Showing posts with label Muhammad. Show all posts
Showing posts with label Muhammad. Show all posts

20090104

ANTARA KAPTEN ZAHAR, KHIR TOYO, MUHAMMAD TAIB DAN PAS

Ada beberapa perkara yang menarik dari tindakan kapten(B),Datuk Zahar Hashim bekas Ketua UMNO Bahagian Petling Jaya Selatan menyertai Pas.

Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo meanggap tindakan itu akan memberikan implikasi kepada UMNO yang kini sedang dalam persediaaan menghadapi pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Bagaimanapun Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Muhammad Taib memperkecil Zahar dengan mendakwa bahawa Pas menerima orang yang semangnya tidak dikehendaki lagi oleh UMNO.


Kapten Zahar mempersoalkan kenaapa kerajaan melantik Pengerusi Perhubungan UMNO itu menjadi Senator dan seterusnya menjadi Menteri sedangkan semua orang tahu beliau mempunai rekord buruk.

"Tidak ada orang lainkah,siapa yang tidak tahu kes beliau",katanya.



Kenyataan kenyataan ini mendedahkan dalam kem siapakah Zahar berada di UMNO Selangor. Lebih jelas lagi apabila Zahar mendakwa Muhammad bersama beberapa Ketua UMNO bahagian di Selangor telah menemui Perdana Menteri melobi jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO bagi menggantikan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Zahar juga menapikan bahawa beliau menggunakan kedudukannya dalam UMNO untuk kepentingan peribadi sebaliknya harta yang dimiliknya dikumpul sebelum menyertai parti itu.

Memang dari segi pertimbangan moral berasaskan kepada rekordnya,Tan Sri Muhammad Taib tidak wajar menjadi Senator dan Menteri tetapi bagi Zahar mendakwa dirinya keluar dari UMNO bukan kerana kepentingan diri adalah suatu percubaan untuk berlindung di sebalik sehelai lalang.

Tindakan Zahar keluar dari UMNO dan menyertai Pas adalah lebih bersifat hendak membalas dendam kerana sebab sebab yang Zahar sendiri lebih maklum.

Orang yang sebenar sayang kepada parti bila tak dapat sesuatu,kecewa dan tidak bersetuju dengan dasar tidak akan menyertai parti pembangkang seperti Tun Dr. Mahathir. Beliau keluar dari parti tetapi tidak menyertai parti lain malah bila dipecat dari UMNO semasa Almarhom Tun Abdul Rahman,Mahathir hanya merajuk sahaja,tidak aktif.


Sebenarnya Zahar tidak boleh dianggap sebagai seorang yang mempunyai maruah politik. Pas telah menerimanya kerana sesoai dengan keadaan semasa bukan kerana beliau berpotensi. Taraf moral kapten ini sama sahaja dengan Anwar Ibrahim yang sekarang sedang menutop dosa dosanya dengan menuding jari kepada semua pemimpin UMNO sebagai penerima rasuah .

Nak tahu saamada Anwar bersih atau tidak tanyalah dengan ahli ahli UMNO yang tetap setia kepada UMNO walaupun telah banyak menerima habuan dari Anwar atau pun bertanya kepada rakan rakan Anwar yang melarikan diri keluar negara dan masih membantu Anwar.



Generasi baru barangkali tidak tahu berapa ramai kroni Anwar Ibrahim yang telah menjadi kaya raya,hidop mewah di luar negara dan sebagainya.

Polis kenal pasti lelaki hina Nabi Muhammad

Pihak polis telah mengenalpasti pihak yang dipercayai terbabit dengan penulisan dan penyiaran gambar yang menghina Nabi Muhammad melalui sebuah laman blog.

Namun, siasatan polis masih diteruskan lagi memandangkan server yang digunakan bagi penyiaran blog berkenaan berada di luar negara.

''Kita juga dapat tahu laman blog itu menggunakan server di luar negara dan ini satu tugas yang sukar tetapi kita akan cuba yang terbaik,'' katanya.

Sehubungan itu menurut beliau, satu pasukan khas di bawah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) bagi mengesan dalang penerbitan laman blog berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan beret Pasukan Gerakan Khas (PGK) kepada 48 anggota 69 Komando dan Unit Tindakan Khas (UTK) di Ipoh, hari Selasa

Ismail menyatakan demikkan ketika diminta mengulas perkembangan siasatan dakwaan penglibatan seorang wanita Melayu mengenai penulisan dan penyiaran gambar yang menghina Nabi Muhammad.

Wanita berkenaan telah tampil menafikan pembabitannya dan mendakwa nama beliau telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

20081216

Jangan tahan bas, takutkan orang ramai - Muhammad

KT: Penyokong parti pembangkang diingatkan supaya tidak bertindak sebagai "polis" semasa pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan, bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata, kawalan keselamatan serta ketenteraman awam adalah tugas polis dan mereka tidak boleh menggunakan cara sendiri kerana ia boleh mengundang ketegangan.

"Menjaga keselamatan adalah kerja polis.

"Jangan ada mana-mana pihak yang menahan bas, buat sekatan jalan raya dan pandai-pandai menggunakan cara yang tidak sepatutnya," katanya selepas melawat warga emas, Wook Mohamad, 68, yang uzur di Kampung Losong Panglima Perang di sini hari ini.

Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pada beberapa pilihan raya kecil lepas, penyokong pembangkang bertindak di luar batasan undang-undang apabila menahan bas dan menakutkan orang ramai.

"Mereka tahan bas, geledah dan sebagainya.

"Mereka gunakan taktik ini untuk menakutkan pengundi," katanya.

Berdasarkan pengalaman lepas, beliau berkata, penyokong pembangkang sentiasa mahu mewujudkan ketegangan supaya orang ramai takut untuk keluar mengundi.

Muhammad berkata, rakyat sepatutnya diberikan hak untuk menunaikan tanggungjawab mereka terutama Malaysia sememangnya dikenali sebagai sebuah negara yang aman.

"Asas ini telah ada di negara kita, malah di Terengganu sendiri.

"Jadi jangan sampai pihak tertentu terutama pembangkang mewujudkan perkara-perkara lain dalam fikiran rakyat kerana sebenarnya kita sudah mempunyai asas yang baik," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta penyokong Barisan Nasional (BN) supaya tampil untuk menerangkan kepada pengundi bahawa keadaan aman semasa pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, kelak. / Bernama

Antara bas yang ditahan penyokong PAS di Marang, Terengganu pada pilihanraya lalu

20081011

UMNO DIVISIONAL MEETINGS: Muhammad going for No. 2

By : Mazlinda Mahmood and Jason Gerald John

SHAH ALAM: Umno information chief Tan Sri Muhammad Muhammad Taib is joining the race for the deputy president’s post.

Surrounded by supporters, Muhammad made his announcement at the Umno Selangor headquarters here yesterday.

Earlier in July, Muhammad offered himself for one of the vice-president posts.

“I don’t want to sit for SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) for the fifth time. Let me sit for STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia),” he joked, when asked about his decision.

The rural and regional development minister said his offer was based on his loyalty and service record to the party, government and people.

“Loyalty to Umno and the number one leader is very impor tant.

“I have served loyally and was involved in by-elections nationwide even when I was without a government post,” he said.

Muhammad, who is the first candidate from Selangor seeking nomination to the post, said he was confident of getting enough nominations to stand as the number two.

In Malacca all six Umno divisions in Malacca have decided to n o m i n at e Datuk Seri Najib Razak for party president and Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam for deputy president.

Ali, who is state Umno chief, said the Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu, Bukit Katil, Kota Melaka and Jasin divisions would meet from Oct 12 to 25.

“I hope that all Umno divisions in the country would also follow the six Umno divisions in the state to nominate Najib for the post of party president.” Ali said if elected deputy president, he was confident of helping the president to performhis duties smoothly in all matters, including regaining the support of the people for Umno and Barisan Nasional.

“I would also be fighting for the rights of the Malays without sidelining the rights of other races.” Ali also announced that the six Umno divisions in the state would nominate Deputy Higher Education Minister Datuk Idris Haron for a seat on the Umno supreme council.

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com