Showing posts with label krisis. Show all posts
Showing posts with label krisis. Show all posts

20090223

KRISIS PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.

Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan kerana lama meninggalkan saudara tanpa kemaskini halaman ini. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d"etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.

Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.

Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.

Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato' Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.

Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.

Dilaporkan oleh isteri YB Dato' Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato' Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, "Insya Allah, tidak".

Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.

Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.

Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, "Innallaha maa Sobirin" (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.

Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).

Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-

1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN

2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN

3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)

4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.

Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,
saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-

i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.

ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.

iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.

iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.

v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT

vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.

vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.

viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.

ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.

x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol "Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance" (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato' Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, "under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal".

Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.

xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.

xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.

Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, "Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan".

Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, "Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka".

DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).

Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.

Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.

Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan...........

20090113

KRISIS PEKARA BIASA, LIWAT PUN PEKARA BIASA KEPADA PKR.

Ahli Parlimen Shah Alam (PKR) Abdul Khalid Samad dalam penapiannnya terhdap PKR bermasaalah telah berkata" Kita tidak pernah menghadapi sebarang masalah. Malah kita banyak bersetuju dan berpakat dalam hal hal berkaitan pemerintahan yang telus,adil dan berkebajikan.

"Malah dasar PR lebih kukuh daripada dasar yang dibawa oleh parti parti dalam Barisan Nasional(BN)"

Baru umur setahun jagung,sudah hendak mendakwa dasar Pakatan Rakyat yang belum teruji sebagai sudah lebih baik dan kukuh dari BN. Barisan Nasional yang berasal dari Perikatan telah menghadapi berbagai bagai masalah , malah pernah berpecah tetapi kembali bersatu,pernah kalah besar dalam pilihanraya nasional dan kemnbali menang gemilang, dari Perikatan menjadi Barisan Nasional.

Memang perselisihan dalam Pakatan Rakyat adalah biasa tetapi krisis moral dalam pimpinan PR adalah luar biasa dipandang orang . Kepada PR LIWAT juga adalah biasa dan dengan keyakinan ini pemimpin pemimpin PR sedang dan akan terus berkerja keras untuk mengkondisikan pemikiran rakyat supaya meanggap kes liwat sebagai kes biasa atau kes rekaan,kes yang diadaadakan.

Bagaimnapun harus diingatkan di bawah kempimpinan Abdullah Badawi yang memperkukuh ketulusan dan kebebasan perundangan dan kehakiman telah mulai dirasakan kesungguhanya oleh rakyat dan bukti buktinya semakin terserlah.

Maka itu adalah sukar untuk orang ramai menolak perbicaraan berbukti kes liwat Anwar Ibrahim pada Febuari ini . Bila bicara bermula orang ramai akan tahu bahawa kes ini bukan kes fabricated. ( ini kes lepas air ke dalam tanpa pakai sarong)

Kerajaan tidak mampu lagi untuk mengambil risiko dengan suatu kes yang direka reka kerana ini berarti akan menggadaikan kredebeliti kerajaan . Abdullah tidak boleh dipengaruhi oleh Najib untuk berbuat demikian bagi kepentingannya . Tingkat Empat yang bekawan baik dengan Anwar juga akan mencegah Abdullah dari berbuat demikian.

Maka itu kes kali ini bukan kes biasa dan Ali Parlimen Shah Alam dan pengekor pengekor Keadilan mestilah mengkondisikan pemikiran sendiri dari sekarang untuk sanggup menerima suatu keadaan yang amat mengaibkan, yang lebih busuk dan buruk dari jatuhnya sebuah kerajaan. Masanya tidak lama lagi, Febuari ! tetapi seluruh kerajaan pembangkang kecuali Kelantan akan jatuh dan menghadapi krisis besar pada April sempena cukup setahun BN kembali memerentah. Kuasa dua pertiga akan kembali kepada BN.

Ini bukan ramalan Anwar Ibrahim, ini ramalan MAHARAJA yang selalunya berkredibiliti dan
dan tepat.


Maharaja tidak mahu menasihatkan orang lain tetapi hanya mahu menasihatkan seorang sahaja yang Maharaja pandang tinggi dan hormatinya sebagai perjuang rakyat yang gigih dan tulin walau apapun anggapan orang terhadapnya iaitu Syed Husin Ali Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat . Jauhkan diri lebih awal dari kepimpinan yang tidak bermoral agar tidak terbukti terpalit dengan lumpur yang hanyir.

by Maharaja
http://maharajablogger.blogspot.com

20081202

Dalang Krisis Erdogan Di Selangor



http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

20081006

Krisis sub-prima sebenarnya merupakan kejayaan kapitalisme

Wan Saiful Wan Jan

Mereka yang berhaluan Kiri dan golongan sosialis mungkin beraya besar tahun ini. Apa tidaknya. Amerika Syarikat sedang menghadapi ancaman krisis ekonomi yang hebat.

Amerika Syarikat yang dianggap sebagai lambang kemegahan kapitalisme kini berada diambang keruntuhan ekonomi.

Maka tidak pelik jika ramai yang terpengaruh dengan tuduhan golongan Kiri dan puak sosialis bahawa ini juga lambang keruntuhan kapitalisme.

Mereka sebenarnya tersilap.

Sosialisme merupakan satu fahaman yang membawa kepada campurtangan kerajaan dalam pelbagai hal termasuklah dalam urusan ekonomi.

Golongan sosialis dan mereka yang berhaluan Kiri beranggapan bahawa tidak salah untuk kerajaan menubuhkan dan menjalankan

syarikat perniagaan, ataupun menjadikan syarikat korporat sebagai hak milik negara. Mereka tidak teragak-agak untuk menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan (bail-out) syarikat-syarikat tertentu.

Mereka menafikan keberkesanan sistem pasaran dalam menghukum dan membuang syarikat yang melakukan kesalahan.

Leon Louw, pengarah Yayasan Pasaran Bebas Afrika Selatan telah menulis satu artikel mengenai hal ini dan beliau menghuraikan dengan cermat latarbelakang Freddie Mac dan Fannie Mae.

Tulisan Louw boleh membantu kita memahami situasi yang sedang berlaku. Maka saya akan memetik beberapa fakta yang beliau nyatakan.

Fannie Mae dan Freddie Mac, dua syarikat gergasi di Amerika yang menjadi penyebab masalah yang kita hadapi sekarang, sebenarnya ditubuhkan atas dokongan kerajaan Amerika, atau dikenali sebagai 'Government Sponsored Enterprises' (GSE).

Mereka ditubuhkan untuk membolehkan lebih ramai rakyat Amerika mendapat pinjaman perumahan. Matlamat utama kerajaan Amerika pada waktu itu ialah untuk membolehkan lebih ramai rakyat Amerika membeli rumah, termasuklah golongan berpendapatan rendah.

Dalam rangka mencapai matlamat mereka, syarikat-syarikat ini telah mendokong kredit dan pinjaman subprima yang jauh melangkaui tahap pinjaman yang munasabah. Tetapi mereka terus disokong oleh pelabur kerana kedua-dua syarikat ini dianggap sebagai dilindungi oleh kerajaan.

v Federal National Mortgage Association (Fannie Mae) ditubuhkan pada tahun 1938 oleh kerajaan Presiden Roosevelt di bawah agenda New Deal yang amat banyak dipengaruhi oleh idea-idea sosialisme.

Fannie Mae mencipta satu 'pasaran pinjaman peringkat kedua' dengan cara membeli pakej pinjaman daripada bank secara pukal, lantas menyatukan pakej-pakej itu sebelum dijual semula kepada pelabur domestik dan antarabangsa.

Federal Home Loan Mortgage Association (Freddie Mac) pula ditubuhkan oleh kerajaan Amerika pada tahun 1970 kononnya untuk menjadi persaingan kepada Fannie Mae. Jika digabungkan, aset kedua-dua GSE ini amat besar, iaitu 45 peratus lebih tinggi daripada aset Citicorp, bank terbesar di Amerika.

Jumlah pinjaman yang mereka biayai melebihi USD$5 trilion. Fannie Mae sendiri sahaja membiayai pembelian 55 juta rumah, satu jumlah yang amat banyak. Kedua-dua GSE ini mendapat subsidi kerajaan bernilai USD$6.5 bilion setahun.

Kedua-dua syarikat ini terus menikmati dokongan kerajaan. Bekas Gabernor Federal Reserve Alan Greenspan pernah menyebut bahawa "Pasaran menganggap bahawa kerajaan menjamin operasi syarikat itu".

Vernon Smith, pemenang anugerah Nobel, pula pernah menyatakan bahawa syarikat-syarikat GSE sebenarnya merupakan syarikat yang ditanggung oleh semua pembayar cukai.

Maka, walaupun kedua-dua syarikat ini beroperasi dalam 'sistem kapitalis' Amerika Syarikat, mereka sebenarnya menikmati faedah daripada polisi sosialis seperti subsidi dan perlindungan kerajaan.

Malahan, mereka ditubuhkan pun atas prinsip sosialisme! Ini membolehkan mereka terus mendokong penawaran produk yang mungkin tidak dapat bertahan lama dalam sistem pasaran terbuka sebenar � iaitu pinjaman subprima. Mereka berani mengambil risiko yang terlalu besar, dan pelabur pula terus melabur, kerana mereka dilihat sebagai dilindungi kerajaan.

Kegagalan Freddie Mac dan Fannie Mae sebenarnya mendedahkan betapa bahayanya jika kerajaan masuk campur dalam urusan ekonomi dan perdagangan secara berlebihan.

Apabila kerajaan menubuhkan atau mempertahankan syarikat-syarikat tertentu yang beroperasi dalam pasaran, kerajaan mencipta satu persepsi bahawa walau apa sekalipun yang dilakukan oleh syarikat-syarikat berkenaan, ia tetap selamat.

Pelabur akan berfikiran bahawa kerajaan pasti akan menyelamatkan syarikat itu dan risiko pelaburan mereka rendah walaupun aktiviti syarikat itu berisiko tinggi.

Maka tidak ada apa-apa yang menghalang pelabur, dan ekekutif syarikat tersebut daripada meneruskan strategi tidak bertanggungjawab termasuklah memberi pinjaman kepada mereka yang sebenarnya tidak mampu.

Dalam pada itu, syarikat-syarikat ini memastikan agenda politik kerajaan tercapai, iaitu membolehkan rakyat membeli rumah walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan untuk membayar balik pinjaman.

Gerald Driscoll, pakar ekonomi daripada Cato Institute, mengatakan bahawa apa yang berlaku di Amerika sekarang adalah akibat daripada sistem 'kapitalisme kroni'.

Driscoll berpandangan bahawa ahli perniagaan dan ahli politik bersekongkol dalam hal ini. Ahli-ahli politik telah mencipta syarikat gergasi menggunakan wang rakyat dan dengan jaminan perlindungan kerajaan.

Lantas syarikat itu pula kadang kala memberi sumbangan kepada agenda politik tertentu. Jika kita mahu membandingkan dengan Malaysia, ini boleh berlaku apabila syarikat-syarikat yang didokong kerajaan membiayai atau memberi subsidi kepada agenda politik tertentu.

Kita bernasib baik kerana sistem pasaran bebas dan kapitalisme akhirnya mendedahkan salah laku dan ketamakan syarikat-syarikat ini.

Sistem pasaran bebas dan kapitalisme telah menghukum syarikat-syarikat yang melakukan kesalahan seperti Freddie Mac, Fannie Mae dan lain-lain lagi.

Jika diturut sistem kapitalisme, maka syarikat-syarikat ini akan terpaksa gulung tikar. Malangnya, elemen-elemen sosialis dan ahli-ahli politik pragmatik dalam pentadbiran Amerika masih mahu melindungi Freddie Mac dan Fannie Mae, mungkin untuk mencapai faedah politik jangka pendek (pilihanraya Amerika akan berlangsung tidak lama lagi).

Keruntuhan Fannie Mae dan Freddie Mac sebenarnya merupakan kejayaan kapitalisme dan pasaran bebas dalam mendedahkan salah laku dua syarikat bantuan kerajaan tersebut.

Ia bukan kegagalan kapitalisme. Sebaliknya ia membuktikan keampuhan kapitalisme dan pasaran bebas dalam menghukum salah laku dan ketamakan yang keterlaluan. Jangan pula kita dikelirukan oleh puak sosialis yang cuba menangguk di air keruh.

(Wan Saiful Wan Jan ialah Editor WauBebas.org dan Ketua Pengarah Malaysia Think Tank). - mr_

20080909

Krisis Kepimpinan: Pisau dan Mentimun Di Tangan Kita

Negara kita merupakan sebuah negara yang masih muda. 51 tahun merdeka adalah suatu usia yang amat muda bagi sebuah negara. Lebih-lebih lagi untuk sebuah tamadun.

2. Sungguhpun begitu negara ini telah melalui beberapa proses pembetulan selepas berlaku krisis kepimpinan di dalam parti pemerintah yang menyebabkan kerajaan mengambil langkah drastik membetulkan keadaan melalui reformasi dasar-dasar yang pasti mengambil keperluan tuntutan semasa dan memastikan tiada kaum yang tertinggal.

3. Krisis kepimpinan yang paling penting ialah ketika mana negara menghadapi pertelingkahan kaum pada 13 Mei 1969 antara Melayu dan cina.

4. Krisis ini telah membawa korban kerana lewatnya proses pembetulan dalam kerajaan dan lewatnya tindakan reform yang sepatutnya diambil oleh kepimpinan ketika itu, ditambah lagi dengan umur kemerdekaan yang terlalu muda dan kurangnya pengalaman rakyat, akhirnya meletakkan undang-undang di tangan mereka sehinggakan berlaku tumpah darah dan berakhir dengan pengisytiharan darurat dan proses peralihan kuasa berlaku.

5. Sekarang ini juga saya merasakan negara sedang mengalami krisis kepimpinan dan mirip dengan apa yang berlaku pada 1969. Cuma rakyat lebih matang dan tidak mengambil tindakan melampaui batasan undang-undang. Sebab itulah tidak berlaku pertelagahan antara kaum sehingga hari ini.

6. Masalah UMNO, Barisan Nasional dan negara hari ini ialah kita mempunyai pemimpin yang lemah untuk memimpin. Kelemahan kepimpinan ini menyebabkan berlaku krisis keyakinan yang luar biasa sehingga mencetuskan keputusan yang luar dugaan dalam pilihan raya lalu. Kekalahan di Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih tinggi mengesahkan lagi masalah krisis kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan UMNO dan BN.

7. Negara sudah tiada driven leader. UMNO tidak lagi menyediakan pemimpin yang boleh memimpin (lead)dan memacu (drive) pembangunan negara ini. Ini menyebabkan UMNO dan BN ditolak dalam pilihan raya lalu. Situasi yang sama berlaku pada 1969 apabila Almarhum Tunku Abdul Rahman dilihat semakin lemah dan tiada kekuatan daya kempimpinan bagi memacu kemajuan negara dan menguruskan hubungan antara kaum.

8. Semua pemimpin ada kelebihan dan kelemahan. Saya sendiri bukan manusia atau pemimpin yang sempurna. Demikian juga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak dan lain-lain. Tiada yang sempurna walaupun imej yang demikian cuba diberikan oleh penyokong PKR kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

9. Tun Dr. Mahathir juga bukan pemimpin yang sempurna. Namun dalam kepimpinan beliau tertonjol kekuatan kepimpinan, dinamika visi dan keupayaan menguruskan isu antara kaum. Ini membolehkan UMNO dan BN mendapat kemenangan yang selesa dalam setiap kali pilihan raya.

10. Masalah hari ini ialah pemimpin sedia ada sudah dilihat terlalu lemah untuk menguruskan negara dan parti. Rakyat sebahagian besarnya sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan negara. Sebahagian besar yang menyokong BN dalam pilihan raya lalu hanya berasaskan kesetiaan mereka kepada parti. Malangnya kesetiaan ini juga kian menipis di bawah sana.

11. Ironinya, krisis ini juga melibatkan individu dalam parti UMNO yang ada kaitannya dengan krisis 13 Mei lalu. Keadaan penerimaan kepada kepimpinan Pak Lah hampir sama dengan sokongan yang diterima oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969.

12. Watak kedua ialah Datuk Seri Najib yang merupakan anak sulung allahyarham Tun Abdul Razak mempunyai ciri-ciri kesamaan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi dan kemampuan memimpin yang lebih baik serta mendapat lebih sokongan di dalam parti dan di kalangan rakyat banyak.

13. Keadaan ini bertambah resah apabila peralihan kuasa yang mengambil masa terlalu lama iaitu sehingga Jun 2010. Malah ramai rakyat semakin kurang yakin kepada kepimpinan yang ada.

14. Watak ketiga ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat rakus untuk berkuasa sehinggakan sanggup menghalalkan cara membentuk kerajaan melalui pintu belakang walaupun beliau sendiri tahu perkara itu cukup tidak bermoral. Sungguhpun saya masih kurang yakin beliau dapat membentuk kerajaan pada 16 September ini, tetapi rancangan itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa beliau adalah seorang insan yang rakus kuasa dan sanggup menggadaikan prinsip perjuangan yang telah diperjuangkannya sebelum ini.

15. Watak keempat ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad, orang yang terlibat secara langsung dalam peralihan kuasa 13 Mei 1969. Ketika itu tidak berkuasa dan keadaan yang sama juga dialami oleh Tun Dr. Mahathir hari ini. Saya amat berharap agar Tun Dr. Mahathir menggunakan pengalaman beliau selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, terlibat sendiri dengan peristiwa 13 Mei dan melibatkan diri sama pada krisis kepimpinan yang ada pada hari ini memainkan peranan yang lebih jelas untuk menyelamatkan parti dan juga negara. Saya berharap Tun Dr. Mahathir akan kembali kepada UMNO bagi membantu pemulihan parti.

16. Saya bimbang jika kita lewat melakukan sesuatu, peristiwa rakyat berada di jalan akan berulang dan ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

17. Saya berharap pucuk pimpinan sedar dan mengambil langkah yang lebih berani dalam memastikan parti akan terus kukuh, negara akan dapat diselamatkan dari ketidakstabilan politik.

18. Tidak dapat dinafikan, ketika mana negara dan parti ditinggalkan oleh Dr. mahathir, ia berada dalam keadaan baik. Sebab itu pilihan raya ke 11, BN menang besar, ditambah pula dengan kepimpinan baru yang dilihat mesra rakyat. Tetapi nampaknya parti semakin lemah dan pilihan raya ke 12 menjadi satu ingatan kepada UMNO dan BN untuk melakukan sesuatu langkah berani. Keadaan bertambah kusut selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh dan akan bertambah kusut lagi dengan pengosongan Parlimen Pensiangan akibat keputusan Mahkamah pagi tadi.

19. Suka atau tidak, saya berpandangan peralihan kuasa perlu disegerakan. Parti perlu diutamakan, keresahan rakyat perlu diredakan, Reform perlu dijalankan. Krisis yang bermula dalam UMNO kini telah merebak dalam BN, dan saya bimbang ledakan ini tidak dapat ditampung dengan kekuatan yang ada sama ada dalam UMNO mahupun dalam BN.

20. UMNO memerlukan pemimpin baru bagi memberi nafas baru kepada parti dan juga rakyat. Bagi saya antara pemimpin dan parti, parti perlu lebih penting. Namun sanggupkah kita di bawah ini bersama melakukan perubahan?

21. Kita di persimpangan antara taat kepada pemimpin atau mengukuhkan parti. Pisau dan mentimun ditangan kita.

20080830

Krisis kekurangan air


GOLONGAN wanita Iraq beratur mendapatkan air di stesen minyak.


Keadaan Baghdad apabila jalan berlubang-lubang, paip-paip yang menyalurkan air pecah adalah antara kecelakaan yang berlaku sejurus selepas peperangan. Selain itu pergaduhan, tembak-menembak, bom dan tumpahan darah berlaku di kota itu.

Apabila tiba musim panas, kota Baghdad mengalami masalah kekurangan air yang teruk meskipun pelbagai usaha dilakukan untuk mengelakkan rakyat Baghdad tidak mati kehausan, kata Pengarah Perkhidmatan Air, Sadiq Shumari.

Suhu mencecah 50 darjah Celsius manakala permintaan dan kehendak untuk barang-barang komoditi melebihi bekalan yang disediakan, menyebabkan ramai penduduk Baghdad hidup dalam keadaan sukar.

"Kita mempunyai satu tugas penting untuk memulihkan sistem sungai yang telah diabaikan untuk beberapa dekad. Tetapi ia merupakan satu cabaran besar dengan tahap keselamatan yang rendah," kata Shumari kepada Reuters dalam satu rombongan ke kawasan timur Baghdad iaitu satu kawasan yang paling miskin.

"Jika keselamatan terus menjadi satu masalah di Baghdad bagaimana kita mampu memulihkan sistem saliran kepada warga Baghdad," ujar beliau sebelum berlaku dua letupan di kawasan berhampiran dengannya. Manakala setengah askar- Amerika Syarikat (AS) berlari ke dalam sebuah bangunan untuk mendapatkan perlindungan.

Perjalanan jauh ke kawasan timur Sungai Tigris yang berliku-liku di sepanjang wilayah Baghdad merupakan bandar serba mewah tetapi perjalanan ke kota itu kelihatan miskin.


PAIP bocor di daerah Sadr menyebabkan Baghdad mengalami gangguan bekalan air yang melampau.


Kanak-kanak yang berpakaian koyak rabak sedang seronok bermain dalam debu, bersebelahan dengan timbunan sampah sarap dan air takung.

Seorang lelaki yang memakai pakaian panjang berbentuk tradisional iaitu jubah serba putih sedang duduk di atas sebuah batu besar di halaman rumah sambil mendengar lagu menerusi sebuah radio lama.

Bersebelahan lelaki itu, seorang kanak-kanak sedang bermain berhampiran sebuah parit yang penuh dengan air yang berbau busuk dan sebuah gunung buatan manusia yang dipenuhi beg-beg plastik, tin minuman, botol-botol plastik dan bungkusan rokok.

Tambahan pula, perkhidmatan di bandar Sadr yang terdiri daripada sebuah kawasan yang dihuni kira-kira dua juta orang yang serba miskin di kawasan utara Baghad.

Kesukaran mendapatkan air menyebabkan harga air melonjak naik. Kata Um-Sara, 54, seorang suri rumah yang berjalan dari sebuah kedai sambil mengimbangi 23 liter botol air di bahunya.

Para penduduk yang lebih miskin seumpama Sami Mahmoud menggunakan pam air untuk menarik air bawah tanah ke dalam tangki-tangki simpanan apabila terdapat elektrik. Tetapi air tersebut tidak selamat.

Wabak taun telah merebak pada masa lalu gara-gara penggerudian perigi-perigi oleh para penduduk secara persendirian apabila air simpanan itu tidak bersih.

Secara tidak langsung, fenomena ini menyebabkan tukang paip seperti Hussein Jawad tidak menang tangan memberi perkhidmatan membantu memperbaiki sistem saliran penduduk di sekitar Baghdad.

"Perniagaan saya akan meningkat pada musim panas," katanya. "Pada musim tersebut air tidak mencukupi. Justeru saya memasang pam-pam dan tangki-tangki. Dengan ini, kami memperoleh banyak keuntungan."

Pihak berkuasa Baghdad berkata, mereka bekerja keras membina loji-loji besar untuk rawatan air dengan kapasiti yang mencukupi tetapi semuanya menjadi kenyataan selewat-lewatnya tahun 2009.

"Kami sedang mencari jalan untuk menyediakan kapasiti yang lebih besar. Ini adalah usaha meningkatkan taraf hidup bekas negara bergolak itu."

Tempoh peperangan, sabotaj, pengabaian telah melumpuhkan proses dan pembangunan Iraq.

Rasuah merupakan endemik dan ia telah menelan berbilion-bilion wang bantuan yang disalurkan sebelum ia sampai kepada projek-projek yang dilakukan.

Sokongan AS untuk membina semula Iraq telah menimbulkan kontroversi tinggi. Minggu lalu, Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat meluluskan satu undang-undang untuk melarang Pentagon daripada membiayai program pembinaan semula yang menelan belanja lebih daripada AS$2 juta (RM3.6 juta).

Ramai di kalangan ahli majlis undangan AS mahu negara itu merujuk kembali pembiayaan tersebut kerana kerajaan Iraq telah membuat lebihan belanjawan yang sihat justeru kenaikan harga minyak.

Krisis kekurangan air


GOLONGAN wanita Iraq beratur mendapatkan air di stesen minyak.


Keadaan Baghdad apabila jalan berlubang-lubang, paip-paip yang menyalurkan air pecah adalah antara kecelakaan yang berlaku sejurus selepas peperangan. Selain itu pergaduhan, tembak-menembak, bom dan tumpahan darah berlaku di kota itu.

Apabila tiba musim panas, kota Baghdad mengalami masalah kekurangan air yang teruk meskipun pelbagai usaha dilakukan untuk mengelakkan rakyat Baghdad tidak mati kehausan, kata Pengarah Perkhidmatan Air, Sadiq Shumari.

Suhu mencecah 50 darjah Celsius manakala permintaan dan kehendak untuk barang-barang komoditi melebihi bekalan yang disediakan, menyebabkan ramai penduduk Baghdad hidup dalam keadaan sukar.

"Kita mempunyai satu tugas penting untuk memulihkan sistem sungai yang telah diabaikan untuk beberapa dekad. Tetapi ia merupakan satu cabaran besar dengan tahap keselamatan yang rendah," kata Shumari kepada Reuters dalam satu rombongan ke kawasan timur Baghdad iaitu satu kawasan yang paling miskin.

"Jika keselamatan terus menjadi satu masalah di Baghdad bagaimana kita mampu memulihkan sistem saliran kepada warga Baghdad," ujar beliau sebelum berlaku dua letupan di kawasan berhampiran dengannya. Manakala setengah askar- Amerika Syarikat (AS) berlari ke dalam sebuah bangunan untuk mendapatkan perlindungan.

Perjalanan jauh ke kawasan timur Sungai Tigris yang berliku-liku di sepanjang wilayah Baghdad merupakan bandar serba mewah tetapi perjalanan ke kota itu kelihatan miskin.


PAIP bocor di daerah Sadr menyebabkan Baghdad mengalami gangguan bekalan air yang melampau.


Kanak-kanak yang berpakaian koyak rabak sedang seronok bermain dalam debu, bersebelahan dengan timbunan sampah sarap dan air takung.

Seorang lelaki yang memakai pakaian panjang berbentuk tradisional iaitu jubah serba putih sedang duduk di atas sebuah batu besar di halaman rumah sambil mendengar lagu menerusi sebuah radio lama.

Bersebelahan lelaki itu, seorang kanak-kanak sedang bermain berhampiran sebuah parit yang penuh dengan air yang berbau busuk dan sebuah gunung buatan manusia yang dipenuhi beg-beg plastik, tin minuman, botol-botol plastik dan bungkusan rokok.

Tambahan pula, perkhidmatan di bandar Sadr yang terdiri daripada sebuah kawasan yang dihuni kira-kira dua juta orang yang serba miskin di kawasan utara Baghad.

Kesukaran mendapatkan air menyebabkan harga air melonjak naik. Kata Um-Sara, 54, seorang suri rumah yang berjalan dari sebuah kedai sambil mengimbangi 23 liter botol air di bahunya.

Para penduduk yang lebih miskin seumpama Sami Mahmoud menggunakan pam air untuk menarik air bawah tanah ke dalam tangki-tangki simpanan apabila terdapat elektrik. Tetapi air tersebut tidak selamat.

Wabak taun telah merebak pada masa lalu gara-gara penggerudian perigi-perigi oleh para penduduk secara persendirian apabila air simpanan itu tidak bersih.

Secara tidak langsung, fenomena ini menyebabkan tukang paip seperti Hussein Jawad tidak menang tangan memberi perkhidmatan membantu memperbaiki sistem saliran penduduk di sekitar Baghdad.

"Perniagaan saya akan meningkat pada musim panas," katanya. "Pada musim tersebut air tidak mencukupi. Justeru saya memasang pam-pam dan tangki-tangki. Dengan ini, kami memperoleh banyak keuntungan."

Pihak berkuasa Baghdad berkata, mereka bekerja keras membina loji-loji besar untuk rawatan air dengan kapasiti yang mencukupi tetapi semuanya menjadi kenyataan selewat-lewatnya tahun 2009.

"Kami sedang mencari jalan untuk menyediakan kapasiti yang lebih besar. Ini adalah usaha meningkatkan taraf hidup bekas negara bergolak itu."

Tempoh peperangan, sabotaj, pengabaian telah melumpuhkan proses dan pembangunan Iraq.

Rasuah merupakan endemik dan ia telah menelan berbilion-bilion wang bantuan yang disalurkan sebelum ia sampai kepada projek-projek yang dilakukan.

Sokongan AS untuk membina semula Iraq telah menimbulkan kontroversi tinggi. Minggu lalu, Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat meluluskan satu undang-undang untuk melarang Pentagon daripada membiayai program pembinaan semula yang menelan belanja lebih daripada AS$2 juta (RM3.6 juta).

Ramai di kalangan ahli majlis undangan AS mahu negara itu merujuk kembali pembiayaan tersebut kerana kerajaan Iraq telah membuat lebihan belanjawan yang sihat justeru kenaikan harga minyak.

20080617

Pemimpin dunia diajak lebih berani atasi krisis

Oleh Abdul Razak Raaff


PERKENAL MAKANAN: Abdullah sambil diperhatikan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah menunjukkan kuih tradisi Melayu kepada Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia, Prof Klaus Schwab (dua dari kiri) dan bekas Perdana Menteri Pakistan, Shaukat Aziz (tiga dari kiri) ketika majlis meraikan peserta Forum Ekonomi Dunia bagi Asia Timur 2008, di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya, semalam.

PM mahu langkah drastik selesai isu harga minyak, makanan

PUTRAJAYA: Masyarakat antarabangsa perlu segera mengambil langkah drastik yang lebih berani bagi menangani krisis kenaikan harga minyak dan bahan makanan yang kini mengancam ekonomi dan kehidupan ratusan juta rakyat di seluruh dunia, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, pemimpin dunia wajar menyuarakan dengan lantang langkah bagi menangani krisis berkenaan kerana ia boleh mewujudkan ancaman lebih besar jika tiada pihak mengambil inisiatif mengkaji atau meneliti semula pelbagai dasar yang menjadi punca berlakunya masalah itu.

"Pada pandangan saya, keadaan yang sedang melanda dunia ketika ini jelas sekali menuntut kepada maklum balas yang lebih berani daripada masyarakat antarabangsa.

"Kita perlu lebih bersedia menyuarakan permasalahan ini secara jujur dengan mengkaji semula beberapa dasar menyebabkan ia berlaku.

"Ini termasuk, perkara seperti menggantikan penggunaan biofuel untuk pengeluaran bahan makanan atau negara maju memerlukan peraturan lebih baik bagi pasaran dan institusi kewangan mereka," katanya berucap pada majlis meraikan peserta Forum Ekonomi Dunia bagi Asia Timur 2008, di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, di sini, malam tadi.

Abdullah berkata, forum berkenaan adalah platform terbaik bagi membincangkan permasalahan yang sedang dihadapi masyarakat antarabangsa berkaitan kenaikan harga minyak mentah dunia dan bekalan bahan makanan.

Katanya, peserta perlu memanfaatkan forum yang sudah memiliki reputasi di mata masyarakat antarabangsa bagi mengeluarkan pelbagai cadangan dan idea inovatif untuk mencari kaedah terbaik menangani masalah itu.

"Dunia kini berdepan krisis makanan, minyak dan ekonomi secara serentak. Kita pernah berdepan masalah yang sama sebelum ini, tetapi ia tidak berlaku serentak seperti pada masa ini.

"Ia dilihat akan mewujudkan masalah lebih besar dan akhirnya boleh mendatangkan kemusnahan kepada setiap negara," katanya.

Abdullah berkata, kemakmuran ekonomi di rantau Asia Timur kini diancam tiga masalah iaitu kenaikan harga makanan, peningkatan kos pengeluaran bekalan tenaga dan kemelut ekonomi yang serius.

Ia, katanya, menyebabkan kehidupan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di seluruh dunia terjejas kerana kos sara hidup yang tinggi sehingga menyebabkan berlaku bantahan secara besar-besaran di beberapa negara di dunia.

"Kebanyakan negara di rantau berkenaan sudah pun mengambil pelbagai langkah drastik bagi melindungi ekonomi dan kepentingan rakyat masing-masing, tetapi kesannya adalah terhad jika krisis terbabit terus berlaku," katanya.

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com