Showing posts with label menteri. Show all posts
Showing posts with label menteri. Show all posts

20090312

Anwar Ibrahim,Menteri Parlimen Persekutuan Malaysia?

Penulis kelakar melihat cara nama Anwar Ibrahim Al Saiful Bukhari ditulis dalam aturcara program Forum Dunia Islam-US 2009 di Doha, Qatar.

Nama Al Saiful Bukhari ditulis sebagai Minister of Parliament,Federation of Malaysia dalam laman aturcara Forum tersebut.Setahu penulis,Al Saiful Bukhari ini hanyalah Member of Parliament.

anwarqatar

Ooh..inilah ropanya bentuk lobang hidong Menteri Parlimen Persekutuan Malaysia yang tidak hadir acara Perasmian Parlimen negaranya sendiri?Walaupun ropamu tidak kukenal tatapi lobang hidongmu tatap menjadi pojaan hatikuu..sukma wa al bukhari..

Paling-paling kuat pun tulislah,Ketua Pembangkang Parlimen Persekutuan Malaysia.Tetapi,yang ditulisnya Menteri Parlimen Persekutuan Malaysia.Bila masa Al Saiful Bukhari dilantik menjadi Menteri Parlimen kita pun tak tahu.

Setahu rakyat,Anwar Ibrahim Al Sukmawi cuma Ahli Parlimen Permatang Pauh.Adakah mungkin kerana semua dalam sesi itu yang paling koman pun,Timbalan Perdana Menteri Iraq,Barham Salih?

Tetapi,kalau ikut jejak langkah Madeleine AlBright pun ok juga.Taruh sahaja bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Tidaklah segan apabila berjumpa Yahudi-yahudi Agung dunia dalam Forum itu.Ada yang kata kerana hendak berjumpa Yahudi Agung,Al Saiful Bukhari sampai tidak peduli upacara perasmian Dewan Rrrrakyat.

Oleh kerana ia sidang besar bersama Yahudi Agung, tidak pun,Al Saiful Bukhari boleh beritahu aparatnya di Qatar,supaya letakkan sahaja dia sebagai Perdana Menteri Malaysia 16 September.Barulah terangkat sikit, tapi 16 September bila dan yang mana tak tahulah.

maharajazhou

20090103

Ugut: Bekas menteri Kabinet Sabah dipenjara 6 bulan

[DIKEMAS KINI] KOTA KINABALU: Bekas menteri Kabinet Sabah, Datuk Conrad Mojuntin dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana melakukan ugutan jenayah.

Beliau dipenjara kerana melakukan ugutan jenayah terhadap seorang ahli perniagaan Doughty Disimon, 30, di luar SJD Cafe and Sports belakang Public Bank, Donggongon, Penampang dekat sini pada pukul 3.30 pagi, 23 Oktober 2005.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Rahman Sebli membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dan menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin.

Abdul Rahman turut mendenda Conrad, 60, dan anak saudaranya, David Mojuntin, 44, RM2,000 atau tiga bulan penjara setiap seorang kerana sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Chee Hee Fatt, 45, di tempat sama pada pukul 4 pagi hari yang sama.

Mereka membayar denda berkenaan.

Pada 17 Disember lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret membebaskan kedua-dua tertuduh daripada kesemua tuduhan pada Mac tahun lepas.

Semasa membenarkan rayuan itu, Abdul Rahman berkata Majistret telah terkhilaf dalam keputusannya apabila memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan melampaui keraguan munasabah.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Zahir Hussein Shah manakala Timbalan Pendakwa Raya Salim Soib mewakili pendakwaan.

20090101

Salah Menteri atau salah Verna_ular


Ini gambar sebuah kilang di Meru, Selangor.

Kalau Rais Yatim, atau Mohamad Hasan atau Isa Samad yang jadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, tak akan lulus nama kilang.

Bagi kilang tersebut untuk beroperasi, mesti mendapat kelulusan kilang yang berada di bawah Menteri MITI. Adakah ini mesti pasal tidak ada apa-apa antara kelengkang?

Tanah mesti mendapat persetujuan negeri atau pemaju. Adakah salah mereka?

Adakah salah tuanpunya?

Betul juga. Tak akan salahkan orang lain dan bukan salahkan diri sendiri.

Adakah kaum tuan punya yang kata kita mesti jadi satu bangsa Malaysia, semua sama dan tak ada tuan dan hamba?

Ini juga bangsa yang merungut tak ada perpaduan kaum.

Ini juga mereka yang masa nak warganegara perakui bahasa Melayu bahasa kebangsaan?

Dah mengaku bahasa kebangsaan, patut itu sahaja diguna.

Tapi mula mintak masa. Kemudian beri alasan. Akhirnya mintak tolong peruntukan dan sedia terima syarat.

Lepas itu ada kita buang pulak kuasa tertentu dari undang-undang. Bila kuasa sudah hilang, naik tocang.

Hampir 80% dari kaum mereka pergi sekolah verna_ular ...

Sorry keyboard rosak susah nak tekan satu hurup tu.

20081202

Timbalan menteri calon BN di KT?

Lima nama disebut-sebut akan disenaraikan untuk dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu ekoran kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, Jumaat lalu.

Razali yang juga timbalan menteri pelajaran, meninggal dunia ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands sewaktu menghadiri permukiman anjuran Umno Terengganu.

wan ahmad farid salleh interview 041007 talkingLima nama tersebut ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga ketua Umno bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (foto); timbalan ketua bahagian Mohd Sabri Alwi; ketua penerangan Umno negeri, Datuk Zuber Embong, bendahari Umno Terengganu, Datuk Roslan Awang Chik dan bekas ketua penerangan Umno bahagian, Mohd Zuber Embong.

Selain Wan Ahmad Farid, Mohd Sabri juga dikatakan mempunyai peluang yang cerah untuk dipilih bertanding kerusi tersebut.

Jika dipilih, pertandingan ini pilihanraya yang pertama disertai mereka.

Tempoh pelantikan Wan Ahmad Farid sebagai senator akan tamat pada 31 Disember ini.

Zuber pula pernah kalah di parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya umum 1990.

Selepas itu, namanya tidak muncul sehinggalah dilantik sebagai ketua penerangan Umno negeri pertengahan tahun ini.

Calon pilihan

Roslan yang juga presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia pernah menjadi ahli dewan undangan negeri (Adun) Ladang pada 1995 tetapi tewas di tangan calon PAS Dr Sulaiman Abdullah pada 1999.

bm version kuala terengganu parliamnetary seat 291108Bagaimanapun, Mohd Zuber, seorang pegawai Jabatan Pelajaran Terengganu, kalah bertanding merebut jawatan ahli jawatankuasa (AJK) bahagian baru-baru ini.

Wan Ahmad Farid dan Mohd Sabri merupakan dua pemimpin yang dikatakan rapat dengan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Sebelum dilantik kepada jawatannya sekarang, Wan Ahmad Farid bertugas sebagai setiausaha politik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (sekarang Kementerian Keselamatan Dalam Negeri).

Mohd Sabri, seorang kontraktor, rapat dengan Khairy kerana sebelum ini beliau ketua Pemuda Umno Terengganu.

Mesyuarat Pemuda bahagian Kuala Terengganu sebulat suara telah mencalonkan Khairy sebagai calon ketua Pemuda Umno untuk pemilihan, Mac depan.

Ketika dihubungi hari ini, ketua Puteri Umno Terengganu, Senator Nordiana Shafie berkata, Wan Ahmad Farid dan Mohd Sabri disebut-sebut bakal calon BN dalam pilihanraya kecil itu.

Serah pada pucuk pimpinan

Bagaimanapun, beliau yang juga ketua pergerakan Puteri bahagian berkata, Wan Ahmad Farid dijangka menjadi pilihan utama untuk mewakili BN.

Tambahnya, Umno mempunyai peluang besar untuk mempertahankan kerusi berkenaan jika meletakkan calon yang sesuai.

"Datuk Wan Ahmad Farid sudah dikenali pengundi Kuala Terengganu. Umno perlukan calon yang boleh diterima oleh semua pihak, bukan sahaja orang Umno, tetapi juga penyokong parti lawan dan pengundi atas pagar.

"Beliau pun bukan muka baru... orang sudah kenal beliau. Agak melegakan kerana tidak mendengar akan berlaku perebutan hendak menjadi calon di kalangan pemimpin parti di sini (Kuala Terengganu).

"Kerana itu, peluang Umno cerah kerana kita sudah menang dua penggal berturut-turut, lagi pun parlimen Kuala Terengganu adalah tempat kita," katanya.

Nordiana berkata, Umno bahagian Kuala Terengganu akan mengadakan mesyuarat dalam masa dua atau tiga hari lagi untuk mengenal pasti calon sesuai.

Setiausaha kerja Umno negeri, Razali Bidin berkata, Umno tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan calon sesuai kerana ramai yang boleh diketengahkan.

Bagaimanapun, katanya, biarlah pucuk pimpinan yang menentukan calon untuk kerusi parlimen tersebut.

Kerusi panas ini pernah jatuh di tangan pembangkang pada pilihanraya 1990, Datuk Abdul Manan Othman (Semangat 46) dan 1999, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS).

Dalam pilihanraya umum lepas, calon BN menang dengan majoriti kecil 628 undi, menewaskan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

20081129

Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands dekat sini kira- kira 6.30 petang semalam.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom.

Difahamkan, Razali, 59, yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu rebah ketika bermain badminton di institut itu.

Alimuddin berkata, jenazah Allahyarham dibawa ke Hospi- tal Bentong, Pahang.

Razali meninggalkan seorang isteri, Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima anak. - Bernama

20081119

Saksi: Dua bekas Menteri Sabah turut terima bayaran

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Bekas Pengarah Briskmark Enterprise Sdn. Bhd., memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dua bekas Menteri Kabinet Sabah adalah antara yang menerima rasuah daripadanya untuk kelulusan transaksi saham pada 1996.

Dalam kenyataan amaran yang dirakamkan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Wasli Mohd. Said telah menyebut mengenai pembayaran tersebut kepada bekas menteri berkenaan dan kesemua Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).

Pada 16 Jun lepas, Wasli memberitahu mahkamah bahawa Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, mengarahkan pembayaran RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik Kerajaan Negeri Sabah itu kepada ejen pilihannya pada 1996.

Disoal balas oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdulah, Wasli, bekas Pengurus Besar LKTNS, menjelaskan antara mereka yang beliau beri suapan ialah Tan Sri Kasitah Gaddam, walaupun tidak menyebut nama-nama penerima dalam laporan polisnya.

Saksi itu berkata, beliau membuat laporan di Balai Polis Kota Kinabalu pada 20 Disember 1999 sebaik sahaja beliau keluar dari Hospital Queen Elizabeth.

Katanya, dalam laporan itu beliau menyatakan bahawa beliau telah ditahan pada 7 hingga 17 Disember 1999 bagi membantu siasatan BPR terhadap dakwaan rasuah dalam penjualan 16.8 juta saham Sapi Plantation kepada Briskmark.

Wasli memberitahu mahkamah bahawa dalam laporan polis itu, beliau menarik balik beberapa maklumat yang dinyatakan dalam kenyataan amarannya kerana pegawai BPR memukul dan mengugutnya semasa dalam tahanan.

"Walaupun laporan polis untuk menarik balik beberapa maklumat dalam kenyataan amaran saya, ia tidak bermakna kesemua kandungan kenyataan itu tidak benar," katanya.

Ditanya oleh peguam Muhammad Shafee, yang mewakili Kasitah, sama ada pegawai BPR memaksanya mengaitkan bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi (Kasitah) itu dengan dakwaan rasuah, Wasli tidak bersetuju.

Beliau berkata demikian pada perbicaraan Kasitah yang didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi LKTNS untuk kepentingan kewangannya dengan mengambil bahagian dalam membuat keputusan meluluskan penjualan 16.8 juta saham Sapi Plantations yang dipegang oleh lembaga itu kepada Briskmark.

Kasitah, 60, juga didakwa menipu LKTNS dengan tidak mengumumkan tawaran PPB Oils Palms Sdn. Bhd., untuk memperuntukkan lima saham syarikat itu bagi setiap saham Sapi Plantations dalam cadangan PPB untuk disenaraikan pada Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE), kini Bursa Malaysia.

Wasli juga memberitahu mahkamah, sehingga ini polis belum menyoalnya berhubung laporan polis terhadap BPR.

Menjawab soalan lain, Wasli berkata, beliau menghadapi tujuh tuduhan rasuah, dua di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan lima di Kota Kinabalu.

Antara pertuduhan di Kota Kinabalu ialah dia didakwa memberi rasuah kepada Kasitah dengan 3.36 juta saham Sapi Plantations sebagai hadiah.

Dia juga menghadapi 95 tuduhan pengubahan wang haram yang semuanya bernilai RM23.6 juta dan didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.

Saksi itu memberitahu mahkamah bahawa perbicaraan semua kesnya itu belum bermula sejak dia didakwa pada 2004.

Perbicaraan di hadapan Hakim Suraya Othman disambung esok.

- Bernama

20080819

Timbalan ketua menteri jelas isu ke London

Berhubung dengan kenyataan artikel yang bertajuk 'Saya tidak guna wang negeri ke London' (22 Julai), saya mewakili YB Mohammad Fairus Khairuddin, timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang ingin membetulkan fakta bahawa artikel tersebut telah mengatakan bahawa YB Fairus pergi dengan "rombongan" sedangkan beliau hanya pergi ke London menemani timbalan ketua menteri 2 iaitu YB P Ramasamy yang dijemput membentangkan kertas kerja dalam satu seminar yang turut dihadiri oleh beberapa pemimpin dunia.

fairus khairuddin and penangSegala perbelanjaan beliau (YB Fairus) ditanggung sendiri olehnya.

Diharap pihak editor Malaysiakini dapat membetulkan kenyataan ini kerana, jika tidak, ia akan menjejaskan kredibiliti YB Fairus.

Isu ini turut ditanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini dan telah dijawab sendiri oleh YB P Ramasamy.

Sekian terima kasih.


Farid Wajdi merupakan pembantu khas merangkap setiausaha akhbar kepada timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang.

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com