Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

20090407

PAS, PKR alu larangan akhbar ditarik balik

PAS menyifatkan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menarik balik larangan penerbitan sementara dua akhbar, Harakah dan Suara Keadilan sebagai petanda yang mampu menyuburkan semangat demokrasi di negara ini.

salahuddin ayub 01Ketua Pemuda PAS Pusat Sallahuddin Ayob berkata langkah menarik balik larangan itu dilihat mengembalikan kepada yang hak yang sememangnya diberikan sebelum ini serta ia sememangya sepatut dilakukan oleh Najib yang baru memegang jawatan itu.

"Adalah diharapkan jika Perdana Menteri ingin menyuburkan lagi semangat demokrasi yang mungkin menjadi perkara yang dilakukan hari ini, kita berharap supaya akhbar rasmi PAS, Harakah dan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan diberikan permit harian," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Walaupun Najib tidak menyebut secara khusus nama dua akhbar terbabit dalam ucapan sulungnya sebagai perdana menteri malam ini tetapi diketahui umum bahawa Harakah dan Suara Keadilan telah digantung sementara penerbitannya.

Harakah dan Suara Keadilan digantung serta-merta selama tiga bulan mulai 23 Mac lepas.

Salahuddin berkata tindakan Najib itu juga mampu menaikkan rating negara sebagai sebuah negara yang tinggi indeks demokrasi di dunia.

Mengenai tindakan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kajian semula akta itu, Salahuddin berkata sekiranya ruang yang terbentang sekarang ini digunakan sepenuhnya, ia merupakan satu harapan baru untuk
mendapatkan impak yang lebih baik dalam menghapuskan ISA.

"Pembebasan 13 orang tahanan itu juga adalah satu permulaan ke tahap ISA dihapuskan. Akta yang sedia ada sudah cukup untuk menjaga keselamatan negara," katanya.

syed husin aliSementara itu, Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali berkata parti itu turut mengalu-alukan pengumuman perdana menteri menarik balik sekatan ke atas Suara Keadilan serta Harakah dan membebaskan 13 orang tahanan ISA.

"Ini adalah hasil desakan rakyat. Dari mula-mula lagi sebenarnya tidak ada sebab Kerajaan harus mengenakan sekatan akhbar tersebut dan menahan tahanan itu," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, tegasnya, pengumuman ini, yang dibuat menjelang tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini, akan dilihat sebagai bermuslihat politik dan tidak ikhlas sekiranya ia tidak diikuti dengan beberapa tindakan
lebih lanjut.

Demi pengukuhan demokrasi di negara ini, katanya, PKR menggesa Najib supaya segera mengambil tindakan berikut:

• Tidak membenarkan sebarang tahanan ISA dan penggantungan atau pengharaman penerbitan tanpa sebab pada masa akan datang;

• Membebaskan tanpa syarat semua yang masih dalam tahanan ISA; dan

• Memansuhkan ISA dan Akta Penerbitan dan Percetakan yang tidak adil itu.

"Perlu diingat bahawa apabila mula menjadi perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah membebaskan beberapa orang tahanan ISA dan menjanjikan media yang lebih bebas.

"Tetapi, semua ini dilupakan dan beliau memilih jalan yang lebih zalim.
Najib hendaklah memastikan beliau tidak akan mengikut jalan yang sama," tegas Syed Husin.

20090315

PAS Tidak Layak Perjuang PPSMI

Harakah Tukang Jual Minyak Maharaja sedang menggerakkan usahanya untuk menunjukkan kepada umum bahawa Sasterawan Negara, Dato’ A. Samad Said sedang sangat marah kepada kerajaan.

Lalu,diberitakan A.Samad Said sambil marah berkata:

“Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.

Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu ‘bahasa undi’ (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu.”

Gerakan PPSMI ini nyata telah berjaya menggerakkan banyak badan NGO yang nasionalis sifatnya menentang dasar Kementerian Pelajaran Malaysia.Suatu perkara yang sebenarnya jikalau dilihat bersifat non-partisan melainkan setelah PAS dan jentera mahasiswanya tampaknya menunjukkan minat.

1-hadi0

Haji Hadi mencelakakan pihak yang mempertahankan PPSMI.Dalam hal ini, nampaknya PAS ke dapan dalam memperjuangkan bahasa tetapi, tidakkah PAS sendiri banyak menggantikan istilah Melayu kepada bahasa Arab semata-mata untuk menampakkan gah?Tidakkah sifat Haji Hadi ini tepat dengan sindiran A Samad Said kepada ahli politik sebagai makhluk bertelinga satu berlidah dua?

Bagi penulis,tidak boleh dinafikan terdapat kesilapan dan kebenaran dalam memperkenalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.Kesilapannya, ialah negara telah menjalankan dasar pengajaran sepenuhnya dalam bahasa Melayu sejak dari 70-an dan penukaran pengajaran kepada Bahasa Inggeris semula dalam dua subjek ini merupakan tindakan patah balik ke belakang setelah pelbagai usaha dijalankan selama lebih 30 tahun.Satu lagi kesilapan ialah, penulis merasakan kajian mendalam untuk dasar “baru” ini tidak dilakukan dengan mendalam dan hasilnya tidak diumumkan kepada rakyat sebagai sokongan.

Namun, ada juga kebenaran terhadap dasar ini.Pembantah PPSMI sering menjadikan Korea Selatan,Jepun,Perancis dan Jerman sebagai hujah mereka bahawa kita tidak perlukan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran.Tetapi, harus diingat bahawa negara seperti Jepun dan Korea,jentera penterjemahan mereka cukup kukuh dan mantap.

Mereka mampu menterjemah sebarang karya asing ke dalam bahasa sendiri dalam tempoh yang singkat.Tetapi, malang sekali jentera penterjemahan kita,usaha untuk menterjemahkan buku-buku dan bahan-bahan berunsurkan Sains dilemparkan semula kepada pensyarah dari bidang sains,kejuruteraan,perubatan dan teknologis.Mana perginya sasterawan negara dan pihak yang memperjuangkan bahasa selama ini?

Kesannya,pelajar dan mahasiswa terpaksa merujuk sumber bacaan dalam bahasa Inggeris dalam pengajian mereka seharian.Malahan, mereka keliru pula dengan istilah sains dalam bahasa Melayu yang sebenarnya sangat asing bagi mereka jika dibandingkan dengan istilah sains dalam bahasa Inggeris.

Perkembangan pesat institusi pengajian tinggi sebagai perniagaan baru juga salah satu punca yang menekan negara untuk mempersiapkan diri bagi menerima kebanjiran pelajar-pelajar asing.Selama ini,United Kingdom,Amerika Syarikat,dan Australia menjadi tumpuan mereka.Tetapi,setelah September 11,ramai pelajar khususnya dari Timur Tengah beralih ke negara-negara lain yang kurang sekatannya.

Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak kurang mampu berbahasa Inggeris ingin menjadi salah satu negara yang mampu menampung permintaan ini.Bagi penulis, adalah menjadi fardhu kifayah bagi kita menunaikan hasrat saudara seagama kita ini untuk menimba ilmu, dan boleh menjadi fardhu ain jikalau masalah sekatan dikenakan terhadap mereka menjadikan mereka mundur dan menyusahkan umat Islam setempat.

Penulis melihat bahawa kempen menentang PPSMI hanyalah slogan semata-mata oleh penentangnya.Mereka hanya menyuruh kerajaan menghapuskannya tanpa sebarang penyelesaian yang konkrit.Orang lain yang makan nangka,orang lain yang akan kena getahnya.Mereka sekadar seronok berarak,berceramah dan mencelakakan orang lain sekadar untuk menimbulkan kemarahan orang ke atas pihak yang satu lagi.

Bagi hemat penulis, adalah lebih baik puak-puak GAPENA, Sasterawan Negara,ABIM,PKPIM dan mereka yang benar-benar ikhlas menentang PPSMI ini bertindak menggesa kerajaan membina fasiliti mengukuhkan kedudukan Bahasa Melayu di muka bumi ini dengan cara:

1.Mewujudkan Jabatan Penterjemahan di Kementerian Pelajaran ataupun Pendidikan Tinggi bagi menterjemah buku-buku sains dan teknologi dalam Bahasa Melayu

2.Mewujudkan Jabatan/Kursus Penterjemahan Istilah Sains di Akademi Pengajian Melayu ataupun Jabatan Pengajian Melayu,Fakulti Sastera untuk sebagai galakan kepada usaha penterjemahan buku-buku dan makalah sains

3.Memberi subsidi dan juga peluang kenaikan pangkat kepada pengasas dan pengendali jurnal-jurnal (tidak tertumpu hanya kepada sains dan matematik) dalam Bahasa Melayu di Universiti-universiti tempatan

4.Memberi subsidi kepada makalah-makalah dan penerbitan-penerbitan sains dan matematik dalam Bahasa Melayu serta edaran percuma kepada pelajar-pelajar sekolah.

5.Mata ataupun merit akan diberikan kepada penterjemah buku dari kalangan ahli akademik dan guru-guru terutamanya sains dan matematik untuk kenaikan pangkat.

6.Pinjaman tanpa faedah kepada syarikat penerbitan yang ingin meluaskan bidang percetakan mereka ke dalam buku-buku sains dan matematik dalam Bahasa Melayu.

7.Penghapusan cukai terhadap keuntungan ataupun perolehan buku-buku,makalah dan cetakan sains dan matematik dalam bahasa Melayu.

8.Mengenakan potongan cukai terhadap syarikat yang beriltizam dalam menerbitkan buku-buku sains dalam Bahasa Melayu.

Sebenarnya, lebih mudah membina asas dari terus mendesak Kementerian Pelajaran menghapuskan terus PPSMI.Kita tidak mahu PPSMI ini hanyalah menjadi agenda keegoan ataupun projek balas dendam semata-mata.

Kita harus sedar,kerajaan telah membelanjakan ratusan juta ringgit untuk menukarkan bahasa pengantar dalam subjek Sains dan Matematik dari Bahasa Melayu ke bahasa Inggeris.Bagi penulis,kita perlu bijaksana walaupun mungkin pihak yang satu lagi sebenarnya pada hemat pejuang bahasa tidak bijaksana dalam perlaksanaan PPSMI.

Penulis tertarik dengan pendapat Hishamuddin Rais tentang perlaksanaan untuk mendaulatkan bahasa Melayu secara praktikal dari kaedah slogan yang menjadi “trademark perjuangan” orang kita.

Namun,pejuang-pejuang bahasa tidak seharusnya meletakkan kepercayaan kepada PAS untuk memperjuangkan PPSMI.Mereka sebenarnya hanya mahu memperalatkan perjuangan ini untuk kepentingan politik sempit mereka sahaja.

Cuba lihat kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Perhimpunan Cina Selangor :

“Tidak salah belajar bahasa asing tetapi rakyat perlu di ilmukan dengan bahasa kebangsaan,” kata beliau.

Kita harus ingat bahawa PAS tentunya tidak akan bersetuju jikalau pelajaran agama diajar dalam Bahasa Melayu seratus-peratus, dan jikalau dilakukan ia akan dituduh sebagai sekular.

Kita boleh melihat bagaimana istilah Melayu yang sudah wujud dan difahami ramai tetapi digantikan dengan istilah Arab oleh PAS untuk menunjukkan ia lebih gah.Bersediakah PAS menukarkan istilah Arab yang mendominasi jemaah tersebut kepada bahasa Melayu?

Tanyakan soalan ini kepada A. Samad Said tentulah Haji Hadi menepati ciri makhluk yang digambarkannya iaitu:

Makhluk bertelinga satu dan berlidah dua yang sangat hodoh, menakutkan di samping menjadi bahan tertawaan.

Adakah PAS sedia menukarkan muktamar kembali kepada persidangan agung,mursyidul am kepada pemimpin tertinggi,majlis syura kepada majlis penasihat,harakah kepada gerakan,jamaah kepada perkumpulan, tarbiyyah kepada pendidikan,lajnah kepada bahagian(biro/unit juga pinjaman bahasa Inggeris),usrah kepada keluarga,amir kepada pemimpin,dan pelbagai lagi istilah bahasa Arab kepada bahasa kebangsaan?

Bukankah Haji Hadi menggesa rakyat dididik dengan bahasa sendiri bukan dengan bahasa asing?Tidakkah penggunaan istilah Arab tadi menggantikan istilah bahasa Melayu yang sedia ada ini menggambarkan PAS cakap tidak serupa bikin laksana makhluk bertelinga satu berlidah dua?

Jika Haji Hadi terkedu pabila ditanyakan soalan ini,nyatalah PAS juga perlu diajar dengan bahasa peti undi dan Haji Hadi pun tak faham bahasa Melayu.

maharajazhou

20090228

Pemuda PAS Wilayah bantah konsert Rihanna, boikot artis Amerika!!!

Pemuda PAS Wilayah bantah konsert Rihanna, boikot artis Amerika!!!
Wan Nordin Wan Yaacob
Tue | Jan 20, 09 | 4:09:57 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Hrkh) - Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan hari ini melahirkan kekesalan terhadap tindakan sebuah syarikat telekominikasi tempatan yang menaja dan akan turut menganjurkan program konsert 'Rihanna Live in Kuala Lumpur' pada hari Jumaat, 13 Februari 2009 nanti.

Iklan

Menurut Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad, Rihanna yang terkenal dengan lagu Bad Girl dan Umbrella sebelum ini dijangka akan mengadakan persembahan lewat pukul 8.30 malam di Stadium Bukit Jalil nanti.

Iklan-iklan telah mula disebarkan melalui kaca TV, Surat Khabar, SMS dan ternyata ia adalah suatu usaha yang bersungguh dari Celcom dalam mengaut keuntungan dalam mengorganisasikan konsert ini, katanya.

Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty merupakan artis kelahiran Kepulauan Barbados yang menempah nama di Amerika Syarikat, katanya.

Artis ini berkecimpung dalam genre R&B, Pop,Pop-Rock, dance dan reggae sering membawakan aksi yang menghairahkan dalam penyampaian lagu-lagunya disamping mengenakan pakaian ketat dan seksi, ujarnya.

"Ini sememangnya tidak memenuhi citarasa budaya tempatan, dan tidak secocok dengan syarikat telekomunikasi itu yang dilihat sebagai sebuah syarikat tempatan yang sewajarnya mengutamakan budaya ketimuran dan artis-artis tempatan," katanya.

Kehadiran Rihanna yang kini sudah menetap di Amerika sedikit sebanyak akan membawa keluar wang negara yang akhirnya akan masuk ke Amerika, katanya.

Melihat kepada pengaliran wang ini, bukan sahaja membawa kita memahami erti kerugian buat negara tetapi satu penderitaan buat rakyat Palestin.

Amerika menjadi sekutu Israel membekalkan senjata ketika pembunuhan ngeri di Gaza hasil dari sumbangan dan dana cukai yang diberi oleh penduduk Amerika, katanya.

"Sama ada Rihanna sedar atau tidak kita sememangnya tahu bahawa duit cukai yang dibayar beliau turut menyumbang kepada peperangan di Gaza," katanya.

Maka Pemuda PAS Wilayah menolak kehadiran artis ini di Malaysia atas dasar ketidaksesuaian gaya penyampaian lagu, pakaian dan juga atas sentimen menghormati rakyat Palestine yang tertindas angkara kekejaman Israel dansekutunya Amerika yang ditaja oleh kebanyakkan penduduknya.

"Sama ada Rihanna terlibat atau tidak, bagi kami beliau juga adalah agen kepada kerosakkan muda-mudi yang ada di seluruh dunia melalui penyampaian lagunya dan juga penyumbang kepada kekuatan dana Israel melalui Amerika yang menjadi tempat beliau menempah nama," katanya.

Memanggil Rihanna ke Malaysia umpama menghina adab ketimuran, merendahkan artis tempatan, sengaja merugikan ekonomi negara dan menyokong dasar perang Israel yang disokong Amerika, dakwanya.

Sewajarnya dalam suasana ekonomi yang tidak menentu dan rakyat Palestin ditindas kini, Malaysia perlu meneruskan kempen boikot barangan Amerika termasuklah artis-artis mereka serta apa sahaja yang dikeluarkan dari negara itu terutama perkara-perkara yang negatif, katanya. _



20090220

Re: Awas, SB menyamar jadi penyokong PAS!


mcm biasa la :
1) pakai beg sandang.phm2 je la ada apa.
2) pakai kasut sarung sebab nk kejar org.
3) muka semacam.
4) bergerak berkumpulan tapi ada solo2 je


Awas, SB menyamar jadi penyokong PAS!
Intan Abdullah | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Fri | Jan 09, 09 | 6:55:38 am MYT
KUALA TERENGGANU, 9 Jan (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali mendakwa terdapat polis cawangan khas atau SB yang menyamar sebagai penyokong PAS ketika majlis penamaan calon 6 Januari lalu.
Iklan
ImageBeliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media di Markas Tarbiyah Kuala Terengganu baru-baru ini.
"Kita mendapat maklumat mengenai tindakan polis cawangan khas ini yang turun daripada hotel mereka dengan berpakaian macam orang PAS seterusnya menyertai perarakan bersama penyokong Pakatan Rakyat," katanya.
Menurutnya, motif utama tindakan tersebut tidak diketahui namun tidak menolak kemungkinan akan tercetusnya unsur-unsur provokasi.
"Daripada maklumat yang diterima, golongan ini ramai dan terdapat kemungkinan bahawa mereka akan dimanafaatkan oleh jentera BN untuk beberapa tujuan khusus kerana perkara seumpama tersebut pernah terjadi sebelum ini.
Image"Tetapi hal itu tidak seharusnya berlaku, kerana kita mahu perjalanan pilihan raya yang aman dan adil.
"Oleh itu, PAS sedang monitor (memantau) perjalanan polis dan SB bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku," ujarnya.
Ditanya mengenai mekanisme pemantauan tersebut, beliau yang juga merupakan Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat enggan mengulasnya.
"Saya tidak puas hati dengan tugas pihak SB yang bertugas mengiringi calon kerana itu bukan tugas mereka," katanya lagi.
Dalam kes pada pilihan raya kecil yang lalu, terdapat aduan mengenai orang yang tidak mengundi tetapi orang lain keluar mengundi bagi pihak mereka.
"Ia terjadi pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir dan kita telah memfailkan petisyen," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mustafa turut mengulas mengenai kehadiran polis yang terlalu ramai pada kali ini di bandar Kuala Terengganu.
"Saya mendapati ada aduan yang mengatakan bahawa kehadiran polis dilihat sebagai menakut-nakutkan pengundi, dan kita berharap ada jaminan bahawa mereka akan bertindak secara profesional, " katanya lagi.
ImageHal ini katanya, secara tidak rasmi rasa takut di kalangan rakyat Kuala Terengganu tetap ada.
"Ini kerana rakyat di sini menganggap bukannya ada masalah keselamatan pada masa ini," tegasnya.
Sementara itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa sesuatu yang tidak diingini boleh berlaku sekiranya perkembangan mood pengundi tidak menyebelahi BN.
"Pada pandangan saya, kebiasaannya jika BN berasa selesa, tiada apa-apa yang pelik berlaku. sebaliknya, jika mereka berasa suasana sengit, maka BN akan mencipta bermacam-macam perkara," tegasnya lagi.
Mustafa juga belum meyakini perjalanan pilihan raya kecil ini dapat berlangsung dalam keadaan yang bersih dan adil.
"Setakat ini saya lihat perjalanan pilihan raya ini masih ok, dan saya belum meletakkan keyakinan pada perjalanan pilihan raya ini bersih sepenuhnya," katanya. - mks._

20090216

Pas dan skandal seks pemimpin parti lawan — Ahmad Tajdid

FEB 18 — Bukanlah sesuatu yang wajar jika kehidupan peribadi seseorang didedahkan kepada umum, apatah lagi jika ianya menyentuh tentang aib seseorang. Apatah lagi jika “kejahatan” yang dilakukan itu dibuat di tempat tertutup dan pelakunya sendiri tidak berbangga dengan maksiat yang dilakukannya dan berasa malu jika kejahatannya diketahui orang.

Itulah sebenarnya hikmah mengapa tuduhan zina perlu ditampilkan dengan empat orang saksi. Dan saksi-saksi itu mestilah lelaki yang adil dan tidak fasik. Semuanya bertujuan untuk menjaga aib orang yang dituduh dan untuk memastikan tidak ada insan yang teraniaya dengan tuduhan itu.

Apa yang menimpa Adun Bukit Lanjan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong adalah sesuatu yang malang. Selepas gambar separuh bogel yang dirakamkan ketika beliau tidur disebarkan kepada media massa, MMS dan internet, Elizabeth mengambil keputusan meletakkan jawatan Exco dan Adun walaupun beliau sebenarnya teraniaya.

Atas dasar prinsip, Elizabeth sanggup melepaskan jawatan kerana bimbang masalah peribadinya itu akan dieksploitasi oleh musuh-musuh politiknya untuk memburuk-burukkan organisasi politik dan kerajaan negeri yang diwakilinya.

Setakat ini, ramai yang menyatakan simpati terhadap apa yang dialami olehnya termasuk Pergerakan Wanita MCA. Bagaimanapun, ada juga pemimpin Umno yang mendesak beliau meletakkan jawatan.

Antara yang terawal memberi komen ialah bekas Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Mohd Khir Toyo. Turut sama mengalu-alukan keputusan Elizabeth untuk meletakkan jawatan ialah Ketua Menteri Melaka yang juga calon Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Begitulah gelagat pemimpin Umno. Mereka sibuk dengan soal moral dan akhlak pemimpin-pemimpin bukan Islam (seperti yang menimpa Elizabeth dan Adun Bukit Selambau, V. Arumugam di Kedah), tetapi tidak pula prihatin dengan akhlak dan moral para pemimpin parti mereka sendiri, yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Ketika Mohd Khir Toyo menjawat Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, tiga skandal peribadi membabitkan dua ahli Dewan Rakyat dan seorang ahli Dewan Negara Umno Selangor cuba dipendamkan beliau dari pengetahuan umum.

Khir tidak pula sibuk mendesak ketiga-tiga pemimpin Umno negeri itu supaya meletakkan jawatan, malah tempoh “senatorship” salah seorang daripada mereka dilanjutkan!

Dan sebenarnya, jika skandal seks dan moral para pemimpin Umno didedahkan satu persatu kepada umum, pastinya kita akan loya dan muntah apabila mendengarnya!

Bagi mereka yang agak ragu-ragu, percayalah... Ini bukannya “cubaan”, tetapi benar-benar kejadian!

Penulis tidak berhasrat untuk mengaibkan mereka, tetapi cukuplah untuk memberi amaran kepada para pemimpin parti tertentu supaya tidak bertindak di luar batasan.

Mungkin ramai yang mengenali Tan Sri Abdullah Ahmad atau Abdullah Kok Lanas. Abdullah lewat kolumnya di sebuah akhbar berbahasa Melayu (ketika menerajui akhbar terbabit) pernah membangkitkan dilema yang dihadapi oleh para pemimpin parti sebuah negeri di Semenanjung untuk mencari seorang calon Menteri Besar. Calonnya sudah dikenal pasti, tetapi ada yang tidak bersetuju kerana bakal pemimpin itu dikenali sebagai seorang yang suka berpoya-poya ketika belajar di luar negara.

Tidak payahlah bagi penulis mendedahkan siapakah pemimpin itu. Bagi mereka yang ingin tahu, buatlah carian sendiri di perpustakaan ataupun arkib untuk membaca tulisan Abdullah Kok Lanas.

Ketika menjelang pilihan raya umum 1995, isu khalwat membabitkan seorang pemimpin muda Pas hangat diperkatakan. Para pemimpin Umno menggunakan isu ini semaksimum mungkin untuk menjatuhkan maruah Pas. Bagaimanapun dengan kebijaksanaan para pemimpin Pas, isu khalwat itu dapat ditangani dengan baik. Pemimpin muda Pas itu didapati tidak bersalah oleh mahkamah dan menang di kawasan parlimen yang ditandinginya dengan majoriti lebih besar.

Di waktu yang sama, para pemimpin Pas dan Harakah menerima maklumat daripada sumber yang tidak diketahui tentang skandal seks membabitkan seorang pemimpin parti lawan Pas yang juga diwar-warkan sebagai calon Menteri Besar di sebuah negeri Pantai Timur Semenanjung.

Lebih memeranjatkan, pemimpin terbabit pernah menerajui sebuah institusi agama dan kerap kali menyerang Pas dalam pelbagai isu agama dan politik. Malah beliau jugalah yang sering “tumpang semangkuk” memberi komen dan mengulas tuduhan khalwat pemimpin muda Pas itu.

Penulis sempat bertemu dengan seorang pemimpin kanan Pas untuk mengesahkan maklumat yang diterima. Malah pemimpin Pas itu tidak menafikan maklumat yang diperolehi. Beliau bukan sahaja menjadi teman rapat pemimpin terbabit ketika kejadian itu berlaku, malah diminta menjadi wakil untuk meminang wanita tersebut bagi pihak pemimpin politik itu!

Bagaimanapun, skandal seks itu tidak dijadikan modal oleh Pas untuk memburuk-burukkan lawan politiknya. Meskipun begitu, para pemimpin parti tersebut diberitakan terpaksa mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu itu; khuatir jika ia dijadikan modal kempen oleh Pas negeri.

Dan ketika Setiausaha Perhubungan Pas negeri terbabit ditanya sama ada mahu menggunakan isu skandal seks itu dalam kempen pilihan raya, beliau penuh yakin berkata: “Itu bukan cara kita berpolitik.”

Isu skandal seks pemimpin bukanlah suatu yang asing dalam politik negara. Seperti kata Menteri Besar Kedah ketika menjawab soalan wartawan berhubung dakwaan salah laku moral yang melanda bekas Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Bukit Selambau, V. Arumugam: “Ada yang lebih teruk daripada itu, buat hubungan dengan suami dan isteri orang...”

Dan pastinya yang berperangai seperti itu ialah pemimpin Melayu yang beragama Islam.

Kita yakin kisah-kisah penarafan-X (x-rated) itu ada dalam “kocek” Ustaz Azizan. Cuma sebagai pemimpin sebuah parti Islam, beliau tidak tergamak meluahkannya di khalayak umum.

Bukan akhlak dan moral Pas untuk bertindak seperti Umno. Tetapi jika keadaan sudah menjadi tidak terkawal dan BN secara berterusan menggunakan tektik kotor ini... Apakah pilihan lain bagi Pas? — HarakahDaily.net

20090213

Awas, SB menyamar jadi penyokong PAS!


Awas, SB menyamar jadi penyokong PAS!
Intan Abdullah | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Fri | Jan 09, 09 | 6:55:38 am MYT

KUALA TERENGGANU, 9 Jan (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali mendakwa terdapat polis cawangan khas atau SB yang menyamar sebagai penyokong PAS ketika majlis penamaan calon 6 Januari lalu.

Iklan

ImageBeliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media di Markas Tarbiyah Kuala Terengganu baru-baru ini.

"Kita mendapat maklumat mengenai tindakan polis cawangan khas ini yang turun daripada hotel mereka dengan berpakaian macam orang PAS seterusnya menyertai perarakan bersama penyokong Pakatan Rakyat," katanya.

Menurutnya, motif utama tindakan tersebut tidak diketahui namun tidak menolak kemungkinan akan tercetusnya unsur-unsur provokasi.

"Daripada maklumat yang diterima, golongan ini ramai dan terdapat kemungkinan bahawa mereka akan dimanafaatkan oleh jentera BN untuk beberapa tujuan khusus kerana perkara seumpama tersebut pernah terjadi sebelum ini.

Image"Tetapi hal itu tidak seharusnya berlaku, kerana kita mahu perjalanan pilihan raya yang aman dan adil.

"Oleh itu, PAS sedang monitor (memantau) perjalanan polis dan SB bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku," ujarnya.

Ditanya mengenai mekanisme pemantauan tersebut, beliau yang juga merupakan Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat enggan mengulasnya.

"Saya tidak puas hati dengan tugas pihak SB yang bertugas mengiringi calon kerana itu bukan tugas mereka," katanya lagi.

Dalam kes pada pilihan raya kecil yang lalu, terdapat aduan mengenai orang yang tidak mengundi tetapi orang lain keluar mengundi bagi pihak mereka.

"Ia terjadi pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir dan kita telah memfailkan petisyen," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Mustafa turut mengulas mengenai kehadiran polis yang terlalu ramai pada kali ini di bandar Kuala Terengganu.

"Saya mendapati ada aduan yang mengatakan bahawa kehadiran polis dilihat sebagai menakut-nakutkan pengundi, dan kita berharap ada jaminan bahawa mereka akan bertindak secara profesional," katanya lagi.

ImageHal ini katanya, secara tidak rasmi rasa takut di kalangan rakyat Kuala Terengganu tetap ada.

"Ini kerana rakyat di sini menganggap bukannya ada masalah keselamatan pada masa ini," tegasnya.

Sementara itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa sesuatu yang tidak diingini boleh berlaku sekiranya perkembangan mood pengundi tidak menyebelahi BN.

"Pada pandangan saya, kebiasaannya jika BN berasa selesa, tiada apa-apa yang pelik berlaku. sebaliknya, jika mereka berasa suasana sengit, maka BN akan mencipta bermacam-macam perkara," tegasnya lagi.

Mustafa juga belum meyakini perjalanan pilihan raya kecil ini dapat berlangsung dalam keadaan yang bersih dan adil.

"Setakat ini saya lihat perjalanan pilihan raya ini masih ok, dan saya belum meletakkan keyakinan pada perjalanan pilihan raya ini bersih sepenuhnya,"katanya. - mks._

20090104

ANTARA KAPTEN ZAHAR, KHIR TOYO, MUHAMMAD TAIB DAN PAS

Ada beberapa perkara yang menarik dari tindakan kapten(B),Datuk Zahar Hashim bekas Ketua UMNO Bahagian Petling Jaya Selatan menyertai Pas.

Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo meanggap tindakan itu akan memberikan implikasi kepada UMNO yang kini sedang dalam persediaaan menghadapi pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Bagaimanapun Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Muhammad Taib memperkecil Zahar dengan mendakwa bahawa Pas menerima orang yang semangnya tidak dikehendaki lagi oleh UMNO.


Kapten Zahar mempersoalkan kenaapa kerajaan melantik Pengerusi Perhubungan UMNO itu menjadi Senator dan seterusnya menjadi Menteri sedangkan semua orang tahu beliau mempunai rekord buruk.

"Tidak ada orang lainkah,siapa yang tidak tahu kes beliau",katanya.



Kenyataan kenyataan ini mendedahkan dalam kem siapakah Zahar berada di UMNO Selangor. Lebih jelas lagi apabila Zahar mendakwa Muhammad bersama beberapa Ketua UMNO bahagian di Selangor telah menemui Perdana Menteri melobi jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO bagi menggantikan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Zahar juga menapikan bahawa beliau menggunakan kedudukannya dalam UMNO untuk kepentingan peribadi sebaliknya harta yang dimiliknya dikumpul sebelum menyertai parti itu.

Memang dari segi pertimbangan moral berasaskan kepada rekordnya,Tan Sri Muhammad Taib tidak wajar menjadi Senator dan Menteri tetapi bagi Zahar mendakwa dirinya keluar dari UMNO bukan kerana kepentingan diri adalah suatu percubaan untuk berlindung di sebalik sehelai lalang.

Tindakan Zahar keluar dari UMNO dan menyertai Pas adalah lebih bersifat hendak membalas dendam kerana sebab sebab yang Zahar sendiri lebih maklum.

Orang yang sebenar sayang kepada parti bila tak dapat sesuatu,kecewa dan tidak bersetuju dengan dasar tidak akan menyertai parti pembangkang seperti Tun Dr. Mahathir. Beliau keluar dari parti tetapi tidak menyertai parti lain malah bila dipecat dari UMNO semasa Almarhom Tun Abdul Rahman,Mahathir hanya merajuk sahaja,tidak aktif.


Sebenarnya Zahar tidak boleh dianggap sebagai seorang yang mempunyai maruah politik. Pas telah menerimanya kerana sesoai dengan keadaan semasa bukan kerana beliau berpotensi. Taraf moral kapten ini sama sahaja dengan Anwar Ibrahim yang sekarang sedang menutop dosa dosanya dengan menuding jari kepada semua pemimpin UMNO sebagai penerima rasuah .

Nak tahu saamada Anwar bersih atau tidak tanyalah dengan ahli ahli UMNO yang tetap setia kepada UMNO walaupun telah banyak menerima habuan dari Anwar atau pun bertanya kepada rakan rakan Anwar yang melarikan diri keluar negara dan masih membantu Anwar.



Generasi baru barangkali tidak tahu berapa ramai kroni Anwar Ibrahim yang telah menjadi kaya raya,hidop mewah di luar negara dan sebagainya.

Calon: Nik Aziz kata PAS Terengganu ada masalah...Husam kata itu strategi

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang digambarkan selama ini sebagai perancang utama dalam PAS, hari Rabu tampil mempertahankan tindakan parti itu tidak mengumumkan nama calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu lebih awal.

Walaupun Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri menyatakan kelewatan pengumuman calon parti itu kerana masalah dalaman PAS Terengganu, tetapi Husam memberikan kenyataan yang lain pula.

Katanya, parti itu tidak berhadapan dengan kemelut atau konflik dalam memilih calon sebaliknya pengumuman yang hanya akan dibuat hari Khamis adalah merupakan strategi yang terbaik.

“Kita tidak mahu calon kita diumum terlebih awal seperti BN bagi mengelakkan calon kita terdedah kepada kritikan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Bharu.

Memang difahami kenapa Husam harus menafikan wujudnya pergolakan berkenaan kerana selama ini nama beliau dikaitkan dengan usaha mempengaruhi parti untuk meletakkan calon dariapda kalangan kumpulan Erdogan – kumpulan yang rapat dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS.

Ia dapat dilihat apabila melalui Nik Aziz, nama Mohamad Sabu dilontar terlebih dahulu dan apabila ada penentangan daripada PAS Terengganu, kumpulan Erdogan ini telah melobi agar ADUN Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dipilih.

Malah, wujudnya kempen yang memburuk-burukkan Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali bagi memastikan beliau tidak dipertimbangkan untuk menjadi calon.

Menurut Husam, Pas mengambil sikap untuk mengumumkan nama calonnya pada waktu yang sesuai.

Malah jelasnya, parti itu tidak terlewat mengumumkan calonnya kerana pengumuman esok adalah lima hari sebelum penamaan calon pada 6 Januari

“Kalau kita umumkan pada 5 Januari baru boleh dikatakan lewat,” katanya.

20090103

Kejutan PAS, letak ADUN Wakaf Mempelam di Kuala Terengganu

CALON PAS... Mohd. Abdul Wahid Endot selepas diumumkan sebagai calon PAS bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri, Batu Burok malam tadi. - foto The Star oleh M. AZHAR ARIF

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Dilihat sebagai pengumuman mengejutkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Wakaf Mempelam lima penggal, Mohd. Abdul Wahid Endot akan mewakili Pakatan Rakyat bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu bulan ini.

Mohd. Abdul Wahid, 52, merupakan Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu dan juga Bendahari PAS Terengganu.

Pemilihan calon PAS itu, yang dilihat sebagai keputusan mengejut oleh banyak pihak, diumumkan di Kuala Terengganu pada pukul 10.55 malam tadi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi yang membuat pengumuman itu di Stadium Negeri di Batu Burok berkata, memilih calon PAS memang sukar tetapi "satu-satunya yang berada dalam fikiran kami merupakan calon yang berkebolehan."

Abdul Hadi berkata, beliau sendiri yang memilih Mohd. Wahid yang menjadi ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990, dan ia mendapat restu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Menurutnya dalam pemilihan calon itu, beliau mendapat pandangan daripada pelbagai pihak termasuk mengadakan isytisyarah (pandangan daripada orang ramai) dan istiqarah (sembahyang dan minta petunjuk).

"Sangat susah pilih calon Pas kerana caloncalon yang diketengahkan semuanya baikbaik... tiada rasuah, tiada politk wang dan tiada penyelewengan politik," katanya.

Antara nama yang disebut mempunyai peluang cerah untuk menjadi calon PAS sebelum ini ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dan ADUN Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Mohd. Abdul Wahid, 52, merupakan bekas graduan jurusan sains perikanan dan marin dari Universiti Putra Malaysia.

Dengan itu, Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu itu dijangka menghadapi saingan calon Barisan Nasional (BN), Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

KOMEN ABDUL WAHID

Sementara itu, Mohd Abdul Wahid ketika ditemui berkata, beliau mempunyai banyak isu yang hendak ditimbulkan semasa berkempen untuk pilihan raya kecil itu nanti.

Bagaimanapun beliau enggan menjelaskan isu-isu berkenaan buat masa ini.

"Tunggu. Banyak masa lagi untuk berkempen.

"Bila tiba masanya saya akan kupas satu persatu ikut keperluan semasa," katanya.

Mohd Abdul Wahid berkata, beliau juga tidak akan menyerang peribadi lawannya ketika berkempen untuk pilihan raya kecil itu.

Mengenai calon Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid yang merupakan pemimpin peringkat nasional, Mohd Abdul Wahid berkata, kedudukan itu tidak menjamin kemenangan seseorang calon.

BN mengumumkan calonnya dua minggu lalu dan persaingan kali ini dijangka empat penjuru termasuk dua calon Bebas.

Wakaf Mempelam merupakan salah satu bahagian DUN dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Tiga DUN yang lain ialah Bandar, Ladang dan Batu Burok.

KOMEN WAN FARID

Wan Ahmad Farid ketika diminta mengulas mengenai calon PAS itu berkata, siapa pun lawan yang dinamakan untuk menentang beliau, ia tidak akan mengubah pendekatan BN serta falsafah parti untuk mendekati dan membawa mesej pembangunan kepada penduduk Kuala Terengganu.

Katanya, BN juga tidak gentar dengan isu-isu yang akan dibawa Pas semasa kempen nanti kerana ia adalah isu sama yang dibawa parti itu pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Beliau berkata, rakyat sendiri sudah dapat membuat penilaian dan memilih wakil BN, Allahyarham Datuk Razali Ismail pada pilihan raya umum itu.

Hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu adalah pada 6 Januari ini dengan 11 hari berkempen.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Razali yang juga Timbalan Menteri Pelajaran ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands pada 28 November lalu.

Jumlah keseluruhan pemilih berdaftar sehingga 4 Disember lalu dan layak mengundi ialah seramai 80,229 termasuk 1,035 pengundi pos.

Sebanyak 36 pusat mengundi disediakan di Parlimen Kuala Terengganu.

PAS Arrogance and Selfishness.

“[Do not] expect, in giving, any increase (for thyself)!” (74:6)

“Exult not, for God loveth not those who exult (in riches).” (28:76)

“Swell not thy cheek (for pride) at men, nor walk in insolence through the earth; for God loveth not any arrogant boaster.” (31:18)

“Eat of what is on earth, lawful and good; and do not follow the footsteps of the Satan, for he is to you an avowed enemy.” (2:168)

“[God] loves those who keep themselves pure and clean.” (2:222)

“[Do not follow] the lust (of thy heart), for it will mislead thee from the Path of God.” (38:26)

These are some of the versus from the Holy Book of Quran.

However, recent statements made by PAS leaders, i.e. the Mentris Besar of Perak and Kedah on the proposed purchase of Toyota Camry cars for official use by the Perak state exco members did not speak well for an Islamic party (PAS) that preaches good Islamic values and prudent management.

What more when it involves public funds.

For a party and someone who claimed to defend and protect the sanctity of Islam, the statements by the two Mentris Besar certainly spoke volume of their arrogance and selfishness.

“[Do not] expect, in giving, any increase (for thyself)!” (74:6)

“Exult not, for God loveth not those who exult (in riches).”
(28:76)

Despite mounting critisms from the public not to waste the people’s money, the Perak Mentri Besar Mohamad Nizar Jamaludin, who was formerly the GM of Komtar Management, spoke arrogantly that he would not withdraw his decision to buy the 2.4 Toyota Camrys priced at RM167,000 each for his exco.

His statement was even echoed by his Kedah counterpart Datuk Seri Azizan Abdul Razak who said that the Kedah Government would also follow Perak in buying the models for similar use.

For someone who never forgets to wear a skullcap and jubah (robe) like Wan Azizan or Mohamed Nizar, their actions certainly do not fit the Islamic outfit they are wearing. That's PAS.
Cakap tak serupa bikin...

MINDA INTELEK MELAYU

20081230

Pas decides on KT candidate today

KUALA TERENGGANU, Dec 30 — Pas leaders are holding a meeting here today to finalise the party's candidate for the Kuala Terengganu parliamentary by-election.

The leaders will decide between Batu Burok assemblyman Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi and state deputy commissioner Datuk Wan Mutalib Embong.

"Wan Mutalib is the president's choice but Dr Syed Azman is the people's choice," a party source told The Malaysian Insider.

Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang had said he will disclose the candidate on New Year's Day.

The party had commissioned two independent surveys that showed Dr Syed Azman is the party’s best hope to capture the seat from the ruling Barisan Nasional coalition in the Jan 17 by-election.

The Islamist party had called for the surveys in its search for the most popular candidate after dismal outings for the seat in the past two general elections.

In both surveys, the Batu Burok state assemblyman came out tops over Pas commissioner Datuk Mustafa Ali and Wan Mutalib to represent the party for nomination day on Jan 6.

The Pas candidate will face, among others, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, who leads the Kuala Terengganu Umno division, for a mandate from the 80,229 voters there.

The by-election was called after its MP Datuk Razali Ismail died in late November. The deputy education minister was a two-term MP who won by a slim 628-vote majority against Pas’s Mohamed Sabu and grandmother Maimun Yusof.

Both Umno and Pas have had to grapple with various options for the seat which is crucial to both their fortunes after the March 8 general election which saw BN losing its customary two-thirds parliamentary majority and four more states to the opposition.

Pas won 23 parliamentary seats but came behind its Pakatan Rakyat allies and is seen as a junior partner in the electoral pact. Party spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat, who is also Kelantan Menteri Besar, had endorsed Mohamed Sabu to contest again but the Penang leader is seen as an outsider in the constituency which both Umno and its rivals have traded since the 1980s.

Razali was also the first MP in recent times to keep the seat again. For BN, it must win the by-election to prove it has regained its strength after also losing the Permatang Pauh parliamentary by-election to Datuk Seri Anwar Ibrahim, who took back his political stronghold from his wife Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, the president of Parti Keadilan Rakyat.

The by-election is also crucial to BN election director Datuk Seri Najib Abdul Razak, the Umno president-elect who is slated to succeed Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi next March.

Incidentally, Wan Ahmad Farid was political secretary to Abdullah and his candidacy is seen as proof of Abdullah's continued influence in Umno. BN is set to exploit Pas’s recent reaffirmation that it will implement Islamic criminal hudud laws if Pakatan Rakyat comes to power.

Pas vice-president Datuk Husam Musa, who made the statement in a debate with Umno Youth chief hopeful Khairy Jamaluddin two weeks ago, has hastily clarified his statements after Pakatan Rakyat ally DAP objected to it. Both parties fell out over the same issue after the 1999 general election where the opposition gained more seats due to Anwar’s sacking as deputy prime minister and finance minister by then prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hadi yakin pengundi Cina undi PAS di KT

Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin pengundi Cina akan menyokong parti itu dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu bulan depan kerana mereka mendapat faedah sewaktu pentadbiran PAS selama empat tahun sebelum ini.

Katanya, ketika beliau menjadi menteri besar, kerajaan negeri telah menghapuskan cukai taksiran untuk pemilik hartanah.

Bagaimanapun, kata presiden PAS itu, apabila Umno kembali memerintah, cukai taksiran itu dikenakan semula.

Katanya, daripada maklumbalas yang diterima, pengundi Cina tidak suka dengan tindakan Umno itu dan berharap mereka akan mengundi PAS dalam pilihanraya kecil tersebut.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas melancarkan kempen "Jom sertai PAS" di Dataran Sah Aalam petang tadi.

Turut hadir ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr Siti Mariah Mahmud dan Naib Presiden PAS, Ahmad Awang.

Menurut Hadi lagi, pengasas Umno, Onn Jaafar telah bertanding di Kuala Terengganu selepas meninggal parti tersebut.

Katanya, beliau menang apabila pengundi di Kuala Terengganu telah memilihnya untuk mewakili mereka di Parlimen.

Ditanya mengenai perubahan yang mahu dibawa PAS untuk penduduk Kuala Terengganu jika menang dalam pilihanraya kecil tersebut, Hadi mengakui bahawa sumber-sumber parti itu adalah terhad kerana ia tidak lagi mentadbir Terengganu.

"Tetapi kita berharap pengundi akan menghantar satu isyarat yang jelas - bahawa mereka menolak Barisan Nasional dan Umno," katanya.

KT: Peluang PAS dan calon bebas...

Dengan mengambil kira keputusan pilihanraya umum Mac lalu, PAS akan memastikan kehadiran calon-calon bebas tidak akan merosakkan sekali lagi peluangnya untuk memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil 17 Januari ini.

Mac lalu, calon PAS, Mohamad Sabu kalah tipis di tangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ismail bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Razali menewaskan Mohamad yang juga naib presiden PAS dengan 628 undi, sedangkan calon bebas, Maimun Yusuf mendapat 685 undi.

Kali ini, PAS akan memastikan kehadiran calon-calon bebas tidak akan merosakkan peluang parti itu untuk merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.

Tiga orang telah menyatakan hasrat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas.

Mereka ialah Maimun dan dua orang lagi, iaitu usahawan, Mohd Azlan Ismail dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan.

Manakala parti serpihan PAS - Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) - telah menamakan bekas pemimpin PKR, Haron Abdul Rahman sebagai calonnya.

'Hilang deposit'


Parti itu nampaknya tidak kisah dengan kegagalan calonnya di Permatang Pauh sebelum ini untuk mendapat undi yang cukup bagi mendapat balik wang deposit.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali, ketika dihubungi, melihat pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu lebih menjurus kepada pertembungan PAS dan BN.

"Pertandingan utama masih antara BN dan PAS," katanya sambil menambah parti itu yakin menang walaupun BN telah menamakan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Umno Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calonnya.

Katanya, kehadiran calon bebas dan calon Akim tidak akan menjejaskan peluang PAS untuk menang kali ini.

Mustafa yang lebih mesra dengan panggilan 'Cikgu Pa' dikatakan salah seorang daripada empat individu yang mungkin dipilih sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil tersebut.

Yang lainnya ialah Timbalannya, Datuk Wan Mutalib Embong; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan seorang ahli perniagaan, Dr Mohd Kazani Abdullah.

Syed Azman dikatakan sebagai calon pilihan dan pernah memenangi kerusi parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya 1999. Beliau tewas kepada Razali dalam pilihanraya umum 2004.

Isu babi: PAS janji teliti memorandum NGO Melayu

PAS berjanji akan meneliti memorandum dua NGO Melayu yang memohon campurtangan beliau dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangani isu ternakan babi di Melaka.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan demikian ketika berucap di majlis pelancaran kempen anti-ISA di Bangi semalam.

anti babi group 04Sebelum ini, beliau menerima memorandum tersebut daripada wakil Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) dan Persatuan Pengguna Islam (PPIM).

Memorandum itu diterima bagi pihak Hadi, oleh Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda Salahudin Ayub pada kira-kira jam 10 malam.

Ia diserahkan oleh Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md Harun, penguam GGMM, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz dan tiga lagi aktivis pertubuhan-pertubuhan tersebut.

memorandum anti babi group 02Mereka mendesak campurtangan orang nombor satu PAS itu dan Anwar sebagai “pemimpin Islam” untuk memainkan peranan menyelesaikan masalah ternakan babi di kawasan berkenaan.

Mereka juga berharap kedua-dua tokoh utama Pakatan Rakyat itu dapat menimbulkan isu tersebut di dalam persidangan parlimen kelak.

Bawa sepanduk

anti babi group 03Anwar bagaimanapun tidak hadir ke majlis itu kerana berada di luar negara.

Kira-kira 200 penyokong NGO itu berkumpul di depan pintu kompleks sukan tersebut mulai jam 9.15 malam serta membawa sepanduk.

Manakala sebahagiannya lagi memakai kemeja-T putih bertulis “Gerakan Mansuhkan Babi” di bahagian belakang dan “Kekalkan ISA” di bahagian depannya.

Sementara itu, Mohamad dalam ucapannya dalam majlis itu secara sinis menyindir NGO berkenaan dengan berkata: “Hantar memorandum isu babi, tetapi pakai baju kekalkan ISA”.

pewaris rahimuddin Md HarunGabungan Mansuhkan ISA (GMI) dan parti-parti pembangkang malam tadi melancarkan kempen mansuhkan ISA di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi.

Beberapa pemimpin Pakatan yang berucap di majlis tersebut, menempelak penggunaan ISA oleh pihak kerajaan.

Wakil keluarga tahanan ISA, Norlaila Othman dan wakil mahasiswa adalah antara pemimpin lain yang turut berucap di majlis tersebut.

20081216

K. T'ganu: PAS masih 'pening' nak letak siapa jadi calon?

SEPERTI Barisan Nasional (BN) yang belum umum siapa bakal mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu, saingannya PAS juga masih berteka teki siapa akan dipertaruhkan parti itu.

Walaupun PKR dan DAP sudah memberi laluan dan menjanjikan sokongan bagi membantu PAS menawan kerusi parlimen yang dimenangi BN pada pilihanraya umum lalu, PAS hanya akan tentukan calon mereka pada 21 Disember ini.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, berkata pemilihan calon itu akan dibuat selepas mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat di Kuala Terengganu, pada tarikh berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan pilihan raya itu, beliau bagaimanapun berkata, nama calon yang ditentukan itu akan diumumkan dalam program lain.

Nasharuddin yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, berkata di Kuala Terengganu, Khamis, pada masa ini kesemua 71 cawangan dalam parlimen berkenaan, diminta mengemukakan senarai calon untuk pilihan raya kecil itu.

Katanya, senarai nama itu akan dikemukakan kepada Badan Perhubungan PAS negeri untuk dipertimbangkan sebelum diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat.

“Biasanya, Pas negeri akan mengemukakan tiga nama kepada PAS Pusat untuk mendapat kelulusan bagi pemilihan calon,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan setakat ini, Pas Terengganu belum menerima senarai calon itu daripada cawangan dalam Parlimen Kuala Terengganu.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat secara peribadi mahu Naib Presdien parti itu, Mohamad Sabu dikekalkan menjadi calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Malah sayap wanita atau muslimat parti itu turut menyokong pandangan Menteri Besar Kelantan tersebut.

Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh berharap pihak PAS mengekalkan Mohamad Sabu kerana pilihan raya umum baru saja berlangsung dan tidak salah jika pihak PAS memilihnya semula.

Pada pilihan raya umum lalu, Mohamad Sabu kalah kepada Datuk Razali Ismail apabila calon BN itu memperolehi majoriti 628 undi.

Bagaimanapun, Pemuda PAS Terengganu pula mahu golongan muda dan profesional dicalonkan pada pilihan raya 17 Januari depan.

Antara nama disebut-sebut adalah Dr Mohd Khazani, bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), yang dikatakan dekat dengan pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali juga disebut-sebut sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil tersebut.

Dr Mohd Khazani mengetuai Significant Technologies Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terlibat dalam teknologi tinggi gentian optik.

Selain itu ada juga pemimpin PAS mahu supaya Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi ADUN Batu Buruk dan sudah mempunyai pengalaman sebagai ahli parlimen Kuala Terengganu selama empat tahun mulai 1999 dinamakan sebagai calon PAS pada 6 Januari depan. / Agendadaily


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat secara peribadi mahu 'Mat Sabu'

Analisis PRK P36: Siapa antara 'Top 3' ini jadi taruhan PAS?

Oleh Mohd Sayuti Omar

KALAU BN ada tiga hingga lima calon untuk diletakkan bertanding dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 6 Januari depan, Pas pula ada tiga calon yang menjadi sebutan dan sandaran untuk merampas kerusi berkenaan. Di sini saya tidak bercadang untuk mengulas dan menganalisa calon-calon BN, dan hanya akan menyorot calon-calon Pas sahaja.

Tiga nama disebut-sebut akan diletakkan oleh Pas, ialah Naib Presiden, Mohamad Sabu yang juga calon Pas di kerusi berkenaan dalam pilihan raya umum lalu, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mustafa Ali dan seorang ahli perniagaan Prof Khazani Abdullah.

Ketiga calon ini realtifnya berbeza antara satu sama lain. Mohamad Sabu dikenali sebagai pekerja parti yang lantang dan rajin di dalam Pas. Pekerja yang pandai mengulas isu dan membuat humor ketika bersyarah. Beliau juga menjadi daya penarik kepada majlis ceramah Pas.

Kerana kehebatan itu beliau saya sifatkan sebagai calon berlabel nasional. Mustafa Ali pula pemimpin veteran dalam Pas yang berpengalaman. Saya namakan sebagai pekerja lama parti. Manakala Khazani tokoh muda Pas yang masih belum dikenali calon amatur dan harapan masa depan. Pekerja baru parti.

Walaupun Pas Terengganu tidak ‘kasik’ calon dan masih ada serangkaian calon lain, seperti Wan Mutalib Embong, Abu Bakar Chik dan lain-lain, tetapi itulah tiga nama yang dikira akan disenaraipendekkan oleh Pas Terengganu untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama.

Rasanya elok juga untuk melihat populariti calon-calon berkenaan berdasarkan poll yang dibuat oleh beberapa portal berita dan juga blog persendirian termasuk blog saya. Perbandingan ini hanya tertumpukan kepada dua nama saja, Mohamad Sabu dan Mustafa Ali kerana Khazani tidak disenaraikan dalam mana-mana poll.

Ada empat orang nama yang disenaraikan dalam poll berkenaan, iaitu Mohamad Sabu, Mustafa Ali, Wan Mutalib Embong dan Syed Azman Syed Ahmad. Jelas sekali dari segi popular menurut poll-poll itu, Mohamad Sabu menjadi pilihan utama berbanding dengan Mustafa Ali.

Misalnya poll yang dibuat oleh KL.Pos yang dikutip jam 11:00 pagi ini (11 Disember 2008) Mohamad Sabu mendapat sokongan sebanyak 89%, Mustafa 4% dan Wan Mutalib sebanyak 7%.
Manakala poll dari blog pinkturtle pula yang dikutip pada waktu sama daripada 430 pengundi, sebanyak 68% atau 291 undian diberikan kepada Mohamad Sabu, Syed Azman 27% atau 115 undian, Wan Mutalib dan Mustafa masing-masing 3% atau kira-kira 11-13 undi saja.

Poll dari blog saya pula yang dikutip pada masa sama, daripada 216 pengundi Mohamad Sabu menerima 122 undian atau 56%, Syed Azman 43 undi atau 19%, Wan Mutalib menerima 6 undi atau 2% dan Mustafa menerima 21 undi atau 9%. Saya turut meletakkan pilihan ‘calon-calon lain’ yang menerima 24 undi atau 11%.

Saya mengagakkan mereka yang membuat pengundian menerusi poll dalam ketiga blog berkenaan adalah hampir 90 % orang yang sama dan kebanyakan mereka adalah pelayar dari luar Kuala Terengganu. Jelas dari poll itu Mohamad Sabu menjadi calon popular dengan mengatasi calon-calon lain dari ketiga poll berkenaan.

Ada beberapa sebab kenapa Mohammad Sabu popular, antaranya kerana nama beliau sudah disebut awal-awal oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan Mohamad Sabu diberikan peluang bertanding sekali lagi. Sedikit sebanyak pandangan Nik Aziz itu mempengaruhi pengundi terutamanya pengundi yang taksub dengan cara politik beliau (Nik Aziz).

Selain itu ialah kerana Mohamad Sabu dilihat popular berbanding dengan nama-nama lain di kalangan masyarakat bawahan dan mereka yang meminati politik berbentuk ceramah.

Persoalannya kini apakah Pas Terengganu akan mengambil kira trend yang ditunjukkan oleh poll berkenaan ataupun suara pemerhati dan peminat politik Pas di luar Terengganu itu? Kalau Pas memperlakukan ini sudah tentu Mohamad Sabu adalah calon paling layak.

Sebaliknya sekiranya Pas Terengganu ada kriteria dan indikatornya sendiri, populariti berdasarkan poll dan ukuran orang awam itu tidak akan diterima pakai dan memungkinkan Mohamad Sabu tidak akan diturunkan semula.

Dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini apa yang paling diutamakan kemenangan. Pas perlu menang untuk membuktikan bahawa pengaruh Pas masih kuat di negeri itu. Kemenangan itu juga akan menjadi petunjuk untuk masa depan Pas – pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Manakala dalam konteks Pakatan Rakyat pula kemenangan itu sangat penting bagi meyakinkan rakyat untuk meneruskan projek terbengkalai untuk menumbangkan kerajaan BN yang diilhamkan oleh Anwar Ibrahim.

Justeru calon yang dianggap benar-benar mampu memberi kemenangan akan dipilih dan diberikan keutamaan.

Seperti disebutkan tadi nama Khazani tidak dimasukkan ke dalam poll. Jadi beliau tidak mendapat petunjuk apakah beliau mampu atau tidak. Namun Dewan Pemuda Pas Terengganu beriya mahu menonjolkan Khazani sebagai calon dalam pilihan raya berkenaan sambil menafikan yang Pas Terengganu kekurangan calon tempatan.

Berdasarkan latar belakang pendidikan akademi Khazani yang luas dan cemerlang itu beliau berkelayakan. Tetapi bila diukur kepada pengalaman dan penglibatan dalam politik ia masih mentah dan muda.

Mari kita tinjau satu persatu potensi yang ada kepada ketiga calon berkenaan.

Mohamad Sabu – memang beliau orang luar dan pertama kali bertanding di Kuala Terengganu. Beliau pernah menang di luar negerinya, iaitu di Kelantan selama dua penggal. Mohamad Sabu adalah tokoh yang tersendiri dalam Pas dengan anutan, fahaman dan aliran pemikiran sendiri. Beliau dilihat seorang pejuang Islam yang percaya kepada kekuatan semangat, iltizam yang ampuh dan bukan bersujud kepada kebendaan.

Mohamad Sabu bukan seorang pengamal politik kebendaan. Kehidupannya sendiri sedarhana. Kepercayaan dan dasar politiknya, Hadith dan Quran. Beliau seorang yang tertarik dengan pendekatan Islam secara jema’i.

Dari segi dakwah menerusi ceramah memang ada kepada beliau. Mohamad Sabu juga mempunyai semangat perjuangan yang kental dan tidak cair dengan ugutan. Pendeknya Mohamad Sabu seorang pejuang Islam tulen dalam Pas dan sudah teruji keimanannya.

Bagaimana pun statusnya sebagai orang luar memberi sedikit masalah kepadanya. Pilihan raya kecil menyebabkan pengundi akan melihat kepada isu-isu local dan dalam hal ini sebagai orang luar beliau tidak mempunyai kelebihan berbanding dengan calon setempat. Apa lagi pengundi di Kuala Terengganu itu sendiri kuat semangat kedaerahannya dan melihat calon yang ada pertalian persaudaraan dengan mereka.

Mustafa Ali – adalah tokoh veteran Pas Terengganu yang banyak pengalaman. Beliau sudah tidak popular dan sedang menghadapi kesuraman cahaya politiknya. Di luar Terengganu beliau sudah ditolak dengan politiknya yang kurang tegas dan play save. Kelebihan yang ada kepadanya ialah beliau calon tempatan. Mustafa mempunyai banyak pertalian persaudaraan dengan pengundi di Kuala Terengganu.

Khazani Abdullah – Beliau tokoh muda yang belum dikenali. Dalam erti kata lain beliau tidak mempunyai apa-apa aset semasa melainkan mempunyai latar belakang pendidikan dan kerjaya yang baik.

Berdasarkan kepada huraian dan dapatan itu Pas kini hanya mempunyai dua calon sahaja iaitu Mohamad Sabu dan Mustafa Ali. Sekrianya pengundi Terengganu masih berpegang kepada tradisi dan politik 'semangkuk' (tempatan) maka Mustafa Ali lah calonnya.

Kesimpulannya bagi saya sebelum Pas memutuskan calon, Pas harus melihat apakah yang diharapkan daripada kemenangan pilihan raya kecil kecil itu. Sekiranya Pas mahu menjadikan kemenangan itu sebagai modal meneruskan projek terbengkalai 16 September, Pas harus memilih calon yang boleh menyambungkan projek berkenaan. Sebaliknya jika Pas merasakan projek itu perlu terbengkalai maka Pas boleh memilih calon yang hanya membawa kemenangan tetapi tidak akan merubah suasana politik nasional.

* Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang


Tiga nama yang disebut-sebut adalah Md Sabu, Datuk Mustafa Ali dan Profesor Khazani Abdullah

BN umum calon pagi Sabtu, PAS umum hari berikutnya

KEHANGATAN pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu semakin dirasai. Masing-masing dua pencabar utama BN dan PAS sedang berteka-teki ingin meletakkan siapa jadi taruhan 17 Januari depan.

Portal Malaysiakini melaporkan BN akan meletakkan seorang muka baru untuk bertanding dalam pilihanraya kecil yang dijadualkan pertengahan Januari depan.

Setiausaha Umno bahagian Kuala Terengganu, lbrahim Omar memberitahu Malaysiakini, calon yang telah bertanding sebelum ini, tidak akan dipilih bertanding lagi.

“Saya berkata demikian berdasarkan ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Kuala Terengganu, Sabtu lalu.

“Dalam ucapannya, Datuk Seri Najib berkata 'Telur yang direbus tidak akan direbus lagi...',” kata Ibrahim ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurut Ibrahim lagi, ucapan Najib membawa maksud calon yang sudah bertanding dalam pilihanraya, tidak akan dipilih bertanding lagi.

Sehingga ini, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang juga ketua Umno Kuala Terengganu, disebut-sebut akan menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Selain Wan Farid, timbalan ketua Umno bahagian, Mohd Sabri Alwi, Datuk Zuber Embong, Datuk Roslan Awang Chik turut disebut-sebut akan mewakili BN.

Najib dijangka akan mengumumkan nama calon BN di kediaman rasmi Menteri Besar Batu Burok Kuala Terengganu Sabtu depan.

Ditanya sama ada ketua Puteri Umno negeri, Senator Nordiana Shafie sesuai bertanding di Kuala Terengganu, Ibrahim berkata, belum masanya lagi meletakkan calon wanita di kerusi tersebut.

“Lagipun beliau sudah bertanding di DUN Batu Burok dalam pilihanraya umum lalu dan kalah pula.

“Seperkara lagi, Nordiana juga masih dalam pantang bersalin,” katanya.

PAS pula dilaporkan akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil itu pada hari berikutnya. / Malaysiakini, KLpos


Telur yang direbus tidak akan direbus lagi - Najib

4 Orang Bakal Calon PAS di Kuala Terengganu



Sudah ada empat nama yang disebut-sebut bakal calon PAS di Kuala Terengganu. Yang paling hangat sekali dan paling favourite adalah Dr Syed Azman iaitu ADUN Batu Buruk. Yang kedua adalah Mohammad Sabu iaitu Naib Presiden PAS dan yang ketiga adalah Dr Mohd Khazani, bekas pensyarah UPM. Yang keempat adalah Datuk Wan Mutalib Embong iaitu Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Antara empat nama ini, dua nama adalah dari kem Erdogan iaitu Dr Syed Azman dan Dr Mohd Khazani. Dua nama lagi ialah dari Kem Ulama iaitu Mohd Sabu dan Datuk Wan Mutalib. Kalau salah satu kem ini tidak bersetuju dengan nama yang dipilih, maka akan berlaku lah cah keting dalam PAS. Masing-masing berebut hendak jadi orang yang ke-83 ahli parlimen Pakatan Rakyat. Bolehlah menipu dalam Parlimen nanti.

http://www.pilihanrayakini.com

20081215

Pas umum calon PRK K T'ganu 21 Disember Ini

oleh Syukree Hussain

Kuala Terengganu, 11 Dis (Mtoday) - Calon PAS yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu akan diumumkan pada 21 Disember ini.

Perkara itu akan diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa selepas mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat di sini, pada tarikh tersebut.

"Bagaimanapun kita akan umumkan nama calon pada satu program lain yang akan ditentukan kemudian selepas mesyuarat khas tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan pilihan raya PAS untuk PRK Parlimen Kuala Terengganu di sini, semalam.

Beliau yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Parlimen Kuala Terengganu, berkata pada masa ini kesemua 71 cawangan dalam parlimen berkenaan, diminta mengemukakan senarai calon.

Katanya senarai nama tersebut akan dikemukakan kepada Badan Perhubungan PAS negeri untuk dipertimbangkan sebelum diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat.

"Biasanya, PAS negeri akan mengemukakan tiga nama kepada PAS Pusat untuk mendapat kelulusan bagi pemilihan calon," tambah beliau.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan setakat ini, PAS Terengganu belum menerima senarai calon tersebut daripada cawangan-cawangan dalam Parlimen Kuala Terengganu.

Mengenai kriteria calon yang akan dipilih, beliau berkata bahawa calon tersebuty boleh memenangkan Pas dan Pakatan Rakyat.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa parti itu boleh merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada yang akan diadakan pada 17 Januari depan berdasarkan kepada senario politik sekarang.

Menurutnya parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat juga bersetuju untuk memberikan sokongan kepada Pas dalam usaha untuk merampas kembali kerusi parlimen tersebut.

Nasharuddin berkata parti itu akan mengadakan majlis pelancaran jentera pilihan rayanya di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu di Kuala Ibai di sini, malam ini.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong berikutan penyandangnya Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut ketika bermain badminton di Genting Highlands hujung bulan lepas.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, Allahyarham mengekalkan kerusi berkenaan apabila menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.

Pilihan raya Kecil Kuala Terengganu: Uji Kemantapan Pas - Keadilan

Image

Berdasarkan suasana ini saya kira tidak mungkin Mohamad Sabu akan diletakan semula. Tentulah seorang tokoh dari Terengganu akan diberikan tanggungjawab. Dalam hal ini tidak mustahil kalau Pas meletakkan Adun Batu Buruk, Syed Azman Syed Ahmad untuk menjadi calon.

ANTARA KITA

Oleh MOHD SAYUTI OMAR

PILIHAN kecil untuk kawasan Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan tidak lebih daripada 60 hari dari sekarang. Pilihan raya ini terpaksa diadakan ekoran kematian ahli Parlimennya, Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada Jumaat lalu.

Pilihan raya ini adalah pilihan raya kecil kedua selepas pilihan raya umum ke-12 lalu. Pilihan raya kecil pertama ialah di Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang apabila wakilnya Dr Wan Azizah Ismail mengosongkan kerusi berkenaan bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sama seperti pilihan raya kecil Permatang Pauh, pilihan raya kecil Kuala Terengganu itu penting dan akan signifiken dan tafsiran tersendiri. Ia akan menjadi medan menguji kekuatan dua gergasi politik Melayu Umno dan Pas. Kedua pihak sangat terdesak untuk memenangi kerusi yang mempunyai jumlah pengundi seramai 80, 325 orang itu.

Pilihan raya kecil itu nanti juga memberi makna tersendiri kepada Pas khasnya dan Pakatan Rakyat umumnya. Ia akan menguji sejauh manakah kekuatan semasa Pas. Ini kerana kerusi berkenaan adalah diperuntukan kepada Pas. Pas akan menjadikan keputusan pilihan itu sebagai satu kayu ukur baru untuk menguji kekuatannya selepas berlangsungnya pilihan raya umum.

Begitu juga dengan Umno. Parti itu pula merasakan penting kerana ia bakal menentukan apakah parti itu akan terus mendapat kepercayaan atau tidak. Kalah bermakna ia akan diterjemahkan Umno sudah mengalami penghakisan imej dan pengaruh sebagai sebuah parti yang dominan sebelum ini.

Kepada Umno usaha mengekalkan kerusi berkenaan dilihat lebih berat daripada Pas untuk merampas kerusi itu. Jika kalah ia memberi kesan psikologi tinggi buat Umno bukan saja di Terengganu tetapi di seluruh negara. Tambahan lagi BN/Umno baru saja malu dengan kekalahan teruk di Permatang Pauh.

Kekalahan itu nanti juga turut memberi kesan kepada Timbalan Presiden Umno Mohd Najib Razak secara peribadi. Kalah menang ia akan dikaitkan dengan Najib. Kalau kalah pemerhati akan melihat Najib tidak berkeupayaan untuk membawa perubahan dalam Umno. Kekalahan juga menyebabkan orang akan mengukur Najib masih tidak dapat menandingi pengaruh dan ketokohan Anwar Ibrahim seandainya Anwar turut sama komit dengan pilihan raya itu.

Dalam pilihan raya lalu, Allahyarham Razali Ismail (Umno) memenangi kerusi berkenaan mengalah dua calon, Mohammad Sabu dari Pas dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti kecil, 628 undi saja. Beliau mendapat 32, 562 menakala Mohamad Sabu 31,934 dan Maimun Yusuf 685 undi.

Daripada bedah siasat yang dibuat oleh pihak Mohamad Sabu kekalahan tipis beliau itu ialah disebabkan pengundi Melayu (Terengganu) tidak menerima calon luar. Rakyat Terengganu tidak seperti rakyat Kelantan akan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada siapa juga calon yang diletakkan oleh Pas di negeri itu. Kesemua calon luar yang bertanding di Kelantan dalam pilihan raya lalu menang.

Penganalisa dari Terengganu berpendapat sekiranya anak tempatan diletakkan di kerusi berkenaan, kerusi itu mungkin menjadi milik Pas. Apa lagi pada pilihan raya 1999 Pas memenang kerusi berkenaan menerusi calon mudanya Syed Azman Syed Ahmad.

Persoalan kini siapakah calon yang bakal diletakkan oleh Pas? Walaupun sudah ada suara yang mahukan Mohamamd Sabu dipertaruhkan sekali lagi, nampaknya bukan senang untuk Pas Terengganu menerima permintaan itu. Pas Terengganu tentu perlu membuat perhitungan mendalam kerana pilihan raya itu penting bagi dijadikan penanda aras kepada pengaruh Pas masa kini.

Pesuruhjaya Pas atau bos Pas Terengganu, Mustafa Ali barangkali ada percaturan sendiri. Beliau juga harus berwaspada dan berusaha sebaik mungkin bagi merampas kerusi berkenaan. Dalam suasana beliau semakin dilihat tidak relevan dan ditolak di Terengganu kerana faktor terlalu 'veteran' Mustafa perlu melakukan sesuatu yang ajaib dalam pilihan raya kecil itu nanti. Sekiranya Pas berjaya merampasnya, tentulah kemerosotan wibawanya akan pulih sedikit dan ini akan meletakkan beliau masih relevan untuk terus berperanan dalam Pas.

Berdasarkan suasana ini saya kira tidak mungkin Mohamad Sabu akan diletakan semula. Tentulah seorang tokoh dari Terengganu akan diberikan tanggungjawab. Dalam hal ini tidak mustahil kalau Pas meletakkan Adun Batu Buruk, Syed Azman Syed Ahmad (foto) untuk menjadi calon. Apa lagi Syed Azman pernah menjadi ahli Parlimen di kerusi berkenaan. Kalau ini berlaku ia akan menjadi terbalik kod, di mana kalau di Permatang Pauh BN/Umno meletakkan seorang Adun untuk bertanding menentang Anwar, iaitu Arif Shah Omar Shah.

Tertakdir Syed Azman dicalonkan ia tidak sukar untuk Pas Terengganu menarik seberapa ramai pemimpin Keadilan untuk turun berkempen kerana Adun Batu Buruk ini mempunyai hubungan dan reputasi baik dengan Keadilan khasnya dengan Penasihatnya, Anwar Ibrahim.

Biarlah kita serahkan kepada kebijaksanaan Mustafa Ali dalam mencatur untuk meraih kemenangan kali ini. Tetapi persoalan yang besar dilihat di sebalik pilihan raya itu nanti ialah apakah ia mendapat sokongan padu daripada komponen Pakatan Rakyat? Ini yang penting.

Sekiranya kerusi itu diserahkan kepada Pas, apakah Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) akan sedia membantu? Apakah kekompatan sokongan kalangan Pakatan Rakyat akan berlaku? Mungkinkah keadaan yang berlaku di Permatang Pauh terjadi, di mana pilihan raya membabitkan Anwar itu tidak mendapat dokongan semua pemimpin daripada Pas!

Pada pilihan raya kecil Permatang Pauh lalu semacam ada pihak yang tidak memberi sokongan kepada Keadilan menghadapi pilihan raya berkenaan? Mustafa Ali sendiri bersama beberapa pemimpin lain tidak turun berkempen untuk Anwar? Apakah kali ini giliran pemimpin Keadilan pula berbuat demikian di pilihan raya kecil Kuala Terengganu itu sebagai membalas dendam?

Persoalan ini sedikit sebanyak akan menentukan kalah menang calon Pakatan Rakyat (Pas)dalam pilihan raya kecil itu nanti. Justeru Mustafa Ali mempunyai tugas berat menghadapi pilihan raya berkenaan. Beliau perlu memerahkan kebijaksnaan bagai mana mengatasi masalah atau kerumitan yang bakal timbul. Penting juga, boleh dikatakan kesuksesan atau sebaliknya pilihan raya itu kelak akan menentukan masa depan politiknya baik di Terengganu maupun di peringkat pusat.

Justeru untuk kebaikan semua pihak pilihan raya kecil Kuala Terengganu itu boleh dijadikan medan baru untuk menautkan kembali hubungan di kalangan sesetengah pemimpin Pas dengan sesetengah pemimpin Keadilan terutamanya antara Mustafa Ali dengan Anwar Ibrahim. Bagi Anwar dirasakan sekiranya beliau dijemput tidak ada sebab untuk beliau menolak kerana kemenangan calon Pakatan Rakyat nanti membawa tuah besar kepadanya.

Sekiranya Anwar masih terkilan kerana semasa beliau menghadapi musuh di Permatang Pauh tidak semua pemimpin Pas membantunya terutama dari Terengganu, namun beliau kena ingat kepada budi dan jasa dua orang besar dalam Pas iaitu Husam Musa dan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membantunya. Nik Aziz meskipun bertongkat masih mengagahi diri mengiringi Anwar ke penamaan calon.

Dan apa yang paling baik, Keadilan dan Pas yang kini kelihatan tidak berapa lendik wajar menjadikan pilihan raya itu kelak sebagai acuan untuk meluruskan semula salah faham dan salah silap mentafsir gerak politik antara keduanya sehingga membawa sedikit rasa gelisah di kalangan penyokong bawahan. Semoga!

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com