20100219

Tiada kesan cekik pada Beng Hock - Pakar patologi

19/02/2010 2:52pm

SHAH ALAM 19 Feb. – Pakar patologi yang menjalankan bedah siasat kedua terhadap Teoh Beng Hock hari ini mengesahkan tiada kesan cekik dijumpai pada leher mayat Setiausaha Politik Exco Selangor itu.

Ketua Unit Patologi Hospital Sungai Buloh, Dr. Shahidan Md. Nor berkata, kesan kecederaan pada bahagian punggung dan dubur pula konsisten disebabkan terjatuh dari tempat tinggi.

Beliau yang memberi keterangan di Mahkamah Koroner di sini turut bersetuju dengan pendapat dua pakar patologi, Dr. Khairul Azman Ibrahim dan Dr. Prashant Naresh Samberker bahawa Beng Hock meninggal dunia akibat kecederaan berganda kerana terjatuh dari tempat tinggi. – Utusan

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com