Showing posts with label kepada. Show all posts
Showing posts with label kepada. Show all posts

20090313

Apa kata Pakatan Rakyat Kepada Istana Kali Ini?

Penulis ingin menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda, Sultan Selangor kerana telah dengan bijaksananya menyerahkan semula isu perletakan jawatan Elizabeth Wong kepada MB Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim.

sultanselangor

Baginda Sultan Selangor bertitah bahawa pihak istana tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam isu politik.Adakah ini mesej kepada pihak pembangkang terutamanya PAS yang membuat onar di Perak baru-baru ini?

Khalid Ibrahim telah cuba menghindarkan diri dari membuat keputusan sendiri tentang kes Eli Wong.Jika disuruh meletakkan jawatan,maka yang rugi adalah Pakatan Rakyat dari segi kerusi mahupun kewangan setelah pilihanraya dijalankan.

Jika dikekalkan Eli Wong, persoalan moral dan kredibiliti ADUN Bukit Lanjan itu akan menjadi beban terhadap PR amnya dan PKR khususnya di Negeri Selangor.

Tindakan Seri Paduka Sultan yang meminta khalayak ramai agar terus menghentikan penyebaran gambar dan kehidupan Eli Wong adalah amat terpuji sesuai dengan kebijaksaan Baginda.Malahan, Sultan Selangor bertindak sebagai seorang ayahanda kepada Eli Wong dan menasihatkannya agar bersabar.

Tentunya membaca kenyataan Sultan Selangor ini seolah-olah pro kepada PKR dan Eli Wong.Kita tidak hairan, selepas ini, segala pujian akan diberikan kepada Tuanku oleh Pakatan pembangkang.

Tetapi, Baginda Sultan Selangor memberi amaran bahawa pihak Istana adalah “neutral” atau lebih tepat lagi “above politic”.Frasa yang Baginda berikan, tentunya menusuk kalbu lebih-lebih lagi kepada Nizar dan PAS serta penyokongnya yang menuduh pihak Istana bersifat politikal.

Selepas ini,kita akan melihat bagaimana reaksi PKR dan aparat-aparat mereka?Adakah tiba-tiba mereka akan kembali semula menyanjung Istana?

Ataupun soal hubungan dengan Istana ini bakal merenggangkan hubungan PAS dan PKR?

maharajazhou

20090113

KRISIS PEKARA BIASA, LIWAT PUN PEKARA BIASA KEPADA PKR.

Ahli Parlimen Shah Alam (PKR) Abdul Khalid Samad dalam penapiannnya terhdap PKR bermasaalah telah berkata" Kita tidak pernah menghadapi sebarang masalah. Malah kita banyak bersetuju dan berpakat dalam hal hal berkaitan pemerintahan yang telus,adil dan berkebajikan.

"Malah dasar PR lebih kukuh daripada dasar yang dibawa oleh parti parti dalam Barisan Nasional(BN)"

Baru umur setahun jagung,sudah hendak mendakwa dasar Pakatan Rakyat yang belum teruji sebagai sudah lebih baik dan kukuh dari BN. Barisan Nasional yang berasal dari Perikatan telah menghadapi berbagai bagai masalah , malah pernah berpecah tetapi kembali bersatu,pernah kalah besar dalam pilihanraya nasional dan kemnbali menang gemilang, dari Perikatan menjadi Barisan Nasional.

Memang perselisihan dalam Pakatan Rakyat adalah biasa tetapi krisis moral dalam pimpinan PR adalah luar biasa dipandang orang . Kepada PR LIWAT juga adalah biasa dan dengan keyakinan ini pemimpin pemimpin PR sedang dan akan terus berkerja keras untuk mengkondisikan pemikiran rakyat supaya meanggap kes liwat sebagai kes biasa atau kes rekaan,kes yang diadaadakan.

Bagaimnapun harus diingatkan di bawah kempimpinan Abdullah Badawi yang memperkukuh ketulusan dan kebebasan perundangan dan kehakiman telah mulai dirasakan kesungguhanya oleh rakyat dan bukti buktinya semakin terserlah.

Maka itu adalah sukar untuk orang ramai menolak perbicaraan berbukti kes liwat Anwar Ibrahim pada Febuari ini . Bila bicara bermula orang ramai akan tahu bahawa kes ini bukan kes fabricated. ( ini kes lepas air ke dalam tanpa pakai sarong)

Kerajaan tidak mampu lagi untuk mengambil risiko dengan suatu kes yang direka reka kerana ini berarti akan menggadaikan kredebeliti kerajaan . Abdullah tidak boleh dipengaruhi oleh Najib untuk berbuat demikian bagi kepentingannya . Tingkat Empat yang bekawan baik dengan Anwar juga akan mencegah Abdullah dari berbuat demikian.

Maka itu kes kali ini bukan kes biasa dan Ali Parlimen Shah Alam dan pengekor pengekor Keadilan mestilah mengkondisikan pemikiran sendiri dari sekarang untuk sanggup menerima suatu keadaan yang amat mengaibkan, yang lebih busuk dan buruk dari jatuhnya sebuah kerajaan. Masanya tidak lama lagi, Febuari ! tetapi seluruh kerajaan pembangkang kecuali Kelantan akan jatuh dan menghadapi krisis besar pada April sempena cukup setahun BN kembali memerentah. Kuasa dua pertiga akan kembali kepada BN.

Ini bukan ramalan Anwar Ibrahim, ini ramalan MAHARAJA yang selalunya berkredibiliti dan
dan tepat.


Maharaja tidak mahu menasihatkan orang lain tetapi hanya mahu menasihatkan seorang sahaja yang Maharaja pandang tinggi dan hormatinya sebagai perjuang rakyat yang gigih dan tulin walau apapun anggapan orang terhadapnya iaitu Syed Husin Ali Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat . Jauhkan diri lebih awal dari kepimpinan yang tidak bermoral agar tidak terbukti terpalit dengan lumpur yang hanyir.

by Maharaja
http://maharajablogger.blogspot.com

20090103

DAP Repot Kepada Anwar Ibrahim..

Dr Novandri Hasan Basri

Apakah satu perkara lumrah yang semua orang (termasuk ahli-ahli PAS dan DAP) sudah tahu jawapannya apabila kita membincangkan isu perkahwinan parti PAS dan DAP?

Ya benar.

Mereka tidak akan dapat berkongsi ideologi politik. Ianya diibaratkan seperti langit dan bumi, cuma bezanya ialah pemimpin-pemimpinnya dapat berlakon dengan agak baik seperti adegan drama Anwar Ibrahim dan 16 September beliau.

Apabila berdepan dengan orang Islam, PAS akan melaung-laungkan negara Islam dan hududnya tetapi apabila dengan orang bukan Islam, pemimpin-pemimpin PAS menyepi seribu bahasa malah dapat bersekongkol dengan rela hati bersama-sama pemimpin-pemimpin DAP.

Makanya, tidak menghairankan apabila Lim Kiat Siang dan anak kesayangan beliau yang juga kroni nyata beliau, Lim Guan Seng, melenting menyatakan tanda bantahan terhadap kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bahawa PAS akan tetap menjalankan hukum Hudud sekiranya berjaya menguasai kerajaan persekutuan.

Apa pun, penulis lebih berminat menunggu jawapan Karpal Singh mengenai isu hudud ini. Beliau lebih dramatik apabila membicarakan isu hudud ini. Berkemungkinan besar beliau akan mengulangi hasrat beliau untuk dilangkah mayat beliau dahulu sebelum PAS mahu melaksanakan hukum Hudud?

Jika kita amati dengan teliti, pihak yang sebenarnya menjadi mangsa dek lakonan Husam dan the Lim's ialah ahli-ahli PAS itu sendiri.

Penulis simpati apabila ahli-ahli PAS diperkotak-katikkan sedemikian rupa oleh pemimpin-pemimpin PAS. Perjuangan ahli-ahli PAS yang berpaksikan kepada perjuangan asal parti PAS telah dicemari oleh pemimpin-pemimpin mereka sendiri.

Yang bertambah malang ialah pemimpin-pemimpin PAS seperti Husam tidak lagi berselindung dan mampu menjadi talam dua muka hanya kerana mengejar undi-undi bukan Melayu yang dipunyai oleh DAP.

Kini PAS tidak boleh lagi melaung-laungkan perjuangan Islam mereka kerana mereka juga adalah parti Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DS Anwar Ibrahim yang sememangnya mahukan undi-undi bukan Melayu jatuh ke pangkuan beliau.

Penulis tidak pasti jawapan Anwar Ibrahim apabila Guan Eng merepotkan 'kenakalan' Husam kepada beliau. Seperti kata Guan Eng, hudud tidak terdapat di dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Kita semua tahu bahawa Anwar Ibrahim tidak dapat berpihak kepada mana-mana parti.

Mungkin satu perkara yang mampu Anwar lakukan ialah melencongkan pemikiran rakyat daripada terlalu memikirkan perbalahan di antara DAP dan PAS dengan mewar-warkan seluruh dunia bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri pada tahun baru ini?

Dan seperti biasa, Lim Kiat Siang akan mula mengertak dan meleceh-lecehkan pemimpin PAS.

"Jika gagal dijelaskan, kenyataan Husam boleh menimbulkan rasa tidak senang, serba salah dan bantahan bukan sahaja di kalangan 11 peratus pengundi Cina di pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi juga kepada semua pengundi di seluruh Malaysia," kata Lim lagi - MalaysiaKini

Kesimpulannya, mungkin sudah tiba masanya untuk ahli-ahli PAS kembali berfikir.

2 perkara mungkin boleh dilakukan iaitu mendesak pemimpin-pemimpin PAS supaya menarik parti PAS keluar daripada Pakatan Rakyat atau pun ahli-ahli keluar daripada parti tanda tidak setuju.

Terpulanglah.

MINDA INTELEK MELAYU

20081216

Serah kuasa pilih PM kepada rakyat - Dr Asri

BEKAS Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kini bercuti sabatikal di United Kingdom berpendapat sudah sampai masanya pemilihan Perdana Menteri dibuat dengan melibatkan setiap individu rakyat.

"Mungkin sudah sampai masanya untuk rakyat Malaysia memikirkan kaedah pemilihan Perdana Menteri negara ini dengan cara yang membabitkan setiap individu rakyat.

"Sistem yang digunapakai di Amerika, mungkin boleh difikirkan disamping beberapa pengubahsuaian berdasarkan kepada keperluan negara ini," kata beliau melalui emel yang dikirimkan baru-baru ini.

Kelebihan pemilihan terbuka, menurut Dr Asri, yang seperti di atas ini boleh dilihat kepada beberapa perkara berikut:

i. Pemilihan seperti itu akan benar-benar mewakili keredhaan majoriti rakyat.

ii.Cara pemilihan yang sebegini, dengan diberi peluang yang adil bagi setiap calon akan menghasilkan tokoh kepimpinan yang lebih berkarisma, berkemampuan dan telus.

iii.Kewibawaan atau kesetiaan rakyat untuk taat kepada sesiapa yang dipilih menjadi Perdana Menteri lebih nyata disebabkan setiap warga diberi peluang yang sama dalam pemilihan.

iv.Cabaran atau ugutan penentang Perdana Menteri yang dipilih tidak boleh menggugat kewibawaan seseorang Perdana Menteri kerana dia benar-benar dipilih oleh majoriti rakyat.

v.Mereka yang tidak berwibawa atau bermasalah akan bimbang untuk menawarkan diri dalam pemilihan yang terbuka seperti itu.

vi.Kesedaran umat Islam tentang perpaduan dan ukhuwwah islamiyyah demi survival mereka akan meningkat.

Namun, jelas Dr Asri, cadangan ini jika hendak dilaksanakan hendaklah benar-benar dihalusi agar lebih mendekati maksud sistem syura yang dinyatakan oleh Islam.

"Penegakan akhlak Islamiyyah dalam pemilihan calon dan kempen hendaklah dijadikan asas yang membawa kepada keharmonian pemilihan," kata beliau. / Mstar


Sistem yang digunapakai di Amerika, mungkin boleh difikirkan

20081209

Harapan Kepada Sekolah Satu Aliran

A Kadir Jasin

SUASANA
paling unggul bagi mewujudkan generasi baru yang berjiwa Malaysia adalah dengan setiap kanak-kanak, tanpa mengira agama, bangsa, status sosial dan lokasi, belajar dalam satu darjah yang sama, menggunakan bahasa pengantar yang sama dan mengikuti kurikulum yang sama.

Di penghujung sistem itu kita melahirkan lulusan, sama ada di peringkat sekolah atau universiti, yang berjiwa Malaysia, yang mahir berbahasa Melayu dan Inggeris serta mampu menguasai bahasa ketiga daripada salah satu bahasa ibunda.

Ini bukan impian atau mimpi. Keunggulan ini sudah pun difikirkan dan dijelmakan dalam bentuk laporan serta perakuan sejak sebelum merdeka lagi.

Tetapi malang seribu malang, akibat sentimen perkauman, cauvinisme, kepentingan politik jangka pendek dan penafian sejarah, keunggulan ini tenggelam. Yang lahir adalah polarisasi dan pertelingkahan yang berpanjangan.

Maka tidak hairanlah Ahli Parlimen Jerlun merangkap ahli majlis kerja Pemuda Umno, Mukhriz Mahathir, dikutuk dan dituduh menghasut oleh pelbagai pihak apabila beliau menyarankan penyatuan sistem persekolahan menjadi satu sistem tunggal.

[Memandangkan keunikan tajuk ini, saya memohon kerjasama semua pembahas agar berhujah dengan berhemah, rasional dan tanpa emosi perkauman yang keterlaluan.Ulasan menggunakan “anonymous” tidak akan disiarkan.]

Mukhriz secara ringkasnya mencadangkan sistem pelbagai sekolah dihapuskan dan disatukan menjadi sistem tunggal dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa ibunda orang Cina serta India diperkukuh dan diperluaskan pengajarannya.

Hatta pembesar-pembesar Umno sendiri seperti Mohd Najib Abdul Razak dan Hishammuddin Hussein, mengherdik beliau serta menolak cadangan itu tanpa sebarang artikulasi bernas.

Ini tidak langsung menghairankan saya. Mohd Najib terkenal dengan politik main selamat manakala sepupunya Hishammudin pula tidak mahu dituduh memihak dalam pertandingan Ketua Pemuda dengan menyokong cadangan Mukhriz.

Mukhriz, Khairi Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda) dan Dr Mohd Khir Toyo (Ketua Pembangkang DUN Selangor) adalah calon Ketua Pemuda.

Benar kata pepatah, hanya mutu mengenal manikam. Manakala pembesar politik pelbagai kaum yang cauvinis atau pengecut mengecam saranan Mukhriz itu, cendekiawan dan sejarawan menerimanya sebagai satu kebetulan.

Prof Emiratus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dipetik oleh Utusan Malaysia pada 2 Disember sebagai berkata bahawa cadangan Mukhriz itu sangat baik dan menyamai cadangan dalam Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes (1950).

Rektor Kolej Yayasan Melaka, Prof Datuk Dr Ramlah Adam pula berpendapat cadangan itu bukan sesuatu yang baru dan pelaksanaannya dapat mengeratkan perpaduan kaum.

“Cadangan itu sebenarnya diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran dan diterjemahkan dalam Penyata Razak 1956,” katanya.

Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad berkata, cadangan Mukhriz itu hanya dapat direalisasikan sekiranya terdapat keazaman politik di kalangan ahli politik negara ini.

Dalam banyak hal, sistem sekolah kebangsaan ada hasil laporan Jawatankuasa Barnes pada tahun 1950. Laporan itu memperakukan agar semua sekolah yang ada di Malaya pada waktu itu diubah menjadi sekolah kebangsaan, dengan murid daripada pelbagai kaum diajar melalui perantaraan bahasa Melayu dan Inggeris.

Prof Dr Abdullah Hassan (Fakulti Bahasa-Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris) dalam rencana bertajuk “One Hundred Years of of Language Planning in Malaysia – Looking Ahead to the Future ” antara lain, menulis:

As such, the Barnes' Report (1950) made a radical recommendation that all existing schools should be transformed into national schools in which children of the various ethnic groups would be taught through the medium of Malay and English.”

Ramai pengkaji sejarah berpendapat bahawa cadangan Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) yang menjadi batu asas dasar pendidikan moden Malaysia adalah jauh lebih lemah daripada cadangan Jawatankuasa Barnes sepanjang mengenai integrasi dan status bahasa Melayu.

Mungkin masanya sudah tiba bagi pendidik dan cendekiawan sekali lagi mengambil alih agenda pendidikan dan bahasa ini seperti yang dilakukan oleh pejuang bahasa pada tahun 1960-an.

Tidak guna kita mengekalkan sistem yang ada sekarang semata-mata kerana cauvinisme politik sedangkan sistem pendidikan kita hambar dengan pelajar pelbagai kaum yang tebal perkauman serta lemah dalam semua bahasa yang kononnya diperjuangkan.

Saya yakin sistem satu aliran ini boleh dilaksanakan dengan lebih berjaya daripada sistem yang ada sekarang jika kita memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Mempertingkatkan mutu pengajaran bahasa Melayu kerana walaupun bahasa Melayu semakin luas digunakan, mutunya semakin buruk;

2. Untuk menjadi bahasa pengantara tunggal, penguasaan bahasa itu di kalangan guru dan pensyarah wajib dipertingkatkan;

3. Semua guru dan pensyarah wajib mahir bahasa Melayu dan Inggeris. Latihan guru dan penganugerahan diploma pendidikan wajib atas dasar dwi-bahasa;

4. Semua guru wajib boleh mengajar dalam dua bahasa – Melayu dan Inggeris;

5. Mempertingkatkan mutu pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil supaya boleh menjadi bahasa ibunda yang mantap bagi pelajar Cina dan India, serta bahasa pilihan bagi murid Bumiputera;

6. Membuka semua institusi pengajian kepada semua kaum, sama ada secara penuh atau melalui kuota; dan

7. Memperbanyakkan program perpaduan serta disiplin seperti Khidmat Negara bagi membolehkan pelajar dan remaja pelbagai kaum bergaul dengan lebih berkesan.

Kita tidak boleh lagi menyerahkan isu sepenting pendidikan semata-mata kepada pembesar politik yang kita sendiri akui semakin hari semakin lemah daya pemikiran, artikulasi dan komitmen mereka kepada perpaduan nasional.

Cauvinisme dan pertimbangan jangka pendek politik tidak boleh menjamin kelangsungan Malaysia sebagai negara pelbagai kaum yang bersatu padu.

The Scribe A Kadir Jasin

20081204

Pilihanraya kecil:Parlimen serah notis kepada SPR

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Hrkh) � Parlimen telah pun menghantar notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi Parlimen Kuala Terengganu berikutan kematian Ahli Parlimen, Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Razali Ismail pada 28 November lalu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato' Wan Junaidi Tuanku Abdul Rahman dipetik sebagai berkata, notis pengosongan itu dihantar hari ini setelah Dewan Rakyat menerima makluman secara rasmi mengenai kematian Razali.

"Dengan itu, SPR mempunyai masa 60 hari mulai hari ini untuk mengadakan pilihan raya kecil di kawasan tersebut," katanya di lobi Parlimen semalam

Razali meninggal dunia akibat diserang sakit jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

Pada pilihan raya umum Mac lalu, Razali menang kerusi tersebut setelah menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dengan majoriti 628 undi.-Hrkh _

20081009

Semoga berjaya kepada Khairy - Dr M

Abdul Aziz Mustafa, Harakah

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, mereka yang bercita-cita hendak bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti itu 2004 lalu "menerima panggilan telefon dari ahli keluarga Perdana Menteri,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan penyokong-penyokong lain yang berpengaruh supaya jangan melakukan apa-apa" yang menjejaskan keinginan menantunya, Khairy Jamaluddin untuk memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding.

Dr Mahathir seterusnya mendakwa, pada pemilihan itu, Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga memberi amaran kepada mereka yang berkemungkinan akan dicalonkan ke jawatan itu supaya jangan bertanding kerana jawatan itu dikhaskan untuk menantu Perdana Menteri.

Akhirnya, Khairy yang disebut oleh Dr Mahathir sebagai tidak mempunyai sebarang rekod prestasi memenangi jawatan itu.

Untuk pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda Umno kali ini, dengan nada sinis yang dilihat menjadi kebiasaannya, bekas Presiden Umno itu menyatakan beliau begitu sedih dengan nasib Khairy yang mendakwa kononnya beliau dihalang dari menemui ahli-ahli Pemuda.

"Saya menasihatkan beliau supaya tidak merasa kecewa. Terdapat begitu banyak cara untuk mempengaruhi Pemuda selain bertemu mereka.

"Saya tidak akan menyebutkan satu persatu kerana beliau akan tahu menggunakan cara-cara lain itu," Dr Mahathir meneruskan nada sinisnya sambil menyatakan Khairy akan menang dengan mudah walaupun anaknya, Datuk Mukhriz juga akan bertanding sebagai Ketua Pemuda.

"Saya tidak tahu adakah orang pernah mendengar tentang pencuri yang menjerit-jerit 'pencuri, pencuri!'.

"Pencuri itu terlepas kerana mereka yang tidak begitu cerdik mengejar ke arah yang berlainan (kerana menyangka pencuri berada di situ). Pencuri yang berpendidikan tinggi itu terlepas begitu sahaja dengan barang curiannya.

"Saya ucapkan semoga berjaya kepada Khairy. Kamu pintar dan berbaloi menjadi graduan pintar institusi hebat, Universiti Oxford," kata Dr Mahathir lagi.

Sebelum ini, menantu Perdana Menteri itu yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno mendakwa beliau disekat daripada bertemu dengan ahli-ahli pergerakan itu.

20081006

Upko beri amaran kepada BN

Sahar Abdul Majid

KOTA KINABALU, 5 Okt (Hrkh)� Jika sebelum ini Barisan Nasional (BN)yang ditunjangi Umno digegarkan dengan pengisytiharan Parti MajuSabah (SAPP) keluar daripada komponen dan Parti Gerakan di Semenanjung turut menunjukkan ketidakpuasan hati, kini satu lagi malapetaka dijangka menimpa parti pemerintah ituapabila Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (Upko) juga memberi amarankepada BN.

Kata dua yang disuarakan oleh Upko itu berhubungkait dengan ketidakpuasan hati mereka terhadap penyusunan pentadbiran kerajaan persekutuan di Sabah.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden UPKO, Wilfred Mojilip Bumburing dilaporkan berkata partinya akan mengkaji semula kedudukannya dalam BNsekiranya kerajaan tidak menyelesaikan kes seorang warga emas yang mendakwa telah 'hilang' satatus kewarganegaraanya selepas kehilangan kad pengenalannya tahun lepas.

Warga emas berkenaan, YongLee Hua @ piang Lee berketurunan Sino Kadazan (keturunan cina dan Kadazan) hanya menerima kad pengenalan merahdengan status Pemastautin Tetap daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Wilfred begitu kesaldengan cara dan tindakan JPN dalam menangani pelbagai kes pengeluaran kadpengenalan termasuk kes warga emastersebut.

Sehubungan dengan itu Upkodalam mesyurat Majlis Tertinggi Parti itu turut mendesak kerajaan agar melantikanak watan Sabah menerajui JPN dan agensi dan jabatan kerajaan pusat yang beroperasi di negeri ini.

Pemerhati politik tempatanberpendapat bahawa, insiden kecil seperti ini yang digunakan oleh Upko sebagaiamaran kepada Umno dan BN agar mengembalikan keseluruhan hak anak watan Sabah yanga selama ini dipandang ringan olehkerajaan pusat.

Bagi meraka, suasana politik yang semakin meruncing di hadapi oleh BN ketika ini, merupakan peluang terbaikparti kompnen BN khusnya di Sabah bertindak menuntut sesuatu demi kepentingandan masa depan mereka. - mr _

20080904

Mazlan Harun serah bukti kepada BPR

KL: Bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Mazlan Harun membuat laporan kedua hari ini dengan mengemukakan bukti kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyalahguna kuasa untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden parti.

Mazlan tiba kira-kira pukul 9.30 pagi di BPR Wilayah Persekutuan dan diikuti ahli Umno cawangan dari Bahagian Muar, Datuk Kadar Shah 10 minit kemudian bagi mengiringi beliau.

Mazlan ketika ditemui wartawan selepas keluar dari pejabat BPR kira-kira satu setengah jam kemudian berkata, beliau hanya boleh mengesahkan telah menyerahkan bukti kepada BPR namun enggan mendedahkan bentuk bukti yang dikemukakan.

“Laporan dibuat hanya terhadap Abdullah. Ketua Eksekutif mesti bertanggungjawab salah guna kuasa dan macam-macam lagi.

“Mereka (BPR) mesti mengambil serius perkara ini. Saya tidak akan menyembunyikannya,” katanya.

Laporan kali kedua ini dipercayai mengulangi apa yang dilaporkan kali pertama 5 Ogos lalu iaitu “ketua-ketua cawangan dari beberapa negeri diundang khas, disediakan hotel dan diberi buah tangan berupa sejadah atau kain pelikat serta duit belanja melalui jentera dan sumber kewangan kerajaan.”

Sementara itu, Kadar Ninam Shah berkata, laporan kedua dibuat kerana pihaknya tidak mendapat maklum balas secara vokal atau surat daripada BPR selepas sebulan laporan pertama dibuat.

“Menurut pegawai yang bertugas, mereka telah membuat laporan dan diarahkan menghantarnya ke pejabat atas... kemungkinan ibu pejabat (BPR).

“Kata mereka dah bagi tetapi saya tidak tahu siasatan sudah dijalankan atau belum,” katanya.

Beliau berkata, laporan pertama dibuat oleh Mazlan adalah berdasarkan surat aduan yang dibuat Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim bertarikh 11 Julai lalu yang dihantar kepada kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Bagi laporan pertama, tidak ada apa yang dilakukan. Yang kedua ini, kita tunjukkan bukti yang beliau (Abdullah) terlibat," katanya.

Beliau berkata, antara bukti yang dikemukakan adalah 20 hingga 30 keping gambar yang menunjukkan Abdullah bersama-sama dengan ketua-ketua bahagian dan ahli-ahli Umno yang diundang khas dan dipercayai untuk tujuan berkempen bagi menyatakan peralihan kuasa dan ingin mengekalkan jawatannya.

Beliau berkata, Abdullah telah melakukan perjumpaan tertutup di ibu negara dengan ahli-ahli Umno Pulau Pinang pada 3 Mei, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan pada 9 Jun, Johor (22 Jun), Terengganu (28 Jun), Perlis (29 Jun), Pahang (8 Jun), Selangor (19 Mei), Perak (7 Jun) dan Kedah (10 Mei).

“Kita ada video (menunjukkan Abdullah bersama Ketua Umno). Kesemua perjumpaan itu ditanggung oleh Kementerian Penerangan melalui Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA),” katanya.

Kadar berkata, beliau diberitahu, ada ahli Umno yang mendapat wang tunai sehingga RM200, kain batik dan juga sejadah.

"Ini sememangnya bertentangan dengan etika dalam Umno yang tidak membenarkan mana-mana ahlinya berkempen dan melakukan perjumpaan tertutup.

“Kedatangan mereka ke sini, hotel yang diberi...itu sudah jelas daripada apa yang mereka dapat,” katanya.

Ketika ditanya sama ada pihaknya turut membuat aduan kepada Lembaga Disiplin Umno, Kadar Shah berkata, aduan hanya dibuat kepada BPR.

“Laporan pertama yang dibuat oleh Kapten Zahar, Umno tidak buat siasatan, jadi kita buat kepada BPR.Kalau Umno tidak boleh buatm biar BPR yang buat.

"Kalau selepas ini masih tiada maklum balas, kita akan tengok sama ada kita akan buat laporan sekali lagi, membawanya ke mahkamah atau mengemukakan afidavit," katanya. / Mstar

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com