Showing posts with label Zahar. Show all posts
Showing posts with label Zahar. Show all posts

20090104

ANTARA KAPTEN ZAHAR, KHIR TOYO, MUHAMMAD TAIB DAN PAS

Ada beberapa perkara yang menarik dari tindakan kapten(B),Datuk Zahar Hashim bekas Ketua UMNO Bahagian Petling Jaya Selatan menyertai Pas.

Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo meanggap tindakan itu akan memberikan implikasi kepada UMNO yang kini sedang dalam persediaaan menghadapi pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Bagaimanapun Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Muhammad Taib memperkecil Zahar dengan mendakwa bahawa Pas menerima orang yang semangnya tidak dikehendaki lagi oleh UMNO.


Kapten Zahar mempersoalkan kenaapa kerajaan melantik Pengerusi Perhubungan UMNO itu menjadi Senator dan seterusnya menjadi Menteri sedangkan semua orang tahu beliau mempunai rekord buruk.

"Tidak ada orang lainkah,siapa yang tidak tahu kes beliau",katanya.



Kenyataan kenyataan ini mendedahkan dalam kem siapakah Zahar berada di UMNO Selangor. Lebih jelas lagi apabila Zahar mendakwa Muhammad bersama beberapa Ketua UMNO bahagian di Selangor telah menemui Perdana Menteri melobi jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO bagi menggantikan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Zahar juga menapikan bahawa beliau menggunakan kedudukannya dalam UMNO untuk kepentingan peribadi sebaliknya harta yang dimiliknya dikumpul sebelum menyertai parti itu.

Memang dari segi pertimbangan moral berasaskan kepada rekordnya,Tan Sri Muhammad Taib tidak wajar menjadi Senator dan Menteri tetapi bagi Zahar mendakwa dirinya keluar dari UMNO bukan kerana kepentingan diri adalah suatu percubaan untuk berlindung di sebalik sehelai lalang.

Tindakan Zahar keluar dari UMNO dan menyertai Pas adalah lebih bersifat hendak membalas dendam kerana sebab sebab yang Zahar sendiri lebih maklum.

Orang yang sebenar sayang kepada parti bila tak dapat sesuatu,kecewa dan tidak bersetuju dengan dasar tidak akan menyertai parti pembangkang seperti Tun Dr. Mahathir. Beliau keluar dari parti tetapi tidak menyertai parti lain malah bila dipecat dari UMNO semasa Almarhom Tun Abdul Rahman,Mahathir hanya merajuk sahaja,tidak aktif.


Sebenarnya Zahar tidak boleh dianggap sebagai seorang yang mempunyai maruah politik. Pas telah menerimanya kerana sesoai dengan keadaan semasa bukan kerana beliau berpotensi. Taraf moral kapten ini sama sahaja dengan Anwar Ibrahim yang sekarang sedang menutop dosa dosanya dengan menuding jari kepada semua pemimpin UMNO sebagai penerima rasuah .

Nak tahu saamada Anwar bersih atau tidak tanyalah dengan ahli ahli UMNO yang tetap setia kepada UMNO walaupun telah banyak menerima habuan dari Anwar atau pun bertanya kepada rakan rakan Anwar yang melarikan diri keluar negara dan masih membantu Anwar.



Generasi baru barangkali tidak tahu berapa ramai kroni Anwar Ibrahim yang telah menjadi kaya raya,hidop mewah di luar negara dan sebagainya.

20081230

Lebih ramai ahli Umno PJS ikut Zahar?

Seorang pemimpin Umno Petaling Jaya Selatan (PJS) menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan lebih ramai ahli mengikut jejak langkah bekas ketua bahagian tersebut, Datuk Zahar Hashim keluar dari parti.

"Setakat hari ini Alhamdulillah. Tetapi, anak sungai lagi berubah, inikan pula hati manusia," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lebih lanjut mengenainya, tetapi sekadar berkata: "Satu dua hari ini OK".

Zahar - yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - secara rasmi menyertai PAS Rabu lalu.

Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang.

Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian berkenaan awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Serah borang

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS.

Ketika ditanya kesahihan dakwaan Zahar itu, pemimpin berkenaan berkata: "Mungkin ya. Kalau tidak kenapa beliau cakap macam itu."

Ekoran itu, tambahnya, kepimpinan bahagian yang kini dipangku timbalannya Datuk Raja Hapipudin Raja Nong Chik telah beberapa kali mengadakan pertemuan bagi mengukuhkan Umno bahagian itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Sharir ketika dihubungi, mengesahkan penyertaan 28 pemimpin bahagian itu ke dalam PAS Rabu lalu.

Katanya, borang permohonan telah diserahkan Zahar bersama-sama borang permohonan beliau, kepada setiausaha perhubungan negeri Ahmad Yusof Ludin, pada hari yang sama.

"Secara tidak rasminya, (sudah) diterima (sebagai ahli PAS)," katanya.

Diumum kelak

Menurut Roslan, 28 orang itu turut merangkumi 13 ahli jawatankuasa bahagian yang diumumkan Zahar.

Lazimnya, menurut beliau, seperti juga parti-parti lain, ketua cawangan turut menjadi ahli jawatankuasa bahagian.

Senarai pemimpin itu, kata Roslan, akan diumumkan kelak.

Sementara itu, bekas ketua bahagian bahagian itu, Aris Ripen pula mendakwa sebaliknya.

Katanya, daripada lebih 100 cawangan di Petaling Jaya Selatan, hanya dua atau tiga bahagian sahaja yang menuruti jejak langkah Zahar.

Begitu juga dengan ahli jawatankuasa bahagian, tambahnya yang juga ketua cawangan Medan Jati.

20081204

Gantung Zahar, Umno jaga kepentingan Presiden dan Timbalan

Irwan Muhammad Zain

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Hrkh) - PAS menyifatkan keputusan Umno mengantung keahlian Kapten (B) Dato' Zahar Hashim selama tiga tahun sebagai tindakan menjaga kepentingan Presiden dan Timbalannya.

Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar ketika diminta mengulas keputusan Umno itu berkata, keputusan itu jelas mengambarkan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden Umno kebal dan mempunyai kepentingan yang harus dilindungi.

"Kenapa Zahar digantung sedangkan beliau mendedahkan salah laku Presiden dan Timbalannya?" soal Kamaruddin.

Zahar sebelum ini telah membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Abdullah yang didakwa telah menyalahguna kedudukannya sebagai presiden Umno menjelang pemilihan parti dan pencalonan.

Beliau juga mendakwa berlaku penyelewengan dalam proses tender kerajaan untuk membeli helikopter baru bagi Angkatan Tentera Udara Malaysia (TUDM).

Kamaruddin berkata sepatutnya lembaga displin Umno dan Majlis Tertinggi Umno menyiasat laporan yang dibuat terhadap Abdullah dan Najib bukan mengantung individu yang membuat laporan.

Keputusan yang dibuat ini kata beliau, mengambarkan Umno tidak serius membanteras rasuah dan politik wang berlaku dalam parti itu.

Beliau juga menegaskan rasuah dan politik wang semakin berleluasa dalam Umno dan ianya sukar dibendung sehingga bekas presiden parti itu, Tun Mahathir Mohamad berhasrat untuk mendedahkan nama pemimpin parti itu yang terlibat dalam amalan tersebut .

"Malangnya, bila ada yang melaporkan perkara ini dan bila ianya melibatkan presiden dan timbalannya, kepentingan kedua pemimpin itu dijaga dan rasuah terus dibiarkan bermaharajalela," jelas beliau.

Sementara itu ketika diminta mengulas pemecatan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim, beliau berkata keputusan itu sudah diduga.

Beliau menasihatkan Umno supaya lebih bersikap terbuka dalam menerima teguran dan pendapat ahli yang berbeza dengan parti.

"Kita lihat hari ini semakin ramai ahli Umno yang memberikan pandangan berbeza dengan parti jadi tidak seharusnya mereka dikenakan tindakan," jelas ahli parlimen Tumpat itu.

Semalam, Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan tindakan memecat serta merta keahlian Dato' Zaid Ibrahim dan menggantung keahlian Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim selama tiga tahun. - mks. _

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com