Showing posts with label dakwaan. Show all posts
Showing posts with label dakwaan. Show all posts

20090106

Kerajaan Perak nafi dakwaan Tadika Kemas dikunci

IPOH, 6 Jan (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak menafikan sekeras-keras dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan bagi mengunci Tadika-Tadika Kemas di negeri ini.

"Tidak ada arahan supaya mengunci premis Tadika Kemas seperti yang didedahkan oleh Zahid Hamidi sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar. Ia h tidak benar sama sekali."

Kenyataan tersebut terkandung dalam kenyataan akhbar Kerajaan Negeri Perak yang dibacakan Dato' Ngeh Koo Ham yang mewakili Menteri Besar Perak di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini 5 Januari lalu. Dato' Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin kini berada di Terengganu.

"Tidak ada arahan kepada mana-mana pihak untuk mengunci Tadika Kemas dan saya berharap rakyat tidak keliru dengan kenyataan fitnah itu," tegas Ngeh.

Beliau turut kesal dengan cerita yang direkacipta oleh menteri berkenaan dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat jelata semata-mata untuk BN memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Sambil merujuk peranan yang sebenarnya yang patut dimainkan oleh akhbar Melayu, beliau berharap akhbar lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan sesuatu berita dan merujuk sumber yang sebenar.

"Dalam hal ini, rujuklah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri untuk mendapat berita yang salih dan tepat," katanya.

Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah anggota Exco Agama, Mohd Zainuddin Yusuf, timbalannya, Drs. Khalil Idham Lim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim, Adun Selingsing, Husin Din dan Pengarah Urusetia Kerajaan Negeeri, Ustaz Zulkifli Ibrahim.

Dalam kenyataannya , anngota Exco Agama menjelaskan memanglah tadika berkenaan dikunci pada hari cuti dan dibuka semula pada hari Isnin.

Khalil Idham pula mempersoalkan kenapa setelah sembilan bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak tiba-tiba isu ini diperkatakan.

Beliau menyatakan telah melakukan lawatan di Tadika Kemas Parit Buntar dan mendapati ia dibuka seperti biasa.

Sementara itu Ustaz Zulkifli Ibrahim melahirkan kekesalan kerana kenyataan fitnah dan bohong itu datang dari seorang yang kononnya bakal pemimpin negara dan baru sahaja balik dari mengerjakan haji. _

20080813

Malaysia nasihat pelabur asing usah percaya dakwaan Anwar

SINGAPURA: Ahli perniagaan asing yang bercadang melabur di Malaysia dinasihati supaya tidak mempercayai dakwaan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau akan mengambil alih teraju pentadbiran Malaysia September ini.

"Usah percaya," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada ahli perniagaan Singapura yang menghadiri dialog perdagangan di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau tidak nampak kemungkinan perkara itu berlaku, lebih-lebih lagi memandangkan Anwar sering mengubah tarikh beliau akan mengambil alih kerajaan persekutuan yang dikuasai Barisan Nasional (BN)dari Ogos ke September, kemudian ke Oktober dan seterusnya.

Kata beliau, persoalan paling besar ialah bagaimana Anwar akan menjadi Perdana Menteri sedangkan tidak seorang pun anggota parlimen BN, yang didakwanya akan menyertai beliau sejak pilihan raya umum 8 Mac lepas, berbuat demikian.

Dialog itu diadakan sempena seminar sehari tentang peluang perniagaan di Malaysia anjuran bersama agensi perdagangan Malaysia dan Singapura, dan dirasmikan Muhyiddin.

Muhyiddin berkata, keadaan politik yang wujud di Malaysia sekarang adalah semata-mata hasil ciptaan Anwar, yang tidak sudah-sudah membuat cerita kononnya beliau akan mengambil alih kerajaan September ini.

Muhyiddin yang juga naib presiden UMNO berkata, pengundi di Malaysia telah membuat pilihan mereka pada pilihan raya umum lepas dengan mengundi BN bagi membentuk kerajaan persekutuan.

Katanya, walaupun BN tidak memenangi majoriti besar bagi kerusi parlimen seperti pilihan raya sebelum ini, namun "kemenangan tetap satu kemenangan".

Beliau berkata, banyak pelabur bimbang dengan keadaan politik yang melanda Malaysia sekarang kerana mereka tidak pasti tentang iklim pelaburan pada bulan-bulan akan datang.

Katanya, pelabur tertanya-tanya sama ada Malaysia masih stabil atau aman seperti sebelum ini atau adakah rakyat akan merusuh di jalan raya dan menimbulkan pelbagai masalah yang merugikan mereka yang melabur di Malaysia.

"Memanglah ini satu persoalan besar. Kami pun bimbang seperti anda juga, dalam menangani keadaan seperti ini.

"Apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini ialah terus memberi jaminan, dan bagi Malaysia, kami juga menyintai keamanan, sama seperti rakyat Singapura, kami cintakan kemakmuran dan kami sayangkan perpaduan yang telah kami kecapi sejak beberapa dekad lepas," kata Muhyiddin.

Rakyat Malaysia amat mementingkan keamanan kerana ia menjadi tanda aras yang kukuh bagi negara ini, kata beliau sambil menambah bahawa Malaysia juga amat mementingkan kestabilan dalam usaha menarik pelaburan.

Muhyiddin berkata, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi sejak sekian lama dan sistem ini berjalan dengan baik, manakala BN pula menerima keputusan rakyat.

"Anwar Ibrahim perlu menghormati keputusan ini. Jika beliau teringin menjadi Perdana Menteri, beliau perlu tunggu empat tahun lagi, bertanding pada pilihan raya, menang dengan majoriti dan tubuhlah kerajaan, kalau itu berlaku," kata beliau.

Beliau berkata, rakyat Malaysia ingin mengekalkan kestabilan yang mereka nikmati sekarang.

Muhyiddin memberi jaminan kepada pelabur yang bercadang melabur di Malaysia dan mereka yang sudah melabur di negara berkenaan bahawa walaupun wujud beberapa perubahan dalam senario politik tempatan dan beberapa kerajaan negeri tidak lagi berada di bawah pentadbiran BN, namun perkara itu tidak menjadi masalah kerana dasar pelaburan sedia ada terus diguna pakai di seluruh negara.

Beliau berkata, negeri yang ditadbir oleh pembangkang juga mahukan pelaburan dan mereka akan memastikan setiap pelaburan baru dan yang sudah dibuat di negeri berkenaan sejak beberapa dekad lepas, akan dijaga dan dilindungi dengan sewajarnya. BERNAMA

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com