan Cheng Liang.

Spekulasi bertiup kencang bahawa jika Ooi berjaya mengekalkan jawatannya maka beliau besar kemungkinan bertanding jawatan utama Ketua Wanita pusat menentang timbalan ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun.

Bagaimanun, bagi negeri lain, kebanyakan jawatan peringkat negeri dimenangi tanpa bertanding.

Di Perlis, ketua cawangan Pauh, Kelvin Teo Hua Cheng menang jawatan ketua Pemuda tanpa bertanding manakala penyandang ketua Wanita juga mengekalkan jawatan dengan cara yang sama.

Pengerusi Pemuda bahagian Alor Gajah Ngee Hee Sem menang jawatan Ketua Pemuda Melaka tanpa bertanding manakala Datuk Kian Sit Har mengekalkan jawatan ketua wanita tanpa bertanding.

Kian memegang jawatan itu sejak 1995 manakala penyandang ketua Pemuda Chua Kheng Hua tidak bertanding semula kali ini.

Di Terengganu, jawatan ketua Pemuda dan ketua Wanita dimenangi tanpa bertanding masing-masing oleh Toh Seng Cheng dan See Meng Geow.

Di Kelantan, jawatan ketua Pemuda dimenangi tanpa bertanding oleh Gan Han Chuan selepas penyandang Wee Keng Seng tidak bertanding semula manakala Lee Liew Lo mengekalkan jawatan ketua Wanita tanpa bertanding.

Keadaan sama wujud di Negeri Sembilan dengan Wong Kim Loong mengekalkan jawatan ketua Pemuda manakala Datuk Lee Pek Chin pula jawatan ketua Wanita. / BERNAMA

Penasihat DAP nafi dicalon jawatan TPM

IPOH: Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang, menafikan laporan bahawa beliau akan dicalonkan sebagai timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berhasil mengambil alih kerajaan pusat Malaysia menjelang 16 September.

Menurut beliau, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga ketua menteri Pulau Pinang, tidak menyatakan jawatan khusus yang dicadangkan untuk beliau.

'Apa yang disebut ialah beliau hanya menyatakan akan mencadangkan bagi saya 'satu peranan penting' dalam kerajaan baru,' kata Kit Siang kelmarin.

Beliau berkata demikian semasa mengulas laporan yang menyatakan bahawa Guan Eng berkata ada kemungkinan jawatan timbalan perdana menteri Malaysia datang daripada kaum Cina sekiranya penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi perdana menteri.

Kit Siang berkata belum ada perbincangan dengan parti komponen lain Pakatan Rakyat mengenai jawatan kabinet itu.

Anggota lain Pakatan Rakyat selain DAP dan PKR ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS). / The Star

20080819

BAGI SAJA JAWATAN KAT DIA?


(gambar dari blog Wong Chun Wai)

Posting Terbaru - 4.45 petang

Menurut blogawan, Datuk Wong Chun Wai - Dr Toh telah keluar Gerakan sebentar tadi. Baguslah agar TS Dr Koh tidak pening kepala untuk menghadapi orang semacam ini.

Posting Asal - 9.47 pagi

Saya tidak kenal Dr Toh Kin Woon.

Tetapi, jika saya Presiden Gerakan, saya sudah pecat orang seperti ini.

Ini kerana beliau bercakap sebagai penyokong PKR bukan ahli Gerakan.

Ini kerana Dr Toh, bekas EXCO Pulau Pinang menyokong DSAI.

Tersalah kem? Atau nak cari jawatan dalam Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang? Bagi apa saja jawatan yang sesuai kat dia.

Menurut berita Malaysiakini, Dr Toh bukan saja menyokong Anwar tetapi juga melawat bilik gerakan pilihanraya PKR di Permatang Pasir.

Oleh itu, saya cadangkan Dr Toh masuk saja PKR. Tidak payah memeningkan kepala Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dalam berita Malaysiakini, Dr Toh dilaporkan berkata: "I am not speaking for my party, I am speaking for myself as an individual - I do support Anwar Ibrahim in this by-election. I am not actually supporting him too much as an individual but more on the movement that he leads. I feel if Anwar (is elected to) Parliament, the voices of the opposition will be stronger and the chances of strengthening the democracy and widening the democratic space will be better. For these reason, I support him."

DUNIATIGER

20080818

Nasharuddin: PAS juga ditawar jawatan peringkat pusat

(mStar Online) - Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mendedahkan bahawa PAS pernah ditawar jawatan dalam kerajaan hingga peringkat kerajaan Pusat.

"Ya, PAS menerima tawaran untuk menubuhkan kerajaan bersama di Perak dan Selangor malah tawaran jawatan di kementerian," katanya kepada media selepas penangguhan Muktamar Tahunan PAS ke-54 di stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Namun katanya PAS telah menolak tawaran itu sejak pertemuan pertama beliau dan dua lagi wakil PAS iaitu Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bersma Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Nasharuddin berkata soal pangkat dan jawatan bukan menjadi isu pertemuan beliau dan Abdullah itu.

"Soal pangkat tidak timbul kerana pertemuan itu bukan khusus kepada individu tetapi pada peringkat parti. Saya hanya mewakili parti, lagipun pada pertemuan pertama kami terus menolak tawaran itu," katanya.

Mengulas mengenai perjalanan perbahasan oleh para perwakilan yang kebanyakannya menyentuh mengenai isu muzakarah PAS-Umno, beliau berkata perkara itu telah dijangkakan sejak awal lagi.

"Reaksi ini telah dijangka, malah saya jangkakan lebih lagi. Namun kita lihat ia dibangkitkan atas dasar sangsi kononya PAS ingin menyertai Barisan Nasional (BN) dan yang keduanya ialah kerana tamak kepada pangkat dan jawatan," katanya.

Bagaimanapun katanya perkara tersebut tiada dalam agenda pertemuan PAS dan Umno namun beliau berpuas hati kerana demokrasi dalam PAS membolehkan ahli untuk bebas bersuara dan bertanya kepada pemimpin tertinggi mengenai sebarang kesangsian.

Bagi beliau, isu ini telah selesai kerana Presiden dan semua pimpinan tertinggi telah memberi penjelasan yang jelas kepada semua perwakilan dan pemerhati yang hadir pada muktamar kali ini.

"Inilah objektif muktamar yang kita adakan. Selepas ini kita turun ke peringkat bawahan untuk menjelaskan kepada ahli mengenai Ucapan Dasar Presiden agar lebih difahami," katanya.

Nasharuddin berkata selepas pertemuan pertama itu beliau ada mengadakan dua lagi pertemuan dengan Abdullah di Parlimen.

"Pertemuan kedua adalah di Parlimen. Masa saya sedang minum, saya menerima pesanan bahawa Perdana Menteri ingin bertemu saya.

"Kemudian saya maklumkan perkara itu kepada Presiden dan beliau izinkannya. Namun pertemuan itu adalah pertemuan biasa tanpa sebarang tawaran," katanya.

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com