Showing posts with label atau. Show all posts
Showing posts with label atau. Show all posts

20090131

Zionis boleh runtuh melalui kuasa ekonomi? Atau Khilafah?

Umat Islam perlu disatukan dalam satu kuasa politik dan ekonomi, iaitu dalam satu negara khilafah. Negara sempadan berasaskan perkauman macam sekarang melemahkan negara Islam itu sendiri, umat Islam Iraq tidak peduli apa yang berlaku di Arab Saudi, Ulama Arab Saudi pula kata demonstrasi pro-Gaza sebagai bidaah, Pemimpin Malaysia tidak kisah sangat denga pembunuhan massa di Ghaza dan mereka sekarang lebih memikirkan kemenangan piliharaya di Kuala Terengganu. Negara Mesir lebih suka berbincang masalah (waqf Intilaku Nar) gencatan senjata. Walhal negara Mesirlah yang paling patut dan layak menolong kaum Muslimin Ghaza disamping persenjataan dan bilangan tentera yang besar.

Semuanya tidak bersatu, berpecah belah sesama sendiri. DI samping Khilafah adalah kefardhuan kepada umat Islam untuk mendirikannya, dengan adanya khilafah juga memastikan umat Islam bersatu dalam perlindungan, saling bantu membantu dan memecahkan sempadan ashobiyyah.



Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.

Ahmus

20090101

Salah Menteri atau salah Verna_ular


Ini gambar sebuah kilang di Meru, Selangor.

Kalau Rais Yatim, atau Mohamad Hasan atau Isa Samad yang jadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, tak akan lulus nama kilang.

Bagi kilang tersebut untuk beroperasi, mesti mendapat kelulusan kilang yang berada di bawah Menteri MITI. Adakah ini mesti pasal tidak ada apa-apa antara kelengkang?

Tanah mesti mendapat persetujuan negeri atau pemaju. Adakah salah mereka?

Adakah salah tuanpunya?

Betul juga. Tak akan salahkan orang lain dan bukan salahkan diri sendiri.

Adakah kaum tuan punya yang kata kita mesti jadi satu bangsa Malaysia, semua sama dan tak ada tuan dan hamba?

Ini juga bangsa yang merungut tak ada perpaduan kaum.

Ini juga mereka yang masa nak warganegara perakui bahasa Melayu bahasa kebangsaan?

Dah mengaku bahasa kebangsaan, patut itu sahaja diguna.

Tapi mula mintak masa. Kemudian beri alasan. Akhirnya mintak tolong peruntukan dan sedia terima syarat.

Lepas itu ada kita buang pulak kuasa tertentu dari undang-undang. Bila kuasa sudah hilang, naik tocang.

Hampir 80% dari kaum mereka pergi sekolah verna_ular ...

Sorry keyboard rosak susah nak tekan satu hurup tu.

20081009

Saingan Timbalan: Perkukuh atau risiko jejaskan usaha pulih Umno?

PETALING JAYA: Mengambil kira senario semasa kemungkinan ramai pemimpin Umno akan menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden, penganalisis melihat usaha tersebut jika 'tidak terkawal' boleh menjejaskan usaha pemulihan parti kelak.

Penganalsis dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, senario merebut jawatan seperti itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan Umno kini berada dalam keadaan lemah.

Pensyarah Pembangunan Sosial itu berkata, selepas usaha yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempercepatkan peralihan kuasa, konflik dalam Umno dilihat menjadi sedikit reda.

Justeru, kata beliau, peluang itu sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh semua ahli untuk memulihkan Umno dan mengelakkan akibat langkah-langkah tersebut.

"Semua ahli patut memberi fokus kepada pemulihan parti dan bukan pemilihan. "Senario seperti ini merupakan persaingan yang sihat jika parti berada dalam keadaan kukuh tapi kini, parti pun 'tidak sihat', bagaimana ia boleh dilihat sebagai persaingan sihat," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Atory berkata, mereka yang menawarkan diri untuk merebut jawatan timbalan presiden itu dilihat seperti mengambil kesempatan untuk mencari pengaruh masing-masing sedangkan mereka sepatutnya perlu memberi sokongan yang penuh kepada peralihan kuasa itu.

"Tindakan mereka merebut jawatan dalam kemelut yang sedang dihadapi Umno ini boleh merosakkan peralihan kuasa," katanya yang menyokong supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

Mengambil kira perkembangan semasa kemungkinan ramai akan bertanding merebut jawatan itu jika mendapat pencalonan mencukupi. Bahagian bersidang mulai Khamis ini.

Sehingga kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Alu Rustam sudah mengesahkan harsat beliau untuk bertanding.

Turut sudah pasti akan bertanding ialah Muhyiddin, yang hanya akan menyatakan pendiriannya minggu depan selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan keputusan beliau.

Bekas Naib Presiden Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad juga disebut-sebut bakal bertanding. Kedua-dua bekas Menteri Besar itu juga akan mengumumkan pendirian mereka sebelum 9 Oktober ini.

Berbeza dengan pensyarah sains politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Ahmad Nizammuddin Sulaiman yang melihat kesediaan ramai pemimpin untuk bertanding jawatan itu sebagai sesuatu yang baik dalam keadaan Umno yang sememangnya memerlukan kepimpinan baru.

"Ini akan memberi peluang kepada muka-muka baru untuk menunjukkan kepimpinan mereka.

"Jika ada pihak yang merasakan ini akan mendatangkan pergolakan dalam parti, saya rasa itu lumrah biasa dalam politik kerana sesudah pemilihan nanti, saya percaya parti akan kembali bersatu," katanya.

Nizammuddin turut tidak menolak kemungkinan akan lebih ramai lagi calon yang akan menawarkan diri untuk jawatan tersebut selepas ini.

Sementara itu, pensyarah sains politik Universiti Sains Malaysia, Dr. Azeem Fazwan Ahmad Faruk berkata, pertandingan merebut jawatan timbalan presiden itu selari dengan perlembagaan parti yang membenarkan jawatan itu dipertandingkan.

"Bagi parti yang mengamalkan demokrasi, ini adalah amalan sihat kerana ia akan memberi peluang kepada akar umbi untuk menentukan pemimpin yang diinginkan mereka," katanya.

Azeem berkata, pertandingan seperti ini adalah lebih sihat daripada menang tanpa bertanding kerana ia akan menentukan kekuatan seseorang pemimpin itu.

"Kalau seseorang pemimpin itu menang, beliau tahu di mana kekuatannya dan parti akan menjadi lebih kukuh kerana yang menang itu adalah yang mendapat sokongan kuat.

"Jika beliau menang tanpa bertanding, itu yang tidak sihat kerana tentunya tidak tahu di mana kekuatan dan kelemahannya," katanya.

20080821

PERMATANG PAUH : Jadi atau Mati buat Anwar

PERMATANG PAUH : Jadi atau Mati buat Anwar
Kekalutan pilihanraya kecil Permatang Pauh bukan sahaja melanda Barisan Nasional tetapi juga cabaran besar bagi Anwar Ibrahim dan PKR-nya. Diselubungi pelbagai tuduhan termasuk meliwat pembantunya, Permatang Pauh adalah jalan liar untuk Anwar lari dari tuduhan itu.

Bagi Barisan Nasional, kekalutan utama dalam memilih calon telah selesai. Pemilihan Ariff Shah menyelesaikan kekusutan siapa yang akan diamanahkan menumbangkan "gergasi" besar. Sebagai satu-satunya calon Barisan Nasional yang berjaya menawan "kubu kuat" Anwar di Permatang Pauh, pemilihan beliau tidak dapat dipertikaikan.

Seperti kata seorang bekas orang kuat PKR, pilihanraya kecil ini adalah medan di mana Anwar melawan bebayang dirinya sendiri.

Anwar tahun-tahun 2000 bukan lagi Anwar Ibrahim yang menjadi idola anak-anak muda Melayu tahun-tahun 80an dan 90an. Beliau bukan lagi meletakkan keutamaan bangsa dan agama tetapi lebih memperjuangkan cita-citanya untuk jadi Perdana Menteri selepas disingkirkan dari UMNO.

Anwar memerlukan kerusi Permatang Pauh untuk membuktikan pada dirinya sendiri beliau masih relevan dalam senario politik negara. Kekalahan Anwar akan membuktikan memang telah ditakdirkan kerusi Perdana Menteri bukan miliknya dan beliau perlu berundur.
Ini adalah medan Anwar, dan Permatang Pauh akan memastikan beliau menjadi atau mati dalam politik Malaysia. Cuma yang harus dikatakan ialah "adios Anwar" and que sera-sera.

posted by HANTU RAYA
http://www.hantooraya.blogspot.com/

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com