Showing posts with label ini. Show all posts
Showing posts with label ini. Show all posts

20090313

Apa kata Pakatan Rakyat Kepada Istana Kali Ini?

Penulis ingin menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda, Sultan Selangor kerana telah dengan bijaksananya menyerahkan semula isu perletakan jawatan Elizabeth Wong kepada MB Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim.

sultanselangor

Baginda Sultan Selangor bertitah bahawa pihak istana tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam isu politik.Adakah ini mesej kepada pihak pembangkang terutamanya PAS yang membuat onar di Perak baru-baru ini?

Khalid Ibrahim telah cuba menghindarkan diri dari membuat keputusan sendiri tentang kes Eli Wong.Jika disuruh meletakkan jawatan,maka yang rugi adalah Pakatan Rakyat dari segi kerusi mahupun kewangan setelah pilihanraya dijalankan.

Jika dikekalkan Eli Wong, persoalan moral dan kredibiliti ADUN Bukit Lanjan itu akan menjadi beban terhadap PR amnya dan PKR khususnya di Negeri Selangor.

Tindakan Seri Paduka Sultan yang meminta khalayak ramai agar terus menghentikan penyebaran gambar dan kehidupan Eli Wong adalah amat terpuji sesuai dengan kebijaksaan Baginda.Malahan, Sultan Selangor bertindak sebagai seorang ayahanda kepada Eli Wong dan menasihatkannya agar bersabar.

Tentunya membaca kenyataan Sultan Selangor ini seolah-olah pro kepada PKR dan Eli Wong.Kita tidak hairan, selepas ini, segala pujian akan diberikan kepada Tuanku oleh Pakatan pembangkang.

Tetapi, Baginda Sultan Selangor memberi amaran bahawa pihak Istana adalah “neutral” atau lebih tepat lagi “above politic”.Frasa yang Baginda berikan, tentunya menusuk kalbu lebih-lebih lagi kepada Nizar dan PAS serta penyokongnya yang menuduh pihak Istana bersifat politikal.

Selepas ini,kita akan melihat bagaimana reaksi PKR dan aparat-aparat mereka?Adakah tiba-tiba mereka akan kembali semula menyanjung Istana?

Ataupun soal hubungan dengan Istana ini bakal merenggangkan hubungan PAS dan PKR?

maharajazhou

20090103

Salahkah Blog Ini?

Dr Novandri Hasan Basri

Rakan blogger, Nobisha, telah menyentuh isu ini. Isunya ialah calon-calon yang bertanding pada pemilihan UMNO Mac depan boleh dikenakan tindakan disiplin jika menggunakan blog sebagai bahan kempen mereka.

Penulis perlu mengulas isu ini juga kerana penulis terlibat secara langsung di dalam pemilihan Pemuda UMNO Mac ini.

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Mana-mana calon yang menggunakan blog untuk berkempen sebarang jawatan parti sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan UMNO Mac depan boleh dikenakan tindakan disiplin kerana ia melanggar Tataetika Ahli UMNO.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, ahli-ahli parti masih dibenarkan memiliki blog sendiri tetapi ia tidak boleh sama sekali memiliki sebarang unsur yang boleh ditafsirkan sebagai berkempen untuk diri sendiri atau pihak lain.

Katanya, Tataetika Ahli UMNO mempunyai garis panduan yang jelas berhubung perkara itu.

"Perkara 5.3 Tataetika Ahli UMNO menghalang apa jua penerbitan, penyiaran, penulisan dalam risalah, majalah, makalah, buku atau lain-lain karya yang mengandungi unsur menyokong, memfitnah, mencela dan mengeji ahli-ahli parti," katanya - Utusan Malaysia.

Penulis telah menjadi blogger sejak tahun 2005 lagi. Terdapat artikel-artikel penulis yang disiarkan di dalam media cetak dan penulis berpendapat adalah lebih baik jika ianya disimpan di dalam blog ini untuk rujukan penulis dan juga bahan bacaan untuk rakan-rakan siber sekalian.

Penulis juga memberi info serta menyediakan kolum foto-foto aktiviti penulis bersama pasukan penulis, Klinik Kesihatan Bergerak Pemuda UMNO Malaysia, bertujuan untuk mempromosikan program kebajikan ini supaya digunapakai oleh bahagian-bahagian UMNO lain di Malaysia.

Penulis juga mempunyai sedikit masa untuk menaip pandangan penulis mengenai pelbagai isu yang menarik di dalam blog ini. Tentunya, topik yang selalu dibincangkan ialah isu-isu politik negara ini kerana ianya sungguh menarik serta membuka minda ini untuk meneliti 'wajah' dan senario politik hari ini.

Malah, penulis juga telah menerima banyak komentar yang bernas daripada anda sekalian apabila artikel mengenai politik disiarkan di dalam blog ini.

Persoalannya sekarang, apakah blog ini perlu ditutup sehingga bulan Mac ini kerana penulis merupakan salah satu daripada calon Exco Pemuda UMNO Malaysia?

Apakah kesalahan kemudahan IT seperti blog ini?

Penulis ingin bertanya, pernahkah di dalam artikel penulis sebelum ini yang sengaja menjatuhkan atau memburuk-burukkan nama calon-calon Exco Pemuda UMNO Malaysia yang lain?

Setahu penulis, tidak ada. Malah penulis menggalakkan calon-calon Exco memiliki blog masing-masing agar ahli-ahli Pemuda UMNO dapat mengenali dengan lebih dekat lagi calon-calon tersebut.

Ahli-ahli Pemuda UMNO juga akan dapat mengetahui visi, konsep pemikiran dan sumbangan calon-calon tersebut. Perkara ini amat penting kerana Pemuda UMNO tidak perlu lagi Exco yang tidak mampu berfikir sendiri, tidak mempunyai visi dan tujuan, aktif hanya semasa pemilihan sahaja dan menghilangkan diri selepas itu, tidak konsisten dan hanya mengharapkan sesuatu untuk diri sendiri.

Web Pemuda UMNO Malaysia turut menyediakan satu kolum khas untuk blog calon-calon Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda Malaysia. Salahkah begitu?

Bagaimana pun, penulis pasti pihak Lembaga Disiplin UMNO mempunyai pelbagai bentuk saringan untuk memastikan calon-calon tidak menyalahgunakan blog-blog secara total. Realitinya, perkara yang baik perlu disokong terutamanya perkhidmatan blog, web, yahoo messenger dan sebagainya.

Presiden UMNO pernah berkata bahawa BN dan UMNO telah kalah di dalam penggunaan siber dan semua orang tahu mengenainya. Makanya, penggunaan IT mesti dipupuk dengan lebih agresif dan intensif selagi ianya digunakan dengan betul dan positif.

Secara peribadi, penulis mengganggap bahawa menolak penggunaan IT seperti blog atau pun web adalah seperti UMNO dan BN telah awal-awal lagi rela dijadikan 'shooting target' yang kaku kepada pembangkang pada PRU-13 kelak.

Realitinya, PRU-13 akan bakal menyaksikan penggunaan IT yang lebih signifikan jika dibandingkan dengan PRU-12. Kehadiran jumlah generasi muda yang ramai serta peka IT di dalam kelompok pengundi juga perlu diberi tempat di dalam strategi pilihanraya UMNO dan BN.

Dan proses menggerakkan strategi pilihanraya tersebut mesti bermula daripada sekarang. Jika dilengah-lengahkan, PRU-13 akan bakal menyaksikan kesedihan yang sudah tidak bermakna lagi.

MINDA INTELEK MELAYU

20090101

Ini macam bukan cerita kapalterbang


Pandangan tahun 1999 dari atas kapalterbang tapi ini bukan lapangan terbang

Orang putih kalau marah hingga maki, diguna perkataan empat angka itu. Tak tahulah kenapa, secara kebetulan cerita pun asyik empat angka.

Ini kisah satu pasangan yg baru berkahwin.

Sehari sebelum upacara akad nikah, emak pengantin lelaki menasihati anaknya, "Nak. Apabila menghampiri isterimu pada malam pertama, kamu harus kata kapal terbang ingin mendarat".

Emak pengantin perempuan pula menasihati anaknya, "Nak. Bila suamimu berkata kapal terbang ingin mendarat, jawabnya lapangan terbang sudah sedia".

Maka hari yang ditunggu-tunggu pun tiba.

Sisuami sudah sabar-sabar. Apabila malam tiba, dengan hatinya yang berdebar-debar dia mendekati siisteri lalu berkata, "Kapal terbang ingin mendarat."

Siisteri tidak faham dan berkata, "Saya penat bang. Mari kita tidur."

Si suami hampa. Dalam hatinya berkata, "Tak apa. Mungkin isteri aku malu. Beri dia peluang kedua"

Tiba malam kedua sisuami mendekati siisteri dan bertanya lagi, "Kapal terbang ingin mendarat."

Malangnya siisteri masih tidak faham. Sisuami sedang membaca surat khabar. Sisteri ingat dia sedang bercerita mengenai berita akhbar.

Difikirkan ianya tak ada kena mengena dengannya, siisteri beritahu sisuami, "Sudahlah tu bang. Janganlah baca surat khabar lagi. Mari kita tidur."

Sisuami hampa lagi, tetapi tak apalah esok masih ada katanya dalam hati.

Tiba malam ketiga, sisuami sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti malam ini pasti aku dapat. Dia mendekati siisteri dan berkata lagi, "Kapal terbang ingin mendarat."

Siisteri bangun dan teruis menjenguk ke arah luar jendela. Melihat tak nampak kapalterbang, si isteri menggelengkan kepala.

Melihatkan siisteri menggelengkan kepala, sisuami hampa. Dalam hatinya berkata, "Kejamnya isteriku. Membiarkan aku menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku."

Sisuami dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri.


Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya, "Ibu kenapa suami saya setiap malam berkata kapal terbang ingin mendarat?"

Siibu pun berkata "Apa yg kamu jawab, nak?"

"Saya tidak jawab apa-apa," jawab sianak.

Siibu mengingatinya, "Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang malam pertama. Sepatunya anak menjawab lapangan terbang sudah sedia sebagai tanda bersetuju."

"Oh ... saya lupa lah ibu. Tak apa malam ini saya pasti akan menjawab dengan betul," jawab sianak yang baru teringat.

Maka tiba waktu malam, si suami tidak menunjukkan apa-apa tanda dia akan bertanya soalan yg sama.

Malam kian larut. Siisteri tertanya-tanya bilakah sisuami akan bertanya. Akhirnya siisteri berfikir baik akau menawarkan diri.

Dia mendekati sisuami dan berkata, "Lapangan terbang sudah sedia."

Kerana terlalu geram dengan siisteri, dengan muka yg masam sisuami menjawab, "Kapal terbang rosak."
Ini macamlah kisah yang berlaku berkali-kali dan berulang tapi tak mahu dilayan dan ambil endah. Ada yang kecewa kerana tak faham-faham.

http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com

Tahun baru ini Sang Rimau bukan lagi Kambing


Al-kisahnya seekor ibu harimau melahirkan anak di pinggiran hutan dan mati. Tertinggal anak rimau itu keseorang di hutan. Dalam keadaannya yang lemah, tiada harimau lain untuk menjaganya, dan memberi susu.

Tiba-tiba segerombolan kambing yang telah tersesat dipinggiran hutan terjumpa anak rimau ini. Melihat keadaannya yang lemah dan memerlukan makanan dan penjagaan, seekor ibu kambing berasa kesian dan memberinya susu. Setelah itu terasa ibu kambing itu untuk membelanya.

Maka, hiduplah anak rimau itu bersama kelumpuk kambing. Sepanjang hidupnya ibu kambing itu sudah disangka sebagai ibu kandungnya walaupun diri mereka berlainan. Dia tidak sedar kelainan ini.

Lama-lama kelamaan anak rimau ini mengikut perangai kambing, diikut kambing mengembek, dan makan rumput macam kambing. Sepanjang yang dia tahu, dirinya itu kambing juga. Bertambah hari, anak rimau ini bertambah dewasa dan badannya bertambah besar. Dia masih mengikut rasmi binatang ternakan untuk kegunaan manusia.

Satu hari, gerombolan kambing ini sedang merumput di satu padang. Tak semena-mena timbul sekumpulan serigala. Lari bertempiaranlah semua kambing-kambing menyorok untuk menyelamatkan diri, termasuk anak rimau ini.

Setelah serigala meninggalkan padang rumput itu dankeadaan pun selamat, keluarlah satu-satu kambing-kambing dari hutan untuk kembali makan. Masa itu, seekor kambing mengembik bersuara, "Buat apalah kita ada harimau di antara kita kalau tak boleh memberi kita perlindungan dan membawa keamanan untuk kita mencari makan?"

Ramailah kambing-kambing turut mengembik setuju. Yang anak rimau tidak faham apa yang dikatakan. Pada dia, dirinya macam kambing yang selalunya mengikut suruhan gembala hingga mengorbankan diri. Semua kambing-kambing memandangnya dengan marah. Macam mana dia hendak tolong dengan dirinya pun takut dan lari.

Hatinya tak tenang dan dia sering bersendirian hingga satu hari dia tersesat masuk ke dalam hutan. Dalam dia tersesat dalam hutan, dia ternampak seekor harimau yang menyerupainya. Dari jauh, dilihat dia berjalan seorang dengan megah, berani dan tampan sekali.

Semua binatang-binatang hormat dan takut kepada harimau itu. Bertempiaran binatang-binatang lari. Gajah pun yang lebih besar pun tidak berani untuk membesar-besarkan diri.


Baru anak rimau ini sedar dirinya sebenarnya adalah harimau, raja dalam hutan ini. Timbul semangat berani dalam dirinya, hilang rasa takut. Baru dia sedar, dia tidak boleh melarikan diri apabila timbul bahaya. Tapi banyun menentang. Dia tidak boleh biarkan dirinya dipermainkan oleh binatang-binatang lain. Apa lagi jika lebih 60% di hutan ini adalah harimau.

Aku adalah harimau yang berani dan tidak boleh diugut, dibangkang, dan dituntut oleh binatang lain untuk hukum tuhan aku dijalankan. Apa perlu aku takut lagi untuk memperakui diri ini tuan yang perlu dihormati dan disanjungi? Ye, aku mesti menjadi raja hutan yang mempunyai ciri yang dihormati, berbudi pekerti mulia, dan hebat dalam segala-gala.

Menyambut dua tahun baru hijrah 1430 dan masehi 2009, Sang Rimau mesti berhentilah dari berdiam, terus menjadi penakut dan digembalakan macam kambing. Janganlah lagi dibiar babi tak henti menyondol, anjing menyalak, ular-ular membelit, dan singa pulau mengatur.

Sang Rimau bukan binatang ternakan yang digembalakan. Henti kita bercakaran sesama sendiri. Suara Sang Rimau yang seiring dan murni harus bersatu dalam tujuan dan mengaum dengan suara yang menyeramkan.

Hidup Rimau! Takbir Allahuakbar! Haiya Alal Falah!

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430 DAN TAHUN BARU 2009.

Husin Lempoyang Saudagar Unta

http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com

20081216

Analisis PRK P36: Siapa antara 'Top 3' ini jadi taruhan PAS?

Oleh Mohd Sayuti Omar

KALAU BN ada tiga hingga lima calon untuk diletakkan bertanding dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 6 Januari depan, Pas pula ada tiga calon yang menjadi sebutan dan sandaran untuk merampas kerusi berkenaan. Di sini saya tidak bercadang untuk mengulas dan menganalisa calon-calon BN, dan hanya akan menyorot calon-calon Pas sahaja.

Tiga nama disebut-sebut akan diletakkan oleh Pas, ialah Naib Presiden, Mohamad Sabu yang juga calon Pas di kerusi berkenaan dalam pilihan raya umum lalu, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mustafa Ali dan seorang ahli perniagaan Prof Khazani Abdullah.

Ketiga calon ini realtifnya berbeza antara satu sama lain. Mohamad Sabu dikenali sebagai pekerja parti yang lantang dan rajin di dalam Pas. Pekerja yang pandai mengulas isu dan membuat humor ketika bersyarah. Beliau juga menjadi daya penarik kepada majlis ceramah Pas.

Kerana kehebatan itu beliau saya sifatkan sebagai calon berlabel nasional. Mustafa Ali pula pemimpin veteran dalam Pas yang berpengalaman. Saya namakan sebagai pekerja lama parti. Manakala Khazani tokoh muda Pas yang masih belum dikenali calon amatur dan harapan masa depan. Pekerja baru parti.

Walaupun Pas Terengganu tidak ‘kasik’ calon dan masih ada serangkaian calon lain, seperti Wan Mutalib Embong, Abu Bakar Chik dan lain-lain, tetapi itulah tiga nama yang dikira akan disenaraipendekkan oleh Pas Terengganu untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama.

Rasanya elok juga untuk melihat populariti calon-calon berkenaan berdasarkan poll yang dibuat oleh beberapa portal berita dan juga blog persendirian termasuk blog saya. Perbandingan ini hanya tertumpukan kepada dua nama saja, Mohamad Sabu dan Mustafa Ali kerana Khazani tidak disenaraikan dalam mana-mana poll.

Ada empat orang nama yang disenaraikan dalam poll berkenaan, iaitu Mohamad Sabu, Mustafa Ali, Wan Mutalib Embong dan Syed Azman Syed Ahmad. Jelas sekali dari segi popular menurut poll-poll itu, Mohamad Sabu menjadi pilihan utama berbanding dengan Mustafa Ali.

Misalnya poll yang dibuat oleh KL.Pos yang dikutip jam 11:00 pagi ini (11 Disember 2008) Mohamad Sabu mendapat sokongan sebanyak 89%, Mustafa 4% dan Wan Mutalib sebanyak 7%.
Manakala poll dari blog pinkturtle pula yang dikutip pada waktu sama daripada 430 pengundi, sebanyak 68% atau 291 undian diberikan kepada Mohamad Sabu, Syed Azman 27% atau 115 undian, Wan Mutalib dan Mustafa masing-masing 3% atau kira-kira 11-13 undi saja.

Poll dari blog saya pula yang dikutip pada masa sama, daripada 216 pengundi Mohamad Sabu menerima 122 undian atau 56%, Syed Azman 43 undi atau 19%, Wan Mutalib menerima 6 undi atau 2% dan Mustafa menerima 21 undi atau 9%. Saya turut meletakkan pilihan ‘calon-calon lain’ yang menerima 24 undi atau 11%.

Saya mengagakkan mereka yang membuat pengundian menerusi poll dalam ketiga blog berkenaan adalah hampir 90 % orang yang sama dan kebanyakan mereka adalah pelayar dari luar Kuala Terengganu. Jelas dari poll itu Mohamad Sabu menjadi calon popular dengan mengatasi calon-calon lain dari ketiga poll berkenaan.

Ada beberapa sebab kenapa Mohammad Sabu popular, antaranya kerana nama beliau sudah disebut awal-awal oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan Mohamad Sabu diberikan peluang bertanding sekali lagi. Sedikit sebanyak pandangan Nik Aziz itu mempengaruhi pengundi terutamanya pengundi yang taksub dengan cara politik beliau (Nik Aziz).

Selain itu ialah kerana Mohamad Sabu dilihat popular berbanding dengan nama-nama lain di kalangan masyarakat bawahan dan mereka yang meminati politik berbentuk ceramah.

Persoalannya kini apakah Pas Terengganu akan mengambil kira trend yang ditunjukkan oleh poll berkenaan ataupun suara pemerhati dan peminat politik Pas di luar Terengganu itu? Kalau Pas memperlakukan ini sudah tentu Mohamad Sabu adalah calon paling layak.

Sebaliknya sekiranya Pas Terengganu ada kriteria dan indikatornya sendiri, populariti berdasarkan poll dan ukuran orang awam itu tidak akan diterima pakai dan memungkinkan Mohamad Sabu tidak akan diturunkan semula.

Dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini apa yang paling diutamakan kemenangan. Pas perlu menang untuk membuktikan bahawa pengaruh Pas masih kuat di negeri itu. Kemenangan itu juga akan menjadi petunjuk untuk masa depan Pas – pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Manakala dalam konteks Pakatan Rakyat pula kemenangan itu sangat penting bagi meyakinkan rakyat untuk meneruskan projek terbengkalai untuk menumbangkan kerajaan BN yang diilhamkan oleh Anwar Ibrahim.

Justeru calon yang dianggap benar-benar mampu memberi kemenangan akan dipilih dan diberikan keutamaan.

Seperti disebutkan tadi nama Khazani tidak dimasukkan ke dalam poll. Jadi beliau tidak mendapat petunjuk apakah beliau mampu atau tidak. Namun Dewan Pemuda Pas Terengganu beriya mahu menonjolkan Khazani sebagai calon dalam pilihan raya berkenaan sambil menafikan yang Pas Terengganu kekurangan calon tempatan.

Berdasarkan latar belakang pendidikan akademi Khazani yang luas dan cemerlang itu beliau berkelayakan. Tetapi bila diukur kepada pengalaman dan penglibatan dalam politik ia masih mentah dan muda.

Mari kita tinjau satu persatu potensi yang ada kepada ketiga calon berkenaan.

Mohamad Sabu – memang beliau orang luar dan pertama kali bertanding di Kuala Terengganu. Beliau pernah menang di luar negerinya, iaitu di Kelantan selama dua penggal. Mohamad Sabu adalah tokoh yang tersendiri dalam Pas dengan anutan, fahaman dan aliran pemikiran sendiri. Beliau dilihat seorang pejuang Islam yang percaya kepada kekuatan semangat, iltizam yang ampuh dan bukan bersujud kepada kebendaan.

Mohamad Sabu bukan seorang pengamal politik kebendaan. Kehidupannya sendiri sedarhana. Kepercayaan dan dasar politiknya, Hadith dan Quran. Beliau seorang yang tertarik dengan pendekatan Islam secara jema’i.

Dari segi dakwah menerusi ceramah memang ada kepada beliau. Mohamad Sabu juga mempunyai semangat perjuangan yang kental dan tidak cair dengan ugutan. Pendeknya Mohamad Sabu seorang pejuang Islam tulen dalam Pas dan sudah teruji keimanannya.

Bagaimana pun statusnya sebagai orang luar memberi sedikit masalah kepadanya. Pilihan raya kecil menyebabkan pengundi akan melihat kepada isu-isu local dan dalam hal ini sebagai orang luar beliau tidak mempunyai kelebihan berbanding dengan calon setempat. Apa lagi pengundi di Kuala Terengganu itu sendiri kuat semangat kedaerahannya dan melihat calon yang ada pertalian persaudaraan dengan mereka.

Mustafa Ali – adalah tokoh veteran Pas Terengganu yang banyak pengalaman. Beliau sudah tidak popular dan sedang menghadapi kesuraman cahaya politiknya. Di luar Terengganu beliau sudah ditolak dengan politiknya yang kurang tegas dan play save. Kelebihan yang ada kepadanya ialah beliau calon tempatan. Mustafa mempunyai banyak pertalian persaudaraan dengan pengundi di Kuala Terengganu.

Khazani Abdullah – Beliau tokoh muda yang belum dikenali. Dalam erti kata lain beliau tidak mempunyai apa-apa aset semasa melainkan mempunyai latar belakang pendidikan dan kerjaya yang baik.

Berdasarkan kepada huraian dan dapatan itu Pas kini hanya mempunyai dua calon sahaja iaitu Mohamad Sabu dan Mustafa Ali. Sekrianya pengundi Terengganu masih berpegang kepada tradisi dan politik 'semangkuk' (tempatan) maka Mustafa Ali lah calonnya.

Kesimpulannya bagi saya sebelum Pas memutuskan calon, Pas harus melihat apakah yang diharapkan daripada kemenangan pilihan raya kecil kecil itu. Sekiranya Pas mahu menjadikan kemenangan itu sebagai modal meneruskan projek terbengkalai 16 September, Pas harus memilih calon yang boleh menyambungkan projek berkenaan. Sebaliknya jika Pas merasakan projek itu perlu terbengkalai maka Pas boleh memilih calon yang hanya membawa kemenangan tetapi tidak akan merubah suasana politik nasional.

* Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang


Tiga nama yang disebut-sebut adalah Md Sabu, Datuk Mustafa Ali dan Profesor Khazani Abdullah

20081215

Pas umum calon PRK K T'ganu 21 Disember Ini

oleh Syukree Hussain

Kuala Terengganu, 11 Dis (Mtoday) - Calon PAS yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu akan diumumkan pada 21 Disember ini.

Perkara itu akan diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa selepas mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat di sini, pada tarikh tersebut.

"Bagaimanapun kita akan umumkan nama calon pada satu program lain yang akan ditentukan kemudian selepas mesyuarat khas tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan pilihan raya PAS untuk PRK Parlimen Kuala Terengganu di sini, semalam.

Beliau yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Parlimen Kuala Terengganu, berkata pada masa ini kesemua 71 cawangan dalam parlimen berkenaan, diminta mengemukakan senarai calon.

Katanya senarai nama tersebut akan dikemukakan kepada Badan Perhubungan PAS negeri untuk dipertimbangkan sebelum diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat.

"Biasanya, PAS negeri akan mengemukakan tiga nama kepada PAS Pusat untuk mendapat kelulusan bagi pemilihan calon," tambah beliau.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan setakat ini, PAS Terengganu belum menerima senarai calon tersebut daripada cawangan-cawangan dalam Parlimen Kuala Terengganu.

Mengenai kriteria calon yang akan dipilih, beliau berkata bahawa calon tersebuty boleh memenangkan Pas dan Pakatan Rakyat.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa parti itu boleh merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada yang akan diadakan pada 17 Januari depan berdasarkan kepada senario politik sekarang.

Menurutnya parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat juga bersetuju untuk memberikan sokongan kepada Pas dalam usaha untuk merampas kembali kerusi parlimen tersebut.

Nasharuddin berkata parti itu akan mengadakan majlis pelancaran jentera pilihan rayanya di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu di Kuala Ibai di sini, malam ini.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong berikutan penyandangnya Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut ketika bermain badminton di Genting Highlands hujung bulan lepas.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, Allahyarham mengekalkan kerusi berkenaan apabila menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.

20081211

Nama dah ada, Najib umum calon BN Sabtu ini?

KETUA Umno Bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, senarai nama calon Barisan Nasional (BN) sudah lengkap untuk diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Negeri untuk dimuktamadkan.

Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan bakal calon ketika mengadakan lawatan ke sini Sabtu ini.

Badan Perhubungan Umno negeri akan bermesyuarat malam esok untuk membincangkan senarai calon yang difikirkan layak untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, sebelum dikemukakan kepada pucuk pimpinan parti.

"Senarai nama calon sudah ada dan saya akan kemukakan kepada Pengerusi Perhubungan Umno Negeri (Datuk Seri Ahmad Said) dalam masa terdekat," katanya kepada mStar Online hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai nama calon yang telah dikemukakan itu.

"Saya tidak boleh dedahkan nama-nama itu sekarang kerana ia belum dikemukakan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri lagi. Saya tidak mahu membelakangkan beliau," ujarnya ringkas.

Tambahnya, Badan Perhubungan Umno Negeri yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Ahmad Said yang juga Menteri Besar Terengganu akan memuktamadkan nama calon yang sesuai sebelum diserahkan kepada Presiden Umno untuk diumumkan.

Jelas Farid, dalam mesyuarat Umno bahagian Kuala Terengganu yang diadakan kelmarin, pelbagai perkara turut dibincangkan termasuklah penubuhan beberapa jawatankuasa bagi memperkuatkan jentera pilihan raya parti itu menjelang hari pengundian hari pengundian yang telah ditetapkan pada 17 Januari depan.

"Banyak perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Kami menubuhkan beberapa buah jawatankuasa sebagai jentera kami. Kekuatan jentera juga masih sama seperti sebelum ini, tiada yang berubah," katanya.

Ditanya adakah nama beliau tersenarai sebagai calon untuk bertanding di kerusi Parlimen terbabit, Farid dalam nada bergurau berkata:

"Awak teka nama saya ada ke? Saya pun tak tahu lah. Apa pun kita tunggu keputusan muktamad daripada Presiden Umno nanti."

Sebelum ini, Farid dikatakan sebagai calon pilihan setelah kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong selepas penyandangnya, Datuk Razali Ismail meninggal dunia kerana serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands baru-baru ini.

Pada pilihan raya umum lepas Mac lalu, Razali berjaya mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenanginya sebelum itu pada 2004, dengan mengalahkan calon PAS, Mohamad Sabu, dengan majoriti 628 undi.

Pertandingan itu merupakan tiga penjuru yang turut membabitkan seorang calon bebas Maimun Yusof, 89, yang hilang wang pertaruhan selepas hanya memperoleh 685 undi. / Mstar


Awak teka nama saya ada ke? Saya pun tak tahu lah - Wan Farid


20081202

Ini khabar angin kencang bertiup..Anwar sudah tak suka Khalid..Azmin jadi MB ?





Ini khabar angin kencang bertiup..Anwar sudah tak suka Khalid..Azmin jadi MB ?


Oleh : GAP

SEKALI LAGI TAJUK INI DIMASUKKAN KE FORUM TRANUNGKITE. TK ZEMI

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=44213&postdays=0&postorder=asc&start=15

Inilah berita yang paling kuat berlegar sekitar pimpinan tertinggi PKR dan segelintir pemimpin pakatan rakyat. Kabarnya Khalid Ibrahim telah diminta oleh Anwar untuk melepaskan jawatannya sebagai menteri besar Selangor.

Cerita dari mulut ke mulut dan gosip panas ini jugak sedang laju berkeliaran di pejabat SUK selangor. mengikut maklumat anwar dalam bulan ini telah menghamburkan kata2 marahnya kepada khalid kerana kegagalan mentadbir kerajaan negeri PKR. khalid seperti yang diberitahu oleh sumber mempunyai satu kekurangan yang cukup besar yang boleh menyebabkan negeri selangor boleh tumbang ke tangan BN dalam pilihanraya akan datang kiranya khalid tidak di turunkan dengan seberapa segera.


khalid ibrahim 'TIADA KREDIBILITI MEMIMPIN' itulah kata2 anwar dalam mesyuarat tetutup PKR bulan ini. dalam masa 8 bulan PKR memerintah telah berlaku pelbagai peristiwa dan isu hangat yang telah memberikan 'political damage' yang cukup teruk kepada PKR untuk membetulkannya semula.


Isu babi,theresa kok,azan,penghinaan exco kanan dr xavier terhadap dasar islam dalam pendidikan,perluasan kawasan rumah ibadah melebihi 10ribu kaki persegi,syarat menetapkan kawasan perumahan baru hendaklah disertai dengan pembinaan kuil/tokong/gereja/surau, penghinaan berterusan khalid terhadap melayu dalam isu kuota 10% uitm,perlantikan seorang cina ke dalam PKNS, bertambahnya pusat hiburan,penutupan segala ruang untuk pas menguasai portfolio2 penting negeri,menghina mangsa ribut di kapar dll merupakan satu bentuk masalah runcing yang sukar dimaafkan oleh melayu selangor tehadap pemerintahan khalid ibrahim.

Ini adalah isunya yang sedang rancak kedengaran. namun kita kena memerhatikan isu2 yang lebih penting 'disebalik' kabar pengunduran kalid.


DENGAR CERITA

Azmin ali bakal bergelar dato tahun depan. gelaran ini diberikan keutamaan kepada azmin ali kerana akur pada kehendak anwar untuk melantik kalid menduduki kerusi panas mb selangor.pada asalnya azmin ali lah orang yang disebut untuk menjadi menteri besar selangor bukannya kalid ibrahim. dek kerana kemenangan besar dalam pilihanraya mac lepas azmin ali telah dijanjikan kerusi MENTERI KEWANGAN kiranya anwar berjaya menubuhkan persekutuan.


16 september telah berlalu dan kini bayangan untuk azmin ali menjadi menteri kewangan sudah hancur. kalid ibrahim dalam 8 bulan pemerintahannya menimbulkan pelbagai masalah berat. azmin melihat ruang menduduki kerusi mb selangor kini terbuka luas. seperti yang pernah dilakukan sewaktu menjawat s/u politik anwar dulu, azmin mulai buat hal.

MERAJUK merupakan salah satu sikap azmin yang tidak boleh hilang. kalau dulu azmin ali lari merajuk masuk ke bilik hotel pada persidangan menteri2 kewangan di maldives yang memaksa anwar terpaksa lari memujuk.. kini anwar terpaksa fulfill/memenuhi sekali lagi segala kehendak teman kesayangannya itu untuk menjawat kerusi mb selangor.

TETAPI LAYAKKAH AZMIN MENJADI MB ?

sama sekali tidak. azmin ali tidak BERSIH ! untuk mengenal peribadi azmin ali cukup senang. LIHAT TOL PLUS MAKA ITULAH AZMIN ALI. sewaktu menjawat jawatan s/u sulit TPM azmin ali cukup dikenali sebagai tukang kutip tol. tanya mana sahaja pemimpin maka sama sahaja lah jawapannya, dek kerana anwar pada ketika itu TPM maka ikut budaya umno kita diamkan sahaja. berkuasanya azmin ali di bawah pengaruh anwar waktu TPM adalah dalam kategori melampau. azmin hanya bertugas sebagai s/u sulit tetapi taraf dan kelakuannya mengalahkan pak2 menteri. egonya tinggi.pergaulannya hanya belegar di kalangan menteri dan korporat besar sahaja.

kerana apa ? kerana belakangnya adalah anwar ibrahim . BAPA SEGALA DEB ! BAPA SEGALA KONTRAK RUNDING TERUS ! YA BAPAK SEGALA KRONISME ! TANYA SAHAJA KAMARUDIN JAAFAR PERNAHKAH BELIAU MENERIMA KONTRAK BERJUMLAH 1 BILLION DPD ANWAR SECARA RUNDING TERUS ? JAWAPAN YA. KAMARUDIN JAFAR KINI SUDAH KAYA RAYA HASIL DEB. 14 ORANG KRONI YANG LAIN AKAN DIDEDAHKAN NANTI !SEMUANYA KAYA RAYA HASIL PUNGGAHAN HARTA OLEH ANWAR. DEB DIPUNGGAH UMTUK MENGAYAKAN KRONI2 ANWAR.



INILAH MANUSIA KEPALA MUNAFIK TAHAP TERTINGGI ! kini kepala penggadai mahu DEB dihapuskan ! kerana apa ? kerana mahu undi cina, mahu undi india..MAHU JADI BAPAK PERDANA MENTERI !!!! meh kita ramai2 ...HHHHAAAAAAKKK PTUIIHHH !


BERANIKAN AZMIN ALI MENAFIKAN PADA SATU PAGI DI PEJABAT TPM ANWAR IBRAHIM , BELIAU TELAH DISERBU OLEH BADAN PENCEGAH RASUAH ?

BERANIKAH AZMIN ALI MENAFIKAN BAHAWA ANWAR IBRAHIM TELAH MENUTUP KES RASUAH BELIAU SEWAKTU ANWAR MENJADI TPM ?MANA HILANGNYA DOKUMEN RASUAH AZMIN YANG ANWAR PEGANG ?


AZMIN ALI ANAK JANTAN ATAU DAYUS ?

sekali lagi dato nallakarupan mendedahkan ada pegawai pejabat anwar membenarkan isterinya di gunakan oleh anwar.pendedahan ini dilakukan oleh dato nalla sewaktu berkempen di permatang pauh tempoh hari. dato nalla mendedahkan 2 isu penting :-

1) mendakwa anwar menggunakan wang magnum sebanyak RM60juta sewaktu menjawat jawatan tpm

2) mendakwa anwar melakukan hubungan seks dengan pelbagai gender dan status termasuk shamsidar taharin, isteri azmin ali.

TETAPI KENAPA HINGGA KINI ANWAR HANYA MENYAMAN DATO NALLA DALAM KES RM60JUTA TETAPI TIDAK KEPADA TUDUHAN ZINA DENGAN SHAMSIDAR ?ini adalah persoalan yang perlu difahami oleh kita.

KENAPA AZMIN ALI SEBAGAI SUAMI YANG BERAGAMA ISLAM TIDAK MEMPERTAHANKAN MARUAH ISTERINYA ?KENAPA AZMIN ALI TIDAK MENYAMAN TUDUHAN DATO NALLA ?

samada dayus atau azmin/anwar takut ? mungkinkah segala rahsia sulit ini akan terbongkar kiranya azmin menyaman dato nalla.mungkin itu perkiraan mereka. kalau saman maka habis segala rahsia terbongkar dan oleh itu lebih baik diam.

dan layakkah orang seperti azmin ali menjadi menteri besar selangor ? hmm yang pasti makin ramai sudah menggelengkan kepala.

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com

Ini khabar angin kencang bertiup..Anwar sudah tak suka Khalid..Azmin jadi MB ?

Ini khabar angin kencang bertiup..Anwar sudah tak suka Khalid..Azmin jadi MB ?

20081201

Zaid Ibrahim antara tetamu VIP hadir ke Kongres PKR hari ini

SA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim turut menjadi tetamu yang hadir dalam Perasmian Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) di Stadium Malawati Shah Alam pagi ini.

Kehadiran Zaid bersama beberapa lagi tokoh politik termasuk Dato' Yong Teck Lee dari SAPP dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar mendapat tepukan gemuruh kalangan perwakilan yang menunggu di dalam Stadium.

Beberapa minit selang selepas kehadiran Zaid, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba dengan disambut laungan reformasi.

Sebelum ini Zaid menjadi menteri yang mencetus kontroversi berikutan meletakkan jawatan dalam isu ISA.

Peletakan jawatan beliau menjadi tanda tanya hingga ada yang menyatakan kemungkinan beliau akan menyertai Pakatan Rakyat.

Kongres pagi ini akan dirasmikan oleh Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali gus beliau akan menyampaikan ucapan dasar kongres.

Suasana di dalam Stadium kini semakin sesak dengan kebanjiran perwakilan dan pemerhati selain pihak media yang membaut liputan penuh kongres KeADILan kali ini.

Seluruh kepimpinan KeADILan di peringkat pusat, Pemuda dan Wanita telah sampai dan sedang menunggu untuk perasmian.

Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah, Niab Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Kahlid Samad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohd Gahazali yang juga ahli Parlimen Titiwangsa; Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; Karpal Sing (DAP) dan Teresa Kok. / Harakahdaily


Zaid tiba bersama Anwar Ibrahim di Stadium Malawati pagi ini

20080830

Penang Ini Kita Yang Punya


Negeri ini rakyat yang punya. Kita sapu semuanya, zakat, duit masjid, duit orang Islam belasah semuanya.

PILIHANRAYA KINI


20080821

BABI INI TIDAK AKAN BALIK KE CHINA

Kita tidak tahu dimanakah Penasihat DAP Lim Kit Siang mendapat maklumat bahawa orang yang menyerbu masuk kedalam forum Majlis Peguam “Memeluk Islam” telah memanggil orang Cina babi dan menghalau mereka supaya balik ke China.

Saya percaya sumbernya adalah orang dalam Majlis Peguam sendiri..Maka itu beliau menjawab dalam blognya “No this babi will not balik Cina”.

Kata kata ini menjadi kepala kecil (sub heading) kepada rencananya yang tajuk besarnya ialah "Storming of Bar Council-Had UMNO plotted for extreme reaction? ” yang tidak secara langsung menuduh UMNO berada di belakang serbuan ke Majlis Peguam itu.

Antara komen yang disiarkan sebagai reaksi kepada rencananya itu dari seorang Cina yang bernama Pongsaling ialah:

*Why call us babi ?

We eat pork,only babi (melayu? ) don't eat pork.So I wonder who is babi?

*Balik Cina! Don't they know that not all Chinese were born in China.Chinese can be found at every part of the world.

Can someone tell the pig head (Melayu ketua babi ?) about these.

Lim Kit Siang adalah seorang anggota Parlimen yang diharapkan oleh rakyat mengetahui tanggunjawabnya dan bukannya penyebar kata kata kebencian dan hasutan yang tidak disahkan sumbernya.

Jika benar sekalipun dia tidak seharusnya meluaskan penyebaran kata kata seumpama ini sekiranya dia mahu memelihara perasaan baiksangka antara kaum. Mungkin perkataan itu disebut oleh sesaorang tetapi dalam forum yang amat terbatas.

Seorang Cina memberikan komen reaksi kepada hasutan Lim Kit Siang itu sebagai berikut:

Looking at current social economic development in China as futher demonstrated in the opening of the olympic games,it is not such bad idea to go back to China anyway.

Orang Melayu tidak seharusnya marah kepada semua orang Cina kerana sikap orang ini kerana yang berfikiran demikian hanyalah orang Cina kaya,profesional dan ahli perniagaan.Orang Cina yang miskin tidak pernah terlintas di kepala mereka untuk berhijrah tetapi hanya untuk menjual sayuran, buahan atau berniaga ikan dipasar pasar dan lain lain perniagaan kecil dikampong atau dibandar di negara ini.

Yang menimbulkan perasan cemas,ketidakyakinan kepada negara,kebencian kepada polis Melayu, orang Melayu,Raja Melayu,Hak Istimewa Melayu, dan anti sosial ialah orang seperti Lim Kit Siang.

Sejarah telah mencatitkan orang orang Lim Kit Siang telah pergi ke Kampong Baru dan Datuk Keramat Kuala Lumpur selepas kemenangan besar DAP dalam pilihanraya I969 dan menghalau orang Melayu balik kampong dengan menunjukan penyapu (Baca buku Tunku Abdullah Rahman Putra 13 Mei).

Lim juga banyak membuat fitnah dan tuduhan palsu.Umpamanya dia menuduh RTM membuang DJ orang India sebelum pilihanraya lalu yang ternyata tidak benar (sebenarnya dibuang kerana masalah displin),dia juga membawa seorang perkerja asing dari Canada ke lobi Parlimen untuk mendakwa penanam modal asing tak mahu datang ke Malaysia kerana banyak Mat Rempit.

Inikah kualiti seorang anggota Parlimen yang mahu Malaysia menjadi negara kelas pertama?

Sekalipun dia mengistiharkan “No this babi will not balik China” tetapi dia menghasut orang Cina supaya bersemangat untuk balik ke China kerana negara ini tidak lagi selamat. .

Sepucuk surat lagi yng disiarkan dalam blognya mengatakan “Malays in Malaysia consider Indonesia as their motherland”.

Ini membayangkan perasaan Lim Kit Siang sendiri terhadap motherland nya dan kerana itu dia menghasut orang Cina supaya memandang rendah kepada negara ini sehingga percaya bahawa upacara perasmian sukan Olimpik adalah menggambarkan China pada keseluruhannya.


MAHARAJABLOGGER
14 Ogos 2008
http://maharajablogger.blogspot.com/

20080813

Liwat: Saiful buat persiapan buat sumpah minggu ini?

Oleh NURUL AIN HUSSAIN

PETALING JAYA: Bekas pembantu peribadi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar) sedang menjalankan persiapan terakhir untuk mengadakan upacara angkat sumpah mengikut cara Islam, dijangka minggu ini.

Perkara itu dinyatakan oleh peguamnya, Zamri Idrus ketika dihubungi oleh mStar Online.

Pada 31 Julai lalu, Saiful menyatakan beliau bersedia untuk bersumpah dengan al-Quran sejurus siasatan polis terhadap kes tersebut selesai.

Menurut Zamri, persiapan tersebut perlu diatur secara rapi dan mengikut lunas-lunas Islam yang sebenar.

“Bukan mudah untuk melaksanakan perkara sebegini. Apa yang boleh dikatakan kami sedang megadakan persiapan terakhir ke arahnya,” katanya.

Tambah Zamri, beliau tidak mahu anak guamnya itu berasa tertekan ketika ditanya bila upacara tersebut akan berlangsung.

“Saya akan umumkan bila tiba masanya. Jangan risau. Buat masa ini saya tidak boleh beritahu. Saya tidak mahu Saiful berasa tertekan jika semua orang terus mendesaknya,” katanya.

Pada 28 Jun lalu Saiful menggemparkan negara apabila membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat beberapa kali oleh majikannya dengan kali terakhir, dua hari sebelum tarikh tersebut, di sebuah kondominium mewah di Bukit Damansara.

Anwar, 60, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khamis lalu terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di sebuah kondominium di sini pada 26 Jun lepas dan dibebaskan dengan jaminan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin.

Mahkamah menetapkan 10 September untuk sebutan kes itu.

Anwar telah mengumumkan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang penamaan calon akan diadakan hujung minggu ini.

Muktamar Pemuda PAS 'membuka tirai' malam ini

Azamin Amin | Foto Firdaus H
Wed | Aug 13, 08 | 11:30:23 am MYT

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Muktamar PAS kali ke-54 di Ipoh akan dimulakan terlebih dahulu dengan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS pada jam 9 malam ini bertempat di Stadium Indera Mulia.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dijangka akan menyempurnakan majlis perasmiannya manakala perasmian muktamar Dewan Ulama di Dewan Bandaraya Ipoh dan Dewan Muslimat di Hotel Hillcity akan berlangsung keesokan pagi, 14 Ogos.

Muktamar PAS Pusat akan bersidang pada Jumaat 15 Ogos jam 8.00 pagi di Stadium Indera Mulia yang akan menyaksikan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentangkan Ucapan Dasarnya di pada hari tersebut.

Menurut wartawan Harakah English Section Muhammad Hamzah persiapan muktamar adalah di tahap yang terakhir dan berjalan lancar.

ImageKawasan sekitar stadium sibuk dengan para petugas memastikan koordinasi lori-lori yang mengangkut barang dan gerai-gerai yang baru dibuka malah Unit Amal sudah pun memulakan tugas mengawal selia keselamatan orang ramai yang akan hadir ke muktamar tersebut.

Semalam, telah berlangsung upacara raptai penuh Muktamar yang disaksikan sendiri oleh Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Ahmad Awang, kata Hamzah.

Sementara itu Setiausaha Politik Mneteri Besar Perak Ustaz Misbahul Munir menjelaskan sedang bersiap sedia menyambut kedatangan para tetamu dari seluruh pelusuk negara.

"Inilah kali pertama PAS Perak menjadi tuan rumah menganjurkan program yang sebesar ini.Kami telah menyediakan satu tempat khas untuk gerai jualan , makan dan minum bagi menampung keperluan para perwakilan dan pemerhati Muktamar.Penginapan untuk para perwakilan juga kami sediakan yang terbaik," jelas Misbah dalam laman web PAS.

ImageDi samping itu laman web tersebut melaporkan terdapat program tarikan berupa konsert Kesenian Islam yang akan diadakan pada 14 Ogos bermula jam 9.30 malam yang dijangka akan menarik minat golongan remaja mendampingi program PAS dan mengenali etika corak hiburan cara Islam.

Konsert tersebut bakal membariskan persembahan Kumpulan Nasyid Far-East dan Saff One di samping deklamasi sajak oleh Dinsman dan rakan-rakannya.

Susulan keesokan 15 Ogos malam, Nostalgia Forum Perdana akan menemui para hadirin dengan barisan ahli panel yang tidak asing lagi iaitu Dato� Dr Haron Din, Dato� Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Taib Azamuddin.

Manakala malam kemuncak 16 Ogos di mana Ceramah Perdana akan diadakan di Stadium Perak akan menyaksikan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz, wakil-wakil dari pertubuhan Hamas Palestin dan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) menyampaikan ucapan mereka._

Muktamar Pemuda PAS 'membuka tirai' malam ini

Azamin Amin | Foto Firdaus H
Wed | Aug 13, 08 | 11:30:23 am MYT

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Muktamar PAS kali ke-54 di Ipoh akan dimulakan terlebih dahulu dengan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS pada jam 9 malam ini bertempat di Stadium Indera Mulia.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dijangka akan menyempurnakan majlis perasmiannya manakala perasmian muktamar Dewan Ulama di Dewan Bandaraya Ipoh dan Dewan Muslimat di Hotel Hillcity akan berlangsung keesokan pagi, 14 Ogos.

Muktamar PAS Pusat akan bersidang pada Jumaat 15 Ogos jam 8.00 pagi di Stadium Indera Mulia yang akan menyaksikan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentangkan Ucapan Dasarnya di pada hari tersebut.

Menurut wartawan Harakah English Section Muhammad Hamzah persiapan muktamar adalah di tahap yang terakhir dan berjalan lancar.

ImageKawasan sekitar stadium sibuk dengan para petugas memastikan koordinasi lori-lori yang mengangkut barang dan gerai-gerai yang baru dibuka malah Unit Amal sudah pun memulakan tugas mengawal selia keselamatan orang ramai yang akan hadir ke muktamar tersebut.

Semalam, telah berlangsung upacara raptai penuh Muktamar yang disaksikan sendiri oleh Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Ahmad Awang, kata Hamzah.

Sementara itu Setiausaha Politik Mneteri Besar Perak Ustaz Misbahul Munir menjelaskan sedang bersiap sedia menyambut kedatangan para tetamu dari seluruh pelusuk negara.

"Inilah kali pertama PAS Perak menjadi tuan rumah menganjurkan program yang sebesar ini.Kami telah menyediakan satu tempat khas untuk gerai jualan , makan dan minum bagi menampung keperluan para perwakilan dan pemerhati Muktamar.Penginapan untuk para perwakilan juga kami sediakan yang terbaik," jelas Misbah dalam laman web PAS.

ImageDi samping itu laman web tersebut melaporkan terdapat program tarikan berupa konsert Kesenian Islam yang akan diadakan pada 14 Ogos bermula jam 9.30 malam yang dijangka akan menarik minat golongan remaja mendampingi program PAS dan mengenali etika corak hiburan cara Islam.

Konsert tersebut bakal membariskan persembahan Kumpulan Nasyid Far-East dan Saff One di samping deklamasi sajak oleh Dinsman dan rakan-rakannya.

Susulan keesokan 15 Ogos malam, Nostalgia Forum Perdana akan menemui para hadirin dengan barisan ahli panel yang tidak asing lagi iaitu Dato� Dr Haron Din, Dato� Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Taib Azamuddin.

Manakala malam kemuncak 16 Ogos di mana Ceramah Perdana akan diadakan di Stadium Perak akan menyaksikan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz, wakil-wakil dari pertubuhan Hamas Palestin dan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) menyampaikan ucapan mereka._

Raja Nazrin perkenan Nik Aziz, Hadi sampaikan khutbah Jumaat ini

Azamin Amin
Wed | Aug 13, 08 | 11:14:20 am MYT

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Selain kesudian menerima mengadap pimpinan PAS di Istana Iskandariah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah sekali lagi memperkenankan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menyampaikan Khutbah Jumaat di Ipoh 15 Ogos ini.

Perkenan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Raja Nazrin ketika Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadap tuanku pagi tadi sebagai satu penghormatan kepada kedua-dua tokoh pemimpin PAS yang disegani di samping pengiktirafan kepada Muktamar PAS ke-54 yang berlangsung pada hari yang sama. Perkara itu telah disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Anuar Hashim ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Katanya Tuan Guru Nik Aziz akan menyampaikan khutbah jumaat di Masjid Negeri Ipoh manakala Presiden PAS akan berkhutbah di Masjid Sultan Azlan Shah di Intim Ipoh. Kedua-duanya berkhutbah pada hari yang sama.

"Saya akan memaklumkan kepada media dari semasa ke semasa, hebahan umum berkaitan kedua-dua pemimpin PAS yang akan menyampaikan khutbah Jumaat ini di dua masjid berbeza," kata Anuar dan yakin akan menarik perhatian orang ramai khususnya penduduk Perak untuk hadir ke masjid terbabit untuk mendengar khutbah kedua-dua pemimpin tersebut.

Dalam pada itu, Raja Nazrin Shah juga memperkenankan menerima mengadap pimpinan PAS pada 14 Ogos sehari sebelum berlangsungnya muktamar.

Perkara itu telah disahkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan menyatakan pertemuan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar itu akan membabitkan 10 pemimpin tertinggi PAS yang akan diketuai sendiri oleh Ustaz Hadi sendiri. - mks. _

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com