Showing posts with label perlu. Show all posts
Showing posts with label perlu. Show all posts

20090305

SPR: P'raya Batang Ai perlu diadakan

Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kawasan Batang Ai perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dublin Unting hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini kerana penggal DUN itu baru berusia lebih dua tahun dan mengikut Perlembagaan Negeri Sarawak, penggal akhir DUN itu ialah pada Julai 2011.

abdul aziz yusof ec spr chairman election"Maknanya, ada dua tahun lebih. Jadi, pilihanraya kecil perlu diadakan," katanya kepada Bernama di Putrajaya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkara itu selepas Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dublin, 53, meninggal dunia di Normah Medical Centre di Kuching pada pukul 1.25 pagi ini akibat serangan angin ahmar.

Mendiang juga Menteri Muda Sukan dan Pertanian Sarawak.

Ditanya mengenai tarikh pilihan raya kecil itu akan diadakan, Abdul Aziz berkata perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu.

Beliau berkata Speaker DUN Sarawak belum memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN berkenaan dan menjangka akan menerima surat daripada Speaker berkenaan dalam tempoh sehari dua lagi.

20081216

Zaid & Co Tidak Perlu Jadi Lawyer PTPTN Lagi


Pihak PTPTN perlu mengkaji semual kedudukan Zaid & Co sebagai peguam bagi PTPTN. Sesudah Zaid Ibrahim dipecat dari UMNO. Tidak patut lagi mana-mana syarikat Zaid Ibrahim diberi tempat dalam PTPTN. Banyak lagi ahli UMNO yang tidak dapat projek dan susah tapi masih sokong UMNO. Kalau beri jugak kepada Zaid & Co, selagi itulah Zaid Ibrahim akan bersenang lenang menyaman pelajar pelajar. Pecat semua kepentingan Zaid Ibrahim.

http://www.pilihanrayakini.com

20081127

Tidak Perlu Orang Tengah, Kata Dr Chua

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata tidak perlu ada individu menjadi orang tengah untuk menyelesaikan perseteruan antara beliau dengan Presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat.

Dr Chua berkata apa yang penting adalah untuk merapatkan barisan dan bergerak ke hadapan.

"Jika kita benar-benar mahu bekerja, tidak perlu ada individu ketiga untuk menjadi perantara. Kami bukan anak-anak kecil lagi. Kita mendakwa sebagai parti politik yang kedua terbesar di negara dan jika (kami) tidak tahu bagaimana hendak bekerja dan memerlukan orang ketiga untuk campur tangan, maka ini merupakan suatu yang menyedihkan bagi MCA," katanya pada satu sidang akhbar di Wisma MCA hari ini.

Dr Chua berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Bendahari Agung MCA yang baru Senator Tan Sri Tee Hock Seng yang menawarkan diri menjadi perantara bagi menyelesaikan perbalahan antara kedua-dua pemimpin berkenaan.

Timbalan Presiden MCA itu berkata untuk mereka bekerjasama, mestilah wujud keikhlasan.

"Ia tidak boleh hanya menjadi kenyataan politik. Keikhlasan mesti kelihatan dalam tindakan. Kerjasama ini bukannya satu persoalan bahawa Tee Keat menang dan Chua kalah atau Chua menang dan Tee Keat kalah.

"Kerjasama ini akan menjadi persoalan jika kami tidak bekerjasama, seluruh parti ini kalah," katanya.

Perbalahan antara kedua-dua pemimpin itu dilihat bermula sejak pelantikan pemegang-pemegang jawatan parti yang diumumkan pada 11 Nov berikutan pemilihan parti.

Dr Chua, yang juga bekas menteri kesihatan, tidak dilantik memegang jawatan utama seperti pengerusi negeri atau mengetuai lembaga disiplin parti.

Sebaliknya, beliau dilantik sebagai Pengerusi Biro Pemantau Dasar Kerajaan. Teek Keat, yang merupakan Menteri Pengangkutan, melantik dirinya sebagai Pengerusi MCA Johor, jawatan yang sebelum ini pernah dipegang Dr Chua.

-- BERNAMA

20081009

Replika tidak perlu dijadikan isu :: Anwar

KUALA LUMPUR – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memahami mengapa replika dirinya setinggi 12.2 meter berhadapan Wisma Keringat, Batu Caves, dekat sini dijadikan isu, berikutan ia sekadar gambar dan bukannya patung.

Beliau menambah, replika tersebut dijadikan isu kerana melibatkan dirinya sebagai pembangkang, yang mana perkara sama dianggap tidak mengapa jika melibatkan pemimpin negara seperti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Yang haram semua kena saya. Tapi kalau gambar Abdullah boleh pula halal. Kalau gambar pun tidak boleh dan perlu diturunkan, gambar Abdullah pun kena turunlah,” katanya selepas menghadiri prosiding mahkamah berhubung kes liwatnya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, semalam.

Selain itu, beliau yang mengetahui pembinaan replika itu melalui akhbar menambah, tidak akan mencampuri urusan menurunkan replika tersebut kerana lebih memfokuskan perkara lain yang lebih penting.

Justeru, keputusan untuk menurunkan replika yang memakan belanja RM5,000 akan diserahkan kepada mereka yang bertanggungjawab membinanya.

Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menasihatkan supaya replika gambar yang diilhamkan para aktivis dan reformis serta penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves perlu dihapuskan dengan segera kerana dikhuatiri akan membawa unsur keberhalaan.

Sementara itu, pada sidang media sama, Anwar menambah beliau akan kembali beraksi sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen Isnin depan.

“Saya akan menyentuh masalah besar yang dihadapi negara iaitu masalah ekonomi, pengurusan ekonomi yang salah, rasuah dan pembelian kepentingan tambahan Maybank (Malayan Banking Bhd) dalam PT Bank Internasional Indonesia (BII) yang bersifat skandal,” tambahnya.

Ditanya tentang mesyuarat PKR Selasa lalu, Anwar menjawab, ia adalah mesyuarat biasa dan tidak menyentuh isu 13 Oktober, sebaliknya bagi membincangkan strategi dan pembangunan parti tersebut.

Pada perkembangan lain, Anwar berkata, negara akan terjerumus ke dalam bencana ekonomi yang teruk sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

“Datuk Seri Najib secara jelas menyatakan beliau sebagai Perdana Menteri akan meneruskan agenda ekonomi pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.

“Kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak akan terkesan dengan perkembangan krisis ekonomi dunia sangat membimbangkan dan mempamerkan kegagalan beliau untuk menangani cabaran yang akan dihadapi oleh negara pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Menurut Anwar, Najib yang juga Menteri Kewangan juga tidak menunjukkan komitmen untuk memastikan Agenda Perubahan berlaku demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap Badan Kehakiman dan bertindak memerangi rasuah.

“Rakyat mahukan Agenda Perubahan dan ini telah mereka tunjukkan dengan jelas pada pilihan raya umum 8 Mac dan pilihan raya kecil Permatang Pauh,” katanya.

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com