Get the latest info on Dunia Politik direct. Analisa Politik. Informasi tentang parti-parti Politik dan keadaan politik di segenap pelusok dunia. Home · Messages. Members Only; Post; Files; Photos; Polls; Promote ? Already a member? Sign in to Yahoo! ...
20090109
DARI KUALA GANU
Cukup ramai yang datang di waktu penamaan calon. Yang bestnya berpuluh bas dibayar untuk
membawa orang orang gerombolan.
Penyokong Pakatan datang dengan duit sendiri. Tidor tumpang-tumpang. Satu bilik sampai 15
orang.
Para gerombolan sudah ambil semua bilik bilik hotel di KT.
BLOGGERS
Para bloggers berkumpul di Hotel Ming. Sempat sembang kejap sengan Raja Petra
a.ka. musuh ketat Rosmah Mansor.
Haris Ibrahim pun ada. Yang lain ramai. Mister Gan pun ada. Mereka dapat bilik kerana
Raja Petra ini orang Ganu makang ikang. Kita yang tak berasal dari Ganu
kawan kena tidor menumpang.
MCA DAN URUT
Mula-mula terdengar bunyi bising. Ingatkan ada apa. Rupa rupa-rupanya MCA sedang mencuba
panggil orang datang berkumpul.
Caranya: ADAKAN KUIZ
CONTOH SOALAN: Siapakah Perdana Menteri Pertama Malaysia?
atau - Apakah nama Pulau di hadapan Kuala Terangganu?
atau - Siapa nama Presiden Amerika yang baru?
Kemudian sudah menang hamper ada 'service' urut. Sesiapa yang datang ada pula 'urut free' -
urut jenis apa tidak pula diketahui.
Tapi tak nampak pun orang yang datang.
BEKAS PORN STAR
Secara tak sengaja terserempak dengan bekas porn star MCA. Kesian tak ramai macai
mengeliling mamat ini -hanya ada driber dan seorang tambi yang mungkin dari
parti Pundek Pundek Pundek.
Mamat porn ini datang ke tempat urut dan kuiz MCA. Mungkin nak gunakan pengalaman kena
urut dulu untuk bakal pengundi KT.
SIAPA AZAHARUDIN MAMAT
Anak Mamat ini calon bebas. Pasti di sponsor oleh gerombolan untuk pecah undi.
Macam kes yang terjadi pada Mat Sabu - gerombolan sponsor Mak Cik Tukang Urut.
UNDI POS
Ini musuh besar Pakatan Rakyat. Ada 1000 undi pos. Ketika Mat Sabu bertanding pada
8 March dahulu dia hanya dapat 75 undi.
Inilah hakikat undi pos yang kita tidak tahu hujung pangkal.
CUACA
Cukup baik. Nyaman. Berangin. Matahari bersinar.
Chukai baik.
Kuala Besut panas.
Dungun panas.
Waktu malam di Jertih dan Kuala Besut paling best.
Banyak gerai ikan segar dan kopi jantan.
Untuk minuman pagi Nasi berlauk dan nasi dagang jadi tumpuan.
Tetapi awas - masakan di sini manis. Tak tahu apa pasal
orang sini bubuh gula dalam masakan.
AWEK GANU
Awek Ganu memang cun - pakai jean, baju-t dan sneakers dan pakai tudung.
Sori laaa awek UM dan awek UPM - mereka kalah kerana gedebab pakai baju kurung.
RELAX
Kalau bosan dengan politik di KT sila naik kereta pergi Pantai Penarik. Ombak kuat tetapi pantai landai dan luas.
Terbaik - makan sotong dan ikan kembung bakar. Sotong mahal sikit kerana bukan musim.
Udang juga agak mahal kerana musim tengkujuh belum tamat.
PASAR IKAN
Sesiapa yang hendak pulang ke Kuala Lumpur di cadangkan berhenti semalam di Kuala Besut.
Bilik sewa banyak dan murah. Di pengkalan waktu petang ada udang naik.
Jam 6.00 pagi nelayan dari laut datang membawa ikan yang baru di tangkap.
Jangan lewat nanti hanya dapat ikan Siam dan bukan ayam Siam.
Kalau lebih rajin sila pergi ke Tok Bali - sempadan kelantan - 10 kilometer dari Kuala
Besut. Banyak ikan naik waktu malam dan waktu pagi.
DISEBELAH KETIKA MENGETIK
Ada Mamat sedang melihat lihat apa yang sedang ditulis. Mamat ini sedang melihat You Tube.
Ini di kawasan yang bukan kawasan kota. Inilah pengaruh internet.
Mamat ini mungkin tidak bersekolah.Umur bawah 17 tahun. Dia mendengar lagu-lagu dang dut dari Indon.
Sambil menonton dia juga menyanyi sama.
Tukar Tiub terhibur.
NAJIB NAJIB NAJIB
Penyokong gerombolan datang semua hendak tunjuk muka kepada Najib.
Semua hendak kenalkan diri kepada bakal PM.
Ini berbeza dengan penyokong Pakatan. Mereka datang untuk berkempen.
POSTER ALTANTUYA
Ini klasik. Poster ini sedang menjadi ' colector item' - semua wartawan di KT
sedang mencari-cari poster ini. Tukar Tiub masih belum melihat
poster ini.
NAJIB DAN ALTANTUYA
RTM melapor bahawa Najib telah berkata 'kes Altantuya' ditimbulkan
di PRK ini kerana pihak Pakatan tiada 'isu'.
Tetapi persoalan yang timbul di kalangan pemerhati politik - KENAPA RTM MEMAINKAN ISU ALTANTUYA INI.
Selalunya kalau berita berita macam ini langsung TIDAK dilapor.
Ada apa-apa ajenda dari Kemaman.
20090101
Mengenali Pemimpin dari Kentutnya
1. Kentut Anwar IbrahimApabila kentut, dia salahkan orang lain ... Hipokrit.
Dia mulakan politik wang dan bentang rang undang-undang hukum salah lapur rasuah, tapi tuduh orang lain lakukan rasuah.
2. Kentut Dolah BadawiOrang yang tahan kentut berjam-jam ... Bingung
Selama lima tahun, tidur. Tak buat apa dan flip flop. Tinggal beberapa bulan, baru nak buat macam-macam. Lama tak kentut lah tu.
3. Kentut Mat SabuOrang yang kentut dengan lantang ... Yakin Diri
Penama istilah Al Juburi. Bila bersyarah, sedap aja dia belasah. Janganlah dia bertanding di KT.
4. Kentut KhairyOrang yang kentut dalam selimut lalu dikibas baunya ... Sadis.
Sepanjang lima tahun jadi menantu PM, dia salahguna pengaruh, kumpul komisyen, dan kacau pentadbiran. Tapi asyik memikir nak jatuhkan Khir Toyo, Isa Samad, Mukhriz dan ramai lagi. Satu negara bau kentut busuknya!
Orang yang sembunyikan bunyi kentut dengan ketawa kuat-kuat ... Strategik.
Punya lantang dia bercakap mengenai pembaharuan undang-undang tetapi rupanya macam-macam tak betul. Rang undang-undang hakim baru ini dia juga gut?
6. Kentut Berahim AliOrang yang kentut tapi tak dapat dikesan ... Misteri.
Diam-diam dia datang balik jadi ahli Parlimen Bebas dan sekarang diterima ramai sebagai Presiden Perkasa.
7. Kentut Zahid Hamidi Tiba-tiba kentut apabila di sergah ... Gugup.
Bersyarah belasah orang. Rupanya CBT curi saham Kretam. Busuk kentut. Macam mana hal dalam ISA?
Kentut pelan-pelan lepas itu senyum sorang-sorang ... Periang.
Haa! Senyum sorang-sorang nampaknya? Kentut ke?
Hehehe ... kentut Husin Lempoyang. Wow!
* Idea dari Dr Muzi MyKMU Johor
http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com
20081209
Singapura: dari kesultanan ke republic
SULTAN SINGAPURA PERTAMA, SULTAN HUSSAIN SHAH DISINGIR – APA IKHTIBAR YANG BOLEH DIPELAJARI DARI PERISTIWA INI? Oleh Mansor Puteh
Inilah nasib malang Sultan Singapura yang pertama. Ia adalah sebuah kisah yang boleh dijadikan teladan, sebab ia adalah sebuah peristiwa penting untuk Bangsa Melayu di Nusantara Melayu…bukan sahaja tentang bagaimana seorang Sultan Melayu boleh disingkir bila jumlah bukan Melayu bertambah dan kuasa ekonomi mereka meningkat. Tetapi ia boleh dijadikan iktibar untuk Orang Melayu di Malaysia dan diseluruh Nusantara Melayu supaya peristiwa yang sama tidak berulang lagi khususnya di masa sekarang. Ia adalah juga tentang bagaimana Inggeris dan Belanda yang mahu pecahkan Nusantara Melayu atau Dunia Melayu di Tenggara Asia sejak berzaman-zaman dahulu. Mereka gagal untuk melakukannya. Kedua kuasa Barat menyebar ugama mereka, tetapi gagal untuk menguasainya kecuali Filipina yang dulunya sebuah kesultanan Melayu dan Islam tetapi kini sebuah republik dengan kebanyak penduduk berugama katholik, dengan segelintir Islam-Melayu terhumban di sebuah daerah kecil di selatan negara dan terbiar tanpa sebarang pembangunan yang ketara. Sebelum ini, mereka telah memecah-belahkan Dunia Arab dengan menuduh mereka bermazhab Sunni dan Syiah. Maka, orang Arabpun bergaduhlah sehingga sekarang. Yang rugi mereka. Dan yang untuk adalah Barat dan Yahudi. Jadi cara ‘bahagi dan pecah’ atau ‘divide and rule’ ini diguna sebaik mungkin untuk melagakan Umar Islam dan Orang Melayu sesame sendiri, dengan membawa kaum asing sebagai penyendal bagi menwujudkan perbalahan yang tidak berakhir sehingga kini. Jadi, al-kisah Sultan Singapura itu tidaklah sia-sia. Ia memberi banyak pengajaran yang harus disedar oleh semua Orang Melayu sekarang. Tetapi, mujur Bangsa Melayu khususnya di Malaysia dan Indonesia tidak terikut-ikut dengan apa yang mahu dilakukan oleh Inggeris dan Belanda bila mereka menandakan perjanjian pelik bernama Perjanjian Inggeris-Belanda atau ‘Anglo-Dutch Treaty’ dalam tahun 1824 bila mereka dengan sendiri memilih negara mana yang mereka mahu taklukki. Inilah satu perbuatan kejam yang telah hampir memusnahkan Bangsa Melayu dan Dunia Melayu yang sehingga mereka datang, menyaksikan perhubungan erat dengan perdagangan yang dilakukan yang menguntungkan semua pihak. Malangnya, kerakusan Inggeris dan Belanda itu telah memporak-perandakan Dunia Melayu. Kemuncak usaha kuasa penjajah Barat itu ialah Konfrantasi yang dialami oleh Malaysia dan Indonesia dalam tahun 1960an. Mujur kita mempunyai tokoh seperti Tunku Abdul Rahman sebagai perdana menteri Malaysia dan Mohammed Sukarno sebagai presiden Republik Indonesia yang telah dapat mententeramkan keadaan sehingga dapat membawa keamanan di antara kedua buah negara. Maka oleh itu kuasa penjajah Barat itu gagal. Tetapi kesan mereka masih dapat dirasakan sehinggakan sekarang apabila kaum pendatang yang mereka telah bawa dari negara-negara luar dari Nusantara seperti tidak serik dan masih mahu mencari pasal. Ini berikutan dengan kenaikan tahab ekonomi mereka dan kuasa politik yang diberi kepada mereka oleh kita yang telah membuat mereka terlupa asal-usul mereka. Usaha Inggeris dan Belanda pasti akan gagal juga walaupun mereka tidak memainkan peranan langsung, tetapi oleh sisa-sisa peninggalan mereka itu. Itulah maka perlunya untuk Bangsa Melayu di seluruh Nusanatara Melayu bersatu dan menwujudkan persefahaman dalam semua bidang dan tidak sahaja untuk meraikan ketua pemimpin mereka sahaja. Ia harus dilakukan dalam semua peringkat dan melibatkan kegiatan sosial, kebudayaan dan ekonomi serta ugama. Sultan Hussain Shah, atau dikenali sebelum ini sebagai Raja Hussain Muazzam Shah ibn Sultan Mahmud Riayat Shah III (1761-1812) dari Riau atau Tengku Long (Tengku Sulong) Raja Hussain Shah, atau Raja Long yang ditabalkan sebagai Sultan di Padang di Singapura pada 31 January, 1819. Munshi Abdullah yang pernah bekerja sebagai pencatit untuk Stamford Raffles di Melaka dulu, datang ke Singapura dalam bulan Jun, 1819 untuk menyambung bekerja dengannya, juga sebagai pencatit. Oleh sebab itu Munshi Abdullah tidak dapat menyaksikan upacara yang berlangsung di Padang pada 31 Januari lalu. Bagaimanapun, dia telah diberitahu tentang apa yang telah berlaku oleh rakan dan kenalannya yang telah menyaksinya. Munshi Abdullah juga tidak senang dengan apa yang dilakukan oleh Inggeris. Dia tahu satu hari nanti, Sultan Singapura akan disingkirkan dan Singapura akan dikuasai oleh bukan Melayu. Enche Yahya, pencatit untuk Kolonel William Farquhar membaca pengistiran yang telah dibaca dalam bahasa Inggeris oleh seorang pegawai Inggeris, ‘Adalah dimaklumkan bahawa Governor-General Lord Hastings di India telah melantik Yang Teramat Mulia Raja Hussain Muazzam Shah sebagai Sultan Singapura yang pertama dan semua tanah jajahanya, dengan gelaran Sultan Hussain Muazzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Mahmud pada hari ini, 31 haribulan Januari, 1819.’ Jenazah beliau sekarang disemadi di sebuah makam sederhana di penjuru tanah perkuburan dalam kawasan Masjid Trengkerah di Melaka, terbiar dan langsung tidak dikenali oleh sesiapa. Cuma sebuah papan tanda sahaja yang menulis tentang riwayat hidupnya. Sedangkan dia adalah watak penting dalam sejarah awal Singapura. Malah Istana Kampung Gelam di Singapura yang sekian lama didiami oleh kerabatnya, kini sudah diambil alih oleh pihak berkuasa di Singapura dan dalam tahun 2002 ia telah diubahsuai untuk dijadikan Pusat Warisan Melayu atau Malay Heritage Center. Kisah riwayat hidup Sultan Hussain Shah amat menyayatkan hati. Ia adalah kisah bagaimana Inggeris dan Cina mengusir seorang Sultan Melayu dengan begitu mudah. Caranya ialah dengan memperbanyakkan jumlah orang Cina yang didatangkan dari Selatan Negeri Cina sehingga jumlah penduduk asal Melayu di situ menjadi kecil dan dengan ini kuasa politik mereka hapus begitu sahaja. Inggeris mendatangkan orang Cina dan India ke Singapura semata-mata untuk menambahkan jumlah penduduk asing. Mereka tidak membawa atau menggalakkan orang Melayu dari Riau dan pulau-pulau lain di selatan Singapura atau dari Pulau Jawa dan Sumatera maupun dari Malaya, sebab tujuan mereka hanya untuk mengecilkan jumlah penduduk Melayu untuk akhirnya menyingkirkan hak dan kuasa Melayu di Singapura. Kisah seperti ini bunyi seperti sebuah dongeng. Masakan sebuah Kesultanan Melayu boleh dihapuskan dengan begitu mudah?! Tetapi ia benar. Di Sumatera dan Pulau Jawa kebanyakan sultan dan raja-raja mereka telah dihapuskan sebaik sahaja Indonesia mencapai kemerdekaan mereka dalam tahun 1948 dahulu bila mereka berjaya menumpaskan kuasa Belanda yang telah mengecam mereka sekian lama. Dan kebanyakan sultan dan raja-raja di sana telah berpihak kepada Belanda, jadi apabila rakyat Indonesia mengalahkan mereka, sultan dan raja-raja yang dikatakan telah belot itu turut dihapuskan. Kesultanan yang ada di Indonesia ialah Kesultanan Jogjakarta dengan Sultan Hamengkubuwono III yang bertakhta. Istana atau Kraton Sultan Jogjakarta masih tersergam dan pada waktu-waktu tertentu pengunjung ke bandaraya ini boleh menyaksinya, yang sering dijalankan dengan penuh adat Jawa. Selain dari itu kerajaan di Pulau Bali masih ada tetapi pengaruhnya sudah menjadi kurang. Mereka menetap di Puri atau Istana Ubud yang kini dijadikan sebuah pusat kebudayaan dengan acara tertentu untuk pelancong diadakan pada sebelah malam. Dan kedudukan orang Cina di Indonesia juga menjadi lebih teruk sebab mereka rata-rata menyebelahi pihak Belanda, dengan mengharapkan agar Belanda akan terus menguasai seluruh Indonesia. Oleh sebab itu kedudukan orang Cina di Indonesia tidak stabil dan mereka sering dicemuh sehinggakan bahasa dan kebudayaan mereka mahu dihapuskan dan mereka dilarang untuk menubuhkan sebarang persatuan Cina mereka. Mereka juga tidak dibenar mengguna bahasa Cina dan nama sendiri sehinggakan kuil mereka itu tidak ada tulisan Cina. Hanya sekarang sahaja, bila masyarakat Cina di Indonesia boleh mula mengguna bahasa sendiri dan mereka ada rancangan-rancangan ugama dan hiburan dan kebudayaan dalam bahasa sendiri. Namun demikian, kebanyakan orang Cina yang sering muncul dalam rancangan-rancangan seperti ini masih mengguna Bahasa Melayu sebab mereka telah lama dididik dalam bahasa lain. Dan yang menjadi mangsa pertama di Singapura bila penduduk bukan Melayu bertambah ramai ialah bila Sultan Singapura yang pertama, Sultan Hussain Shah disingkirkan sehinggakan dia terpaksa berpindah ke Melaka dengan menaikki kapal bernama ‘Julia’ yang dipunyai oleh Sultan Kedah ketika itu pada 5 Jun, 1834. Beliau tiba di Melaka lima hari kemudian. Sultan Hussain Shah dihormati dan dihargai oleh penduduk Melayu di Melaka khususnya, walaupun penduduk bukan Melayu tidak endahkan kehadirannya. Bagaimanapun, kehidupannya di Melaka tidak seperti di Singapura, dimana dia mempunyai pembantu dan pengawai kanan. Ini ditambah pula dengan kerisauan yang dialami yang akhirnya menyebabkan kematiannya lima-belas bulan kemudian pada 5 September, 1835. Anak sulung Sultan Hussain Shah, Tengku Ali Iskandar ditabal dalam sebuah acara yang sederhana dan dia langsung tidak bertakhta maupun berdaulat. Dan kehidupannya melarat sebab dia tidak diberi wang dari pihak Inggeris yang telah menyekatnya bila Resident Inggeris di Singapura selepas William Farquhar Raffles diganti oleh John Crawfurd, yang ternyata sekali mempunyai sikap anti- atau benci-Melayu. Dan dialah orangnya yang telah membuat Sultan Hussain Shah menderita dan merajuk. Inilah sebenarnya apa yang diniatkan oleh Inggeris bila Beliau tidak dipilih menjadi Sultan Riau selepas kemangkatan bapanya, sebab emaknya orang biasa bernama Encik Makoh binti Daing Maturang. Dan ketika itu pula Raja Hussain berada di Pahang dan tidak sempat menghadiri upacara pengebumian bapanya dalam tahun 1812 walaupun dia telah dilantik sebagai Tengku Mahkota sebaik sahaja dijadikan anak angkat Raja Hamidah tiga tahun sebelumnya, iaitu isteri Sultan Mahmud dengan tujuan dia menggantinya kelak. Bagaimanapun ini tidak berlaku dan adiknya, Raja Abdul Rahman Shah pula yang menjadi Sultan Abdul Rahman. Dan dia membawa diri ke Kampung Bulang di Pulau Penyengat di Riau untuk memancing ikan dan hidup dalam keadaan sedarhana sahaja sehinggalah dia dipelawa oleh Inggeris dengan diketuai oleh Farquhar untuk ditabalkan sebagai Sultan Singapura yang pertama. Tentu sekali Raja Hussain ketika itu rasa berwas-was mahu menerima tawaran seperti itu dan jadi seorang sebuah negara baru. Tetapi, malangnya, tidak berapa lama kemudian, setelah ditabalkan sebagai Sultan Singapura, dia mula dihina dan diendahkan. Kedudukannya sebagai sultan diperlekehkan sehinggalah dia ambil keputusan untuk melarikan diri ke Singapura. Sultan Hussain Shah menanggis pada waktu malam bila dia sedar yang dia telah disalahguna oleh Inggeris dan orang bukan Melayu di situ yang tidak menyokong atau menyembahnya. Malah orang Cina di Singapuralah yang telah menyebabkan Kesultanan Singapura terkubur. Walaupun kesultanan Singapura tidak secara rasmi terkubur, ia telah dilupakan sehinggalah akhirnya Istana Kampung Gelam diambil alih oleh pemerintah Singapura untuk diubahsuai dan dijadikan Pusat Warisan Melayu. Jadi apa yang kita semua boleh pelajari dari peristiwa perit yang dialami oleh Sultan Hussain Shah ini? Banyak. Diantaranya ialah Orang Melayu dan Umat Islam mesti bersatu dan jadikan Nusantara Melayu dan Dunia Islam sebagai satu daerah khusus dan khas dan penting untuk perkembangan ekonomi dan penyebaran ugama dan budaya kita. Kita mesti wujudkan satu pasaran bersama dengan menjual-membeli barangan sendiri yang kita buat. Wujudkan sebuah Sinema Nusantara dan Sinema Islam dan terbit filem-filem yang mengisahkan tentang kepahlawanan dan kehabatan kita sendiri dan edarnya ke seluruh Dunia Melayu dan Dunia Islam, supaya akhirnya kita dapat ketepikan filem asing khususnya dari Barat atau Hong Kong dan India. Mempertingkatkan pengunaan Bahasa Melayu dan ajarnya kepada pelajar di sekolah rendah, menengah hinggalah ke universiti, dengan menyebutkan perkataan dan membentuk ayat secara sama, dan tidak mengguna pengaruh Inggeris atau Belanda. Banyak lagi cara yang boleh kita guna untuk menyatukan Bangsa Meayu dan Umat Islam seluruh dunia dan kita ada pakar dalam semua bidang yang mesti dijana kebijaksanaan mereka, dan wujudkan pusat pertumbuhan ekonomi dan perusahaan penting supaya akhirnya Bangsa Melayu dan Umat Islam boleh berdikari. Caranya bukan dengan mengadakan kongres, berpantun dan berjenaka lagi. Sudah ramai orang berbuat demikian dan semuanya berakhir dengan kehampaan sebab ia hanya menonjolkan perseorang dan orang yang tidak ada cadangan maupun pendapat yang penting atau hebat yang boleh dilaksanakan. Jadikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shahalam sebagai pusat perkembangan kebudayaan dan Bangsa Melayu dan Ugama Islam yang paling penting di seluruh Dunia Melayu dan Dunia Islam. Kita tidak boleh mengharapkan ilmu yang boleh ditimba dari universiti terulung di seluruh dunia – mengikut mereka – termasuk yang ke-200 terpenting sebab mereka tidak ajar macam mana Bangsa Melayu dan Umat Islam boleh bersatu dan terus maju.
20081115
Noh Omar tidak mahu lagi MARA hanya indah khabar dari rupa ....
Berbicara dengan Datuk Noh Omar mengenai Majlis Amanah Rakyat (MARA) nyata nadanya penuh kekecewaan kerana agensi itu dianggapnya belum banyak yang berubah.
Sewaktu berbual hampir satu jam dengan Agendadaily di bangunan Parlimen beliau melihat MARA masih ditakuk lama disegi peranan serta tanggungjawabnya bagi membantu penduduk luar bandar.
Sikap sesetengah pegawai dan kakitangan MARA yang bekerja sekadar makan gaji, tidak berinovasi serta kurang kreatif semakin memburukkan keadaan sehingga ada pihak melihat agensi indah khabar dari rupa.
Bagi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ini, MARA hampir sebati dengannya kerana beliau pernah berkhidmat dengan agensi berkenaan.
Pendek kata, pegawai atau kakitangan MARA yang ada sekarang sukar hendak kelentong beliau jika Noh minta jawapan sekiranya berlaku kesalahan urus atau kepincangan dalam pentadbiran.
Sebab itulah, apabila diberikan tugas di kementeriannya sekarang dan MARA di bawah tanggungjawabnya, Noh sanggup turun padang mengejut meninjau ke pejabat atau premis milik MARA yang berjumlah lebih1,200 buah di seluruh negara.
Bagaimanapun menurut Ahli Parlimen Tanjung Karang itu, beliau lebih menekannya soal perlunya MARA mengkaji balik peranan dengan memberi tumpuan aktiviti luar bandar manakala UDA Holdings Berhad (UDA) di dalam bandar.
Terbaru, Noh mengarahkan MARA mengkaji balik pengambilan masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) supaya diberi lebih ruang dan tumpuan kepada pelajar luar bandar.
Alasannya, di luar bandar, ada pelajar sekolah tak dapat 5A berbanding di bandar
“Ini bermakna pelajar bandar dan luar bandar bermain di padang tidak sama rata. Ini tidak adil Hasrat kita ada ujudkan kesedaran ibu bapa bagi lahirkan genersasi pertama dalam sesuatu keluarga untuk maju dalam pendidikan seterusnya masuk universiti,” ujarnya.
Menurut Noh, jika ada yang berjaya, adik-adik akan bersemangat mengikut mereka yang berjaya .
Bagaimanapun katanya, masalah di luar bandar sekarang apabila segelintir ibu bapa anggap pendidikan hanya tradisi dan beban bukan anggap pendidikan sebagai pelaburan.
“Kita kena berusaha tukar minda mereka. Sebab itu, kita kena beri peluang pelajar-pelajar luar bandar masuk MRSM. Dapat 4A 1B pun tak mengapa. Saya sudah arah supaya nisbah 70-30 dikaji dengan bilangan lebih besar kepada masyarakat luar bandar,” ujar beliau.
Lagipun katanya, akta asal MARA adalah membantu masyarakat luar bandar.
Beliau juga menyatakan, MARA tidak perlu menambah bilangan MRSM sebaliknya mesti melihat hasil serta kualiti pendidikan dan pelajar-pelajarnya.
“Jangan ghairah buka sana, buka sini, Nanti dah tak glamor nak masuk MRSM. Sebab itu, saya sudah hentikan dulu beberapa pembinaan MRSM,” katanya.
Noh juga mencadangkan MRSM mesti ada bahagian pendidikan agama bukan khusus kepada sains seperti sekarang.
“Kita mahu pelajar bukan sahaja tahu sains tetapi bidang agama dan boleh menyambung pengajian di Timur Tengah. Inilah cara kita lahirkan tokoh ulama yang ada pengetahun akademik,” katanya.
Selain itu tegasnya, MRSM juga perlu bahagian pendidikan teknikal supaya pelajar yang masuk dan keluar nanti boleh mengisi bidang kemahiran yang diperlukan.
Perubahan lain yang mahu dilihatnya adalah MARA menghantar pelajar cemerlang ke top universiti di luar negara.
Baginya, adalah tidak berguna menghantar pelajar cemerlang ke universiti biasa yang mana mereka akan bergaul dengan pelajar biasa.
“Tak adalah bezanya mereka cemerlang. MARA kena cari universiti yang top. Jadikan skim pelajar cemerlang kita dengan hantar mereka ke universiti cemerlang atau top 10 yang budak lain sukar masuk. Ini baru ada erti pelajar cemerlang,” katanya.
Mengenai perubahan MARA, Noh berpendapat, sekiranya mahu berbuat demikian ianya mesti membabitkan semua peringkat termasuk Ketua Pengarah, timbalan ataupun ketua jabatan.
“Kalau KP saja orang luar, orang bawah tidak, ini susah,” katanya.
Noh turut menyentuh mengenai sistem penyampaian yang lemah dalam pentadbiran dan pengurusan MARA.
Beliau memberi contoh mengenai tindakan disiplin pada pegawai atau kakitangan MARA.
“Tindakan hanya terhadap mereka yang tak datang kerja, berhutang tak bayar atau penyelewengan bukannya terhadap mereka yang tidak capai prestasi memuaskan,”.
“Sebab itu, saya mahu MARA ambil tindakan tatatertib juga terhadap mereka yang tidak capai tahap ini.”
“Pegawai MARA daerah patut diberi surat tunjuk sebab jika gagal urus tadbir premis perniagaan…kalau jawapan tidak menyakinkan, ambil tindakan kerana ketidakcekapan, baru orang takut,” tegas beliau.
Masalah seperti ini katanya menjadi punca premis MARA kosong tanpa penyewaan dan ini merugikan.
Dalam sesetengah keadaan pula kata Noh, pegawai MARA tidak kreatif memikirkan produk atau jenis perniagaan di premis atau gerai MARA.
“Patutnya kita tentukan apa perniagaan yang sesuai supaya tiada persaingan di sesuatu tempat. Ini peniaga yang tentukan. Akhirnya jadi caca merba…semua nak jual,” katanya.
Katanya, ada bangunan cantik tetapi perniagaan tidak maju dan gagal tarik pelanggan.
Beliau memberi contoh Anggerik Mall di Shah Alam yang menjual pelbagai produk sedangkan di kedai-kedai berdekatan termasuk kompleks PKNS turut jual barangan sama.
Noh sudahpun mencadangkan kompleks itu dijadikan pusat perniagaan peralatan teknologi maklumat (IT) seperti Plaza Low Yat di Bukit Bintang, Kuala Lumpur kerana amat sesuai memandangkan di Shah Alam terdapat beribu pelajar ITM yang memerlukan komputer dan sebagainya.
Dalam nada kecewa Noh berkata, lebih baik unit urus bangunan di tutup sahaja jika gagal mengurus bangunan yang ada.
Katanya, semua ini berpunca sikap sesetengah pegawai yang tidak berani melakukan perubahan bagi memastikan MARA mampu berdaya saing dan dihormati sebagai agensi yang dilihat memikul tanggungjawab besar membantu terutama orang Melayu.
Sebab itu kata Noh beliau akan terus turun padang meninjau aktiviti MARA dan akan memberi peluang mana-mana pegawai MARA yang rajin serta kerap turun padang mendapat tempat sewajarnya dalam agensi itu.
20081009
Salam Aidilfitri dari Kem Kamunting

20080909
DARI BLOG RAPERA: HISTORICAL FACTS ARE TABOO? AHMAD ISMAIL DILEMMA
DARI BLOG RAPERA: HISTORICAL FACTS ARE TABOO? AHMAD ISMAIL DILEMMA
20080821
Mahkamah Rakyat Permatang Pauh ' Bebaskan ' Anwar Dari Tuduhan Liwat
Hal ini adalah 'sudah terang lagi bersuluh'. Semua orang nampak macam Tun Mahathir nampak. Tetapi jika Mahathir dan lain lain nampak dari sudut negatif, Menteri Besar Kelantan Datuk Aziz Nik Mat dan Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa nampak dari sudut positif. Mereka nampak keputusan 'Mahkamah Rakyat Permatang Pauh' akan membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat.
Keputusan ini akan menyelamatkan maruah Pas sebagai parti Islam dari tuduhan menjadikan seorang yang moralnya dipertikaikan sebagai ketua mereka dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Pas.
Dr.Mahathir sendiri tidak setuju dengan keputusan yang beliau dapat jangkakan akan dibuat oleh 'Mahkamah Rakyat Permatang Pauh' itu tetapi beliau tidak boleh berbuat apa apa lagi kerana tindakannya dahulu telah menyebabkan beliau dituduh hendak mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri.
Sekarang Naib Presiden Pas Husam Musa juga membuat tuduhan yang sama kepada Pak Lah yang menurutnya telah cuba memulihkan imejnya di kalangan UMNO dengan mengekspolitasi isu muzakarah UMNO Pas.
Dalam blognya dia mengatakan pilihanraya ini akan menentukan sama ada Pak Lah masih relevan dengan UMNO dan juga kedudukannya dalam pemilihan Presiden UMNO di perhimpunan Perwakilan UMNO Disember ini.
Ini adalah suatu gambaran dan persepsi politik yang tidak logik sama sekali. Yang pergi untuk mendapatkan mandat baru di Permetang Pauh bukan Pak Lah tetapi Anwar Ibrahim. Isterinya Wan Azizah meletakan jawatan untuk memberikan laluan kepada suaminya yang menggesanya supaya berbuat demikian kerana dia perlu membasuh dosa barunya demi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Pak Lah memang dah tahu pengundi dikawasan itu menolak UMNO, menolak Barisan Nasional yang bererti menolaknya dalam pilihanraya lalu. Pak Lah tidak pernah mengharapkan perubahan sikap mereka dalam masa yang singkat.
Tidak ada bezanya kedudukan Pak Lah sebelum Wan Azizah mengosongkan kerusi kawasan Permatang Pauh dan setelah digantikan oleh Anwar Ibrahim kelak. Ia adalah kesenimbungan kepercayaan sejak Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kemenangan kawasan ini adalah kemenangan emosi dan sentimen yang mengatasi sikap rasional, hak dan kebenaran.
Yang penting sekali ialah keputusan piliahanraya ini akan menjadi ukuran kepada prinsip moral dan nilai Islam Pas, akan menentukan ketulenan Pas sebagai parti yang memperjuangkan syiar Islam dan juga nasib masa depan maruah umat Islam dan Melayu Malaysia.
Bahawa Datuk Husam mengatakan populariti Pak Lah akan ditentukan oleh Permatang Pauh adalah membuktikan bahawa semua kawan baik Anwar termasuk Nik Aziz adalah kaki putar belit dan putar alam no wahid.
MAHARAJA BLOGGER5 Ogos 2008
http://maharajablogger.blogspot.com/
20080813
Politik MCA, nasional dari kaca mata anak lelaki Liong Sik

LING HEE KEAT (kiri) bersama) ayahnya, Tun Dr. Ling Liong Sik (tengah) dan abangnya, Ling Hee Leong dua tahun lalu.
SEMANGAT generasi baru! Itulah yang dapat dilihat pada diri Ling Hee Keat, 36, - anak bongsu bekas Presiden MCA Tun Dr. Ling Lion Siok, yang memenangi jawatan Ketua MCA Bahagian Segambut pada pemilihan peringkat bahagian pada 27 Julai lalu.
Hee Keat yang memegang jawatan Ketua Pemuda Bahagian Segambut selama dua penggal sebelum ini mendapat sokongan daripada ahli-ahli MCA Segambut untuk bertanding jawatan itu setelah penyandangnya, Datuk Khoo Lay Hin mengambil keputusan untuk tidak mempertahankannya.
Hee Keat menewaskan pencabarnya, Timbalan Ketua Bahagian, Tan Hoe Chiow dengan memperoleh 117 undi berbanding Tan, 62 undi.
mStar Online baru-baru ini menemu bual Hee Keat yang juga seorang ahli perniagaan di pejabatnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Ternyata darah seorang pemimpin yang diwarisi daripada bapanya tidak disia-siakan oleh anak muda apabila beliau menjelaskan tentang hasratnya untuk membawa perubahan dengan memberi penekanan kepada aspek politik terutama hubungan yang lebih tulen dan erat dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi memastikan suara masyarakat Cina di negara ini dapat didengar dengan lebih baik.
Ikuti temu bual mStar Online dengan beliau.
MSTAR: Bagaimana anda boleh mengambil keputusan untuk bertanding jawatan Ketua MCA Segambut kerana anda sebelum ini memegang jawatan Ketua Pemuda?
HEE KEAT: Sebab saya bertanding adalah kerana pengerusi bahagian sebelum ini, Datuk Khoo Lay Hin yang telah memegang jawatan itu selama empat penggal (12 tahun) mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan itu. Selepas berbincang dan mendapat nasihat daripada ahli-ahli MCA Segambut, mereka menggalakkan saya untuk bertanding jawatan yang lebih tinggi kerana pada ketika itu, saya telah memegang jawatan Ketua Pemuda Bahagian selama dua penggal (enam tahun) sejak saya berumur 30 tahun. Kebanyakan ahli jawatankuasa Pemuda lebih tua daripada saya. Pada tahun ini, saya sudah berusia 36 tahun dan saya rasa ini adalah masa yang paling tepat untuk memberi peluang kepada mereka untuk mengambil alih jawatan Ketua Pemuda itu.
Adakah bapa anda turut mempengaruhi keputusan bertanding jawatan tersebut?
HEE KEAT: Beliau tidak mempengaruhi saya untuk bertanding jawatan ini secara khusus. Beliau hanya menasihatkan saya... jika saya rasa ia (bertanding) perlu, saya dapat mencari masa, mempunyai minat untuk terlibat dengan lebih mendalam dalam parti, mahu melihat bagaimana politik negara dan tahu apa yang boleh dibuat untuk kepentingan rakyat, beliau menggalakkan saya untuk melangkah lebih jauh dalam parti. Pada saya, ia adalah nasihat yang amat berguna daripada seorang ayah kepada anaknya memandangkan beliau mempunyai pengalaman yang amat luas dalam politik. Bagaimanapun, seperti saya katakan tadi, dia tidak secara khusus mempengaruhi saya bertanding jawatan ini.
Adakah kemenangan anda disebabkan keinginan akar umbi untuk melihat muka-muka baru dalam kepimpinan MCA?
HEE KEAT: Bahagian Segambut adalah salah satu daripda 191 bahagian. Ramai golongan muda berjaya ke jawatan yang lebih tinggi sama ada dalam Pemuda atau badan utama MCA. Saya rasa, ini (kejayaan) disebabkan dalam masa enam tahun saya bekerja dengan golongan muda ini, kami semua membesar, belajar dan mendapat pengalaman yang banyak kerana kami memang aktif (dalam politik). Justeru, minat yang mendalam itu memang sudah sedia wujud kerana kesediaan untuk menyumbang dan mahu memberi lebih lagi kepada parti telah mula berputik sejak enam tahun lalu. Justeru saya rasa, mungkin kemenangan ini adalah hasil usaha atas apa yang kami mampu capai.
Adakah anda berminat untuk bertanding jawatan di peringkat pusat?
HEE KEAT: Pada masa ini, perbincangan sedang berjalan di peringkat semua negeri..Perak, Selangor, Negeri Sembilan..semua sedang membincangkannya. Begitu juga dengan kami di Wilayah Persekutuan. Sejak lebih tiga tahun lalu, saya percaya, semua Ketua Pemuda dan ahli MCA di Wilayah mempunyai hubungan kerja yang amat baik. Kami menyokong antara satu sama lain sama ada dari segi aktiviti atau pun aspirasi. Justeru, menjadi harapan saya yang saya percaya akan menjadi kenytaan bahawa kami semua akan duduk bersama-sama untuk melihat dan mengenal pasti pasukan terbaik yang boleh diletakkan di hadapan bagi Wilayah kerana selepas ini, Wilayah juga mesti mengambil bahagian di peringkat pusat. Lebih kuat pasukan kami, lebih banyak yang boleh dicapai dan dapat disumbangkan di peringkat pusat. Pada masa ini, saya salah seorang daripada empat Naib Presiden untuk Wilayah dan juga ahli jawatankuasa peringkat pusat.
Apakah perubahan yang ingin anda lakukan dalam MCA di peringkat bahagian dan pusat?
HEE KEAT: Di peringkat bahagian, saya baru sahaja diberi peluang untuk berkhidmat sebagai pengerusi Bahagian Segambut. Justeru, saya mahu meneruskan apa yang telah dibina oleh pemimpin sebelum ini, Datuk Khoo. Pada hemat saya, beliau menjalankan tugas dengan amat baik. Justeru saya akan meneruskan usaha beliau selain ‘menambah’ dengan cara saya sendiri iaitu memberi lebih fokus kepada aspek politik termasuk mewujudkan lebih persefahaman dan hubungan kerja yang lebih baik dengan parti komponen seperti Gerakan, MIC dan Umno di Segambut.
Saya juga mahu para pemimpin di peringkat nasional bukan sahaja daripada MCA malah dari mana-mana parti sekali pun untuk bercakap dengan kami. Beritahu kami apa yang berlaku. Kadangkala, jika hanya mendengar dari pemimpin MCA, mungkin fokus kita agak sempit. Justeru, adalah lebih baik jika kita ada pemimpin Umno, MIC dan Gerakan (untuk bercakap). Seperti muzakarah antara Umno dan PAS, pemimpin MCA tidak tahu-menahu mengenainya. Kami hanya tahu apabila Pak Lah (Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) mengumumkan yang perjumpaan Umno-PAS telah diadakan sebanyak tiga kali. Sebenarnya kami agak terkejut (dengan kenyataan itu) kerana kami sebagai parti komponen BN tidak diberitahu. Justeru, saya mahu menambah elemen politik supaya ahli-ahli MCA Segambut mempunyai kefahaman yang lebih baik tentang politik negara.
Sementara itu, di peringkat pusat, saya percaya dalam pada pemimpin-pemimpin MCA hari ini cuba untuk mengekalkan hubungan kerja yang baik dalam BN, kita juga perlu menjadi sedikit lantang dalam menyuarakan perasaan dan juga suara akar umbi. Pada masa lalu, perbincangan banyak dilakukan secara tertutup. Kebaikannya adalah kita tidak 'mengejutkan' rakyat dan tidak membangkitkan sensitiviti secara terbuka. Walaupun cara itu agak berkesan pada masa lalu, tetapi kini, dengan kebebasan mendapatkan maklumat daripada laman web, blog dan sms yang begitu meluas, kita tidak boleh menyembunyikannya lagi. Rakyat kini lebih matang dalam pemikiran mereka. Mereka membaca, menganalisa dan berbincang sesama sendiri. Menyelesaikan masalah secara tertutup mungkin boleh dilakukan bagi isu yang amat sensitif, mendesak dan penting tetapi tidak bagi semua isu. Rakyat dan ahli MCA tidak begitu menerima cara itu lagi. Justeru, untuk melaksanakan proses itu, kita mesti ada satu pendekatan yang benar dan tulen antara parti kompoen BN... bukan hanya bercakap tetapi mesti direalisasikan. Saya pasti dengan cara itu, BN akan dapat meraih kembali sokongan daripada rakyat.
Apa komen anda mengenai sokongan kepada MCA yang menurun dalam pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu?
HEE KEAT: Saya percaya keputusan pilihan raya 8 Mac lalu berpunca daripada rakyat yang menyuarakan kekecewaan mereka. Keputusan itu agak mengejutkan saya. Rakyat menyatakan rasa bosan mereka kepada kerajaan sekarang . Mereka merasakan masalah mereka tidak diberi perhatian sepenuhnya. Pada saya, apa yang penting adalah perasaan dan persepsi rakyat. Persepsi rakyat ke atas kerajaan kini adalah masalah-masalah mereka (rakyat) tidak diberi perhatian dengan baik... contohnya masalah rasuah dan pembaziran. Jika bercakap tentang MCA dan masyarakat Cina, mereka fikir MCA tidak melakukan yang secukupnya untuk bersuara bagi pihak mereka. Mereka fikir ahli MCA dibuli oleh parti komponen lain. MCA tidak ada untuk bercakap bagi pihak mereka. Saya percaya ini (keputusan pilihan raya) bukannya disebabkan kekuatan pembangkang yang membolehkan mereka mendapat undi tetapi masyarakat Cina mahu menyampaikan mesej yang mereka tidak gembira dengan MCA.
Untuk memenangi semula hati mereka, tunjukkkan kepada mereka yang kita benar-benar memberi tumpuan kepada masalah mereka. Hal-hal seperti ketelusan, bagaimana menyelesaikan rasuah, penderitaan rakyat akibat kenaikan harga barang... kita perlu menumpukannya secara berwaspada dan efektif. Itulah caranya... kita tidak boleh menyembunyikannya dan melayan mereka seperti kanak-kanak lagi kerana mereka sudah matang.
Bagaimana pula pandangan anda berhubung skandal seks yang dihadapi beberapa pemimpin MCA?
HEE KEAT: Bila kita menetapkan satu tahap yang tinggi untuk dicapai, orang akan mula menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkan kita. Sebenarnya saya tidak ada jawapan yang tepat untuk persoalanan ini. Ia sebenarnya terpulang kepada rakyat untuk membuat keputusan. Mereka boleh memilih sama ada mahukan pemimpin yang yang boleh menyelesaikan masalah dan membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi diri tetapi bermasalah atau sebaliknya. Tentunya kedua-dua faktor memainkan peranan penting tetapi akhirnya, rakyat mesti membuat pilihan. Justeru tiada jawapan salah atau betul dalam persoalan ini.
Berhubung skandal seks yang membayangi pemimpin MCA, sama ada yang dihadapi Datuk Seri Chua Soi Lek tahun lalu dan tuduhan yang tidak ada bukti kepada Datuk Wee Kah Soon, pada saya, untuk menjadi pemimpin, kita perlu tabah menghadapi apa jua kemungkinan kerana kita adalah public figure. Tapi seperti yang saya katakan tadi, akhirnya rakyat perlu memilih sama ada memilih pemimpin yang benar-benar bersih tetapi tidak boleh memimpin atau pemimpin yang mempunyai masalah peribadi tetapi boleh memimpin dan membawa masyarakat ke satu tahap yang lebih baik.
Apakah pandangan anda mengenai kepimpinan muda dalam MCA?
Sejak 15 tahun lalu, kestabilan politik dan ekonomi kita menyebabkan negara berkembang dengan cepat tetapi sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pelabur telah berkurangan, pasaran saham jatuh dan hal-hal yang berlaku ini tidak baik untuk rakyat. Saya hanya ingin nyatakan bahawa pemimpin-pemimpin ini perlu menjalankan tugas mereka. Contohnya Pakatan Rakyat telah diberi mandat untuk mentadbir lima negeri, jadi tadbirlah negeri-negeri itu dengan baik. Jika terbukti mereka dapat melaksanakannya, mungkin pada pilihan raya akan datang, mereka mampu menubuhkan kerajaan. Kepada BN yang sudah kehilangan lima negeri pula, tadbirlah negeri yang masih menjadi milik kita dengan baik kerana rakyat sudah memberi mesej yang mereka tidak gembira dengan apa yang dilakukan selama ini. Tukar pendekatan, dengar masalah dan buat yang lebih baik untuk rakyat supaya kita boleh mendapat kembali dua pertiga majoriti dalam pilihan raya akan datang.
Saya percaya (Datuk Seri) Anwar Ibrahim adalah punca sebenar ketidakstabilan yang berlaku dalam negara. Penubuhan Pakatan Rakyat mungkin perkara yang baik untuk mewujudkan kematangan politik negara kerana melibatkan dua parti (BN dan Pakatan Rakyat) tetapi apabila beliau mengumumkan bahawa ada 30 ahli Parlimen akan lompat parti, ahli Parlimen Sabah akan menyertainya... itu semua menyebabkan ketidakstabilan dan rakyat melihat ia sebagai tidak beretika kerana rakyat mengundi berdasarkan parti. Mereka tidak mahu wakil yang mereka pilih melompat ke sana dan ke sini hanya kerana mahu memenuhi hasrat seorang pemimpin yang mahu membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri. Anda (Anwar) perlu buktikan yang anda boleh mentadbir lima negeri di bawah Pakatan Rakyat dan mungkin pada pilihan raya akan datang, anda akan dilantik sebagai Perdana Menteri. Kenapa begitu tidak sabar-sabar sehinggakan mahu menubuhkannya (kerajaan) dalam masa tidak sampai setahun seperti tarikh yang disebutkannya iaitu 16 September.
Bagaimanapun, saya tidak pasti dengan kebenaran 16 September itu kerana tidak tahu apa rancangan beliau tetapi saya tidak bersetuju sama sekali kerana rakyat telah membuat pilihan. Justeru, beliau harus mendengar suara rakyat. Buktikan dulu dengan lima negeri yang ada. Jangan lakukannya kerana diri sendiri tetapi lakukan untuk rakyat.
Apa komen anda berhubung pilihan raya Permatang Pauh?
HEE KEAT: Ia tidak mengejutkan kerana kita sudah jangka Anwar pasti berhasrat untuk kembali semula ke Parlimen dan pastinya beliau akan memilih kerusi yang paling selamat untuk dirinya. Pada pandangan saya, Anwar akan memenangi kerusi itu. Bagaimanapun, ia adalah satu situasi yang amat baik apabila kita akan dapat melihat penerimaan rakyat di kawasan itu melalui jumlah majoriti yang akan didapati dan sesengit manakah pertarungan itu.
Pendapat tentang peralihan kuasa dalam Umno antara Presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2010?
HEE KEAT: Itu adalah langkah yang baik selepas pilihan raya 8 Mac lalu. Walaupun apa pun yang diperkatakan, pada saya kepimpinan perlu memikul tanggungjawab terhadap keputusan pilihan raya itu. Contohnya, Datuk Seri Ong Ka Ting yang telah melepaskan jawatannya berikutan prestasi buruk MCA. Memang perlu ada perubahan kuasa selepas prestasu teruk kerana rakyat mahukan perubahan.
Berhubung jangka sama dua tahun yang ditetapkan untuk peralihan itu, saya bukanlah orang yang layak untuk membincangkannya kerana Umno pasti tahu mengapa mereka memilih tempoh itu. Bagaimanapun, seperti pendapat sesetengah pemimpin Umno sendiri, dua tahun itu adalah tempoh yang agak lama dalam politik. Dalam politik, seminggu itu pun sudah lama. Macam-macam boleh berlaku. Bagaimanapun, memang perlu ada satu tempoh yang ditetapkan supaya ia dapat diterima oleh rakyat.
HEE KEAT: Pada saya, mereka cepat matang dan lebih lantang bersuara kerana mereka tahu, itu adalah kekurangan pada kepimpinan masa lalu. Bagi Pemuda, bagi umur yang melebihi 45 tahun, mereka tidak boleh lagi berada dalam sayap itu tetapi saya percaya, apabila mereka berada di badan utama MCA, mereka akan berkhidmat dengan baik dan menyumbang kepada negara. Cuma saya harap, tidak akan ada elemen-elemen luar yang akan mempengaruhi mereka seperti politik kotor. Justeru, mereka akan fokus mengapa mereka menceburi politik dan dapat berkhidmat dengan baik kepada rakyat.
Apakah harapan anda kepada bakal Presiden MCA?
HEE KEAT: Saya harap beliau boleh membina hubungan kerja yang tulen dan sangat baik dengan parti-parti komponen BN yang lain terutamanya dengan Umno supaya kita boleh mengambil kira dan melihat apa sahaja perkara yang dibangkitkan antara satu sama lain terutama yang membabitkan kepentingan rakyat. Bila saya turun padang untuk mendengar suara akar umbi, mereka berasa tertekan kerana merasakan diri mereka tidak dilayan sama rata dan tidak dijaga dengan baik. Selalu diperkatakan yang kita bekerjasama tetapi mereka tidak merasainya. Mungkin ia ada tetapi mereka tidak merasainya melalui tindakan yang diambil.
Bagaimana dengan pemimpin-pemimpin MCA yang telah menyatakan kesediaan mereka untuk bertanding jawatan-jawatan di peringkat tertinggi?
HEE KEAT: Setakat ini, hanya Datuk Ong Tee Keat dan Datuk Chua Jui Meng yang mengumumkan kesediaan mereka untuk bertanding sebagai Pengerusi MCA sementara Datuk Liow Tiong Lai, Datuk Chua Soi Len dan Datuk Ng Yen Yen hanya memberitahu yang mereka hanya mahu bertanding jawatan tinggi dalam parti tetapi masih belum memutuskan jawatan sebenar.
Selepas pemilihan di peringkat Bahagian yang lalu, kita sudah mula mendapat gambaran parti mana yang begitu berjaya di Bahagian masing-masing dan pada 6 September ini, akan berlangsung pemilihan di peringkat negeri bagi Wanita dan Pemuda. Sehingga tarikh itu, kita akan mendapat gambaran yang lebih jelas dan lebih banyak lagi yang akan ke hadapan dan membuat pengumuman (untuk bertanding jawatan).
Siapa calon kegemaran anda?
HEE KEAT: Saya masih belum membuat keputusan tetapi saya dapat melihat potensi yang besar pada Datuk Seri Ong Ka Ting dan Tan Sri Chan Kong Choy kerana gaya kepimpinan mereka yang dinamik dan memberi pilihan yang luas kepada perwakilan. Potensi juga ada pada Datuk Ong Tee Keat serta Datuk Dr Ng Yen Yen. Golongan yang lebih berpengalaman seperti Datuk Dr Chua Soi Lek dan Datuk Chua Jui Meng juga mempunyai peluang tetapi kita juga jangan lupa potensi yang ada pada pemimpin muda seperti Datuk Liow Tiong Lai dan Datuk Dr Wee Ka Siong.
Pandangan engenai situasi politik negara pada masa ini?
HEE KEAT: Situasi politik dalam negara kini tidak stabil. Bila tidak stabil, rakyat yang menderita kerana pergaduhan yang berlaku antara parti menyebabkan mereka (parti) tidak fokus untuk mentadbir negara. Pelaburan juga berkurangan kerana pelabur mengambil langkah tunggu dan lihat dan apabila politik kita kembali stabil , mereka (pelabur) mungkin akan datang semula.
Kes Altantuya: Peguam persoal ketiadaan saksi dari pihak tentera
SHAH ALAM: Pihak pembelaan dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu hari ini menimbulkan persoalan mengapa pihak pendakwaan tidak memanggil pihak tentera bagi memberi keterangan berkenaan bom yang telah meletupkan seluruh tubuh wanita Mongolia itu.
Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar berkata beberapa saksi sebelum ini telahpun menyatakan bahawa sisa bahan letupan yang dijumpai di tempat kejadian, selain digunakan oleh Unit Tindakan Khas (UTK), ia turut digunakan pihak tentera tetapi tiada pegawai bahagian bahan letupan tentera dipanggil bagi mengungkai persoalan sama ada mereka benar-benar menggunakannya.
Kamarul yang sebelum itu meminta mahkamah mengenepikan andaian pihak luar tentang spekulasi penglibatan sesetengah pihak dalam kes pembunuhan itu berkata, hujahnya adalah berkaitan dengan fakta yang dikemukakan pakar letupan, Deputi Supritendan Muhammad Koey Abdullah dan beberapa saksi lain bahawa bom seperti plastic exposive (PE), cutting linear charge (CLC) dan detonater cord (peledak) juga digunakan pihak tentera.
Selain itu katanya, saksi pendakwa juga telah menyatakan bahawa terdapat prosedur yang amat ketat untuk mengeluarkan bahan letupan ketika latihan dan Sirul Azhar serta seorang lagi tertuduh Cif Inspektor Azilah Hadri tidak pernah dibenarkan mengambil bahan itu di stor persenjataan ataupun mengambil lebihan bahan letupan selepas latihan.
"Pihak pendakwaan berpeluang memanggil beberapa pagawai yang pernah melatih dua tertuduh ini (Sirul Azhar dan Azilah) tetapi tidak digunakan sebaiknya sebaliknya hanya memanggil Pegawai Latihan Unit Tindakan Khas (UTK), Deputi Supritendan M.V. Sri Kumar M. Nair sedangkan beliau tidak melatih kedua mereka.
"Kumar tidak boleh bercakap bagi mewakili mana-mana pegawai kanan yang bertanggungjawab terhadap latihan kumpulan lain. Untuk ini, pendakwaan perlu menggunakan peluang dengan memanggil pegawai kanan berkenaan bagi membolehkan mahkamah menilai peluang pelatih akses kepada bahan letupan," katanya.
Kamarul yang mengemukakan hujahan selama empat hari sejak Rabu lalu turut menyatakan bahawa pihak pendakwaan telah mengemukakan fakta bahawa bahan letupan berkuasa tinggi telah digunakan di tempat pembunuhan Altantuya berdasarkan keterangan Mohamad Koey sebelum ini yang mengesahkan plastic explosive (PE) mempunyai kuasa kerosakan yang ganas.
Keterangan Mohamad Koey pada perbicaraan lepas ialah: "PE jika diletupkan, ia boleh meruntuhkan keseluruhan satu bangunan. PE mempunyai velocity of detonation di antara 7000 meter sesaat sehingga 8500 meter sesaat. Secara teknikalnya pergerakan gelombang bunyi untuk RDX ialah 8500 sesaat bersamaan 8.5 km sesaat."
Kamarul pula berhujah bahawa sekiranya kekuatan PE sebegitu kuat, polis bantuan Mustaffa Umat yang bertugas di sekitar kawasan berhampiran sepatutnya boleh mendengar bunyi letupan itu tetapi ketika memberi keterangan Mustaffa menyatakan sebaliknya.
Katanya tempat kejadian itu tidaklah terlalu jauh dengan pondok kawalan malah ia (tempat kejadian) lebih dekat berbanding dengan kawasan kampung yang mana Mustaffa dapat mendengar bunyi mercun roket dan meriam buluh pada malam kejadian.
Menyambung hujahnya Kamarul berkata pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kejadian letupan telah berlaku di situ dan tiada seorang doktor atau pakar letupan pun yang boleh menyatakan berapakah kuantiti bahan letupan yang digunakan serta anggaran masa serta tarikh sebenar kejadian itu berlaku.
Sebelum itu Kamarul mengemukakan hujah berkaitan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan pergerakan Sirul Azhar dan Azilah di Hotel Malaya (Altantuya menginap di situ) dan menegaskan Ketua Unit Siasatan, Tempat Kejadian Jenayah (CSI), Makmal Forensik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Supt Amodon Anan bukanlah seorang pakar dalam menentukan ciri-ciri persamaan imej seseorang.
Kamarul berkata Amidon memberi pendapatnya berdasarkan pemerhatian semata-mata tanpa sebarang kepakaran dan mahkamah tidak sepatutnya menerima pendapat itu.
Peguam Hasnal Redzua yang juga mewakili Sirul Azhar turut berhujah hari ini dengan membangkitkan kecuaian pihak polis menandakan tarikh sebenar pita rakaman yang diambil di Hotel Malaya.
Katanya kesilapan itu menjurus kepada persoalan sama ada pita rakaman itu telah diusik oleh pihak polis kerana kesilapan yang dilakukan bukan sekali malah dua kali, membabitkan dua tarikh berbeza.
Sementara itu di akhir hujah pada peringkat akhir kes pendakwaan, Kamarul dengan nada perlahan dan penuh emosi memohon mahkamah menimbang segala bukti berkenaan DNA, bom, kecuaian polis, cebisan tulang, kelongsong peluru dan darah Altantuya pada selipar, adakah ia benar-benar mempunyai kaitan untuk mensabitkan Sirul Azhar membunuh Altantuya.
Malah katanya, sehingga kini tiada satupun di antara bukti pendakwaan boleh meletakkan Sirul Azhar sebagai pembunuh wanita itu dan beliau memohon agar anak guamnya tidak dipanggil membela diri.
Sirul Azhar yang berada di kandang tertuduh dilihat tunduk dan matanya seolah-olah berair mendengar rayuan Kamarul Hisham.
Perbicaraan yang masuk hari ke-136 ini melibatkan Sirul Azhar, 36, dan Azilah Hadri, 32, yang dituduh membunuh Altantuya di antara pukul 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini.
Sementara Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, seorang penganalisis politik didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul membunuh Altantuya.
Prosiding yang didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin disambung esok. BERNAMA

