Showing posts with label untuk. Show all posts
Showing posts with label untuk. Show all posts

20090314

Kita Cabar Nizar Mengadap Sultan Perak Untuk Jawatan MB!

Bekas atau “Arwah” MB Perak,Nizar Jamaluddin berkata Pakatan Rakyat sekarang adalah majoriti berbanding dengan BN.Hujahnya,selepas V Sivakumar menggantung MB Perak yang dilantik oleh Sultan,Dr Zambry Abd Kadir,dan barisan exconya,BN hanya mempunyai 21 orang ADUN dibandingkan 28 orang ADUN Pakatan Rakyat.

Kononnya,Nizar boleh gulingkan kerajaan BN yang ada,tetapi pemalu.Pakatan Rakyat mengikut undang-undang dan peraturan,bukan seperti BN katanya yang merampas kuasa dengan jijik.

Jika benar seperti yang dikata,tentang betapa pemalunya Nizar dan kawan-kawan,tentulah Nizar memulangkan Kereta Camry dan rumah kediaman Menteri Besar selepas Sultan melantik Dr Zambry sebagai MB yang baru.

demomasjidubud

Nizar kata mereka ikut undang-undang dan peraturan,jadi ikut peraturan rupanya demonstrasi derhaka kepada Sultan,6 Februari lepas.

Jikalau benarlah Nizar dan kawan-kawan mengikut undang-undang,tentulah tidak berlaku perhimpunan memalukan yang memperalatkan Masjid Ubudiyyah di bawah kerahan PAS pada 6 Februari yang lepas.

Nizar dan kawan-kawannya boleh lupa, tetapi rakyat tidak lupa.Rakyat tidak boleh lupa dengan penderhakaan Nizar yang terang-terang disebutnya.Nizar terkedu kerana Mufti Perak yang banyak membela Pakatan Rakyat sebelum ini pun sudah mengatakan Nizar derhaka.

Kononnya,mengikut Mat Sabu,mungkin akan ada 17 MB (Menteri Besar bukan Megabyte) sebelum pilihanraya umum ke 13 nanti di Perak dengan kemelut yang berlaku di Perak.

mh_021

Sultan Perak menitahkan Nizar supaya meletakkan jawatan setelah hilang majoriti ataupun jawatan MB itu hilang dari tangannya secara automatik.Adakah Nizar ingin memperbodohkan pemikiran rakyat Felcra Serigala di Slim River?

Nizar dengan angkuh juga berkata:

“Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi.”

Lupakah Nizar bahawa jikalau Nizar sudah hilang majoriti,maka secara automatik jawatan itu dianggap kosong?Inilah isi penting dalam kenyataan rasmi media Istana Perak terhadap kedudukan Nizar sebagai MB Perak.Oleh itu, kepada siapa Nizar cuba berbohong?

Jika begitu yakinnya Nizar terhadap kebenaran dirinya bahawa dialah MB yang “baru mendapat” majoriti setelah tindakan Speaker menggantung MB Perak dan exconya yang sah,maka kita mencabar Nizar menghadap Sultan Perak untuk mendapatkan semula jawatannya itu!

Jika Nizar tidak malu maka pergilah menghadap Sultan setelah pelbagai onar,cercaan dan hinaan dilakukan oleh PAS dan aparat-aparat PR ke atas Sultan dan Istana Perak.

Adakah Nizar berani sebagai anak jantan dan sanggup berdepan dengan Sultan Perak?Kalau tak malu,pergilah!

maharajazhou

20090311

Dua Pilihanraya Kecil: Tekanan Baru Untuk BN

Pengosongan kerusi oleh dua ADUN PKR di Perak tidak perlu menimbulkan panik bagi penyokong PR. Kerajaan Perak pimpinan PR belum tumbang dengan pengosongan tersebut.

Pertarungan akan berlaku dalam tempoh enam puluh hari. Lebih kurang sama tempoh dengan Perhimpunan Agung UMNO pada 24 hingga 28 Mac depan. Mungkin tarikh pilihanraya datang lebih awal ketika UMNO sedang sibuk dengan urusan rumahtangganya.

Jika PR memenangi kedua-dua kerusi ini, tentunya kedudukan Kerajaan Perak tidak lagi dapat dipertikaikan oleh UMNO/BN. Cubaan menggugat dan menggigit Kerajaan PR pilihan rakyat tidak lagi timbul. Segala onar diskriminasi jahat yang berlangsung kini, termasuk pengumuman oleh Zahid Hamidi tentang pegawai Persekutuan tidak boleh 'berhubung' dengan Kerajaan Negeri akan dengan sendirinya terpukul.

Isu dan propaganda yang dihadapkan ke atas Kerajaan Perak juga berpeluang dijelaskan sewaktu pilihanraya kecil nanti berlangsung.

Jika PR menang satu dan tewas satu, kelebihan masih lagi berpihak kepada PR.

Terpulang kepada penyokong PR untuk bekerja keras mengekalkan kedua kerusi ini. Saya yakin, dengan situasi semasa, Insya Allah, segala agenda kotor BN boleh dipatahkan.

Anda mungkin bertanya apa perbezaan antara langkah yang diambil oleh ADUN Bota dengan pengurungan dua ADUN PKR oleh pihak atasan yang terdesak? Jawabnya ialah kerelaan.

Selepas ADUN Bota mengumumkan menyertai PKR, beliau bebas bergerak ke sana ke mari tanpa perlu dikurung. Ini kerana keputusan itu dibuat atas kerelaan sendiri tanpa paksaan.

Dua ADUN PKR pula hilang, tak dapaat dihubungi, mungkin diugut, mungkin dipaksa dan di blackmailkan. Unsur kerelaan tidak nampak wujud. Ia dengan itu tidak terhormat. Penuh putar belit cara biasa BN.

Di Behrang, calon BN dari MIC, Dato M Ramasamy, dulunya kalah dengan 1,027 undi dan 1,102 undi di Cangkat Jering.

Adakah BN akan mengisi calon mereka dengan dua bekas ADUN yang mereka sendiri pernah katakan terlibat dengan rasuah? Jika ya, bagaimana dengan pertuduhan yang dihadapi oleh mereka? Adakah Kerajaan BN akan gugurkan?

Moralnya, PR sudah berada di hadapan. BN lebih defensif. Najib lebih terpukul jika benar ini adalah pelan beliau dan BN tewas. Sekali lagi, adakah unsur dalaman UMNO sendiri sedang cuba mengepung Najib tanpa disedari?

UMNO/BN lebih tertekan.

Ia mungkin sengit. Namun, ketabahan dan semangat jitu Pakatan Rakyat mampu memenangkan Pakatan, Insya Allah!

cetusan-hati.blogspot.com

20090115

Kunci Tadika Kemas: Lakonan Umno untuk burukkan Pakatan Rakyat

Dr Khairuddin Dato' Abdul Malik
Tue | Jan 06, 09 | 8:30:44 pm MYT

MENJELANG pembukaan sesi persekolahan yang baru 5 Januari lalu, tiba-tiba Umno mendapat idea jahat terkini untuk memomokkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Pada petang 4 Januari keluar SMS (khidmat pesanan ringkas) di kalangan pemimpin Umno Perak yang berbunyi: "Jam 9.00 pagi 5/1/09 bawa Tan Sri Muhammad Taib (Menteri Pembangunan Luar Bandar) ke Dewan Tadika Kemas Sri Ampang di mana pelajar tadika Kemas dihalang masuk dewan oleh arahan kerajaan negeri, boleh jadi isu kempen kita di Kuala Terengganu."

Maka pada pagi tersebut tidak kurang daripada 50 orang pemimpin Umno di pelbagai peringkat (dari Ahli cawangan sehinggalah Menteri) berduyun-duyun tiba di premis tersebut.

Seawal 7.40 pagi, wakil-wakil media TV3 dan RTM, Jabatan Penyiaran, Jabatan Kemas menunggu di situ. Siapa yang menjemput pihak media tersebut?

Mendapat respon daripada SMS tersebut dan arahan tegas YAB Menteri Besar Perak supaya semua dewan yang digunakan oleh Kemas di Negeri Perak bagi kelas tadika tidak dihalang, maka seawal 7.30 pagi pihak JKK Sri Ampang telah membuka kunci pagar dan kunci pintu dewan.

Silapnya rantai pagar yang tidak berkunci tidak dialihkan.

Apabila penulis sampai ada tiga pelajar tadika menunggu di luar pagar bersama ibu bapa dan seorang guru tadika perempuan berumur sekitar 40-an.

Khuatir suasana itu boleh dijadikan modal lakonan di media, penulis mengarahkan pintu pagar dibuka seluas-luasnya dan meminta pelajar masuk ke dalam dewan.

Drama Umno/Kemas tersebut terserlah apabila tiba-tiba guru Kemas cuba menghalang daripada pintu pagar tersebut dibuka dan mengambil rantai pagar untuk dililit kembali supaya lakonan dapat dipanjangkan sementara menunggu para-para tetamu beliau.

Cikgu tersebut sibuk menelefon meminta tetamunya datang segera ke Sri Ampang. Tentulah tetamu VIPnya adalah Menteri yang secara kebetulan berada di Perak!

Guru tersebut berkeras mengapa hanya sekarang (pagi tersebut) dewan dibenarkan dibuka. Mengapa tidak beberapa hari lebih awal. Isunya mudah. Kerajaan negeri tidak pernah menghalang kelas Tadika Kemas beroperasi.

Isu timbul kerana apabila pihak JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) mengenakan peraturan penggunaan dewan supaya pihak Kemas meminta kunci secara rasmi bagi kegunaan tadika daripada pihak JKKK.

Guru tersebut dilaporkan berkata kepada Ketua Kampung (yang secara kebetulan seorang ustaz bekas pensyarah Politeknik) bahawa beliau tidak akan mahu berjumpa Ketua Kampung untuk mengambil kunci.

Pihak Umno melalui Ketua Bahagiannya menegaskan Ketua Kampung yang sepatutnya meminta kebenaran daripada Kemas jika menggunakan dewan.

Alasannya Dewan itu hak milik Kemas kerana 'orang-orang Umno' yang bersusah payah mendirikannya 20 tahun dahulu.

Bagi JKKK pula, dewan tersebut milik kerajaan dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk aktiviti masyarakat (selain aktiviti politik) kerana dewan itu didirikan di tanah kerajaan. Namun Kemas tidak pernah dihalang untuk terus beroperasi.

Apa yang sebenarnya diperlukan adalah kajian tentang status dewan-dewan orang ramai di seluruh negeri Perak dan peraturan bertulis tentang penggunaan Dewan supaya tidak ada lagi dewan-dewan orang ramai yang dijadikan bilik gerakan pilihan raya Umno/BN.

Tindakan lebih tegas juga diperlukan bagi menangani media tiga suku yang 'hostile' kepada Kerajaan Perak kini.

Antaranya disarankan supaya tindakan undang-undang diambil ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan dalam ruang Awang Selamat (6 Januari 2009) bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan Selangor adalah sezalim Yahudi Israel kerana menghalang pelajar-pelajar Tadika Kemas dalam keadaan Utusan Malaysia menyedari Kerajaan Perak telah pun mengadakan sidang akhbar pada 5 Januari 2009 menafikan tindakan tersebut.

Buktinya di seluruh negeri Perak beratus-ratus Tadika Kemas masih terus beroperasi seperti biasa di dewan orang ramai milik Kerajaan.

Penulis adalah Bendahari Perhubungan PAS Negeri Perak. _

20090104

Hudud: Hadi lembut demi bukan Islam...Nik Aziz keras untuk Melayu

Menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang majoriti pengundinya orang Melayu dan PAS mempunyai kubu kuat di salah satu DUN dalam kawasan berkenaan iaitu Wakaf Mempelam, isu hudud kembali diperkatakan.

Jika pada pilihan raya umum Mac lalu, bukan sahaja hudud tidak diperkatakan oleh PAS malah pendirian parti itu untuk menubuhkan negara Islam juga ‘ditenggelamkan’ sebagi tanda ‘hormat’ PAS kepada PKR dan DAP.

Menyedari, banyak janji-janji kerajaan pakatan pembangkang di lima negeri yang dikuasainya khususnya dalam soal kebajikan tidak juga terlaksana, memainkan isu hudud semula dilihat sebagai usaha untuk memenangi hati umat Islam khususnya pengundi di Kuala Terengganu.

Walaupun tahu rakan-rakan pakatan mereka tidak akan setuju, PAS tetap membangkitkan perkara itu kerana janji bantuan kewangan secara bulanan kepada warga emas, ibu tunggal dan bermacam bentuk bantuan lain yang sehingga kini amsih belum terlaksana di negeri-negeri yang mereka kuasai.

Oleh yang demikian, jalan mudah dan pantas, buka balik kitab lama, dan bersyarah balik pendirian parti dengan harapan orang lupa janji pakatan pembangkang semasa pilihan raya umum lalu. Walaupun kenyataan dan pendirian mengenai hudud memperlihatkan adanya perbezaan dan percanggahan pendapat kalangan pemimpin PAS, tetapi ia seolah-olah dirancang sedemikian rupa.

Terbaru, dalam memperkatakan isu hudud, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap bertegas mahu hudud dilaksanakan dan sedia ‘berdepan’ dengan sekutu mereka PKR dan DAP bagi menjelaskan perkara itu.

Imej yang cuba ditonjolkan Nik Aziz ialah beliau tegas dan berkeras. Namun nada yang lebih lembut disuarakan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bukan sahaja menjelaskan bukan Islam tidak terlibat dengan pelaksanaan hudud tetapi betapa keadaan semasa masih belum membolehkan hudud boleh dilaksanakan di negara ini.

Berdasarkan dua kenyataan tersebut, jelas satu mahu memenangi hati orang Melayu manakala seorang lagi, cuba lebih bersifat liberal untuk menyenangkan hati masyarakat bukan Islam.

Malah, kenyataan tersebut juga mudah difahami jika kepentingan kumpulan ‘Erdogan’ atau PAS palsu dalam parti itu diambil kira.

Abdul Hadi mencari jalan selamat dengan kenyataan terbarunya walaupun Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa sebelum ini tegas mengambarkan, hudud tetap dilaksanakan sekiranya ketiga-tiga parti itu dapat menguasai kerajaan Pusat.

Nyata Presiden PAS itu lebih bijak bermain politik dengan kata-kata bahawa masyarakat bukan Islam tidak seharusnya bimbang jika hukum hudud dilaksanakan di negara ini kerana pelaksanaannya hanya membabitkan orang beragama Islam.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan kempen 'Jom Sertai PAS' di Dataran Shah Alam, hari Sabtu, Abdul Hadi berkata golongan bukan Islam sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu.

“Pada kita, tidak timbul lagi soal hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada PAS akan memberi penerangan kepada pemimpin lain dalam PKR dan DAP yang jelas tidak senang dengan hasrat parti itu untuk melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa akan datang.

Bagaimanapun, Abdul Hadi mengakui sukar melaksanakan hukum hudud di negara ini kerana ia hanya boleh dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil.

Selain itu katanya, situasi ekonomi semasa dan pengangguran di kalangan rakyat negara ini menghalang hukum hudud dilaksanakan.

Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau yang juga anggota Dewan Rakyat berkata, belum tiba masanya untuk berbuat demikian.

Mahu atau tidak, Abdul Hadi terpaksa memilih jalan selamat dengan memberikan alasan itu demi mengelak rakan-rakannya dalam DAP membidas PAS kerana hukum hudud memang tidak dipersetujui oleh parti DAP sejak dulu lagi.

Apapun, perhatian banyak pihak kini tertumpu kepada penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering menjadi ‘rujukan’ PAS dan DAP untuk mendengar pendirian partinya berhubung pelaksanaan hukum hudud itu.

Apatah lagi, Presiden MIC, Datuk Seri S,Samy Vellu sudah mencabar ketua pembangkang itu menyatakan pendiriannya berhubung hasrat PAS untuk memperkenal hukum hudud di negara ini.

Katanya, Anwar tidak sepatutnya berdiam diri berhubung dengan isu itu.

Barangkali Pak Sheikh bersedia menjelaskannya ketika kempen pilihan raya kecil di Kuala Terengganu nanti.

Namun mengulas mengenai isu hudud yang dibangkit semula oleh PAS, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ada jawapannya.

"Biarlah mereka dengan masalah yang mereka hadapi waktu ini, rakyat sendiri akan menilai dan tentulah rakyat sendiri akan menentukan. Ini adalah masalah PAS yang tidak dapat diputuskan," ujar beliau.

Kecualikan cukai untuk sumbangan Palestin

Pergerakan Pemuda Barisan Nasional(BN) meminta kerajaan supaya memberi pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat korporat atau individu yang memberi sumbangan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi rakyat Palestin di Genting Gaza.

Perkara itu disuarakan oleh Naib Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin ketika sidang media selepas menyertai perarakan secara aman anjuran 'Barisan Bertindak Menentang Kezaliman Rejim Israel' dari Bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke Kedutaan Palestin di Jalan U Thant, lebih kurang 700 meter pada petang Jumaat.

Beliau berharap dengan cara itu akan lebih ramai pihak dapat memberi sumbangan.

Sambil itu Khairy menyeru rakyat Malaysia agar prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin yang kini sudah enam hari menghadapi serangan ganas bertubi-tubi dari rejim Zionis.

'Barisan Bertindak Menentang Kezaliman Rejim Israel' yang diterajui Pemuda BN dan Pemuda UMNO Berjaya mengumpul dana sebanyak RM100,000 yang diserahkan oleh Khairy kepada Duta Palestin ke Malaysia Abdel Aziz Abu Ghoush.

Dalam sidang media itu juga Khairy menegaskan bahawa rakyat Palestin tetap mendapat sokongan dari rakyat Malaysia sehingga dapat membebaskan negara mereka dari cengkaman Israel.



"Matlamat kita adalah untuk melihat rakyat Palestin mempunyai sebuah negara yang berdaulat, Palestin yang merdeka…bebas, bekerajaan sendiri dan rakyatnya tidak disekat untuk ke sana ke mari serta keluar masuk ke negaranya sendiri…Palestin perlu dibebaskan dari mendapat sumber keperluan rakyatnya tanpa sebarang sekatan," kata Khairy.

Tambah Khairy, "saya merayu kepada rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada usaha untuk menghulur bantuan kepada rakyat Palestin di Genting Gaza yang kini menghadapi krisis kemanusiaan".

Turut bersama dalam perarakan tersebut adalah ahli-ahli Majlis Belia Malaysia (MBM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang diketuai oleh Presidennya Datuk Reezal Merican Naina Merican, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO/BN Malaysia Datuk Abdul Rahman Dahlan, Bendahari Pemuda UMNO Malaysia Datuk Abdul Hamid Nazahar dan pemimpin-pemimpin pemuda parti komponen BN.



Selain itu seramai 50 orang pelajar timur tengah yang menuntut dibeberapa pusat pengajian awam dan swasta di Ibu Negara turut serta dalam perarakan tersebut.

20090101

Tak pekak untuk dicuba


Malam semalam Husin keluar pergi teh tarik dengan kawan-kawan. Isu semalam adalah isu sekolah Cina dan India serta perpaduan kaum.

Husin: Apa pandangan kau orang mengenai isu sekolah Vernacular*

Lim: Ohhh ... tak bolehlah hapuskan. Itu budaya kami. Ini hak asasi manusia bawah Bangsa-Bangsa Bersatu.

Rashid: Mana ada dinafikan? Bukankah itu cadangan untuk perpaduan. Sendiri boleh teruskan dengan bahasa ibunda masing-masing.

Husin: Betul tu Lim. Kita Melayu, Cina, India ... duduk kawasan rumah lain-lain, kerja lain-lain, pekerjaan lain-lain, ugama lain-lain, dan cakap bahasa lain-lain. Lu tengok sini saja cukup. Budak Cina duduk dengan budak Cina. Yang Melayu geng dengan Melayu. Ini yang timbul syak wasangka dan prejudis dengan bangsa lain.

Lim: Betul ... Tapi bila Universiti, kita campur apa?

Rashid: Tak juga. Di Universiti ... mereka berkawan ikut kaum masing-masing. Belajar tak sama. Tak kongsi belajar dan perbincangan sama-sama.

Husin: Aku fed-up dengan ahli politik. Retorik. Cakap pasal perpaduan kaum, bina Bangsa Malaysia yang satu. Hilangkan perbezaan antara kaum. Tapi bila untuk satukan sekolah, macam-macam alasan. Ada ahli politik Melayu pun guna untuk mileage politik. Ada ke buat repot di balai polis. Bukan disuruh tutup. Baru ajak bincang-bincang. Benda lain mereka kata perlu dibincang.

Khoo: Sabar sabar Husin ... Aku faham. Itu semua ahli politik. Memang baik kau jual saja dia orang. Kita kena perlu ada program untuk menyatu padukan rakyat untuk jadi satu Bangsa Malaysia. Tak boleh retorik dan kata perlembagaan dan hak saja. Kena ada implementation. Maka kita perlu lakukan sesuatu yang berbeza. Memang perlu lentur buluh dari rebung.

Khairy: Ini semua adalah usaha Khir Toyo dan Mukhriz untuk mempolitikkan.

Hj Haida: Shut-up lah kau, Khairy. Tak habis berpolitik saja. Ini benda serius yang perlu didebat. Dalam bilik ada gambar Anwar. Tapi dah buang. Macam aku tak tahu.

Balan: Kau tu cakap multiracial, multicultural tetapi kau angkat keris juga. Lepas tu salahkan Hishamuddin. Kau tak faham apa yang kau kata. Pergi belajar perlembagaan.

Lim: Kau kerja nak cari pengaruh membabi buta hingga apa saja sanggup dibuat. Pergi main minum di Heritage Mansion atau main dengan budak-budak perempuan!

(Teresak-esak Khairy pegi dimarah dan dihalau orang-orang tua.)

Rahim: Aku pun multiracial. Aku tak pilih kasih. Satu masa dahulu, semua boleh.

Balan: Hey Tamby. Kau ni tak habis-habis cerita lama. Kata dah taubat?

Ragunathan: Tetapi sekolah kebangsaan pakai bahasa Melayu. Apa jadi bahasa Tamil dan Cina? Kita kena belajar bahasa-bahasa India dan China kerana ekonomi sedang booming.

Khoo: Ini bukan isu ekonomi tapi isu nation-building. Perkara prinsip. Itu implemantation. Aku rasa tak mati bahasa tersebut diguna secara peribadi dan sesama komuniti kaum tersebut. Di sekolah dan Universiti boleh study bahasa-bahsa tersebut.

Rashid: Berapa sangat orang berniaga dengan Cina dan India dalam bahasa tersebut. Macam mana pula bahasa Perancis, Jerman dan Jepun yang negara maju juga? Aku dari Sabah. Macam mana dengan bahasa Bajau, Murut, Kadazan, Dusun, Melanau, Iban, Dayak ... ? Aku Bumiputera bah! Macam mana bangsa Cina dan India dapat sekolah sendiri, kami tak cukup sekolah dan peruntukkan bahasa kami. Kami lagi berhak!

Hj Haida: Kau dengar Lim? Kita boleh cuba cara lain. Mesti cara jalan yang komprehensif dan ambil kira segala hak yang sudah seimbang dalam perlembagaan. Nak bina negara kita kena iratkan muhibbah kaum dari kecil lagi. Bila sudah besar, prejudis dah menebal. Sekolah wawasan satu cara. Satu aliran kebangsaan dengan diajar bahasa ibunda pun bagus. Pagi kelas kebangsaan dan petang sekolah ugama dan aliran kaum pun satu cara.

Rashid: Kita kena perlu akui kerajaan tak ada kewajipan ke atas sekolah vernakular. Kewajipan adalah hanya sekolah kebangsaan yang tidak ada diskriminasi. Ok sekolah asrama penuh dan UiTM nampak macam diskrimanasi tetapi itu adalah bawah hak-hak keistimewaan Melayu. Bila Melayu dah okay, dibuka untuk semualah. Kalau seolah CIna dan India tutup, ada orang Melayu sanggup tutup Sekolah Agama Rakyat.

Hj Haida: SAR tak boleh kacau. Hak kami lagi tinggi dari hak sekolah Cinadan India yang lebih usaha private. Dalam peruntukkan Perlembagaan 12 (b), satu kesalahan tidak membiayai sekolah untuk pendidikkan Islam.

Lim: Itulah dia Rashid. Orang Cina kata, kalau orang Melayu pun ada sekolah untuk mereka sahaja, mereka pun nak. Saya sokong Bumiputera lain buka sekolah dia.

Husin: Kau ni nak main politik lah Lim. Di Singapura pun tak da sekolah Cina. Ketepikan politiklah. Mesti ada satu proses ke arah semua sama. Tak boleh main terus sama rata. Mesti cara yang adil. Yang susah dibantu. Yang kurang diberi kelebihan. Mesti adil. Kita mulakan perlahan-perlahan.

Aku rasa sekolah asrama penuh patut tutup dan pertingkatkan sekolah-sekolah kebangsaan. Tak releven lagi dengan kemudahan di rumah baik-baik. Biar yang ada untuk orang miskin saja. Ini orang ada Merc hantar anak ke sekolah asrama. Lama-lama anak orang kaya yang pandai yang berjaya pasal anak-anak orang berkemampuan akan dapat semua A.

Rahim: Kita buat satu mesti satu persatu-persatu macam dalam tournament. Mula2 kita kata benda-benda manis. Lepas itu kita pegang-pegang. Lepas itu kat pipi sedikit. Lepas itu kita ..

Hj Haida: Kau ni kelain pulak Rahim. Jagalah Tamby kau tu ...

Balan: Kasi can dia. Dia kata dia dah taubat. Betul dia cakap. Satu-satu perkara mesti dilakukan satu persatu.

Hj Haida: Cakap saja tak apalah. Asal kau tak balik perangai lama ...

Rahim: Masaalah kita macam beginilah. Takut perubahan. Ini ada cerita. Ada satu suami isteri yang dah kahwin lama. Untuk memeriah dan meneyeronokan sesama mereka, satu malam tu si suami ajak isteri try kat telinga ...

Leman: Lagi teruklah cerita kau Rahim ...

Rahim: Kau nak dengar tak?

Husin: Kau diamlah Leman! Aku nak dengar. Teruskan Rahim ...

Rahim: Eh .. tak boleh honey. Afterward I go deaf. Si suami jawab. Dah 20 tahun tak bisu pun awak.

Kah kah kah ha ha ha ...

(Semua ketawa terbahak-bahak)

Leman: Kau ini nak bincang pasal apa sekali pun mesti ada cerita hamsap.

Lim: Tak apalah. Nanti serius sangat kita gaduh sampai buat laporan sedition. Nasib baik tak di hidung. Sesak nak bernafas nanti.

Leman: Aku heran hipokrit betul ada ahli politik yang suruh tahan bawah sedition. Padahal dia tentang akta sedition.

Rahim: Itu pasal dia cuba masuk ikut lubang atas kepalanya ...

* Keyboard dah boleh guna hurup "c".

http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com

20081215

Wan Farid bukan calon Umno untuk Kuala Terengganu?

Wan Ahmad Farid yang juga merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan sekutu rapat kepada Khairy Jamaluddin telah dilantik semula sebagai senator.

Apakah ini tandanya beliau bukanlah calon untuk kerusi P 36 untuk mewakili Umno?

Jika ini benar, ertinya Najib Tun Razak telah berjaya menguasai Umno dan akan meletakkan orangnya di kerusi tersebut untuk melawan calon PAS dan calon bebas yang akan bertanding nanti didalam pilihanraya kecil di Kuala Terengganu.

Ini adalah kerana orang-orang kepada Timbalan Perdana Menteri itu pasti tidak akan selesa jika orang-orang menantu Pak Lah seperti Wan Farid menjadi calon bagi mewakili Umno.
Jika ini benar, ertinya Najib Tun Razak telah berjaya menguasai Umno dan akan meletakkan orangnya di kerusi tersebut untuk melawan calon PAS dan calon bebas yang akan bertanding nanti didalam pilihanraya kecil di Kuala Terengganu.


20081202

Untuk jadi PM, Sarawak pula jadi cagaran - Janji Anwar seorang broker ?





Untuk jadi PM, Sarawak pula jadi cagaran - Janji Anwar seorang broker ?


Anwar Ibrahim meletakkan cagaran baru - Negeri Sarawak - sebagai modal taruhannya untuk berjaya merealisasikan projek 16 September iaitu menukar kerajaan persekutuan secara tidak demokratik, dari kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

"Langkah pertama, gegarkan Sarawak. Sarawak barisan hadapan kita sekarang," kata penasihat PKR dalam ceramah khas malam tadi bersempena kongres nasional kelima partinya selama dua hari di Shah Alam bermula 29 November 2008.

Katanya, beliau akan ke Sarawak pada 14 Disember ini dan mengarahkan semua pimpinan PKR bergilir-gilir untuk ke sana setiap minggu untuk meraih keyakinan masyarakat di sana pilihanraya negeri, selewat-lewatnya diadakan 2010. Klik di sini


Cagaran paling mahal negeri Sarawak

Kali ini Anwar telah mempertaruhkan negeri Sarawak, sebagai cagaran untuk merealisasikan cita-citanya untuk masuk ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Itulah inti ucapan Anwar semasa menyampaikan Ucapan Khas Penasihat PKR di Kongres Tahunan Nasional ke-5 PKR pada 29 November.

Begitu mahal cagarannya, seluruh rakyat dan kekayaan negeri Sarawak menjadi taruhannya semata-mata untuk merealisasikan cita-citanya menjejaki kaki ke Putrajaya.

Persoalannya, adakah seluruh rakyat Sarawak, rela negerinya jadi bahan pertaruhan, semata-mata untuk memenuhi impian seorang rakyat Semenanjung, dari Pulau Pinang yang telah dianggap sebagai tokoh yang telah mati tarikh luput (Expired Date)? Klik di sini

Sepatutnya Anwar sudah jadi PM, 10 tahun lalu, sekitar tahun 1998, ketika berjawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ketika berada di ambang kekuasaan, satu tapak lagi ke tangga Putrajaya, tetapi takdir Illahi melebihi perancangan manusia. Walaupun ketika itu (1998), rakyat bangkit ibarat gelombang tsunami, solat hajat di rumah Anwar, di surau dan masjid seluruh pelusuk Malaysia berdoa untuk Anwar, malah Al Gore dari Amerika turun tiupkan api refomasi, moga-moga rakyat bangkit dan berjaya tumbangkan kerajaan, meniup kuasa rakyat menolak kerajaan yang sedia ada, tetapi takdir Illahi menetapkan Anwar bersalah dan terpaksa merengkok di penjara serta melupakan impiannya menjadi PM.

Sepatutnya berada di penjara selama sembilan tahun, Anwar belajar erti mengenal diri. Jangan angkuh dan jangan ambil kuasa Tuhan, boleh meramalkan apa akan terjadi pada tarikh berikutnya. Bukan tidak boleh merancang, tetapi perlu akur dengan ketentuanNYA. Kalau sudah ketentuanNYA menakdirkan Anwar bukan Perdana Menteri yang sesuai untuk rakyat Malaysia, bermakna sudah jelas isyarat dari Illahi.

Walaupun Anwar dengan penuh yakin bercakap kepada Jim Middleston, News Hours Australia (pada 22 April 2008) dan Al-Jazeera, 101 East (pada 28 Ogos 2008) bahawa beliau akan jadi PM pada 16 September, namun takdir Illahi menakdirkan bahawa impian Anwar jadi PM pada tarikh tersebut, tidak lebih dari angan-angan Mat Jenin.

Sudah dua kali isyarat jelas daripada Illahi, adakah Anwar berusaha menongkah arus melawan isyarat dan takdirNYA ?

Benar seperti pendapat Faisal Tehrani, Anwar tidak berubah, sanggup gadaikan apa sahaja (termasuk Islam) semata-mata memuaskan hatinya menjadi orang nombor satu paling berkuasa di Malaysia.

Tulis Faisal, "Nah, suka? Saya juga boleh menggunakan jargon-jargon hebat dalam bahasa Jerman seperti Anwar Ibrahim, memandangkan seluruh dunia termasuk Jerusalem Post memuji beliau, maka saya wajar menjadikan beliau contoh..Oleh kerana bahasa politik adalah menghimpun kekuasaan maka di Indonesia, sempena majlis memperingati 100 tahun Hamka saya boleh berkata begini, “Buku Buya Hamka, Tafsir Al Azhar menemani saya selama dua kali di penjara”.

Tulisnya lagi, "Hebat bukan cara saya memuja ulama besar Indonesia, Profesor Haji Abdul Malik Karim Amrullah alias Buya Hamka? (sila lihat TEMPO Interaktif Rabu, 09 April 2008). Saya beri saudara apa yang saudara mahu, saudara mahu Islam dan ulama? Saya beri. Dengan jargon hebat yang melongokan. Disuntik sedikit emosi: arghhh hari-hari lampau yang menyedihkan itu...saya akan berkata begini pula di khalayak yang lain, katakanlah di Australia: “I see Shakespeare as a major figure of international and humanitarian dimension. In the solitude of my prison cell clearly Shakespeare appeared to me as a brilliant genius of all times and for all cultures. I am in debt to Shakespeare in that sense because I was able to fly away from that small constraint of those four walls during incarceration to become this major spectator of this classic work of that great genius.Begitu lah bunyi 'keynote di VIII World Shakespeare Congress' (Rujuk The VIII World Shakespeare Congress, Brisbane City Hall, July 16-21 2006)”

Itulah nukilan seorang pujangga muda bernama Faisal Tehrani, anak didik DBP yang mempunyai pengaruhnya tersendiri. Rumus Faisal, Anwar bercakap dua versi yang berbeza berlatar belakangkan kisah 9 tahun di penjara. Ketika di depan khalayak Islam di Indonesia, Anwar meletakkan dirinya hampir dengan tokoh ulama tersohor di Indonesia, Buya Hamka, pengarang tafsir Al Quran, Tafsir Al Azhar. Tetapi ketika Anwar berhadapan dengan khalayak Kristian, di Australia, nama Buya Hamka telah dipadamkan, diganti pula dengan seorang tokoh yang amat dikenali oleh masyarakat Kristian iaitu Shakespeare.

Itulah yang dirumuskan oleh penulis muda itu, "Latar sama. Tapi tema lain-lain. Bergantung apa yang saudara mahu dengar. Begitulah bahasa yang saya gunakan. Orang akan terpana. Begitu bahasa politik. Untuk khalayak berbeza saya akan 'temberang' beza"

Untuk membaca nukilan penuh Faisal Tehrani, bertajuk, "Bahasa Politik: PAS Sudah Kalah", sila klik di sini.


Anwar cagar Sarawak berpakat dengan siapa ?

Anwar berucap meletakkan Sarawak sebagai cagaran barunya di hadapan para 1927 perwakilan, 1200 pemerhati penyokongnya semasa kongres itu. Turut hadir Lim Kit Siang, mentor penentu dasar DAP, tetapi wakil PAS tidak dihadiri oleh mentor dan penentu dasar PAS, sebaliknya dihadiri oleh team yang dilabel Erdogan, iaitu Kamaruddin Jaafar, Husam Musa, Khalid Samad dan lain-lain.

Sesetengah pihak berpendapat, usaha meletakkan cagaran baru ini sebagai mengalih isu, supaya tidak ditanya oleh pewakilan PKR, apakah sebab-sebab projek 16 September yang lalu. Sedangkan sebelum ini Timbalan Presiden parti itu Dr Syed Husin Ali berkata, beliau menjangkakan perkara itu akan dijelaskan tokoh utama PKR itu dalam kongres tahunan kelima itu.

Dakwa Dr Syed Husin,terdapat ahli-ahli PKR dalam pergerakan Wanita dan Angkatan Mudanya yang termakan dengan propaganda media mengatakan Anwar berbohong. Klik di sini

Sama ada ahli-ahli PKR termakan dengan propaganda media, tetapi seluruh rakyat Malaysia, sudah tahu bahawa Anwar bukan PM Malaysia pada 16 September lalu, sedangkan sebelum ini, Anwar penuh yakin, tanpa bersandarkan kalimah "Insya Allah", yakin dengan sebenar-benarnya, 16 September, Anwar jadi PM Malaysia. Apabila keyakinan yang tidak bersandarkan kuasa Allah itu, dan tidak menjadi kenyataan, adakah Anwar bukan Pembohong ?

Menariknya setiap kali Anwar berucap mengenai projek 16 September, Anwar hanya bercakap kepada penyokongnya. Tiada pembuat dasar PAS terutamanya Ustaz Hadi Awang dan Ustaz Nik Aziz yang menyaksikan ucapan 'peralihan kerajaan itu.

Dari situ, seolah-olah menunjukkan PAS awal-awal lagi menunjukkan tidak berminatnya parti tertua itu dengan perancangan yang dibuat oleh pemimpin de facto parti yang baru setahun jagung. Barangkali untuk menjaga hati Anwar dan tidak mahu bersekongkol dengan kerja-kerja 'jahat' itu, PAS hanya hantar Kamaruddin Jaafar dan Husam Musa sebagai posmen.

Barangkali Anwar masih belum faham, isyarat PAS sebelum ini, kenapa tidak hantar wakil pembuat dasar parti bersama-sama Anwar berucap mengenai projek 16 September. Kerana masih belum faham, Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS hantar isyarat pertama pada 4 September 2008.

Kata Mohamad Sabu, "Saya pun tidak berusaha ke arah itu (projek 16 September)...Saya macam orang lain juga, tunggu dan lihat. Saya lebih cenderung untuk menunjukkan kehebatan (pentadbiran) di lima negeri yang kita perintah. Tunjukkan kehebatan kita, betul-betul tidak berlaku rasuah, amalan nepotisme, berlaku penjimatan dan kebajikan.." Klik di sini

Seperti biasa, Anwar seolah-olah tidak mempedulikan kata-kata Mohamad Sabu, walhal, beliau mewakili orang nombor tiga dalam hiraki kepimpinan PAS. Bukti ketidakpedulian Anwar kepada teguran PAS, beliau masih mengulangi janji yang sama kepada kawan-kawannya di Indonesia semasa berkunjung ke negara itu.

Kata Anwar di Jakarta pada 6 September, "Saya tetap pada target saya, 16 September menjadi waktu untuk mengistirahatkan Badawi. Untuk itu, saya rileks sebentar sehari lompat ke Jakarta, berdiskusi dan bertemu dengan sahabat-sahabat saya di Indonesia,” Klik di sini

Oleh kerana Anwar masih berdegil, seluruh instrumen media PAS termasuk Harakah, TV PAS dan Siasah menjemput Mustafa Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat pada 8 September, mengadakan sidang media untuk post mortem mengenai projek 16 September, gagasan ketua de facto PKR.

Kata Mustafa Ali, “Saya tidak yakin 16 September kerajaan BN dan Pak Lah akan jatuh,” begitulah tegasnya berkali-kali dalam forum khas “16 September”.

Beliau yang bercakap berdasarkan pengalaman dan atas kapisiti peribadinya memberi dua sebab untuk menolak 16 September tidak berlaku apa-apa perubahan.

Pertama katanya dari segi teknikal. Ini jelas kerana katanya pada tarikh berkenaan Parlimen tidak bersidang jadi bagaimana perubahan (menjatuhkan) kerajaan berlaku kerana tidak ada persidangan pada hari itu.

“Sesuatu undi tidak percaya ataupun ‘peralihan kerajaan’ akan dilakukan menerusi Parlimen saja. Jadi kalau Parlimen tidak bersidang bagaimana akan berlaku undi tidak percaya?” soal beliau. Tambahnya, hanya Parlimen saja boleh melakukan apa-apa perubahan termasuk untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Kedua dari segi politik. Menurutnya dari segi politik juga tidak logik kalau ada ahli Parlimen BN berhijrah kepada Pakatan semata-mata kerana hendak menyokong Anwar. “Adalah ganjil dan sukar untuk dipercayai ahli Parlimen akan bersedia untuk berhijrah dari tempat (komponen) yang sudah ada kuasa kepada Pakatan yang belum ada kuasa,” katanya.

Dari segi moral dan intergriti juga, penghijrahan itu seperti mana yang disebut itu tidak akan berlaku kerana ia melibatkan soal moral dan intergriti. Kerajaan yang ditubuhkan atas penghijrahan dan tawaran kebendaan akan dilihat sebagai tidak bermoral dan ini sesuatu yang tentunya akan dititik beratkan.

Dalam konteks ini katanya bagi Pas ia sangat bertentangan parti itu yang menekankan soal moral dan akhlak. Bagi Pas katanya, tindakan politik demikian sesuatu yang bertentangan dengan nilai perjuangan Pas dan ia tidak akan dilakukan oleh mereka yang sudah lama dan menghayati perjuangan Pas. “Tidak tahulah kalau mereka yang baru dalam Pas bersedia untuk sama-sama berbuat demikian!”


Membaca lanjut ulasan Mustafa Ali, klik di sini

Apabila menjelangnya hari yang dimaksudkan Anwar, pada 16 September, projek 16 September yang dicanang sejak Mac 2008, tidak menjadi kenyataan. Sekarang cakap siapa yang boleh dipegang; Anwar Ibrahim atau Mustafa Ali ?

Sebab itu, bukan setakat ahli PKR saja cakap Anwar pembohong, majoriti rakyat Malaysia juga berfikiran begitu. Blogger bernama Cekka pun kata Anwar kaki temberang!. Klik di sini

Sebenarnya isyarat Naib Presiden PAS dan Pengarah Pilihanraya PAS pusat sebagai sambungan daripada episod isyarat awal dari Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa.

Nasarudin ketika diwawancara oleh The Star, 22 Julai lalu, berkata “Saya tidak pasti populariti dia (Anwar) masih hebat dibandingkan untuk 1998. terutamanya bila muncul kes Saiful dan akuan berkanun oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam.."

Katanya lagi, "Masyarakat Melayu mula ragu-ragu kepada Anwar, terutamanya keengganan Anwar bersumpah dengan Al Quran untuk membersihkan namanya"

Membaca pandangan Nasaruddin, sila klik di sini. juga pendapat Faisal Tehrani, klik di sini

Malah, Presiden PAS, Ustaz Hadi Awang, pada bulan Julai 2008 turut memberi 'amaran' yang sangat jelas kepada Anwar ketika diwawancara Harakah.

Kata Presiden PAS, "Tidak ada sesiapa yang jadi Ketua Pakatan Rakyat.."Bukan dia (Anwar Ibrahim) sahaja, kita pun berhak untuk mengadakan perundingan. Sama juga DAP. Mereka ada hak buat perundingan ..Itu tidak faham namanya. Atas dasar Islam kita berhak. PAS boleh berunding dengan mana-mana pihak..orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan...PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihan raya umum ke-12. Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain..Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh!"

Membaca wawancara penuh wawancara Presiden PAS, klik di sini


Sarawak jadi taruhan, Anwar umpama broker ?

Apabila kita menghayati wawancara Anwar dengan Haslinda Amin wakil Bloomberg dari Singapura Oktober 2008 lalu, kita dapat rasakan Anwar menganggap Projek 16 Septmeber seumpama seperti perniagaan.

"Saya akan..Insya Allah..buktikan kepada mereka (kawan-kawan di luar negara)..buktikan kepada mereka (kawan-kawannya di luar negara)..dalam bisnes ini..... saya ada bilangan yang mencukupi..dan negara ini perlu kepada perubahan.."

Dua kali Anwar mengulangi ikrarnya akan membuktikan kepada kawan-kawannya di luar negara bahawa beliau akan mengotakan janjinya untuk menumbang kerajaan.




Wawancara itu menarik minat pelawat blog ini yang menggunakan nama pena Wok Yoh untuk membuat komen seperti berikut :

Tulis Wok Yoh, "Ayat "before we let you to go" oleh pengacara itu (Haslinda Amin) seakan bermaksud Anwar telah diarah atau dipaksa untuk diwawancara dan disusuli dengan soalan killer ...tentang komitmen (tarikh) barunya untuk mengambil alih kuasa..."what is your new dateline?" itu boleh disifatkan sebagai arahan atau tekanan dari pihak tertentu di sebalik wawancara untuk Anwar meneruskan lagi misi yang gagal pada 916.

Selepas itu Anwar berkata "..insyaAllah...will proved THEM... Proved to THEM......this country need to changes"....

Siapa "THEM" itu? Biasanya "them" mewakili "beberapa orang". Adakah itu janji baru Anwar kepada pihak pihak tertentu di luar sana??? fikir fikirkanlah!

Membaca komen penuh Wok Yoh, klik di sini

Persoalan Wok Yoh mempunyai asas. Kalau benar sekalipun Anwar mempunyai bilangan mencukupi seperti yang selalu diucapkan..we have the numbers....we have the numbers...Anwar tidak wajar menumbangkan kerajaan semata-mata untuk membuktikan kepada mereka. Untuk apa dibuktikan kepada mereka ?

Ini persoalan masa depan rakyat Malaysia, sepatutnya dibicarakan oleh rakyat Malaysia. Ini bukan persoalan mereka (orang luar). Kenapa persoalan menukar kerajaan mahu dibuktikan kepada mereka? Untuk apa? Apa manfaatnya kepada mereka?

Sarawak, negeri kita, Malaysia tanahair kita, kenapa perlu dipertaruhkan kepada mereka, semata-mata untuk membuktikan Anwar bercakap benar kepada mereka ?

Persoalannya adakah sebelum ini, Anwar telah membuat apa-apa perjanjian dengan mereka (kawan-kawan di luar negara) sehingga Anwar terpaksa bersusah payah menjelaskan sebab-sebab kegagalan kepada mereka ?

Rakyat Malaysia mungkin tidak kisah, jika Anwar sekadar memberitahu media Indonesia tentang kegagalan projek 16 Septembernya itu, tetapi rakyat mencurigai motif Anwar mewar-warkan projek ini kepada media asing di Barat.

Seandainya Anwar benar-benar patriotik, sepatutnya Anwar hanya perlu menjelaskan sebab-sebab kegagalan projek itu dalam media Harakah, Siasah atau Suara Keadilan (jika Anwar dakwa media utama tidak akan menyiarkannya). Cukup dengan tiga media itu, diletak di muka hadapan, wawancara penuh dengan penjelasan secara terperinci, kerana ketiga-tiga media itu akan sampai ke akar umbi.

Hormati kebijaksanaan rakyat Malaysia menilainya dengan seadilnya. Bukan setakat mengutamakan kepada masyarakat Barat, rakyat Malaysia pun berhak mengetahuinya, dan bijak menilainya.

Tetapi, semasa Kongres PKR kelima, sepatutnya Anwar gunakan kesempatan untuk menjelaskan sebab-sebab kegagalan itu, namun Anwar sekali lagi mengabaikannya.Adakah kali ini juga terdapat sekatan pihak-pihak tertentu, hingga Anwar tidak boleh menjelaskannya di gelanggang sendiri ?

Lebih pelik lagi, Anwar begitu ghairah menceritakan sebab-sebab itu kepada media asing, termasuk Bloomboerg.

Untuk apa, Anwar bersusah payah melaporkan situasi politik Malaysia kepada media milik Yahudi itu, sedangkan Anwar tidak berminat mengupasnya di gelanggang sendiri ?

Adakah ini bermaksud, projek 16 September adalah perjudian Anwar dengan kawan-kawannya di luar negara dan Malaysia serta terbarunya Sarawak pula jadi taruhannya ?

Kalau benar dakwaan ini, bermakna seluruh rakyat Malaysia, menjadi bidak taruhan Anwar kepada negara luar. Amat malang nasib kita sebagai rakyat Malaysia, jika Anwar cuba memperkotakkatikkan negara seumpama broker yang sewenang-wenang melelongkan tanah!


AIDC
30 November 2008

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

20081124

5 BILION RINGGIT DUIT KWSP UNTUK SIAPA?

DARI JELEBU

Hishamuddin Rais

Hari ini telah dipastikan bahawa sistem ekonomi kapitalis neo liberal telah berakhir. Krisis ekonomi yang melanda sistem kapitalis neo liberal ini sedang nazak. Secara bengong hanya Najib Razak sahaja yang cuba menafikannya dan berkata bahawa Malaysia 'terselamat'.

Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak ini akan membawa mudarat yang amat sangat kepada orang ramai. Justeru, mari kita memahami dasar ekonomi bengong Najib Razak.

Langkah akhir Najib – dua hari sebelum meninggalkan Kementerian Pertahanan, Najib Razak telah menanda tangani perjanjian untuk membeli Eurokopter. Helikopter ini berharga 2 bilion ringgit. Negara Brazil telah membeli helikopter yang sama dengan harga 1 bilion ringgit. Apakah Malaysia di tipu 1 bilion ringgit ?

Jawabnya - tidak. Harga helikopter ini sama. Tidak berubah-ubah. Tukang buat dan tukang jual ini tidak menipu. Kita rakyat Malaysia yang kena tipu oleh Najib Razak. Harga ini telah 'dinaikkan'. Yang membayar nanti ialah kita semua kerana yang membeli helikopter ini ialah keajaan. Kerajaan itu orang ramai. Orang ramai itu ialah kita semua.

Cara 'menipu' ini samalah seperti cara Najib Razak membeli jet pejuang Sukhoi dan kapal selam dari Peranchis. Yang berbeza kali ini hanyalah tidak ada perterjemah cun dari Mongolia. Juga kali ini bukan syarikat perunding Razak Baginda yang menjalankan urus jual/beli. Ini kerana Razak Baginda penasihat politik Najib Razak sedang ditahan dalam penjara kerana dituduh terlibat membunuh Altantuya.

Berita masih belum jelas syarikat kroni mana pula yang mendapat komisen 1 bilion ringgit membeli Eurokopter ini.

Dari mana agaknya duit-duit ini akan datang ? Apakah duit ini juga datang dari punca yang sama? Dalam suasana gawat ini banyak persoalan timbul kenapa beli helikopter?

Pertanyaan ini terjawab pantas. Belum pun satu bulan menjadi Menteri Keewangan Najib Razak telah 'mengsongklap 5 billion ringgit' duit KWSP. Duit ini ialah duit simpanan kaum buruh dan kaum pekerja. Duit KWSP adalah duit simpanan yang wajib disimpan oleh semua pekerja. Majikan juga diwajibkan menyumbang sama dalam dana KWSP. Duit KWSP ini bertujuan untuk akan digunakan di hari tua – sebagai pencen atau untuk diambil membuat rumah, pergi naik haji dan sebagainya.

Menurut dasar ekonomi bengong Najib Razak duit 5 bilion ringgit ini akan disalurkan kepada syarikat ValueCap Sdn.Berhad. Tujuan penyaluran duit KWSP ini ialah untuk menaikkan harga nilai saham-saham syarikat-syarikat yang dianggap 'nilai jatuh'.

Persolaan timbul - nilai saham ini rendah ialah kerana orang ramai tidak yakin terhadap syarikat-syarikat ini. Memasukan duit ke dalam syarikat ini tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Untuk sementara waktu kemungkinan nilai saham syarikat ini akan naik tetapi akhirnya akan jatuh terlungkup juga.

Apabila saham ini mendapat suntikan 5 bilion ringgit maka nilai saham ini akan naik. Bila nilai saham ini naik maka makin ramai tuan empunya saham akan menjualkan saham mereka kerana ekonomi sedang gawat. Bila saham banyak terjual maka nilai saham ini akan jatuh kembali.

Hanya orang bengong sahaja yang tidak faham bagaimana spekulasi bergerak pantas di Bursa Saham Kuala Lumpur. 5 bilion ringgit ini akan di cekup oleh pemodal besar terutama dari luar negara. Dalam masa yang singkat 5 bilion ringgit ini pasti akan hangus. 5 bilion ringgit ini adalah duit kita semua di judikan di Bursa Saham oleh Najib Razak.

Lihat pula ekonomi kita. Harga bahan bakar petrolium telah jatuh. Ketika menulis ini harga satu tong minyak mentah ialah 62 dolar. Untuk mengeluarkan minyak dari perut laut Petronas memerlukan 60 dolar. Ertinya dalam satu tong kita hanya untung 2 dolar. Jika harga minyak jatuh lagi maka akan tidak berbaloi untuk Petrons mengeluarkan minyak.

Lihat pula harga kelapa sawit. Harganya juga telah jatuh. Pada ketika ini harga satu tan minyak kelapa sawit kurang lebih 1,500 ringgit. Perbelanjaan untuk mendapat satu tan minyak sawit dianggarkan antara 1,200 ke 1,700 ringgit. Dalam masa yang tidak lama kos pengeluaran – baja, buruh, pengangkutan - lebih mahal dari pendapatan.

Justeru, kerana menyedari semua ini Pakatan Rakyat telah meminta agar Balanjawan 2009 di ulang kaji kembali. Belanjawan 2009 yang dibentangkan di Parlimen sekarang berdasarkan harga minyak yang melebihi 100 dolar satu tong dan harga kelapa sawit hampir 3000 ringgit satu tan.

Pendapatan negara yang dijadikan asas Belanjawan 2009 bergantung kepada hasil bahan bakar minyak petrolium dan minyak sawit. Jika harga dua bahan ekspot kita ini jatuh ertinya pendapatan negara jatuh. Justeru Belanjawan 2009 wajib di ulang kaji.

Najib Razak yang menjalankan dasar Ekonomi Bengong telah menolak permintaan Pakatan Rakyat di Parlimen. Apa yang dilakukan oleh Najib Razak ialah 'mengsongklap duit KWSP.'

Selama lebih dari 30 tahun sistem eknonomi kapitalis neo liberal telah diperkenalkan oleh Amerika Syarikat. Kapitalis neo liberal bermakna – apa yang boleh jual di jual – apa yang boleh beli dibeli. Sistem kapitalis ini telah mengenepikan peranan daulah. Kerajaan TIDAK dibenarkan memiliki hospital, sekolah dan universiti, leterik, sistem pengangkutan, air atau menyediakan subsidi untuk orang ramai. Menurut falsafah neo liberal jika kerajaan campur tangan maka sistem kapitalis akan cacat.

Justeru gerombolan United Malays National Organistion telah turut sama mengamalkan sistem kapitalis neo liberal. Hasilnya – lembaga api leterik dijual pada kroni, lembaga agihan air di jual pada kroni, membuat jalan raya di jual pada kroni, hospital dijual pada kroni. Siapa kroni ini ? Mereka adalah anak beranak dan kaum keluarga gerombolan United Malays National Organisation.

Untuk menipu rakyat maka gerombolan United Malays National Organisation telah mengatakan bahawa ini adalah Dasar Ekonomi Baru untuk menolong orang Melayu. Bila ada kritikan muncul maka gerombolan ini akan berselindung di bawah Perlembagaan dan Hak Keistemewaan Orang Melayu. Jika kritikan datang dari yang Bukan Melayu maka mereka akan mengatakan bahawa orang Bukan Melayu tidak ada hak untuk membincangkan hak keisntemewaan Melayu. Gerombolan ini akan mengancam dengan tindakan undang-undang.

Tingkah laku dan perangai gerombolan United Malays National Organisation ini samalah seperti satu gerombolan perompak selepas melakukan rompakan akan berselindung di Masjid atau di Kuil atau di Gereja. Ini taktik yang telah dilakukan oleh gerombolan United Malays National Organisation berulang-ulang kali.

Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak ini akan membawa mudarat yang maha besar kepada kita semua – Melayu dan Bukan Melayu. Ekonomi kapitalis tidak pernah kenal kamu beragama apa, kamu berbangsa apa atau kamu bersembayang dimana. Apabila ekonomi kuncup yang terpukul henat ialah kelas bawahan – kaum pekerja, kaum buruh, kaum tani dan nelayan dipukul hebat. Ramai warga akan hilang pekerjaan dan mata pencarian.

Kita wajib menerima hakikat bahawa Malaysia turut sama mengamalkan sistem ekonomi kapitalis neo liberal. Sistem ini berpusat di Amerika Syarikat. Apabila ekonomi Amerika Syarikat menguncup maka semua ekonomi kapitalis neo liberal dalam dunia ini juga akan menguncup sama.

Justeru Pakatan Rakyat tidak ada pilihan melainkan wajib mengambil alih kerajaan secepat mungkin untuk menyelamatkan negara dari bencana kemelesatan ekonomi. Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak wajib diganti secepat mungkin. Malah Najib Razak sendirikan wajib di humbankan ke dalam tong sampah sejarah

Langkah awal ialah konsep KEMBALI KE BUMI. Petanian wajib di jadikan tulang belakang ekonomi Malaysia. Pertanian ini bukan hanya menanam sawit atau getah sahaja tetapi rakyat wajib dibantu untuk menanam tanaman untuk dimakan. Jika ekonomi meleset orang ramai masih ada makanan. Makanan untuk diekspot bukan tujuan utama kerana pasaran makanan dunia juga sedang menguncup. Jika kita dapat mengekspot makanan maka anggaplah ini adalah sebagai bonus.

Kembali Ke Bumi ini bertujuan untuk membeli masa agar kita dapat menyusun kembali struktur ekonomi kita yang selama 30 tahun ini telah di porak perandakan oleh dasar kapitalis neo liberal.

Tidak dapat tidak penstrukturan baru ekonomi yang akan dibawa oleh Pakatan Rakyat tidak akan berpandukan keuntungan maksima atau dasar – apa boleh jual jual – apa boleh beli beli. Struktur ekonomi baru wajib memperlihatkan peranan daulah yang lebih kuat. Wajib diwujudkan garis pemisah untuk memisahkan pengaruh kaum pemodal dari politik negara.

Kuasa kaum pemodal menentukan dasar ekonomi negara adalah dasar neo liberal. Dasar ini sedang terbogel dan terbukti meleset dan gagal. Dasar kapitalis neo liberal ini wajib ditinggalkan. Rakyat dunia memerlukan satu struktur baru yang berasakan kekutaan kaum pekerja, buruh dan tani.

TENDER PELIK DI YAYASAN SELANGOR. UNTUK SIAPA?

BERIKUT ADALAH SATU TENDER YANG AMAT MENYELEWENG DIKELUARKAN OLEH YAYASAN SELANGOR PIMPINAN PENGURUS BESARNYA HAJI TAKRIL TASUKI.

Berapa besarkah nilai tender ini sehingga borangnya dijual pada harga RM2000.00 dan RM1500.00. Biasanya kerja yang bernilai berpuluh juta sahaja dijual pada harga sedemikian.

Bahawa setiap buah Asrama Yayasan tidak melebihi 300 pelajarnya atau kurang. Jika satu kepala RM11 sehari, anda kiralah sendiri. Layakkah harga kertas tender dijual begitu mahal?

Biasanya seorang petender akan memasuki tender pada satu tajuk dengan beberapa borang, biasanya 3 untuk memberi kemungkinan kejayaan yang lebih. Bagaimana jika satu tajuk 3 borang, maka bermakna RM6,000.00. Bagaimana jika 5 tajuk? RM15,000 dan kemungkinan gagal masih ada.

Menurut sumber di Yayasan, petender tidak akan dikembalikan wang membeli borang. Apakah puak-puak UMNO dalam Yayasan Selangor ini terlalu tidak pandai dan tidak mengerti apa itu konsep tender?

Apakah Yayasan Selangor menghalang orang ramai dari cuba berniaga di sana? Apakah sudah ditentukan akan kroni yang akan mendapat kerja ini. Jika harga kertas murah, ramai orang masuk, pening kepala? Berhenti dan letak jawatan sahajalah lebih baik.

Ilmu urusniaga manakah yang digunakan oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor ini?

Baru-baru ini Yayasan Selangor memutuskan membeli kenderaan baru bagi GM dan Timbalamnya. Diberitakan pembekalnya juga terdiri dari kroni Gm Takril Tasuki yang telah melubukkan kaum kerabatnya di sana. Pengurus Besar Pentadbiran adalah diberitakan anak saudaranya sendiri.

Exco Pendidikan Selangor Halimah Ali, bukalah mata anda. Dari dahulu bercerita tentang hub,hub,hub.
Masalah yang perlu dibetulkan terbiar begitu sahaja.

Pembongkaran Yayasan Selangor akan bersambung….

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang telah berdaftar dengan YAYASAN SELANGOR dan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA yang masih sah tempohnya dibawah Kepala 0 – Sub Kepala 8 – (Makanan Bermasak / Kantin, Makanan Bermasak dan Makanan Bermasak Islam) bagi menyertai tender berikut:

TAJUK TENDER : TAWARAN PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK DI ASRAMA PUSAT / KEM / PLKN YAYASAN SELANGOR

TEMPAT KERJA :

1. Asrama Tun Doktor Ismail, Kampong Pandan
2. Asrama Toh Puan Norashikin, Kampong Pandan
3. Asrama Yayasan Selangor Klang
4. Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam
5. Kem Bina Semangat, Ampang Pecah
6. Kem Latihan Khidmat Negara, Ampang Pecah

TARIKH BUKA : 17 November 2008 (Isnin)

TARIKH TUTUP : 28 November 2008 (Jumaat)

2. Dokumen tender boleh diperolehi pada waktu pejabat dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang mulai 17 November 2008 hingga 21 November 2008 di Unit Pentadbiran, Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia, Yayasan Selangor, Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor.

3. Dokumen tender boleh didapati dengan harga RM 2,000.00 satu set namun ianya hanya akan dikeluarkan kepada syarikat / wakil syarikat yang mengemukakan Sijil Daftar Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya dibawah Kepala 0 – Sub Kepala 8 – (Makanan Bermasak / Kantin, Makanan Bermasak dan Makanan Bermasak Islam).

4. Dokumen tender yang telahlengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender di Tingkat 18, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor sebelum jam 12 tengah hari pada 28 November 2008 (Jumaat). Tawaran yang lewat tidak akan diterima.

5. Satu sesi taklimat dan lawatan tapak akan diberikan kepada syarikat / Wakil Syarikat dan kehadiran syarikat / Wakil Syarikat adalah DIWAJIBKAN. Syarikat / Wakil Syarikat yang berminat dikehendaki menghadirkan diri pada masa, tarikh dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 17 November 2008
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang telah berdaftar dengan YAYASAN SELANGOR dan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA yang masih sah tempohntya dibawah Kepala 2 – Sub Kepala 2 – (Mencuci Bangunan, Membersih Kawasan dan Mengangkat Sampah) bagi menyertai tender berikut:

TAJUK TENDER : KERJA-KERJA PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DI BANGUNAN / INSTITUT / KEM YAYASAN SELANGOR

TEMPAT KERJA :

1. Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya
2. Bangunan Yayasan Selangor, Kampong Baru
3. Bangunan Yayasan Selangor, Bukit Bintang
4. Kem Bina Semangat / Program Latihan Khidmat Negara
5. Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS), Bagan Terap

TARIKH BUKA : 17 November 2008 (Isnin)

TARIKH TUTUP : 28 November 2008 (Jumaat)

2. Dokumen tender boleh diperolehi pada waktu pejabat dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang mulai 17 November 2008 hingga 21 November 2008 di Unit Pentadbiran, Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia, Yayasan Selangor, Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor.

3. Dokumen tender boleh didapati dengan harga RM 1,500.00 satu set namun ianya hanya akan dikeluarkan kepada syarikat / wakil syarikat yang mengemukakan Sijil Daftar Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya dibawah Kepala 2 – Sub Kepala 2 – (Mencuci Bangunan, Membersih Kawasan dan Mengangkat Sampah).

4. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender di Tingkat 18, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor sebelum jam 12 tengah hari pada 28 November 2008 (Jumaat). Tawaran yang lewat tidak akan diterima.

5. Satu sesi taklimat dan lawatan tapak akan diberikan kepada syarikat / Wakil Syarikat dan kehadiran syarikat / Wakil Syarikat adalah DIWAJIBKAN. Syarikat / Wakil Syarikat yang berminat dikehendaki menghadirkan diri pada masa, tarikh dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 17 November 2008
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor, No 18 Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya Selangor

20081009

Keputusan Abdullah baik untuk parti: Dr Mahathir

PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau gembira apabila jangkaannya bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan berundur sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, adalah silap.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau terperanjat apabila mendengar pengumuman Abdullah semalam bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan akan melepaskan teraju kepimpinan negara.

“Saya gembira kerana UMNO akan dapat dibina semula,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Dr Mahathir, yang selama ini begitu lantang meminta Abdullah berundur sejak pilihan raya umum 8 Mac lepas berkata, beliau berharap Abdullah tidak akan mengenakan sebarang sekatan dan halangan dalam tempoh peralihan kepimpinan itu.

Menjawab soalan sama ada beliau akan kembali menganggotai UMNO selepas Mac tahun depan, Dr Mahathir berkata, beliau akan berbuat demikian dengan syarat mereka yang meninggalkan parti itu bersama beliau, turut diterima semula.

Ditanya apakah yang perlu dilakukan oleh Abdullah mulai sekarang hingga Mac tahun depan, Dr Mahathir berkata: “Diam.”

Diminta mengulas tentang Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin yang berkemungkinan menjadi Perdana Menteri selepas ini, Dr Mahathir berkata, beliau tidak tertarik dengan prestasi Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri sekarang.

Beliau menyifatkan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri yang tidak cekap kerana tidak mempunyai pendirian sendiri dan sering mengikut nasihat Abdullah dan oleh itu, Najib perlu membuat perubahan apabila mengambil alih teraju kepimpinan negara kelak.

Mengenai orang yang berkemungkinan menjadi timbalan Najib, Dr Mahathir berkata, ia sepatutnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pesaing lain yang ada sekarang bagi mengisi jawatan Timbalan Presiden UMNO hanyalah 'pak lawak' semata-mata. - BERNAMA

20081006

Sengsara isteri mangsa ISA mencari sesuap rezeki untuk anak-anak

Anis Nazri | anisnazri@harakah.net.my

SANDAKAN, 26 Sept (Hrkh) - Menyara ibu bapa yang sudah berusia, dengan dua orang anak yang masih kecil, Hapipah Majid, terpaksa memikul tanggungjawab tersebut bersendirian setelah suaminya, Abu Bakar @ Zainon Rashid, ditahan ISA.

Sejak enam tahun lalu, Hapipah bertungkus-lumus menyara kehidupan mereka sekeluarga dengan pelbagai pekerjaan demi masa depan anak-anak. Apatah lagi, tugasnya sebagai seorang pendidik terpaksa dilupakannya kerana beliau adalah isteri tahanan ISA.

ImageSekolah swasta tempat beliau mengajar sebelum ini, bertindak memberhentikan beliau sejurus suaminya ditahan akta maha zalim itu.

Bermula saat hitam itu, Hapipah membulatkan tekad mengintai segala peluang bagi meneruskan kehidupan mereka anak-beranak.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tinosa Dua, Sandakan, Hapipah kelihatan tenang melayani pertanyaan Harakah berhubung kehidupannya setelah dipisahkan dari suami tercinta.

Mengimbau kembali detik enam tahun lalu, Hapipah ternyata memiliki kekuatan yang amat tinggi apabila berhadapan detik itu, yang saat itu beliau sedang hamil sembilan bulan.

Namun, hari demi hari beliau kembali bangkit meneruskan kehidupan demi masa depan anak-anak dan keluarganya. Kini, berbekalkan semangat jitu beliau mengambil peluang menjual ubat-ubatan bagi kelangsungan hidupnya.

ImageSempena Syawal yang bakal menjelma, Harakah mengambil peluang menyampaikan sumbangan pembaca Harakah menerusi tabung ISA yang ditubuhkan sejak April lalu kepada Hapipah.

Sumbangan tersebut disampaikan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman ketika mengunjunginya di rumah beliau, 23 Sept lalu. - mr_

20080908

MT UMNO bukan status qou untuk yang berjawatan sahaja

Kejayaan mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat tanpa bertanding menjadikan pembakar semangat kepada Zarkashi mengorak langkah lebih jauh lagi dalam aren politik UMNO.

Berbekalkan tekad untuk memastikan UMNO terus mara memperjuangkan asas dan tujuan penubuhannya terutama menganagkat agenda Melayu, beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti itu Disember depan.

“Saya percaya, ekoran cabaran semasa, kali ini perwakilan UMNO akan memberi peluang seluasnya kepada orang baru yang tidak berjawatan dalam kerajaan untuk menganggotai MT.

“MT perlu memperbaiki strategi ‘UMNO outreach’ nya (jangkauan) yang tidak lagi berkesan. Jangkauan UMNO mesti terkini untuk mendekati semua lapisan masyarakat khususnya anak muda, golongan kelas menengah, pelajar universiti, pekerja kilang, pemandu teksi, NGO NGO dajn juga kaum bukan Melayu yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang difaks kepaa Agendadaily hari Sabtu.

Dr Puad yang juga Ketua Penerangan UMNO Johor mula aktif dalam UMNO pada 1987 pernah menjadi Setiausaha Politik Menteri Besar Johor dari tahun 2000 hingga 2004 dan pernah memegang jawatan Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Johor.

Anak jati Batu Pahat itu berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) Sosiologi dari University of Hull United Kingdom (UK) pada 1998 dan pernah menjadi Presiden Kelab Penyokong UMNO United Kingdom pada 1995 dan Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Melayu Universiti Malaya pada 1980.

Beliau turut memberikan alasan untuk bertanding jawatan MT itu kerana mahukan konsep parti menguasai kerajaan diperkukuhkan dalam MT.

“Suara akar umbi perlu kuat dalam MT agar dasar utama negara tiak meminggirkan agenda Melayu seperti yang termaktu dalam Perlembagaan Persekutuan.

“MT bukan lagi status quo kepada mereka yang berjawatan dalam kerajaan sahaja tetapi perlu diimbangi oleh mereka yang berani menyatakan keresahan akar umbi,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan, UMNO perlu bergerak berdasarkan kekuatan hujah dan bukannya emosi ketika berdepan masyarakat.

"Saya sedia memikul tanggungjawab, menyumbang fikiran dan tenaga dalam perkara ini jika diberi peluang menganggotai MT," katanya. – 6/9/2008


20080905

Bajet untuk semua

Salam Ramadhan untuk semua. Harapan saya agar kita semua diberi kekuatan dan ketabahan dalam menjalani ibadat puasa pada tahun ini. Bagaikan rahmat Allah yang dijanjikan, dua hari sebelum kita semua berpuasa, Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membentangkan Bajet 2009 yang saya anggap sebagai satu bajet untuk kita semua.

Jika dilihat dari segi perspektif kementerian saya, kesediaan kerajaan memperuntukkan belanjawan besar bagi membina kemudahan dan infrastruktur di luar bandar, termasuk Sabah dan Sarawak membuktikan keprihatinan kerajaan dalam mensejahterakan penduduk di kawasan berkenaan.Bercakap tentang Sabah dan Sarawak, kerajaan terus memberi penekanan dari segi kemudahan pasarana walaupun sesetengah kawasan terutama di Sabah dan Sarawak didapati tidak begitu praktikal bagi membina kemudahan jalan raya, membekalkan bekalan elektrik dan air bersih kerana bilangan penduduknya tidak ramai tetapi kerajaan tetap menyediakannya bagi memastikan mereka turut menikmati kemudahan itu.

Kementerian memberi jaminan akan memastikan peruntukan RM8.1 bilion itu digunakan sebaik mungkin terutama dalam usaha kita mengecilkan jurang kemudahan yang diterima penduduk Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung.

Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi peruntukan yang terbesar kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan peruntukan sejumlah RM8.1 bilion, membabitkan RM3 bilion kepada Sabah, RM3.3 bilion (Sarawak) dan RM1.8 bilion (Semenanjung).

Muhammad Muhd Taib

20080819

Saranan harga siling untuk minyak

Aspirasi kerajaan Malaysia untuk meringankan beban subsidi petroleum negara buat masa ini terpaksa diterima oleh rakyat. Rata-ratanya rakyat masih mengeluh dengan lonjakan harga petrol dan diesel yang tinggi.

Buat masa ini nampaknya kerajaan tetap mempertahankan keputusan tidak popular mengurangkan subsidi. Pada masa yang sama harga petroleum dunia mula menunjukkan trend menurun.

Oleh itu, wajar bagi rakyat mengharapkan sedikit penurunan harga bahan api.

Komitmen terbaru kerajaan untuk menetapkan harga petrol dan diesel setiap bulan bermula 1 September sangatlah dialu-alukan oleh rakyat agar harga runcit bahan itu berkadaran terus dengan harga di pasaran dunia.

Pada masa yang sama kerajaan wajar melihat satu aspek pengurangan harga lagi yang tidak melibatkan kos kepada kerajaan iaitu konsep harga syiling.

Konsep harga siling boleh digunakan oleh kerajaan bagi petrol dan diesel apabila syarikat penjual petroleum sendiri menetapkan harga masing-masing selepas menerima subsidi tetap kerajaan.

Oleh itu ia akan mewujudkan satu suasana persaingan yang sihat. Petronas misalnya boleh menjual pada harga RM2.699 seliter petrol berbanding harga sekarang.

Syarikat-syarikat lain juga boleh mengurangkan harga atau masih mengekalkan tahap harga siling.

Pemilik stesen minyak juga boleh menggunakan strategi pengurangan harga untuk menarik pelanggan dengan mengurangkan kadar keuntungan mereka.

Akhirnya, kerajaan masih mengekalkan jumlah subsidi, manakala pengguna mendapat faedah daripada persaingan sihat antara peniaga.

Sebagai contoh, sebuah stesen minyak boleh mengurangkan harga kepada RM2.695 jika pembeli membayar dengan tunai dan mengekalkan harga pada RM2.704 untuk petrol bagi pembeli yang membayar menggunakan kredit kad.

Strategi ini akan menggalakkan pembeli menggunakan tunai yang akan membantu aliran tunai peniaga stesen minyak.

Jumlah jualan tunai yang tinggi dengan pengurangan kadar keuntungan mungkin menjadi pilihan sebahagian peniaga berbanding kadar keuntungan lebih tinggi dengan jumlah jualan yang kurang.

Secara umumnya, kerajaan perlu meneliti setiap ruang atau peluang yang dapat membantu meringankan beban rakyat.

Pada hemat saya, konsep ini wajar diberikan perhatian oleh kerajaan kerana ia telah menyatakan kemungkinan untuk harga bahan petroleum dijual pada harga sebenar satu masa kelak.

Oleh itu, konsep harga syiling wajar diperkenalkan secepat mungkin agar ia menjadi satu amalan biasa di kalangan pengguna dan peniaga yang terlibat.

Saya yakin kerajaan akan mempertimbangkan cadangan yang membawa kebaikan kepada rakyat.

Kita boleh cuba membuat satu tempoh percubaan untuk melihat kesan pelaksanaannya atau mencuba konsep ini dalam skala kecil sebelum diperluaskan jika berjaya membawa manfaat kepada rakyat.

TPM: Akta DNA bukan untuk Anwar

Timbalan perdana menteri membidas pembangkang yang mengaitkan pembentangan Rang Undang-Undang Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Dewan Rakyat ada kaitannya dengan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini calon PKR dalam pilihanraya kecil yang sedang berlangsung.

anwar ibrahim and dna testingDatuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut menafikan dakwaan pembangkang bahawa akta itu mempunyai konspirasi politik, lapor Bernama.

"Apa-apa yang kita buatpun, dia (pembangkang) dakwa ada kaitan dengan pilihanraya dan ada konspirasi politik itu.

"Itu adalah perkara biasa tetapi sebenarnya akta ini dah lama disediakan, cuma belum dibentangkan," katanya selepas melawat bilik gerakan BN Sama Gagah dalam kawasan pilihanraya kecil Permatang Pauh

Rang Undang-undang DNA itu dibentang untuk bacaan kali pertama hari ini dan dijangka diluluskan pada sesi Dewan Rakyatyang sedang berlangsung sekarang.

Najib dminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa pembentangan tiba-tiba rang undang-undang itu berkaitan dengan pilihanraya kecil itu 26 Ogos.

Pada pilihanraya itu, Anwar bersaing dengan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

20080818

Sumpah Saiful Untuk Jatuhkan Anwar, Kata Dr Wan Azizah

BUKIT MERTAJAM, 16 Ogos (Bernama) -- Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan semata-mata bertujuan menjatuhkan maruah dan karier politik suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, bekas pembantu peribadi kepada Penasihat PKR itu sengaja menimbulkan perkara itu bagi menghalang hasrat suaminya itu daripada memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya kecil 26 Ogos ini.

"Sumpah banyak kali pun, tetapi kalau tiada bukti dan doktor dah sah tiada apa-apa, sumpah dia tak boleh dipakai," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon pilihan raya kecil itu di Dewan Aminuddin Baki di Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini Sabtu.

Beliau turut mendakwa Mohd Saiful Bukhari tidak mengetahui tujuan sebenarnya dia bersumpah.

Semalam Saiful Bukhari membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dengan mendakwa Anwar telah meliwat dirinya dalam keadaan paksaan.

Mengenai peluang Anwar untuk memenangi kerusi Parlimen itu, Dr Wan Azizah berkata beliau yakin dengan sokongan daripada penyokongnya, Anwar akan memenangi kerusi itu.

"Dahulu, saya yang menjaga mereka...sekarang kita tawarkan khidmat itu sekali lagi, insyAllah akan menang dan akan pertahankan kerusi Permatang Pauh.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Anwar, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya Datuk Arif Shah Omar Shah, dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat.

-- BERNAMA

Anwar Dakwa BN Akan Guna Dua Strategi Untuk Kurangkan Undi Majoritinya

BUKIT MERTAJAM, 16 Ogos (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa Barisan Nasional(BN) akan menggunakan dua strategi kotor bagi mengurangkan undi majoritinya pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

BN akan berkempen dari rumah ke rumah meminta para penduduk di Permatang Pauh agar tidak keluar mengundi pada 26 Ogos ini kerana kononnya beliau telahpun menang pada pilihan raya kecil itu, katanya semasa berucap pada majlis jamuan petang di Kampung Bagan Serai di sini hari ini.

"Selain itu, BN juga akan memberi RM500 kepada para pengundi supaya tidak mengundi Anwar Ibrahim.

Pesan saya, ambil itu duit RM500 tapi bila undi diam-diam kasi pangkah saya," katanya sambil disambut gelak-ketawa hampir 100 penduduk kampung yang majoritinya terdiri daripada pengundi India.

Anwar turut mengulangi janji Pakatan Rakyat bahawa "hari ini bentuk kerajaan, esok harga minyak turun RM0.70" serta akan membebaskan kesemua lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini ditahan di Kem Kamunting, Taiping sebaik Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

"Sebagai seorang Islam, jika hari ini Pakatan Rakyat bentuk kerajaan, esok juga semua tahanan ISA yang beragama Islam akan dibebaskan juga," katanya.

Pilihan raya kecil 26 Ogos menyaksikan pertandingan tiga penjuru diantara Anwar, calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dan Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat.

-- BERNAMA

20080813

Tiga ciri calon untuk saingi Anwar di Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM: Seorang bekas pemimpin Umno Bahagian Permatang Pauh menyenaraikan tiga ciri utama yang harus ada pada calon Barisan Nasional untuk menyaingi Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Pertamanya calon BN itu mestilah mampu meredah semua kawasan dan tempat tumpuan anakanak muda di Permatang Pauh kerana kebanyakan mereka ini adalah pengundi atas pagar.

Keduanya, calon BN itu mestilah orang yang berpengaruh dan tahu semua rahsia dan strategi politik Anwar.

Ketiganya, calon BN itu mestilah mempunyai rekod yang baik dan tidak mempunyai masalah dengan kawan dan lawan di Permatang Pauh.

"Di Permatang Pauh ini masih ramai pengundi atas pagar, dan mereka akan memilih calon, bukannya parti," kata bekas pemimpin bahagian itu, yang enggan namanya disiarkan.

Katanya daripada 58,459 pemilih berdaftar di Permatang Pauh, 40 peratus berusia 40 tahun ke bawah dan kebanyakan mereka bukan anggota manamana parti politik.

"Jika kita memilih calon yang tepat, Umno mempunyai peluang 50-50 menewaskan Anwar," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan setelah isteri Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding. Penamaan calon ialah pada Jumaat ini. BERNAMA

20080617

Hadiah untuk Sabah

Subky Abdul Latif

Perdana Menteri yang berkunjung ke Sabah dua hari hujung Mei menganugerahkan 13 inisiatif yang dianggap sebahagian hadiah untuk Sabah dan penduduknya.

Saya tidak berhajat untuk memperincikan 13 perkara itu yang diberi dengan tiba-tiba.

Apakah yang diberi itu sudah memadai untuk Sabah atau ia suatu yang lebih dari sepatutnya atau tidak memadai?

Apakah yang diberi oleh Perdana Menteri itu adalah suatu yang menjadi hak untuk Sabah atau ia suatu pemberian istimewa untuknya disebabkan oleh sesuatu keadaan yang perlu dibuat begitu?

Apa pun mengapa baru sekarang sesudah Sabah merdeka melalui Malaysia sejak tahun 1963 hadiah 13 perkara itu diberikan? Mengapa tidak dulu? Mengapa tidak diberi 20 tahun lalu atau sepuluh tahun lalu atau sebelum pilihan raya lalu?

Jika apa yang diberi itu memang hak Sabah dan ia memang patut memperolehinya, mengapa baru sekarang ia diberi? Mengapa selepas pilihan raya umum ke-12 yang keputusannya diketahui semua, maka baru Perdana Menteri pergi ke Sabah mengumumkan perkara itu.

Semua tahu bahawa Sabah memberikan hadiah kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya lalu memungkin ia membentuk semula Kerajaan Pusat. Hadiah yang sama diberikan oleh Sarawak.

Jika kedua wilayah itu tidak memberi pakejnya kepada BN, tidak diketahui nasib Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Keduanya masih boleh menang mudah dalam pilihan raya itu, tetapi kemenangan itu boleh memberinya nasib yang sama seperti Mahadhir Khalid, Tajol Rosli dan Dr. Khir Toyo di Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Sekalipun Sabah dan Sarawak sudah membantu kemenangan BN, tetapi timbul pula gempar MP dari negeri itu menimbang untuk bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan alternatif menggantikan pemimpin kerajaan yang dilihat rapuh sekarang.

Dua orang Sabah yang ditawarkan Timbalan Menteri menolak setelah diumumkan terpaksa digantikan dua orang MP Sabah yang lain. Berikutnya secara tergesa-gesa jawatan Speaker Dewan Rakyat yang sedang ditunggu oleh Tan Sri Ramli Ngah Talib untuk diberikan semula kepadanya diberikan kepada orang Sabah, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ramli Ngah Talib baru saja diinterbiu media tentang kesediaannya jika dipilih semula. Dia menyatakan kesediaan dan dia pun dipercayai mengharapkan dipilih semula. Rasanya dia akan dipilih semula. Tetapi sepulangnya Perdana Menteri dari Sabah, kerusi itu tidak diberi lagi kepadanya, kerana ia dihadiahkan kepada orang Sabah.

Suara dari Sabah terus menyuarakan rasa tidak puas hati bilangan menteri yang diberi kepadanya, sedang mereka menyebut sebuah negeri yang MP-nya tidak sebesar Sabah diberi tujuh menteri. Suara dari Sabah itu benar-benar membimbangkan kerajaan BN, maka kunjungan segera sekali lagi ke Sabah, Perdana Menteri memberi tambahan hadiah lagi.

Tidak dapat dipastikan adakah suara dari Sabah itu satu amaran atau satu peras ugut, tetapi yang dapat dikatakan, hadiah itu belum tentu ditawarkan kiranya tidak gempar yang dibuat oleh Anwar Ibrahim dan tidak suara keras dari beberapa MP Sabah.

Sarawak sudah tentu melihat dengan penuh minat terhadap apa yang diberi kepada Sabah itu. Apakah memadai orang dari negerinya ditawarkan Timbalan Speaker dan ketua Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen?

Apa pun Sarawak tentu mahukan haknya jika apa yang mereka rasa mereka juga patut dapat hadiah belum diberi. Tidaklah patut Sabah diberi hadiah, maka Sarawak dibiarkan ternganga saja. Jika hak itu tidak diberi, maka tidak mustahil ada yang dalam diam-diam mencari Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri yang dilihat kepanasan itu akan ke Kuching pula lepas ini untuk membuat hadiah kiranya hadiah belum diberi kepada mereka.

Jika apa yang diberi adalah hak mereka, dan kerana hak itu tidak diberikan selama ini, maka patutlah hak itu diberikan. Dan kalau ia memang hak mereka, apa jadahnya maka ia ditangguhkan selama ini?

Jika demikian benarlah dakwaan, kerajaan BN pimpinan Umno tidak memberikan keadilan kepada semua.

Tetapi kalau keadilan itu sudah dipenuhi, dan semua telah mendapat haknya, maka apa yang hendak dikata kepada pemberian di Sabah itu? Tidakkah pemberian itu dibuat atas peras ugut yang dihadapi?

Saya sekadar hendak menyebutkan satu dari hadiah itu. Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang diwujudkan sejak Sabah ditadbir pembangkang PBS dulu dimansuhkan kerana orang Sabah tidak suka sangat padanya.

Jika jabatan itu dimansuhkan untuk Sabah, maka apa alasan ia mesti dikekalkan di Kelantan. Dan mungkin di lain-lain negeri bukan BN. Ia adalah seperti satu pentadbiran kerajaan dalam kerajaan. Jika ia dibatalkan di Sabah, maka ia juga patut dipanggil pulang dari Kota Bharu. Ia tidak patut ada di mana-mana negeri.

Sabah mungkin boleh berpuas hati, tetapi cara pemberian itu dibuat jelas menunjukkan Kerajaan Pusat sangat tertekan. Belum jelas pemberian itu kerana Sabah patut diberi haknya, tetapi lebih disebabkan takut Sabah hilang dari pengaruh BN.- tajdid _

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com