Showing posts with label air. Show all posts
Showing posts with label air. Show all posts

20081211

Perahu sudah di air, dayung sudah ditangan

Oleh Mohd Sayuti Omar

UGUTAN berasas Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) M Kyveas untuk keluar dari BN jika Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) tidak dilakukan pindaan mana-mana yang perlu nampaknya tidak dilayani oleh Pengerusi BN, Abdullah Ahmad Badawi. Sebaliknya Abdullah menyerahkan kepada Kyveas samaada hendak keluar BN atau tidak.

"Terserah kepada PPP jika pemimpinnya mahu berbuat demikian (meninggalkan BN)," begitulah kata Abdullah. Kata-kata itu boleh difahamkan sebagai Abdullah sudah menghalau Kyveas dari BN. Mungkin beliau tidak ada masa untuk melayan tuntutan-tuntutan begitu kerana beliau sendiri pun sudah berada di penghujung waktu.

Kyveas baru-baru ini membayangkan partinya akan keluar dari BN sekiranya kerajaan tidak pinda akta berkenaan. Menurutnya ISA perlu dipinda pada tempat-tempat tertentu mengikut kesesuaiannya. Permintaan Kyveas itu lebih lunak sedikit berbanding dengan tuntutan pembangkang yang mahu akta berkenaan dihapuskan terus kerana ianya dianggap zalim dan kejam.

Nah.. sekarang ini apa yang Kyveas hendak fikirkan lagi. Perahu sudah di air dan dayung sudah ditangan. Ugutan beliau tidak dipedulikan oleh kerajaan. Penjelasan dibuat Abdullah selepas mesyurat Dewan Tertinggi BN semalam itu sudah jelas mengenai layanan kepada PPP itu.

Begitulah nasib parti kecil dalam gobok bernama BN ianya dilayan mengikut sejauh mana suara yang ada tanpa melihat kepada keperluan dan kepentingan isu yang dibangkitkan. Jadi kalau parti kecil seperti PPP hendak memperjuangkan sesuatu untuk rakyat dalam BN, ibarat kata samalah seperti lagak anjing yang menyalak bukit.

Persoalan kini selepas permintaan dan syarat dikenakan Kyveas itu tidak dilayan, apakah Presiden PPP itu akan mencari hujah dan alasan lain pula untuk terus kekal dalam BN? Kyveas terkenal sebagai seorang yang berani dan berterus terang. Sebelum ini pun macam-macam kenyataan yang beliau lakukan.

Kalau beliau tiba-tiba berpandangan lain dan mencari hujah baru bagi terus kekalkan dalam BN nampak sangatlah Kyveas bermain politik untuk dirinya sendiri dan gesaan itu bukan bertolak dari hati dan dasar perjuangan sebenarnya. Jika beliau tidak tunaikan apa yang dikatakan itu sedikit sebanyak maruahnya sebagai ahli politik terhakis.

Sekiranya Kyveas hendak bertindak, keluar dari BN dan memulakan perjuangan baru inilah ketika dan masanya. Kyveas tentu juga menyedari akan kedudukan dan suasana dalam BN kini. Komponen itu dalam keadaan lemah dan terumbang ambing. Mereka yang menyuarakan rasa tidak senang kepada BN bukan saja PPP tetapi parti lain juga termasuk MCA dan Gerakan.

Jadi untuk dilihat sebagai pemimpin yang berpandangan jauh elok sangatlah kalau Kyveas mengotakan kata-katanya itu - bawa PPP keluar BN. Pada hemat saya mungkin Kyveas pun tahu yang tuntutan beliau itu tidak akan dilayani. Cuma kenapa beliau membuat syarat itu mungkin dia sudah ada perancangan lain dan memikirkan masa depan partinya.

Kalau Kyveas benar-benar ingin membawa PPP keluar BN, nah masanya ketika inilah. Kyveas boleh buktikan kehebatan partinya. Selama ini PPP dilayan sebagai hendak tidak hendak saja dalam BN. Parti itu hanya mendapat peruntukan satu kerusi saja dalam pilihan raya lalu.

Apa kata menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 6 Januari nanti Kyveas membuat pengistyharan PPP keluar BN dan menunjukkan komitmen pertamanya dengan Pakatan Rakyat pada hari pernamaan calon. Kyveas boleh gunakan pilihan raya itu sebagai testimoni samada partinya tidak berpengaruh atau sebaliknya.

Dan saya percaya kalau Kyveas bergabung dengan Pakatan Rakyat ianya diberikan kedudukan yang lebih baik daripada apa yang yang diterima semasa berada dalam BN. Yang pastinya jumlah kerusi untuk PPP dalam pilihan raya tentulah bukan satu seperti dilakukan BN ke atasnya sebelum ini.

Adalah elok sangat elok kalau Kyveas membuat keputusan untuk keluar BN pada saat ini. / msomelayu.blogspot.com

Adalah elok sangat elok kalau Kyveas membuat keputusan untuk keluar BN pada saat ini

20081119

PM janji selesaikan kemelut Wanita bila kembali ke tanah air

TASHKENT (Uzbekistan) 18 Nov. – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji akan ‘menyelesaikan’ kemelut dalam pergerakan Wanita parti itu sebaik sahaja beliau kembali ke tanah air dari lawatan rasminya ke dua buah negara di Asia Tengah.

Katanya, beliau tidak mahu memihak kepada mana-mana pihak “kerana tidak mahu mengganggu mereka”, namun beliau tidak mahu masalah itu akan membawa kepada perpecahan hingga pergerakan itu menjadi lemah.

“Saya dengar ada berlaku perebutan dan persaingan di dalam pergerakan itu. Mereka yang bagi undi kepada calon-calon ini mungkin nak biar semua ini berlaku, tapi saya berharap janganlah berlaku perpecahan,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasminya ke negara ini, di sini semalam.

Kemelut dalam Pergerakan Wanita UMNO timbul selepas salah seorang Exconya, Datuk Kamilia Ibrahim menyatakan hasrat untuk tetap bertanding bagi jawatan Naib Ketua selepas melayakkan diri, manakala penyandang, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kini dalam dilema sama ada kekal dengan jawatannya sekarang sehingga Jun 2009 atau bertanding jawatan Ketua Wanita.

Shahrizat mendapat 73 pencalonan untuk bertanding dengan penyandang, Tan Sri Rafidah Aziz bagi jawatan Ketua Wanita, dan 113 pencalonan untuk jawatan Naib Ketua.

Ditanya adakah beliau mahu memberi kata dua kepada para pemimpin pergerakan itu yang sedang bercakaran, Abdullah berkata: “Nantilah saya balik tengok (jumpa) mereka.”

Diminta nasihatnya pula, katanya: “Saya tidak mahu perpecahan, pergaduhan hingga jadi lemah. Wanita bukan pergerakan yang cetek dan bukannya baru.”

Katanya, beliau berjanji akan mencari penyelesaian bagi memelihara kekuatan pergerakan itu.

Abdullah berkata, UMNO tidak menentang demokrasi (dengan membenarkan persaingan) “tapi jika bergaduh dan berpecah tidak baiklah.”

– Utusan

20080830

Krisis kekurangan air

GOLONGAN wanita Iraq beratur mendapatkan air di stesen minyak.

Keadaan Baghdad apabila jalan berlubang-lubang, paip-paip yang menyalurkan air pecah adalah antara kecelakaan yang berlaku sejurus selepas peperangan. Selain itu pergaduhan, tembak-menembak, bom dan tumpahan darah berlaku di kota itu.

Apabila tiba musim panas, kota Baghdad mengalami masalah kekurangan air yang teruk meskipun pelbagai usaha dilakukan untuk mengelakkan rakyat Baghdad tidak mati kehausan, kata Pengarah Perkhidmatan Air, Sadiq Shumari.

Suhu mencecah 50 darjah Celsius manakala permintaan dan kehendak untuk barang-barang komoditi melebihi bekalan yang disediakan, menyebabkan ramai penduduk Baghdad hidup dalam keadaan sukar.

"Kita mempunyai satu tugas penting untuk memulihkan sistem sungai yang telah diabaikan untuk beberapa dekad. Tetapi ia merupakan satu cabaran besar dengan tahap keselamatan yang rendah," kata Shumari kepada Reuters dalam satu rombongan ke kawasan timur Baghdad iaitu satu kawasan yang paling miskin.

"Jika keselamatan terus menjadi satu masalah di Baghdad bagaimana kita mampu memulihkan sistem saliran kepada warga Baghdad," ujar beliau sebelum berlaku dua letupan di kawasan berhampiran dengannya. Manakala setengah askar- Amerika Syarikat (AS) berlari ke dalam sebuah bangunan untuk mendapatkan perlindungan.

Perjalanan jauh ke kawasan timur Sungai Tigris yang berliku-liku di sepanjang wilayah Baghdad merupakan bandar serba mewah tetapi perjalanan ke kota itu kelihatan miskin.

PAIP bocor di daerah Sadr menyebabkan Baghdad mengalami gangguan bekalan air yang melampau.

Kanak-kanak yang berpakaian koyak rabak sedang seronok bermain dalam debu, bersebelahan dengan timbunan sampah sarap dan air takung.

Seorang lelaki yang memakai pakaian panjang berbentuk tradisional iaitu jubah serba putih sedang duduk di atas sebuah batu besar di halaman rumah sambil mendengar lagu menerusi sebuah radio lama.

Bersebelahan lelaki itu, seorang kanak-kanak sedang bermain berhampiran sebuah parit yang penuh dengan air yang berbau busuk dan sebuah gunung buatan manusia yang dipenuhi beg-beg plastik, tin minuman, botol-botol plastik dan bungkusan rokok.

Tambahan pula, perkhidmatan di bandar Sadr yang terdiri daripada sebuah kawasan yang dihuni kira-kira dua juta orang yang serba miskin di kawasan utara Baghad.

Kesukaran mendapatkan air menyebabkan harga air melonjak naik. Kata Um-Sara, 54, seorang suri rumah yang berjalan dari sebuah kedai sambil mengimbangi 23 liter botol air di bahunya.

Para penduduk yang lebih miskin seumpama Sami Mahmoud menggunakan pam air untuk menarik air bawah tanah ke dalam tangki-tangki simpanan apabila terdapat elektrik. Tetapi air tersebut tidak selamat.

Wabak taun telah merebak pada masa lalu gara-gara penggerudian perigi-perigi oleh para penduduk secara persendirian apabila air simpanan itu tidak bersih.

Secara tidak langsung, fenomena ini menyebabkan tukang paip seperti Hussein Jawad tidak menang tangan memberi perkhidmatan membantu memperbaiki sistem saliran penduduk di sekitar Baghdad.

"Perniagaan saya akan meningkat pada musim panas," katanya. "Pada musim tersebut air tidak mencukupi. Justeru saya memasang pam-pam dan tangki-tangki. Dengan ini, kami memperoleh banyak keuntungan."

Pihak berkuasa Baghdad berkata, mereka bekerja keras membina loji-loji besar untuk rawatan air dengan kapasiti yang mencukupi tetapi semuanya menjadi kenyataan selewat-lewatnya tahun 2009.

"Kami sedang mencari jalan untuk menyediakan kapasiti yang lebih besar. Ini adalah usaha meningkatkan taraf hidup bekas negara bergolak itu."

Tempoh peperangan, sabotaj, pengabaian telah melumpuhkan proses dan pembangunan Iraq.

Rasuah merupakan endemik dan ia telah menelan berbilion-bilion wang bantuan yang disalurkan sebelum ia sampai kepada projek-projek yang dilakukan.

Sokongan AS untuk membina semula Iraq telah menimbulkan kontroversi tinggi. Minggu lalu, Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat meluluskan satu undang-undang untuk melarang Pentagon daripada membiayai program pembinaan semula yang menelan belanja lebih daripada AS$2 juta (RM3.6 juta).

Ramai di kalangan ahli majlis undangan AS mahu negara itu merujuk kembali pembiayaan tersebut kerana kerajaan Iraq telah membuat lebihan belanjawan yang sihat justeru kenaikan harga minyak.

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com