Showing posts with label Dua. Show all posts
Showing posts with label Dua. Show all posts

20090318

Sidang DUN Sivakumar Macam Kerajaan Pasir Dua Butir Daaa…

Sehingga berita ini ditulis,”Arwah” MB Perak,Nizar Jamaluddin dan Speaker DUN Perak, V Sivakumar masih gagal memasuki Bangunan Dewan Undangan Negeri.Berita ini disahkan oleh Malaysiakini dan juga Tukang Jual Lambang Lelaki Sejati,Harakahdaily.

Ternyata, menurut hemat penulis, pihak pembangkang akan memainkan beberapa isu:

1.Polis tidak demokratik kerana menutup DUN dari dimasuki oleh wakil rakyat

2.Wakil rakyat adalah suara rakyat,maka tindakan polis dan kerajaan negeri menutup mulut rakyat

3.Kerajaan BN yang bertanggungjawab mengarahkan halangan terhadap “Arwah” MB Perak dan Speaker DUN Perak.

Pada pukul 10.15 dikatakan wakil rakyat pembangkang sedang berhimpun di luar pagar untuk mengadakan sidang ter”gempar”. Memang ia menggemparkan kerana ia laksana seperti sidang pemerintahan negeri Pasir Dua Butir,Filem Laksamana Do Re Mi sahaja yang beratapkan daun-daun pokok.

negeri-pasir-dua-butir

Beginilah gamaknya,V Sivakumar dan rakan-rakan mengadakan Sidang ter”gempaq” DUN Perak di bawah sepohon pokok di sebelah Bangunan Darul Ridzuan umpama kabinet Kerajaan Pasir Dua Butir Laksamana Do Re Mi.Memang lawak zam-zam ala kazam Nizar dan rakan-rakan!

Namun, harus diingat bahawa jikalau ada keputusan dari persidangan ini,ia tidak sah, kerana mengikut tafsiran pembangkang sewaktu menolak perlantikan MB Zambry,ia mesti dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri.Mereka menganggap perlantikan Zambry tidak sah kononnya ia dilakukan di luar DUN, dan apa yang mereka cuba lakukan pada hari ini sebenarnya menempelak tindakan mereka sendiri menolak MB Zambry.

PAS sedang menggambarkan bahawa peristiwa ini berlaku angkara Barisan Nasional.Tetapi persepektif ini tidak tepat.Ia bukan MB Zambry menentang Speaker DUN tetapi di antara Kerajaan Negeri Perak di bawah naungan Sultan Azlan Shah dan pelaksananya,SUK Negeri Perak.

Cubaan untuk menggambarkan perkara ini oleh Harakah Pengiklan Terbesar Minyak Maharaja adalah salah.Sekarang ini, birokrat Perak telah menyingsing lengan untuk bertempur dengan “kerajaan haram” Pakatan Rakyat.

En. Abdullah Antong Sabri, Setiausaha Speaker DUN, dipecat dan digantikan dengan Misbahul Munir Masduki.Tetapi, kita tidak yakin bahawa kerajaan negeri akan membayar gaji kepada Misbahul Munir.

pasolalwndo

Sivakumar dan Nizar macam Menteri Pasola yang menderhaka.Adakah SUK dan pegawai-pegawai kerajaan negeri Perak akan berjaya seperti Do mengalahkan Menteri Pasola yang durhaka ini?

Seperkara lagi yang harus diingat oleh V Sivakumar dan rakan-rakan.Usul undi percaya terhadap Nizar hanya oleh wakil rakyat DAP,PKR dan PAS.Dan lebih kelakar lagi apabila mereka ini membubarkan DUN Perak.

Masalahnya, adakah SPR akan menerima perintah ini?Adakah Sultan akan berkenan dengan pembubaran DUN ala-ala negeri Pasir Dua Butir ini?Peruntukan manakah yang akan digunakan untuk mengadakan pilihanraya semula?Dari kocek Nizar?Lelong Camry?

Siapa yang akan mengundi?Adakah rakyat Perak akan turun mengundi?Kalau SPR tak setuju, adakah Nizar boleh cari tong sampah untuk ganti peti undi?Beranikah SPR bersetuju dengan mengadakan pilihanraya tanpa izin Sultan?

Siapa yang akan kirakan undian?Unit Amal?Pemuda DAP?AMK?

Bagi penulis, semakin degil Nizar dalam isu ini, semakin kelakar jadinya politik Perak.Nasihat penulis, hentikanlah lawak-lawak ala-ala Laksamana Doremi zam-zam alakazam ini.

Penulis juga ingin menasihatkan V. Sivakumar agar meletakkan jawatan sebagai Speaker.Mungkin tersiratnya setelah,”DUN dibubarkan” barangkali jawatan Speaker pun sudah terlucut dari Sivakumar dan wakil-wakil rakyat PR pun bukanlah wakil rakyat?

Oleh itu, kita menggesa Sivakumar agar meletakkan jawatan secara rasmi supaya nasib rakyat dan negeri Perak bakal terbela.

maharajazhou

20090311

Dua Pilihanraya Kecil: Tekanan Baru Untuk BN

Pengosongan kerusi oleh dua ADUN PKR di Perak tidak perlu menimbulkan panik bagi penyokong PR. Kerajaan Perak pimpinan PR belum tumbang dengan pengosongan tersebut.

Pertarungan akan berlaku dalam tempoh enam puluh hari. Lebih kurang sama tempoh dengan Perhimpunan Agung UMNO pada 24 hingga 28 Mac depan. Mungkin tarikh pilihanraya datang lebih awal ketika UMNO sedang sibuk dengan urusan rumahtangganya.

Jika PR memenangi kedua-dua kerusi ini, tentunya kedudukan Kerajaan Perak tidak lagi dapat dipertikaikan oleh UMNO/BN. Cubaan menggugat dan menggigit Kerajaan PR pilihan rakyat tidak lagi timbul. Segala onar diskriminasi jahat yang berlangsung kini, termasuk pengumuman oleh Zahid Hamidi tentang pegawai Persekutuan tidak boleh 'berhubung' dengan Kerajaan Negeri akan dengan sendirinya terpukul.

Isu dan propaganda yang dihadapkan ke atas Kerajaan Perak juga berpeluang dijelaskan sewaktu pilihanraya kecil nanti berlangsung.

Jika PR menang satu dan tewas satu, kelebihan masih lagi berpihak kepada PR.

Terpulang kepada penyokong PR untuk bekerja keras mengekalkan kedua kerusi ini. Saya yakin, dengan situasi semasa, Insya Allah, segala agenda kotor BN boleh dipatahkan.

Anda mungkin bertanya apa perbezaan antara langkah yang diambil oleh ADUN Bota dengan pengurungan dua ADUN PKR oleh pihak atasan yang terdesak? Jawabnya ialah kerelaan.

Selepas ADUN Bota mengumumkan menyertai PKR, beliau bebas bergerak ke sana ke mari tanpa perlu dikurung. Ini kerana keputusan itu dibuat atas kerelaan sendiri tanpa paksaan.

Dua ADUN PKR pula hilang, tak dapaat dihubungi, mungkin diugut, mungkin dipaksa dan di blackmailkan. Unsur kerelaan tidak nampak wujud. Ia dengan itu tidak terhormat. Penuh putar belit cara biasa BN.

Di Behrang, calon BN dari MIC, Dato M Ramasamy, dulunya kalah dengan 1,027 undi dan 1,102 undi di Cangkat Jering.

Adakah BN akan mengisi calon mereka dengan dua bekas ADUN yang mereka sendiri pernah katakan terlibat dengan rasuah? Jika ya, bagaimana dengan pertuduhan yang dihadapi oleh mereka? Adakah Kerajaan BN akan gugurkan?

Moralnya, PR sudah berada di hadapan. BN lebih defensif. Najib lebih terpukul jika benar ini adalah pelan beliau dan BN tewas. Sekali lagi, adakah unsur dalaman UMNO sendiri sedang cuba mengepung Najib tanpa disedari?

UMNO/BN lebih tertekan.

Ia mungkin sengit. Namun, ketabahan dan semangat jitu Pakatan Rakyat mampu memenangkan Pakatan, Insya Allah!

cetusan-hati.blogspot.com

20090221

DUA PELOMPAT MUNCUL DI MAHKAMAH SESYEN IPOH

IPOH (19 Feb) : ADUN Changkat Jering, Kapt Bersara Osman Jailu muncul di Mahkamah Sesyen Ipoh, pagi ini untuk membatalkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal hadirkan diri untuk sebutan kes rasuah terhadapnya di mahkamah Selasa lepas.
Osman muncul jam 8.50 pagi dengan ditemani sahabat karibnya Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi.

Kelmarin, ADUN Titi Serong melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya siasatan rapi dilakukan keatas mereka berdua termasuk ADUN Jelapang, Hee Yit Fong kerana disyaki terlibat dengan sogokan sejumlah wang sehingga mereka melompat parti. END

20090104

Kuala Terengganu : Dua ketua bahagian berentap

PAS menamatkan teka teki dengan mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Wakaf Mempelam Mohd Abdul Wahid Endot sebagai calonnya untuk berentap dengan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat pengumuman berkenaan di Stadium Negeri di Batu Burok,Kuala Terengganu Khamis malam setelah timbul pelbagai spekulasi termasuk pergeseran antara pimpinan parti itu mengenai pemilihan calon.


Mohd Abdul Wahid Endot,52 yang namanya tidak terlintas langsung dalam segala teka teki ialah Ketua Bahagian PAS Kuala Terengganu dan sudah lima penggal menjadi ADUN.

Ia akan merupakan pertandingan antara dua Ketua Bahagian memandangan Wan Farid juga adalah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

Apa yang membuat para pemerhati politik tertarik ialah kenyataan Hadi semasa membuat pengumuman itu dimana beliau tegas memberitahu calon itu ‘ adalah pilihannya sendiri’.

Katanya keputusan itu mendapat restu dari Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sebelum ini mahu Naib Presiden PAS Mohamad Sabu yang tewas semasa pilihanraya umum Mac 2008 bertanding semula di situ.

Sebelum ini tumpuan spekulasi ialah pada ADUN Batu Burok ,Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, yang pernah jadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Kelewatan PAS mengumumkan calonnya iaitu 11 hari selepas BN mengumumkan nama Wan Farid telah menjadi buah mulut ramai.

Ini lebih-lebih lagi adanya tanda-tanda wujud pergeseran dalam memilih calon diantara puak Erdogan dalam PAS yakni yang pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan golongan yang tidak mahu mereka dilihat berada dibawah telunjuk Penasihat PKR itu.

Apapun senario menjelang pilihanraya ini pasti menjanjikan suasana yang mendebarkan mengenangkan perbezaan undi 628 yang dimenangi oleh calon BN Allahyarham Datuk Razali Ismail.

20081204

Dua Senator dilantik semula

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Dua senator yang dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi satu penggal lagi, hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh.

Menurut agensi berita mereka ialah Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak yang juga seorang peguam, Dato'Idris Buang dan Exco Wanita Umno Wan Hazani Wan Mohd Nor.

Wan Hazani, 57, adalah juga Ketua Wanita Umno Kelantan.

Abdul Hamid dalam satu kenyataannyaberharap mereka dapat meneruskan perkhidmatan dengan bertanggungjawab dan jujur dalam memelihara dan mempertahankan perlembagaan negara.-Hrkh _

20081119

Saksi: Dua bekas Menteri Sabah turut terima bayaran

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Bekas Pengarah Briskmark Enterprise Sdn. Bhd., memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dua bekas Menteri Kabinet Sabah adalah antara yang menerima rasuah daripadanya untuk kelulusan transaksi saham pada 1996.

Dalam kenyataan amaran yang dirakamkan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Wasli Mohd. Said telah menyebut mengenai pembayaran tersebut kepada bekas menteri berkenaan dan kesemua Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).

Pada 16 Jun lepas, Wasli memberitahu mahkamah bahawa Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, mengarahkan pembayaran RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik Kerajaan Negeri Sabah itu kepada ejen pilihannya pada 1996.

Disoal balas oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdulah, Wasli, bekas Pengurus Besar LKTNS, menjelaskan antara mereka yang beliau beri suapan ialah Tan Sri Kasitah Gaddam, walaupun tidak menyebut nama-nama penerima dalam laporan polisnya.

Saksi itu berkata, beliau membuat laporan di Balai Polis Kota Kinabalu pada 20 Disember 1999 sebaik sahaja beliau keluar dari Hospital Queen Elizabeth.

Katanya, dalam laporan itu beliau menyatakan bahawa beliau telah ditahan pada 7 hingga 17 Disember 1999 bagi membantu siasatan BPR terhadap dakwaan rasuah dalam penjualan 16.8 juta saham Sapi Plantation kepada Briskmark.

Wasli memberitahu mahkamah bahawa dalam laporan polis itu, beliau menarik balik beberapa maklumat yang dinyatakan dalam kenyataan amarannya kerana pegawai BPR memukul dan mengugutnya semasa dalam tahanan.

"Walaupun laporan polis untuk menarik balik beberapa maklumat dalam kenyataan amaran saya, ia tidak bermakna kesemua kandungan kenyataan itu tidak benar," katanya.

Ditanya oleh peguam Muhammad Shafee, yang mewakili Kasitah, sama ada pegawai BPR memaksanya mengaitkan bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi (Kasitah) itu dengan dakwaan rasuah, Wasli tidak bersetuju.

Beliau berkata demikian pada perbicaraan Kasitah yang didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi LKTNS untuk kepentingan kewangannya dengan mengambil bahagian dalam membuat keputusan meluluskan penjualan 16.8 juta saham Sapi Plantations yang dipegang oleh lembaga itu kepada Briskmark.

Kasitah, 60, juga didakwa menipu LKTNS dengan tidak mengumumkan tawaran PPB Oils Palms Sdn. Bhd., untuk memperuntukkan lima saham syarikat itu bagi setiap saham Sapi Plantations dalam cadangan PPB untuk disenaraikan pada Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE), kini Bursa Malaysia.

Wasli juga memberitahu mahkamah, sehingga ini polis belum menyoalnya berhubung laporan polis terhadap BPR.

Menjawab soalan lain, Wasli berkata, beliau menghadapi tujuh tuduhan rasuah, dua di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan lima di Kota Kinabalu.

Antara pertuduhan di Kota Kinabalu ialah dia didakwa memberi rasuah kepada Kasitah dengan 3.36 juta saham Sapi Plantations sebagai hadiah.

Dia juga menghadapi 95 tuduhan pengubahan wang haram yang semuanya bernilai RM23.6 juta dan didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.

Saksi itu memberitahu mahkamah bahawa perbicaraan semua kesnya itu belum bermula sejak dia didakwa pada 2004.

Perbicaraan di hadapan Hakim Suraya Othman disambung esok.

- Bernama

20080818

Anwar Dakwa BN Akan Guna Dua Strategi Untuk Kurangkan Undi Majoritinya

BUKIT MERTAJAM, 16 Ogos (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa Barisan Nasional(BN) akan menggunakan dua strategi kotor bagi mengurangkan undi majoritinya pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

BN akan berkempen dari rumah ke rumah meminta para penduduk di Permatang Pauh agar tidak keluar mengundi pada 26 Ogos ini kerana kononnya beliau telahpun menang pada pilihan raya kecil itu, katanya semasa berucap pada majlis jamuan petang di Kampung Bagan Serai di sini hari ini.

"Selain itu, BN juga akan memberi RM500 kepada para pengundi supaya tidak mengundi Anwar Ibrahim.

Pesan saya, ambil itu duit RM500 tapi bila undi diam-diam kasi pangkah saya," katanya sambil disambut gelak-ketawa hampir 100 penduduk kampung yang majoritinya terdiri daripada pengundi India.

Anwar turut mengulangi janji Pakatan Rakyat bahawa "hari ini bentuk kerajaan, esok harga minyak turun RM0.70" serta akan membebaskan kesemua lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini ditahan di Kem Kamunting, Taiping sebaik Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

"Sebagai seorang Islam, jika hari ini Pakatan Rakyat bentuk kerajaan, esok juga semua tahanan ISA yang beragama Islam akan dibebaskan juga," katanya.

Pilihan raya kecil 26 Ogos menyaksikan pertandingan tiga penjuru diantara Anwar, calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dan Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat.

-- BERNAMA

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com