Showing posts with label Kuasa. Show all posts
Showing posts with label Kuasa. Show all posts

20090131

Zionis boleh runtuh melalui kuasa ekonomi? Atau Khilafah?

Umat Islam perlu disatukan dalam satu kuasa politik dan ekonomi, iaitu dalam satu negara khilafah. Negara sempadan berasaskan perkauman macam sekarang melemahkan negara Islam itu sendiri, umat Islam Iraq tidak peduli apa yang berlaku di Arab Saudi, Ulama Arab Saudi pula kata demonstrasi pro-Gaza sebagai bidaah, Pemimpin Malaysia tidak kisah sangat denga pembunuhan massa di Ghaza dan mereka sekarang lebih memikirkan kemenangan piliharaya di Kuala Terengganu. Negara Mesir lebih suka berbincang masalah (waqf Intilaku Nar) gencatan senjata. Walhal negara Mesirlah yang paling patut dan layak menolong kaum Muslimin Ghaza disamping persenjataan dan bilangan tentera yang besar.

Semuanya tidak bersatu, berpecah belah sesama sendiri. DI samping Khilafah adalah kefardhuan kepada umat Islam untuk mendirikannya, dengan adanya khilafah juga memastikan umat Islam bersatu dalam perlindungan, saling bantu membantu dan memecahkan sempadan ashobiyyah.



Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.

Ahmus

20081216

Serah kuasa pilih PM kepada rakyat - Dr Asri

BEKAS Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kini bercuti sabatikal di United Kingdom berpendapat sudah sampai masanya pemilihan Perdana Menteri dibuat dengan melibatkan setiap individu rakyat.

"Mungkin sudah sampai masanya untuk rakyat Malaysia memikirkan kaedah pemilihan Perdana Menteri negara ini dengan cara yang membabitkan setiap individu rakyat.

"Sistem yang digunapakai di Amerika, mungkin boleh difikirkan disamping beberapa pengubahsuaian berdasarkan kepada keperluan negara ini," kata beliau melalui emel yang dikirimkan baru-baru ini.

Kelebihan pemilihan terbuka, menurut Dr Asri, yang seperti di atas ini boleh dilihat kepada beberapa perkara berikut:

i. Pemilihan seperti itu akan benar-benar mewakili keredhaan majoriti rakyat.

ii.Cara pemilihan yang sebegini, dengan diberi peluang yang adil bagi setiap calon akan menghasilkan tokoh kepimpinan yang lebih berkarisma, berkemampuan dan telus.

iii.Kewibawaan atau kesetiaan rakyat untuk taat kepada sesiapa yang dipilih menjadi Perdana Menteri lebih nyata disebabkan setiap warga diberi peluang yang sama dalam pemilihan.

iv.Cabaran atau ugutan penentang Perdana Menteri yang dipilih tidak boleh menggugat kewibawaan seseorang Perdana Menteri kerana dia benar-benar dipilih oleh majoriti rakyat.

v.Mereka yang tidak berwibawa atau bermasalah akan bimbang untuk menawarkan diri dalam pemilihan yang terbuka seperti itu.

vi.Kesedaran umat Islam tentang perpaduan dan ukhuwwah islamiyyah demi survival mereka akan meningkat.

Namun, jelas Dr Asri, cadangan ini jika hendak dilaksanakan hendaklah benar-benar dihalusi agar lebih mendekati maksud sistem syura yang dinyatakan oleh Islam.

"Penegakan akhlak Islamiyyah dalam pemilihan calon dan kempen hendaklah dijadikan asas yang membawa kepada keharmonian pemilihan," kata beliau. / Mstar


Sistem yang digunapakai di Amerika, mungkin boleh difikirkan

20081127

Thailand Di Ambang Rampasan Kuasa?

Oleh D. Arul Rajoo

BANGKOK, 27 Nov (Bernama) -- Kerajaan Thailand yang sedang dibelenggu masalah, merayu kepada tentera supaya mengelak daripada mengadakan rampasan kuasa bagi menyelesaikan krisis politik semasa ekoran khabar angin yang bertiup kencang mengenai campur tangan tentera.

Jurucakap kerajaan Natthawut Saikua memberitahu media ketika sedang berlangsung mesyuarat Kabinet di bandar raya utara Chiang Mai bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk memecat Panglima Tentera Anupong Paochinda.

"Saya keluar daripada mesyuarat Kabinet untuk membuat pengumuman yang penting ini. Tolong jangan adakan satu lagi rampasan kuasa," katanya.

Sejak pagi ini, terdapat laporan yang tidak disahkan bahawa kereta kebal dan tentera sedang dalam perjalanan ke ibu negara Thailand ini.

Pada Rabu, Anupong berkata Perdana Menteri Somchai Wongsawat perlu membubarkan parlimen bagi menamatkan kekacauan setelah beribu-ribu penyokong anti kerajaan menutup Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan Don Muang.

Somchai adalah ipar Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang disingkirkan oleh tentera pada September, 2006 dengan Anupong menjalankan peranan utama.

-- BERNAMA

20081119

Wanita P. Pinang tolak pelan peralihan kuasa

PULAU PINANG 18 Nov. - Sebanyak 10 daripada 13 Ketua Wanita UMNO bahagian di Pulau Pinang menolak pelan peralihan kuasa antara Ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz dan naib ketua, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang ditetapkan Jun tahun depan.

Menurut mereka, pelan peralihan tersebut tidak akan memberi apa-apa makna, sebaliknya hanya akan terus memecah belahkan perpaduan pergerakan itu dan UMNO secara keseluruhannya.

Sehubungan itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong, Norjan Hamid selaku jurucakap kepada kumpulan tersebut menggesa, pelan peralihan kuasa antara kedua-dua pemimpin berkenaan dipercepatkan dari Jun tahun depan kepada Mac.

''Jika pelan tersebut diteruskan, apa yang boleh dilakukan Rafidah dalam jangka masa hanya tiga bulan. Mungkin hanya satu atau dua mesyuarat sahaja yang dapat dijalankan.

''Kalau Shahrizat tidak diberi laluan menerajui Wanita UMNO pada Mac depan, maknanya selepas peralihan kuasa, Shahrizat cuma akan memangku jawatan Ketua Wanita selama tiga tahun dan beliau tidak akan ada naib untuk membantu beliau," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas yang dihadiri tujuh daripada 10 Ketua Wanita UMNO Bahagian di Pulau Pinang di sini hari ini.

Selain Norjan, mereka ialah Ketua Wanita UMNO Kepala Batas, Zabariah Wahab; Bukit Mertajam, Faridah Hussain; Permatang Pauh, Normala Abdul; Batu Kawan, Rohaya Ismail; Jelutong, Saripah Syed Mohd.; Bukit Gelugor, Norliza Abdul Rahim; Nibong Tebal, Sofiah Sharif; Bukit Bendera, Datin Haslinda Hashim dan Bagan, Jumahee Mohd.

Kemelut dalam Pergerakan Wanita UMNO timbul selepas salah seorang Exconya, Datuk Kamilia Ibrahim menyatakan hasrat untuk bertanding bagi jawatan naib ketua manakala penyandang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kini dalam dilema sama ada kekal dengan jawatannya sekarang sehingga Jun 2009 atau bertanding jawatan Ketua Wanita.

Shahrizat mendapat 73 pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Wanita dan 113 pencalonan untuk jawatan naib ketua.

Menurut Norjan, mereka juga sebulat suara menolak kenyataan Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Jahara Hamid yang mendakwa semua ahli pergerakan itu mahu pertandingan bagi jawatan tertinggi perlu dielakkan dan semua pihak perlu menghormati keputusan tersebut.

''Macam mana Jahara kata kami semua sokong sedangkan Wanita UMNO negeri tidak pernah mengadakan sebarang mesyuarat untuk membincangkan mengenai pelan peralihan kuasa tersebut," katanya.

Tambah Norjan, kenyataan yang dikeluarkan setiap hari di akhbar-akhbar oleh Wanita negeri juga jelas menunjukkan terdapat banyak perpecahan dalam pergerakan itu.

''Sebagai seorang pemimpin yang begitu lama dalam arena politik, kami berharap dan merayu supaya Rafidah memberi laluan kepada Shahrizat.

''Cara ini lebih terhormat dan menunjukkan beliau lebih menyayangi parti lebih daripada dirinya sendiri.

''Dengan cara inilah Wanita UMNO dapat disatukan semula. Inilah yang diminta oleh mereka di peringat akar umbi,'' katanya.

Tambahnya, beliau yakin, Shahrizat terlalu banyak membuat pertimbangan untuk bertanding atas dasar menghormati jasa dan ketokohan Rafidah sebagai ketua.

20080821

Kuasa bukanlah habuan . . . tetapi adalah cobaaaannn

Bila dah berkuasa “cobaan” akan datang melanda. Dua exco Kerajaan Negeri Perak mungkin tidak tahan dengan “cobaan” dan akhirnya ditahan reman kerana dikatakan menerima RM105,000 untuk satu projek perumahan.

Baru lima bulan memerintah pemimpin PKR dah tidak tahan menahan godaan. Belum lagi lima tahun atau lima penggal.

Menteri Besar Perak YAB Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin bila mengulas mengatakan bahawa beliau sudah ingatkan exco-exconya supaya mengamalkan Kerajaan Bersih. Tapi ini bukan kerajaan bersih, Ini mem“bersih”kan “harta” kerajaan dan rakyat.

Dalam usaha mempertahankan imej kerajaan negeri pimpinannya, beliau berkata “mereka tidak bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah”.

Bunyi pemimpin PAS ini tak macam selalu bila memberi komen tentang pemimpin Barisan Nasional.

Jangan nanti bila mahkamah kata salah, mereka ini menuduh mahkamah berat sebelah. Yang pastinya macam kata Datuk Sri Hishamuddin Hussein PKR akan kata langkah menahan dua exco ini akan digunakan oleh parti itu dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.


Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com