Showing posts with label dan. Show all posts
Showing posts with label dan. Show all posts

20090315

Gerhana, Gempa, Perang dan Salat Kusuf - antara khurafat dan penjelasan

Salam.


Dalam artikel diforward ini ada menyebutkan bahawa bila gerhana menunjukkan tanda akan berlaku peperangan dan sebagainya. Ini merupakan tulisan Karut-Marut umat Islam terhadap kejadian gerhana ini. Tulisan khurafat ini dapat dibaca dalam perenggan dibawah;


Habis Gerhana selalu ada pukulan 2-3 detik dan 100.000 orang berada di bawah pengaruhnya sekarang? Setelah Gerhana pasti ada sesuatu? Perang akan segera datang! Peradaban manusia tidak akan menjadi seperti hari-hari sebelumnya. Kini, seperti daun yang menguning dan gugur, mereka segera rontok, satu setelah yang lain.


Semalam terjadi gerhana matahari, dan ini adalah fenomena alam berlaku apabila matahari dilindungi oleh bulan dan kedudukannya selari dengan bulan (conjunction), Ini adalah tanda2 kekuasaan Allah yang menjalankan bulan dan matahari mengikut orbitnya. (conjuntion - ijtimak berlaku pada tahun baru cina kerana mereka memulakan bulan mengikut kaedah Ijtimak ini)


Perlu diingatkan bahawa Peristiwa Gerhana pernah terjadi zaman Rasulullah kebetulan setelah kewafatan anak Baginda saw Ibrahim, dan umat Islam bertanya tentang perkaitannya dengan Gerhana pada masa itu, akhirnya perkara ini dijawab dengan jelas oleh Baginda saw.



Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a. dari Rasulullah saw, bahwa beliau bersabda, "Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah gerhana karena kematian atau kelahiran seseorang, akan tetapi keduanya adalah sebagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Jika kalian melihatnya, maka kerjakanlah shalat (gerhana)," (HR Bukhari [1042 dan 3201] dan Muslim [914]).

Dari 'Abdullah bin 'Abbas r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. bersabda, 'Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua dari banyak sekali tanda-tanda kebesaran Allah, tidaklah keduanya gerhana karena kematian dan kelahiran seseorang. Jika kalian melihat gerhana, maka berdzikirlah mengingat Allah'," (HR Bukhari [1052] dan Muslim [907]).

Dari 'Aisyah r.a. bahwa Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan manusia dan berkata dalam khutbah beliau tentang gerhana matahari dan gerhana bulan, "Sesungguhnya keduanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah, tidaklah gerhana itu terjadi karena kematian atau kelahiran seseorang. Jika kalian melihat gerhana, maka segeralah mengerjakan shalat (yakni shalat gerhana)," (HR Bukhari [3203] dan Muslim [901]).


Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a. dari Rasulullah saw, bahwa beliau bersabda, "Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah gerhana karena kematian atau kelahiran seseorang, akan tetapi keduanya adalah sebagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Jika kalian melihatnya, maka kerjakanlah shalat (gerhana)," (HR Bukhari [1042 dan 3201] dan Muslim [914]).


Dari 'Abdullah bin 'Abbas r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. bersabda, 'Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua dari banyak sekali tanda-tanda kebesaran Allah, tidaklah keduanya gerhana karena kematian dan kelahiran seseorang. Jika kalian melihat gerhana, maka berdzikirlah mengingat Allah'," (HR Bukhari [1052] dan Muslim [907]).


Dari 'Aisyah r.a. bahwa Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan manusia dan berkata dalam khutbah beliau tentang gerhana matahari dan gerhana bulan, "Sesungguhnya keduanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah, tidaklah gerhana itu terjadi karena kematian atau kelahiran seseorang. Jika kalian melihat gerhana, maka segeralah mengerjakan shalat (yakni shalat gerhana)," (HR Bukhari [3203] dan Muslim [901]).


Sekian Wassalam



Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.

Ahmus


20090312

Geran kampung baru, Jus Soli dan kemahiran berbohong Umno

Geran kampung baru, Jus Soli dan kemahiran berbohong Umno
Ahmad Tajdid
Mon | Jan 19, 09 | 3:07:53 pm MYT

SENTIMEN kaum dan agama nampaknya terus dimainkan Umno bagi kembali meraih sokongan masyarakat Melayu negara ini.

Iklan

Lebih memualkan lagi apabila tiupan semangat tebal perkauman dan agama itu disulami dengan pendustaan dan pembohongan tanpa henti; seolah-olah soal moral, etika dan akhlak tidak ada dalam kamus para pemimpin Umno.

Lihat sahajalah isu penganugerahan geran hak milik kekal kepada para penduduk kampung baru di Perak yang dijadikan modal politik Umno negeri.

Dan bagi lebih menarik simpati, titah ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga di ibu kota, 16 Januari lalu cuba diputarbelitkan Umno untuk menggambarkan kononnya pihak istana Perak juga tidak memperkenankan tindakan itu.

Isu ini berbangkit apabila kerajaan negeri mengambil langkah mengurniakan geran hak milik kekal kepada kampung baru dan kampung tersusun.

Program membabitkan 149,000 lot tanah itu cuba dipolitikkan Umno negeri kerana kononnya ia memberi kelebihan kepada penduduk Cina yang duduk di kampung baru. Penganugerahan hak milik kekal ini juga disifatkan sebagai "menggadaikan maruah bangsa dan agama" oleh seorang Menteri Umno. Malah Menteri Besar Perak dianggap menuruti telunjuk DAP kerana sanggup menganugerahkan geran hak milik selama 999 tahun kepada penduduk Cina kampung baru dan hanya 99 tahun kepada penduduk Melayu di kampung tersusun.

Malah Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP) yang ditunggangi Umno, Datuk Seri Hilmi Ismail mendesak Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana gagal menjadi 'dahan' kekuatan orang Melayu dan sanggup ?menggadai? maruah yang ada demi kepentingan politik semata-mata.

Begitulah bersemangatnya pemimpin Umno dalam "membela orang Melayu" sehingga menganggap pemberian lot tanah kediaman kepada kaum Tionghua yang telah menetap puluhan tahun di kampung baru sebagai "menggadai hak Melayu".

Apa yang gagal diceritakan pemimpin Umno negeri kepada umum adalah selain 134 kampung baru (yang sebenarnya turut diduduki oleh kaum Melayu dan India), kerajaan negeri turut memberikan hak milik kekal kepada 349 kampung tersusun yang kesemuanya diduduki oleh orang Melayu!

Adakah keputusan memberikan hak milik kekal kepada kampung tersusun ini juga boleh dianggap sebagai "mengkhianati hak Melayu"?

Nizar ketika menjelaskan isu ini berkata, penganugerahan hak milik tanah kepada 47,000 penduduk kampung baru hanya membabitkan 3,000 ekar (1,200 hektar) tanah sedangkan ketika Perak di bawah penguasaan BN, lebih banyak tanah negeri itu telah tergadai kepada orang bukan Melayu.

Antaranya penganugerahan lebih 10,000 ekar tanah kepada MCA untuk membina kampus Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).

Dakwaan kononnya kerajaan negeri memberikan hak milik tanah selama 999 tahun kepada kampung baru turut dinafikan Menteri Besar, tetapi terus dicanangkan 'sebagai betul' oleh pemimpin Umno negeri.

Cubaan memutarbelitkan titah ucapan Dr Raja Nazrin berhubung teguran raja-raja Melayu terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu juga sebenarnya 'menampar muka' Umno.

Teguran Raja-raja Melayu yang dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950 itu sebenarnya merujuk kepada Rancangan Briggs yang dilancarkan Sir Henry Gurney ketika era darurat di Malaya (1948-1960).

Ketika ghairah menimbulkan satu episod dalam sejarah negara, pemimpin Umno tidak langsung mahu membicarakan episod yang lebih penting daripada Rancangan Briggs iaitu sokongan Umno terhadap prinsip kerakyatan Jus Soli yang diperkenalkan British.

Jika rancangan Briggs sekadar memindahkan masyarakat Cina yang duduk di pinggir-pinggir hutan ke satu perkampungan tersusun yang dikenali sebagai kampung baru (untuk mengelak mereka dipengaruhi anasir komunis); Umno melalui sokongannya terhadap Jus Soli bersetuju memberi hak kerakyatan kepada pendatang India dan Cina ke Tanah Melayu.

Dan adakah bantahan Umno terhadap pemberian hak milik kepada penduduk kampung baru membawa erti bahawa Umno bersetuju memberikan hak kerakyatan kepada penduduk Cina dan India tetapi tidak bersedia untuk mereka diberikan tapak rumah kediaman?

Dan jika penduduk kampung baru tidak layak diberikan geran hak milik untuk tapak kediaman semata-mata kerana mereka berbangsa Cina, mengapakah kerajaan BN pimpinan Umno sanggup memberi peluang kepada rakyat Singapura yang majoritinya berbangsa Cina membeli hartanah di negara ini termasuk di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang terletak di selatan Johor - negeri paling kuat pengaruh Umno dalam dunia?

Umno juga perlu menjelaskan beberapa isu berbangkit berhubung hak milik tanah termasuk penganugerahan puluhan ribu hektar tanah kepada taikun-taikun Cina oleh kerajaan BN pimpinan Umno antaranya Vincent Tan dan Lim Goh Tong.

Umno juga tidak harus melupakan nasib malang yang menimpa orang Melayu di Kerpan, Kedah; Pantai Kundor dan Pantai Tanah Merah, Melaka dan beberapa negeri lain yang dihalau keluar daripada tanah tumpah darah mereka semata-mata untuk memberi laluan kepada projek-projek mega kerajaan BN.

Jenayah Umno terhadap Melayu sebenarnya terlalu banyak untuk diungkit. Ia tidak melayakkan parti itu untuk mendabik dada sebagai "pembela maruah Melayu".

Apa yang boleh 'dibangga' dengan Umno cumalah kemahiran untuk berbohong dan memainkan sentimen bangsa dan agama bagi satu tujuan - mengekalkan kuasa!_



20090302

NIEI dakwa PRK Kuala Terengganu penuh rasuah dan salahguna jentera

NIEI dakwa PRK Kuala Terengganu penuh rasuah dan salahguna jentera kerajaan
Irwan M Zain dan Wan Nordin
Tue | Jan 20, 09 | 10:08:41 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Hrkh) - Terlalu banyak rasuah dan penyalahgunaan jentera kerajaan berlaku dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu yang berakhir pada 17 Januari lalu, kata Pengerusi Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihan raya (NIEI), Yunus Ali.

Iklan

ImageKesalahan itu dikesan NIEI dalam pemantauan badan bebas itu sejak bermulanya kempen PRK Kuala Terengganu pada 6 Januari hingga 17 Januari, katanya.

Ketika mengadakan sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor semalam, Yunus berkata, pihaknya akan menyerahkan laporan lengkap berhubung rasuah dan penyelewengan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

Turut hadir ialah, anggota NIEI Amin Iskandar dan Shaharudin Adnan.

Laporan itu juga akan diserahkan kepada kedutaan-kedutaan asing di Malaysia dan semua NGO, katanya.

Paling mendapat perhatian NIEI ialah amalan rasuah dan janji-janji kepada pengundi yang dibuat Barisan Nasional (BN) yang dilihat berleluasa berlaku dalam pilihan raya kecil tersebut, melibatkan jumlah sebanyak RM 1 billion.

NIEI mempersoalkan pembiayaan kehadiran menteri-menteri kabinet, menteri besar dan ketua menteri daripada BN dan Pakatan Rakyat serta barisan exco mereka sepanjang kempen pilihan raya kecil tersebut.

Yunus juga mendakwa, wang ehsan RM300 bagi orang dewasa dan RM250 untuk muda-mudi, diumumkan akan diagih untuk warga Terengganu.

Manakala pengundi Cina pula, dakwanya, diedarkan angpau sebanyak RM300 sempena perayaan Tahun Baru Cina manakala penarik beca di Kuala Terengganu pula dijanjikan wang ehsan RM10,000 seorang.

NIEI turut melihat kehadiran begitu ramai anggota polis dikerahkan bertugas sepanjang pilihan raya kecil di Kuala Terengganu membuat orang ramai terasa tidak selesa dan berpersepsi seolah-oleh dalam keadaan darurat, katanya.

Antara dakwaan yang dibuat NIEI berhubung rasuah dan penggunaan jentera pilihan raya ialah :

Penubuhan dan pemberian RM 1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan.

Peruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu.

Pemberian secara lambak tanpa tender 583 projek Kelas F yang bernilai RM15.8 juta.

Upacara mengasaskan projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.

Upacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009.

Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.

Pemberian RM6.1 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.

Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.

Pengumuman geran RM 50 juta untuk sekolah-sekolah Cina.

Pemberian pilot E-book (komputer) kepada 100 orang di Kuala Terengganu. Janji pemberian 23,000 buah E-book (komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.

Seramai 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695 seunit.

Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.

Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering.

Di peringkat kerajaan tempatan, Datuk Bandar Kuala Terengganu merangkap Pegawai Kanan Pilihanraya, Mat Razali Kassim didakwa berkempen dan mendesak kakitangan di bawahnya untuk mengundi BN. (Beliau telah meletakkan jawatan pegawai pilihan raya sehari sebelum pilihan raya kecil).

Penggunaan pejabat menteri besar dan jentera sebuah jabatan kerajaan dalam upacara perasmian pecah tanah pembinaan masjid.

Ketika dalam ceramah di Perumahan Pusu Tiga, Gong Badak, Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said didakwa mengarahkan Jabatan Saliran dan Perparitan untuk mengkaji masalah banjir di kawasan itu.

Setiausaha kerajaan negeri dan pengarah kewangan negeri didakwa melibatkan diri dalam program taklimat BN yang disasarkan kepada imam dan bilal masjid, ketua kampung dan pegawai perkhidmatan awam, termasuk pegawai kerajaan luar kawasan yang mengundi di P036 (Parlimen Kuala Terengganu).

Perasmian nama lnstitut Pendidikan Guru Malaysia kepada kampus Datuk Razali Ismail dan sebuah sekolah menengah kebangsaan kepada Sekolkah Menengah Kebangsaan Datuk Razali Ismail.

Yunus juga mendakwa, kementerian persekutuan turut terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pertanian, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti

Yunus juga mendakwa BN telah berkempen dengan menguar-uarkan khidmat dan perbelanjaan kerajaan yang telah dilaksanakan, seolah-olah dibiayai oleh mereka, antaranya:

Peruntukan RM 500,000 di bulan Disember 2008 untuk mangsa banjir.

RM200,000 telah dibelanjakan untuk membeli makanan dan keperluan lain untuk mangsa banjir.

Pendaratan pesawat MAS penerbangan pulang haji terus ke Kuala Terengganu.

Yunus juga mendakwa berlaku amalan rasuah dalam bentuk pengedaran dan pemberian percuma akhbar-akhbar tempatan oleh BN.

Pelbagai konsert, dakwanya, dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, termasuk persembahan penyanyi popular dari Terengganu.

PAS juga, dakwanya, turut melanggar etika amalan pilihanraya yang baik, termasuk pemberian percuma kerusi roda di Bukit Tepu, khidmat percuma gunting rambut dan rundingan kesihatan pakar homeopati.

Di samping, kata Yunus, NIEI menganggarkan kira-kira 10,000 anggota polis dikerahkan bertugas di Kuala Terengganu sepanjang kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

"Nisbahnya satu orang untuk lapan orang pengundi. Kehadiran terlalu ramai memberikan suasana sebagai keadaan perang.

"Jika tujuannya untuk menjaga keselamatan, tetapi kesan adalah di sebaliknya, orang ramai terasa tidak selesa dan berpersepsi seolah keadaan dalam darurat.

"Ini bertentangan dengan suasana pilihan raya yang baik, iaitu bebas dan tenteram," kata Yunus dalam kenyataan tersebut./wann _

20090226

'Nizar dan Sultan ada tafsiran sendiri, biar rakyat tentukan' - Haron Din

Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Bagi tokoh agama yang terkenal, Dato' Dr Haron Din menasihatkan agar kemelut yang berlaku di Perak ini diselesaikan dengan cara paling baik iaitu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya seluruh negeri.

Timbalan Mursyidul Am PAS itu juga berpendapat, perselisihan tafsiran undang-undang di antara Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin merupakan proses biasa dalam amalam demokrasi, dan bukan kali pertama berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia.

"Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat, dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.Saya tidak nafikan Tuanku Sultan ada tafsirannya. Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka saya tidak fikir itu boleh dinamakan sebagai derhaka.

"Ini sepatutnya diselesaikan dengan cara paling baik iaitu, kembalikan kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan. Atau kita berlapang dada dan bersabar sedikit, biar Mahkamah Tinggi memutuskan kesahihan pelantikan menteri besar kedua," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Harakah baru-baru ini.

Dalam pada itu beliau menegaskan Raja-raja Malaysia perlu dikekalkan pada takhta yang sedia ada dan rakyat diseru supaya bersatu dan mengekalkan kedudukan mereka.

Beliau antara ulama yang dekat dan rapat hubungannya dengan istana menjelaskan istilah 'sembah derhaka' yang dimanipulasi oleh plebagai pihak khusunya media sedangkan ianya bukan satu bentuk tindakan derhaka yang sebenarnya.

"Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat. Sama ada kecil atau yang besar. Seorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Bukan yang kita fahami itu derhaka adalah melawan atau menyakiti Raja," katanya yang cuba membandingkan pelbagai perbuatan menderhaka yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini.

Katanya, yang tidak mahu mendedahkan secara terperinci, memang berlaku perbuatan menderhaka yang tidak diketahui umum.

"Ada pemimpin disuruh Raja untuk 'briefing' pada hari tertentu tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang Raja suruh buat projek untuk rakyat, tetapi pemimpin tak buat. Ada Sultan yang suruh hentikan projek tertentu kerana membazir, mereka terus buat.

"Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan bantu projek tertentu tetapi beri pada kroni mereka pula malah ada Raja beritahu saya, ada pemimpin yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati.

"Ini semua saya dapat tahu dan ada antara Raja-raja yang beritahu sendiri kepada saya. Inilah perangai mereka... ini jauh lebih derhaka lagi," katanya.- azm/mks.

20090216

Pas dan skandal seks pemimpin parti lawan — Ahmad Tajdid

FEB 18 — Bukanlah sesuatu yang wajar jika kehidupan peribadi seseorang didedahkan kepada umum, apatah lagi jika ianya menyentuh tentang aib seseorang. Apatah lagi jika “kejahatan” yang dilakukan itu dibuat di tempat tertutup dan pelakunya sendiri tidak berbangga dengan maksiat yang dilakukannya dan berasa malu jika kejahatannya diketahui orang.

Itulah sebenarnya hikmah mengapa tuduhan zina perlu ditampilkan dengan empat orang saksi. Dan saksi-saksi itu mestilah lelaki yang adil dan tidak fasik. Semuanya bertujuan untuk menjaga aib orang yang dituduh dan untuk memastikan tidak ada insan yang teraniaya dengan tuduhan itu.

Apa yang menimpa Adun Bukit Lanjan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong adalah sesuatu yang malang. Selepas gambar separuh bogel yang dirakamkan ketika beliau tidur disebarkan kepada media massa, MMS dan internet, Elizabeth mengambil keputusan meletakkan jawatan Exco dan Adun walaupun beliau sebenarnya teraniaya.

Atas dasar prinsip, Elizabeth sanggup melepaskan jawatan kerana bimbang masalah peribadinya itu akan dieksploitasi oleh musuh-musuh politiknya untuk memburuk-burukkan organisasi politik dan kerajaan negeri yang diwakilinya.

Setakat ini, ramai yang menyatakan simpati terhadap apa yang dialami olehnya termasuk Pergerakan Wanita MCA. Bagaimanapun, ada juga pemimpin Umno yang mendesak beliau meletakkan jawatan.

Antara yang terawal memberi komen ialah bekas Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Mohd Khir Toyo. Turut sama mengalu-alukan keputusan Elizabeth untuk meletakkan jawatan ialah Ketua Menteri Melaka yang juga calon Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Begitulah gelagat pemimpin Umno. Mereka sibuk dengan soal moral dan akhlak pemimpin-pemimpin bukan Islam (seperti yang menimpa Elizabeth dan Adun Bukit Selambau, V. Arumugam di Kedah), tetapi tidak pula prihatin dengan akhlak dan moral para pemimpin parti mereka sendiri, yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Ketika Mohd Khir Toyo menjawat Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, tiga skandal peribadi membabitkan dua ahli Dewan Rakyat dan seorang ahli Dewan Negara Umno Selangor cuba dipendamkan beliau dari pengetahuan umum.

Khir tidak pula sibuk mendesak ketiga-tiga pemimpin Umno negeri itu supaya meletakkan jawatan, malah tempoh “senatorship” salah seorang daripada mereka dilanjutkan!

Dan sebenarnya, jika skandal seks dan moral para pemimpin Umno didedahkan satu persatu kepada umum, pastinya kita akan loya dan muntah apabila mendengarnya!

Bagi mereka yang agak ragu-ragu, percayalah... Ini bukannya “cubaan”, tetapi benar-benar kejadian!

Penulis tidak berhasrat untuk mengaibkan mereka, tetapi cukuplah untuk memberi amaran kepada para pemimpin parti tertentu supaya tidak bertindak di luar batasan.

Mungkin ramai yang mengenali Tan Sri Abdullah Ahmad atau Abdullah Kok Lanas. Abdullah lewat kolumnya di sebuah akhbar berbahasa Melayu (ketika menerajui akhbar terbabit) pernah membangkitkan dilema yang dihadapi oleh para pemimpin parti sebuah negeri di Semenanjung untuk mencari seorang calon Menteri Besar. Calonnya sudah dikenal pasti, tetapi ada yang tidak bersetuju kerana bakal pemimpin itu dikenali sebagai seorang yang suka berpoya-poya ketika belajar di luar negara.

Tidak payahlah bagi penulis mendedahkan siapakah pemimpin itu. Bagi mereka yang ingin tahu, buatlah carian sendiri di perpustakaan ataupun arkib untuk membaca tulisan Abdullah Kok Lanas.

Ketika menjelang pilihan raya umum 1995, isu khalwat membabitkan seorang pemimpin muda Pas hangat diperkatakan. Para pemimpin Umno menggunakan isu ini semaksimum mungkin untuk menjatuhkan maruah Pas. Bagaimanapun dengan kebijaksanaan para pemimpin Pas, isu khalwat itu dapat ditangani dengan baik. Pemimpin muda Pas itu didapati tidak bersalah oleh mahkamah dan menang di kawasan parlimen yang ditandinginya dengan majoriti lebih besar.

Di waktu yang sama, para pemimpin Pas dan Harakah menerima maklumat daripada sumber yang tidak diketahui tentang skandal seks membabitkan seorang pemimpin parti lawan Pas yang juga diwar-warkan sebagai calon Menteri Besar di sebuah negeri Pantai Timur Semenanjung.

Lebih memeranjatkan, pemimpin terbabit pernah menerajui sebuah institusi agama dan kerap kali menyerang Pas dalam pelbagai isu agama dan politik. Malah beliau jugalah yang sering “tumpang semangkuk” memberi komen dan mengulas tuduhan khalwat pemimpin muda Pas itu.

Penulis sempat bertemu dengan seorang pemimpin kanan Pas untuk mengesahkan maklumat yang diterima. Malah pemimpin Pas itu tidak menafikan maklumat yang diperolehi. Beliau bukan sahaja menjadi teman rapat pemimpin terbabit ketika kejadian itu berlaku, malah diminta menjadi wakil untuk meminang wanita tersebut bagi pihak pemimpin politik itu!

Bagaimanapun, skandal seks itu tidak dijadikan modal oleh Pas untuk memburuk-burukkan lawan politiknya. Meskipun begitu, para pemimpin parti tersebut diberitakan terpaksa mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu itu; khuatir jika ia dijadikan modal kempen oleh Pas negeri.

Dan ketika Setiausaha Perhubungan Pas negeri terbabit ditanya sama ada mahu menggunakan isu skandal seks itu dalam kempen pilihan raya, beliau penuh yakin berkata: “Itu bukan cara kita berpolitik.”

Isu skandal seks pemimpin bukanlah suatu yang asing dalam politik negara. Seperti kata Menteri Besar Kedah ketika menjawab soalan wartawan berhubung dakwaan salah laku moral yang melanda bekas Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Bukit Selambau, V. Arumugam: “Ada yang lebih teruk daripada itu, buat hubungan dengan suami dan isteri orang...”

Dan pastinya yang berperangai seperti itu ialah pemimpin Melayu yang beragama Islam.

Kita yakin kisah-kisah penarafan-X (x-rated) itu ada dalam “kocek” Ustaz Azizan. Cuma sebagai pemimpin sebuah parti Islam, beliau tidak tergamak meluahkannya di khalayak umum.

Bukan akhlak dan moral Pas untuk bertindak seperti Umno. Tetapi jika keadaan sudah menjadi tidak terkawal dan BN secara berterusan menggunakan tektik kotor ini... Apakah pilihan lain bagi Pas? — HarakahDaily.net

20090104

ANTARA KAPTEN ZAHAR, KHIR TOYO, MUHAMMAD TAIB DAN PAS

Ada beberapa perkara yang menarik dari tindakan kapten(B),Datuk Zahar Hashim bekas Ketua UMNO Bahagian Petling Jaya Selatan menyertai Pas.

Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo meanggap tindakan itu akan memberikan implikasi kepada UMNO yang kini sedang dalam persediaaan menghadapi pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Bagaimanapun Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Muhammad Taib memperkecil Zahar dengan mendakwa bahawa Pas menerima orang yang semangnya tidak dikehendaki lagi oleh UMNO.


Kapten Zahar mempersoalkan kenaapa kerajaan melantik Pengerusi Perhubungan UMNO itu menjadi Senator dan seterusnya menjadi Menteri sedangkan semua orang tahu beliau mempunai rekord buruk.

"Tidak ada orang lainkah,siapa yang tidak tahu kes beliau",katanya.



Kenyataan kenyataan ini mendedahkan dalam kem siapakah Zahar berada di UMNO Selangor. Lebih jelas lagi apabila Zahar mendakwa Muhammad bersama beberapa Ketua UMNO bahagian di Selangor telah menemui Perdana Menteri melobi jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO bagi menggantikan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Zahar juga menapikan bahawa beliau menggunakan kedudukannya dalam UMNO untuk kepentingan peribadi sebaliknya harta yang dimiliknya dikumpul sebelum menyertai parti itu.

Memang dari segi pertimbangan moral berasaskan kepada rekordnya,Tan Sri Muhammad Taib tidak wajar menjadi Senator dan Menteri tetapi bagi Zahar mendakwa dirinya keluar dari UMNO bukan kerana kepentingan diri adalah suatu percubaan untuk berlindung di sebalik sehelai lalang.

Tindakan Zahar keluar dari UMNO dan menyertai Pas adalah lebih bersifat hendak membalas dendam kerana sebab sebab yang Zahar sendiri lebih maklum.

Orang yang sebenar sayang kepada parti bila tak dapat sesuatu,kecewa dan tidak bersetuju dengan dasar tidak akan menyertai parti pembangkang seperti Tun Dr. Mahathir. Beliau keluar dari parti tetapi tidak menyertai parti lain malah bila dipecat dari UMNO semasa Almarhom Tun Abdul Rahman,Mahathir hanya merajuk sahaja,tidak aktif.


Sebenarnya Zahar tidak boleh dianggap sebagai seorang yang mempunyai maruah politik. Pas telah menerimanya kerana sesoai dengan keadaan semasa bukan kerana beliau berpotensi. Taraf moral kapten ini sama sahaja dengan Anwar Ibrahim yang sekarang sedang menutop dosa dosanya dengan menuding jari kepada semua pemimpin UMNO sebagai penerima rasuah .

Nak tahu saamada Anwar bersih atau tidak tanyalah dengan ahli ahli UMNO yang tetap setia kepada UMNO walaupun telah banyak menerima habuan dari Anwar atau pun bertanya kepada rakan rakan Anwar yang melarikan diri keluar negara dan masih membantu Anwar.



Generasi baru barangkali tidak tahu berapa ramai kroni Anwar Ibrahim yang telah menjadi kaya raya,hidop mewah di luar negara dan sebagainya.

SYED HUSIN ALI MENGKHIANATI PERJUANGAN DAN KEYAKINANNYA SENDIRI.



Perdebatan antara Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Syed Husin Ali dan pelawat blog Maharaja telah berlarutan hampir seminggu. Ia telah mendedahkan beberapa fakta tentang ISA yang tujuannya adalah untuk keselamatan negara tetapi digunakan untuk keselamatan dan cita cita politik pemimpin tertentu.

Dalam kes Syed Husin Ali bekas pemimpin Party Sosialis Rakyat Malaysia amat jelas beliau pernah dipaksa untuk membuat confession menjadi pengantara antara Dr.Mahathir dengan pergerakan komunis di bawah tanah. Samad Ismail (Wartawan Negara) juga dipaksa untuk membuat pengakuan yang sama tetapi kerana keangganan mereka berbuat demikian telah menyelamatkan Dr.Mahathir ke tangga Perdana Menteri. Jika tidak tentulah Menteri Dalam Negeri Ghazali Shafee yang menjadi Perdana Menteri.

Buku Memoirs Of Lee Kuan Yew (PM Singapura) juga jelas menunjukan bahawa Perdana Menteri Malaysia Hussein Onn menerusi Ghazali Shafee telah diperalatkan oleh LKY untuk menangkap musuh politik Ghazali Shafee di Malaysia.

Dalam buku Zainuddin Maidin( Zam) Surat Surat Daripada Dr.Mahathir (edisi tambahan dari buku Mahathir di Sebalik Tabir ) juga menceritakan tentang Mahathir kerana takut akan ditangkap oleh Ghazali Shafee telah meminta dikembalikan pita rakamah interviunya dengan seorang wartawan Utusan Melayu pada malam yang sama beliau diinterviu kerana mengadungi kenyataannya tidak percaya tangkapan beberapa orang di bawah ISA sebagai komunis.

Bagaimanapun ISA adalah ibarat agama yang pada keseluruhannya lebih banyak membentuk peradaban manusia dan menyumbang kepada keselamatan dunia tetapi dalam pada itu terdapat ulama' yang menyalahgunakan agama untuk membina feudalisme agama (contohnya Nik Aziz di Kelantan) tetapi tidaklah kerana itu agama mesti dihapuskan.

Sejarah akan menghukum mereka yang menyalahgunakan kuasa tetapi pandangan terhadap kebenaran tetap terletak kepada sentimen di mana sesaorang itu berdiri. Maka itu kita dapat melihat orang yang bermoral seperti Syed Husin Ali sanggup bersubahat dengan Anwar Ibrahim sehingga mengorbankan dasar dan prinsip hidop dan falsafah politiknya.

Bahawa Syed Husin Ali mempunyai prangsangka tentang tuduhan liwat terhadap Anwar adalah haknya tetapi adalah amat naive untuk seorang intelektual sepertinya tidak dapat melihat Anwar berada dalam rangkaian kuasa besar khususnya AS bagi menjadikan Malaysia ejennya setaraf dengan Singapura.

Ini mengherankan apabila mengingatkan beliau dapat melihat Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak sebagai boneka Imperialisme,kapitalisme dan neokolonialisme Barat.

Bagaimanapun ini tidak mengherankan kerana dia tidak pernah sedar suatu masa dahulu menjadi alat kepada Comintern (Communist International) untuk mengembangkan pengaruhnya di Asia.

Sehingga hari ini pun beliau masih melihat penyelesaian masalah kemiskinan rakyat menerusi kacamata ideologinya dan tidak nampak langsung hakikat bahawa generasi petani, nelayan dan orang kampong sebelum merdeka telah melahirkan generasi baru dengan taraf hidup baru dan kesedaran baru yang turut menyumbang kearah menghakiskan feudalisme di negara ini.

Kemajuan politik hari ini ini adalah merupakan evolusi dalam proses kearah matlamat teakhir.

Dalam hal ini kita seharusnya mengangkat topi dan memberikan tabik hormat kepada rakan seperjuangan Syed Husin Ali , saudara Kassim Ahmad ( gambar) seorang yang dapat melihat kesan positif pragmatisme UMNO dalam membawa perubahan sosial yang besar dalam masyarakat Melayu di Malaysia. (Hamid Tuah hanya mengajar orang merampas tanah secara haram berbanding dengan ribuan orang kampung menjadi makmur menerusi Felda)

Universiti Kedua ( tahanan ISA) telah memberikan kesedaran baru kepada Kassim Ahmad yang telah menyertai perjuangan kiri sejak tahun 60 an dan menjadi Presiden Party Sosialis Rakyat Malaya sejak berumur 35 tahun . Dalam bukunya "Mencari Jalan Pulang "Kassim Ahmad mengakui bahawa "Saya gagal dalam bidang politik.Saya seorang pemuda yang idealistik: kuat dalam idealismenya dan lemah dalam realismenya.(muka 65).

"Saya kerapkali mengkritik pragmatismeUMNO, tetapi pragmatisme perlu kepada sesuatu pimpinan parti, dengan syarat pragmatisme ini tidak menggantikan idealisme."katanya

Mungkin Tun Dr.Mahathir dan Lee Kuan Yew dapat dilihat sebagai pemimpin yang pragmatik tetapi tetap idealistik dan Kassim Ahmad hari ini sebagai sosialis yang praktis dan Syed Husin Ali masih berada dalam kelambu sosialis teoritis sehingga tidak sedar berjuang bersama sama perasuah dan perompak negara dengan kekayaan berjuta ringgit di luar negara untuk membawa rakyat ke surga atau negara utopian.
by Maharaja


20090103

PERISTIWA DAN DASAR PENTING TAHUN 2009

Politik

- Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan jawatan Presiden Umno kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Peralihan kuasa tersebut akan berlaku semasa Perhimpunan Agung Umno, Mac ini.

- Pilihan raya kecil Kuala Terengganu akan berlangsung 17 Januari ini. Hari penamaan calon adalah pada 6 Januari. Ia diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen bahagian itu, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada 28 Disember lalu akibat serangan jantung.

- Pemilihan parti MIC akan bermula April ini dan akan berakhir dengan perhimpunan agung parti pada Jun.

Pengangkutan

- Penumpang kenderaan di bahagian belakang wajib memakai tali pinggang keselamatan berkuat kuasa semalam. Peraturan itu dikenakan ke atas semua penumpang bagi kenderaan yang mempunyai sembilan tempat duduk atau kurang daripada itu. Mereka yang melanggar peraturan itu akan dikompaun RM300 sehingga hujung Jun ini dan jumlah itu akan meningkat RM2,000 atau maksimum satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali bermula 1 Julai ini.

- Penunggang motosikal yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Raya Baru Lembah Klang, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson dan Lebuh Raya Elite akan mendapat diskaun 10 peratus jika melakukan perjalanan antara tengah malam sehingga 7 pagi bermula semalam sehingga 31 Disember 2010.

Kes mahkamah

- Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan pendakwaan sama ada perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibicarakan oleh Mahkamah Sesyen.

Caruman KWSP

. Bermula bulan ini, sebahagian daripada 5.5 juta penyumbang EPF boleh memilih untuk mengurangkan sumbangan bulanan mereka daripada 11 kepada 8 peratus. Langkah itu bagi membenarkan pekerja mempunyai lebihan pendapatan setiap bulan.

Cukai

- Pelaksanaan sistem baru potongan cukai berjadual (PCB) berkuat kuasa semalam yang memberi pilihan kepada pekerja dan dan majikan untuk menentukan sendiri jumlah potongan cukai setiap bulan.

Rokok

- Kotak rokok diwajibkan mempunyai amaran bergambar yang menunjukkan bahaya tabiat merokok. Amaran bergambar itu mesti melitupi 40 peratus bahagian depan dan 60 peratus bahagian belakang kotak.

Harga minyak

- Harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan kini turun daripada RM1.30 kepada RM1.20 seliter.

Pinjaman PTPTN

- Caj perkhidmatan tiga peratus pinjaman PTPTN kini dikurangkan kepada satu peratus.

BPR

- BPR kini dikenali dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia. Penubuhan suruhanjaya tersebut diluluskan Dewan Rakyat 16 Disember lalu.

Radio Televisyen Malaysia

- RTM1 dan RTM2 kini dikenali sebagai TV1 dan TV2 dan akan bersiaran selama 24 jam yang akan menyiarkan 49 berita sehari dan pelbagai program berinformasi.

20090101

Inikah sebab Matematik dan Sains pakai bahasa Inggeris?

Ini mungkin bukan sebab sebenar, tetapi hanya Husin teka-teka.

Semasa Dr Mahathir mentadbir dia meminati bidang IT dan komunikasi dan dibina Multimedia Super Corridor (MSC) sebagai sebuah tempat yang dibina infrastuktur komunikasi yang hebat untuk membolehkan syarikat-syarikat dunia guna sebagai pusat kajian, operasi dan lain-lain.

Tatakala sedang merancang MSC ini, dia dapati kebanyakkan kertaskerja rasmi dalam bahasa Melayu menggunakan bahasa Inggeris. Akhirnya disuruh terjemahlah dalam bahasa rasmi, Bahasa Melayu (ikut perlembagaan ni).

Perancang-perancang MSC ni gopoh gapahlah terpaksa tanya sana sini. Bila ditanya Dewan Bahasa Pustaka, tak dapat-dapat istilahnya. Nak kena panggil mesyuarat dan panggil pakar-pakar. Peliknya salah seorang perancang yang terlibat dipanggil ke Mesyuarat DBP pulak.

Mereka pun berusaha dengan bertanya Institiut Penterjemahan Negara, mereka hanya bisingkan tak cukup peruntukkan untuk terjemah buku-buku ilmiah.

Perancang-perancang ini tak ada masa. Lalu mereka terjemah sendiri akhirnya dan dalam kurungan ditulis istilah Inggerisnya.

Apabila kertaskerja itu siap, CEO itu datang sendiri untuk menyerahkan kepada Dr Mahathir. Tercengang dan terkejut dia baca kertaskerja itu.

Mana tak. Tengok istilah-istilah yang diguna semasa itu:
Hardware = perkakasan keras
Software = perkakasan lembut
Joystick = batang gembira
Plug and play = cucuk dan main
Port = lubang
Server = pelayan
Client = pelanggan
Ada satu ayat itu, berbunyi berikut:


Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan.
Terperanjat Dr Mahathir melihat ayat itu. Lebih kurang semasa itu ada seorang ahli Parlimen PAS kata dia tengok filem lucah dengan cucunya.

Inikan pula ada laporan berbunyi lucah. Dia mengangkat matanya. Dengan jelingan yang tajam, dia bertanya mengenai para itu.

CEO itu menjawab, "Dalam bahasa Inggeris, ia sepatutnya berbunyi, "That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."

Parah ...

Akhbar dahulu laporkan ramai diplomat kita tak tahu bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris.

Husin ingat ini menjadi sebab terpaksa guna bahasa Inggeris untuk subjek Matematik dan Sains.

Salahnya siapa?

Ada salahkan Dr Mahathir. ... Ada salahkan guru-guru bahasa Inggeris tak cekap. Ada salahkan DBP. Ada salahkan lambat sangat penterjemahan buku-buku teks ke dalam Bahasa Inggeris. ... Ada salahkan globalisasi. Ada salahkan persaingan yang terlalu sengit menyebabkan terpaksa. ... Hingga ada salahkan Bill Clinton dan John Major.

Diri sendiri yang tak kuasai Bahasa Melayu dengan baik tak disalahkan.

Walaupun kadang-kadang ada benda terlepas, nasib baik Dr Mahathir teliti. Kalau zaman Dolah, apa jadi akhirnya.

Wow! Kali pertama satira cuit Dr Mahathir. Tapi bukan jual.

http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com

Mat Taib dan Ketuanan Melayu


Hari itu Sin Chew Jit Poh melaporkan Mat Taib berkata Ketuanan Melayu tidak wujud.. Tak percaya Husin dia berkata demikian. Biar Husin cuba terangkan apa itu Ketuanan Melayu dalam bahasa dan contoh yang mudah dia fahami.

Ketuanan ini datang dari perkataan tuan. Tuan boleh membawa maksud hormat. Macam kita guna tuan dalam perkataan tuan puteri. Fahamkan apa itu Tuan Puteri.

Kadang-kadang tuan tu gunanya macam tuan rumah. Macam kalau nak bawak bersiar-siar anak dara tuan rumah, kena mintak izin. Ini pula nak bawak lari ke Siam untuk nikah.

Yang salah adalah bila diguna macam tuan besar omputih. Ia bunyi macam tuan dan hamba. Kalau nak faham, dia macam orang yang bawa wang tunai RM2.4 juta dalam beg ke Australia. Itu macam tuan besar omputih tapi tak cakap omputih.

Tapi mengikut laporan, Mat Taib lebih percaya wujudnya Malay dominance. Akhbar tersebut melaporkan dia berkata:

"If a Malay-owned clinic is the only clinic in a village and patients of various racial groups come for consultation, it would be a Malay dominance in the village. Similarly, when residents of various racial groups get specialist services provided by a Chinese, it means the Chinese dominance in that place."
Bunyinya macam bila kita ada kuasa, kita luluskan permohonan tanah untuk Cina banyak-banyak dan jadilah Ketuanan Cina. Tanah yang dibenarkan jual untuk Melayu adalah tanah bukit. Bila lereng itu runtuh, tak lagi Ketuanan Melayu. Yang penting untuk Mat Taib, duduk diam-diam dan bairkan Khir Toyo menjawab.

Nak kata salah, tak salah apa Mat Taib kata. Nak kata betul, pun boleh juga. Keliru sekejap Husin dibuatnya.

Ramai menerangkan Ketuanan Melayu adalah kuasa raja atau kesinambungan kuasa kerajaan Melayu. Macam betul lagi kata Mat Taib. Ketuanan Melayu tak wujud semasa dia lahir lagi.

Mulai tahun 1874, Sultan, Orang-Orang besar dan Gangster-Gangster Cina di Perak buat persetujuan di Pangkor untuk setuju kasi kuasa pada Inggeris mentadbir. Tanya MB Perak sekarang, Ahmad Nizar, kerana dia tandatangan perjanjian kedua. Bila kemerdekaan dicapai hasil perjuangan tok moyang kita, orang Melayu tak dapat pun balik kerajaan Melayu kita kerana dipaksa kongsi.

Adakah akhbar pemutarbelit Ahmad Ismail salah terjemah? Adakah itu yang verbatim dikatakan Mat Taib?

Wow! Mat Taib cakap omputih? Hari minggu boleh beli nombor 1215 atau 1512.

http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com

Menjelang KT: Kenapa dengan Pidah dan Ijat ni?


Sebelum diumumkan calun UMNO untuk pilihanraya kecil, Kak Pidah sudah umum dia akan turun dan ketuai kempen bersungguh-sungguh. Ijat pun janji nak bantu dan ketepikan perbezaan antara mereka. Ketuai, nak bantu, diberi tugas bantu, dan macam-macam ini akan timbul kemudian hari.

Kenapa mereka berkelahi? Kak Pidah tak kata tak mahu turun. Dah ada janji peralihan kuasa dalam tiga bulan. Bukan pasal Pidah nak pusing dan kekal. Dah tua pun. Dah dapat Tan Sri.

Ini ceritanya.

Sebelum ini, mereka berdua bersama Kamelia selalu duduk berbincang macam nak mengatur strategi menahan kemaraan Azalina 'babe'. Babe ini luar buasa sedikit. Bak kata Puad Zarkashi dalam ucapan PAU 2004, 'babe' ini puteri gunung ledang.

Babe ini dipercayai salah sorang dalam team Khairy untuk menguasai wanita satu hari nanti. Itu pasal babe sekarang dah ambil anak angkat dan pakai melawa. Walau dia dah nampak lawa, apa pasal bila tengok si anu tu tak rasa apa-apa.

Pidah, Ijat, dan Kamelia selalu bertemu sorok-sorok kedai kopi di stesyen keretapi Seremban. Mereka akan bincang. Lepas tu, ada balik naik keretapi ke KL. Kadang-kadang ada naik kereta dan macam-macam kenderaan.

Satu hari tu, mereka sudah yakin usaha rancangan mereka dah berjaya. Susahlah babe nak masuk, bila Pidah dan Ijat kekal. Kempen dah berjalan dan sebelum mesyuarat mula pun, Babe tak akan dapat cukup pencalunan untuk mana-mana jawatan dalam wanita. Mereka rancang berjumpa.

Sampai di kedai kopi, Kamelia sampai dulu, kemudian Ijat dan akhir sekali Pidah.

Mereka pun berseronok bercerita babe tak dapat kacau dan pecahkan wanita UMNO. Kita masih bersatu. Pelan peralihan pun akan berjalan lancar.

Mereka berborak sambil menghirup kopi panas. Keretapi akan sampai dalam tiga lima minit.

Ijat pun ingatkan siapa nak balik naik keretapi kenalah tunggu. Pidah pun kata jangan risau. Banyak masa lagi. Mari sembang lagilah.

Tak lama kemudian sudak masanya keretapi patut datang. Kamelia pulak tegur. Pidah kata jangan risau. Selalunya keretapi tak ikut jadual, sering lambat.

Mereka terus sembang lagi. Akhir sekali, keretapi sampai. Ijat dan Kamelia ajak beredar. Pidah masih tak risau. Dia kata lima minit lagi keretapi jalan. Tapi wisel pertama keretapi dah berbunyi.

Ijat bising, "Marilah!" Kamelia pun ikut.

Nak tak nak Pidah pun ikut. Dalam dia terkial-kial nak bangun kerusi, wisel bunyi sekali lagi. Kamelai dan Ijat pun lari kejar. Pidah dibelakang baru nak terhegeh-hegeh.

Ijat dan Kemelia berdua paki seluar, senang. Keretapi baru mula nak jalan sedikit. Ijat dan Kamelia sempat lompat naik.

Pidak pulak dengan pakai baju Melayu kain gombang, gelang penuh ditangan, dan kalung serta anting-anting lagi, lambat kejar di kebelakang. Bila dia sampai ke platform, keretapi dah laju. Tak berani nak lompat naik.

Apa lagi, dia naik ingin. Dia berdiri di platform menyumpah seranah dengan tangisan. Marah betul dia ditinggalkan. Station master melihat keadaan cuba memabantu. Dia bertanya, "Kenapa puan marah puan?"

"Mereka tinggalkan saya."

"Kenapa tak tunggu di platform lebih awal? Ditanya Station Master.

"Saya tak kisah sangat tak naik keretapi. Memang saya lewa di kedai kopi. Saya marah dengan mereka berdua tu.

"Yang sepatut naik adalah saya, bukan mereka ...."

Wow! Kena jual di stesyen keretapi

http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com

20081230

KT: Peluang PAS dan calon bebas...

Dengan mengambil kira keputusan pilihanraya umum Mac lalu, PAS akan memastikan kehadiran calon-calon bebas tidak akan merosakkan sekali lagi peluangnya untuk memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil 17 Januari ini.

Mac lalu, calon PAS, Mohamad Sabu kalah tipis di tangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ismail bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Razali menewaskan Mohamad yang juga naib presiden PAS dengan 628 undi, sedangkan calon bebas, Maimun Yusuf mendapat 685 undi.

Kali ini, PAS akan memastikan kehadiran calon-calon bebas tidak akan merosakkan peluang parti itu untuk merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.

Tiga orang telah menyatakan hasrat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas.

Mereka ialah Maimun dan dua orang lagi, iaitu usahawan, Mohd Azlan Ismail dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan.

Manakala parti serpihan PAS - Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) - telah menamakan bekas pemimpin PKR, Haron Abdul Rahman sebagai calonnya.

'Hilang deposit'


Parti itu nampaknya tidak kisah dengan kegagalan calonnya di Permatang Pauh sebelum ini untuk mendapat undi yang cukup bagi mendapat balik wang deposit.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali, ketika dihubungi, melihat pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu lebih menjurus kepada pertembungan PAS dan BN.

"Pertandingan utama masih antara BN dan PAS," katanya sambil menambah parti itu yakin menang walaupun BN telah menamakan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Umno Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calonnya.

Katanya, kehadiran calon bebas dan calon Akim tidak akan menjejaskan peluang PAS untuk menang kali ini.

Mustafa yang lebih mesra dengan panggilan 'Cikgu Pa' dikatakan salah seorang daripada empat individu yang mungkin dipilih sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil tersebut.

Yang lainnya ialah Timbalannya, Datuk Wan Mutalib Embong; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan seorang ahli perniagaan, Dr Mohd Kazani Abdullah.

Syed Azman dikatakan sebagai calon pilihan dan pernah memenangi kerusi parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya 1999. Beliau tewas kepada Razali dalam pilihanraya umum 2004.

20081209

Anwar: Pengorbanan memerlukan keteguhan dan ketulusan hati

oleh Syukree Hussain

Kuala Lumpur, 8 Disember (MalaysiaToday) - Sempena ketibaan Aidil Adha hari ini, Ketua Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut hari raya korban kepada semua umat Islam.

"Saya mengucapkan Salam Eidul Adha minal adin walfaizin walmaqbulin kepada seluruh umat Islam.

"Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar. Walillahil hamd," kata beliau.

Menurut beliau, pengorbanan memerlukan keteguhan dan ketulusan hati seperti puncak kepada keikhlasan dan makna daripada ketakwaan itu dapat diperolehi daripada kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?"

Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar", firman Allah SWT dalam Surah As-Saaffaat ayat 102.

Jelas Anwar, kedua-duanya tanpa ragu menjalankan perintah Allah S.W.T

"Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami)," sambung firman Allah SWT dalam Surah As- Saaffaat ayat 103.

"Saya pernah berkongsi dengan para pembaca betapa penting untuk kita menyingkap makna dan pengajaran dari peristiwa qurban yang melibatkan Nabi Ibrahim a.s. dan putera baginda Nabi Ismail a.s," ujar Penasihat PKR itu dalam blognya.

Katanya, yang terserlah adalah nilai taqwa, hasrat mempertahankan hak dan menolak kebatilan.

"Pada masa sama jangan kita alpa untuk terus berjuang mengangkat martabat umat dan membela nasib rakyat," jelas beliau.

Tambahnya, kesungguhan tanpa kenal erti penat dan lelah merupakan ciri para pejuang penegak Keadilan.

"Perjuangan untuk memastikan Perubahan di negara ini menuntut kesungguhan dari pendokong kebenaran dan semoga kemenangan tiba jua akhirnya," tegasnya lagi.

Firman Allah SWT seterusnya, "Dan Kami menolong mereka sehingga menjadilah mereka orang-orang yang berjaya mengalahkan (lawannya) - Surah As-Saaffaat 116."

Umat Islam akan menyambut hari raya korban 1429 hijrah pada hari ini dengan bermula solat sunat hari raya berjemaah di masjid dan seterusnya melakukan majlis korban.

Anwar dijangka menyambut Aidil Adha di Permatang Pauh bersama-sama isteri, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan anak-anak beliau termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

20081204

Gantung Zahar, Umno jaga kepentingan Presiden dan Timbalan

Irwan Muhammad Zain

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Hrkh) - PAS menyifatkan keputusan Umno mengantung keahlian Kapten (B) Dato' Zahar Hashim selama tiga tahun sebagai tindakan menjaga kepentingan Presiden dan Timbalannya.

Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar ketika diminta mengulas keputusan Umno itu berkata, keputusan itu jelas mengambarkan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden Umno kebal dan mempunyai kepentingan yang harus dilindungi.

"Kenapa Zahar digantung sedangkan beliau mendedahkan salah laku Presiden dan Timbalannya?" soal Kamaruddin.

Zahar sebelum ini telah membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Abdullah yang didakwa telah menyalahguna kedudukannya sebagai presiden Umno menjelang pemilihan parti dan pencalonan.

Beliau juga mendakwa berlaku penyelewengan dalam proses tender kerajaan untuk membeli helikopter baru bagi Angkatan Tentera Udara Malaysia (TUDM).

Kamaruddin berkata sepatutnya lembaga displin Umno dan Majlis Tertinggi Umno menyiasat laporan yang dibuat terhadap Abdullah dan Najib bukan mengantung individu yang membuat laporan.

Keputusan yang dibuat ini kata beliau, mengambarkan Umno tidak serius membanteras rasuah dan politik wang berlaku dalam parti itu.

Beliau juga menegaskan rasuah dan politik wang semakin berleluasa dalam Umno dan ianya sukar dibendung sehingga bekas presiden parti itu, Tun Mahathir Mohamad berhasrat untuk mendedahkan nama pemimpin parti itu yang terlibat dalam amalan tersebut .

"Malangnya, bila ada yang melaporkan perkara ini dan bila ianya melibatkan presiden dan timbalannya, kepentingan kedua pemimpin itu dijaga dan rasuah terus dibiarkan bermaharajalela," jelas beliau.

Sementara itu ketika diminta mengulas pemecatan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim, beliau berkata keputusan itu sudah diduga.

Beliau menasihatkan Umno supaya lebih bersikap terbuka dalam menerima teguran dan pendapat ahli yang berbeza dengan parti.

"Kita lihat hari ini semakin ramai ahli Umno yang memberikan pandangan berbeza dengan parti jadi tidak seharusnya mereka dikenakan tindakan," jelas ahli parlimen Tumpat itu.

Semalam, Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan tindakan memecat serta merta keahlian Dato' Zaid Ibrahim dan menggantung keahlian Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim selama tiga tahun. - mks. _

20081202

Tokoh Sekutu Amerika : Anwar Ibrahim dan Mary Robinson




Tokoh Sekutu Amerika : Anwar Ibrahim dan Mary Robinson


Oleh : AIDC

Mary Robinson merupakan salah seorang kenalan Anwar Ibrahim yang kedua-dua mereka merupakan anak buah Al Gore bekas Naib Presiden Amerika Syarikat.

Sekitar tahun 1990-an, Anwar Ibrahim dan Mary Robinson merupakan penyokong kuat parti Demokrat Amerika pimpinan Presiden Bill Clinton dan Al Gore. Ketika itu, Anwar merupakan Menteri Kewangan (1990-1998) dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia (1993-1998), manakala Mary Robinson pula Presiden Ireland (1990-1997).

Anwar Ibrahim dan Mary Robinson kader Amerika melalui Bank Dunia & PBB

Anwar Ibrahim dan Mary Robinson menjadi pelobi utama Presiden Bill Clinton dan Al Gore, ketika kedua-dua mereka menjawat jawatan penting di negara masing-masing. Dengan lobi kepada Amerika ini, mereka berharap kepimpinan mereka diiktiraf dan dibantu oleh kuasa dunia itu.

Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Bill Clinton dan Naib Presiden Amerika, Al Gore meletakkan orang-orangnya di dua institusi penting iaitu di Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Selain dari tugas umum, kedua-dua institusi ini juga bertanggungjawab mencari kader-kader baru bagi membentuk rangkaian pemimpin dunia yang pro- Amerika Syarikat.

Di Bank Dunia, Clinton dan Al Gore letak James David Wolfensohn sebagai Presiden 1995-2005. Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula dicalonkan Kofi Annan menjadi Setiausaha Agung dari tahun 1997-2006. Di bawah PBB terdapat dua badan utama iaitu UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB) dan IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa).

Pada tahun 1991, Anwar Ibrahim dilantik Presiden UNESCO. Pada tahun 1996, beliau telah dianugerahkan Presidential Medal oleh Universiti Georgetown Amerika dan kedoktoran kehormat oleh Ateneo De Manila University, Filipina, kerana sumbangannya dalam mempromosikan kefahaman antara agama.

Pada mesyuarat tahunan IMF-Bank Dunia tahun 1997, Anwar Ibrahim dipilih sebagai Pengerusi bagi Jawatankuasa Kumpulan Pembangunan IMF dan Bank Dunia (Chairman of the Development Committee of the IMF-World Bank). Pengarah Urusan IMF ketika itu adalah Michel Camdessus (1987-2000). Sila klik di sini

Nurul Izzah, Anwar dan Wan Azizah bersama Kofi Annan



Manakala Mary Robinson, selepas bersara dari Presiden Ireland, dicalonkan menjadi Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkuatkuasa pada 12 September 1997 hingga 2002.




Idea penubuhan PBB atau United Nations diilhamkam oleh Franklin D. Roosevelt, bekas Presiden Amerika (1933-45) sewaktu berlakunya Perang Dunia II untuk merujuk kepada Pihak Berikat yang terdiri daripada dari 26 negara. Nama ini digunakan secara rasmi buat pertama kali pada 1 Januari 1942 dalam "Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu".

Pengisytiharan ini bertujuan untuk mengikat ahli-ahli Pihak Berikat kepada prinsip-prinsip Piagam Atlantik serta untuk menerima sumpah daripada ahli-ahlinya supaya tidak menuntut keamanan daripada Kuasa Paksi.

Ibu pejabat PBB terkini dibina New York City pada tahun 1949 yang dibina menggunakan bantuan dana Yahudi Amerika terkaya iaitu John D. Rockefeller, Jr. dengan derma sebanyak AS$8.5 juta. Selain itu terdapat juga pejabat PBB di Geneva, Switzerland. Klik di sini dan di sini

Bank Dunia didirikan pada 27 Disember 1945. Ibu pejabat Bank Dunia terletak di Washington, DC, Amerika Syarikat. Secara teknikal, struktur Bank Dunia terletak di bawah salah satu dari badan PBB. Namun Bank Dunia mempunyai modus operandinya sendiri.

Selain daripada peranannya sebagai badan peminjam kewangan kepada negara-negara anggota, Bank Dunia juga menjalankan operasi mengembangkan prinsip-prinsip neo-liberalisme, iaitu mewujudkan pasaran bebas dan mempraktikkan pertandingan ekonomi bebas, tanpa campur tangan kerajaan dalam sesebuah negara. Bank Dunia juga menyemai benih reformasi dan demokrasi untuk menghapuskan pemerintahan diktator.

Dua Presiden Bank Dunia, yang berturunan Yahudi iaitu James D. Wolfensohn (Jun 1995–Mei 2005) dan Paul Wolfowitz (Jun 2005–Mei 2007) adalah kawan rapat Anwar Ibrahim.


Kempen Bebaskan Anwar oleh Hak Asasi Manusia - PBB

Meskipun Amerika dan syarikat media kepunyaan Yahudi berusaha menjulang nama Anwar Ibrahim sebagai bakal PM Malaysia, dengan pelbagai anugerah; Presiden UNESCO (1991), Finance Minister of the Year - Euromoney magazine (1996), awarded the Presidential Medal by Georgetown University dan honorary doctorate by the Ateneo de Manila University, Philippines (1996), Chairman of the Development Committee of the IMF-World Bank (1997), Asian of the Year-Newsweek International (1998), namun cita-cita Anwar dan Amerika menguasai Malaysia terpadam apabila, beliau dipecat daripada keahlian UMNO pada 2 September 1998, sekaligus terlucutlah jawatannya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Selepas itu, Anwar telah dipenjarakan kerana didapati bersalah menggunakan kuasanya sebagai TPM merasuah pegawai polis untuk menutup skandalnya bersama Shamsidar Tahrin, isteri Azmin Ali. Akibat kesalahan itu Anwar telah dijatuhkan hukuman bersalah oleh pihak mahkamah dan terpaksa merengkok di dalam penjara.

Mary Robinson yang ketika itu menjadi Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia, PBB telah menjalankan kempen-kempen untuk membebaskan sahabatnya (Anwar) supaya dibebaskan dari penjara.

Oleh kerana proses lobi tidak berjaya membebaskan Anwar, Mary Robinson dan Amerika (melalui NED -National Endowment for Democracy dan NDI - National Democracy Institute) telah memberi bantuan kewangan kepada beberapa NGO berkaitan dengan hak asasi dan kebebasan media supaya menjalankan operasi dari dalam negara.

Antara NGO yang ditaja adalah Amnesty International Malaysia (AIM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Hak Asasi Manusia (HAKAM), Forum-Asia, Caram-Asia, Centre for Independent Journalism (CIJ), Southeast Asian Press Alliance (SEAPA) Transperancy International Malaysia (TIM) dan lain-lain. Klik di sini dan di sini, di sini

Nama-nama aktivis NGO-NGO itu adalah Elizaberth Wong, Tian Chua, Cythia Gabriel, Chang Lih Kang, Amiruddin Saari dan lain-lain yang kesemuanya adalah aktivis PKR.

Selain menaungi kegiatan Hal Asasi di PBB, Mary Robinson juga merupakan Pengerusi IIED (the International Institute for Environment and Development) dan pengerusi the Council of Women World Leaders. Beliau juga salah seorang daripada orang Eropah yang menyertai pertubuhan underground yang kontroversial iaitu Trilateral Commission.


Foto atas, Mary Robinson memperjuangkan hak asasi manusia. Foto bawah, beliau berkempen hak kebebasan wanita di Kabul pada Mac 2002. Menurutnya hak asasi wanita Muslim di Kabul telah ditindas oleh Taliban. Beliau ke Kabul untuk berkempen besar-besaran kebebasan hak kewanitaan sempena dengan sambutan International Women Day. Klik di sini


Pada 1970 dia berkahwin dengan Nicholas Robinson (Kristian Protestan). Walaupun Mary Robinson berketurunan keluarga Church (Katolik) Ireland, namun perkahwinannya dengan lelaki Protestan menyebabkan satu perselisihan antara kedua ibu bapanya.

Beliau pernah menjadi Profesor di Reid Law, Trinity College. Robinson juga menjadi penasihat undang-undang untuk Kempen Perubahan Undang-undang Homoseksual bersama David Norris di Trinity College.

Sebuah lagi badan dinamakan "Realizing Rights" telah ditubuhkan olehnya pada Oktober 2002. Turut menyokong pertubuhan itu adalah Jimmy Carter, Desmond Tutu dan Musimbi Kanyoro. Juga turut disokong oleh The Aspen Institute, Columbia University dan the International Council on Human Rights Policy. Misinya untuk meletakkan hak asasi manusia dalam peringkat global. Klik di sini





Foto : Nurul Izzah menemui Mary Robinson untuk bantu kempen bebaskan Anwar. Mary Robinson bekas Presiden Ireland banyak membantu Anwar menjalankan kempen di peringkat antarabangsa terutamanya ketika beliau memegang jawatan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia, PBB.Pejabatnya ketika itu di Office of the United Nations High Commissioner for Human Rights, Palais des Nations, 8-14 avenue de la Paix, CH 1211 Geneva 10, Switzerland. Robinson juga penasihat untuk kempen Homosexual Law Reform bersama David Norris di Kolej Triniti.




Nurul Izzah Anwar berkempen bebaskan Anwar dan melobi Amerika untuk campurtangan supaya bapanya dibenarkan mendapat rawatan di Jerman. Kempen Nurul Izzah dilakukan semasa menghadiri Konvensyen Kumpulan Parti Demokrat Amerika di Boston. Anwar dikatakan bakal lumpuh jika tidak dibedah, tetapi beliau tidak bersedia untuk dibedah di Malaysia.

Nurul telah bertolak di Amerika menemui para pegawai Rumah Putih ,Jabatan Negara dan anggota Kongres untuk tujuan berkenaan. Beliau berpendirian bapanya harus diberi kebebasan memilih doktor dan jenis rawatannya sendiri. Bekas Duta Amerika ke Malaysia ,John Malott yang diketahui umum sering menyuarakan isu Anwar berkata Nurul adalah jemputan termuda dikalangan 500 orang terdiri dari para duta asing dan tokoh politik ke konvensyen berkenaan.

Namun begitu bekas Timbalan Presiden KeADILan Dr Chandra Muzaffar tidak setuju dengan usaha yang dilakukan oleh anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah pergi ke Amerika Syarikat bertemu dengan para pegawai Amerika untuk melobi mendesak kerajaan membenarkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjalani rawatan di luar negara. Beliau berpendapat sesiapapun tidak harus mengundang mana-mana kerajaan asing meminta bantuan, mendesak atau memujuk kerajaan Malaysia kerana ia bertentangan dengan maruah sebagai bangsa dan negara yang berdaulat.

“Amerika Syarikat mempunyai agenda mereka sendiri, oleh itu tindakan kita meminta bantuan mereka secara tidak langsung membantu mereka mengambil kesempatan ke atas kita, kerana mereka tidak menolong begitu sahaja tetapi ada udang di sebalik batu,”katanya.Klik di sini





Foto : Cythia Gabriel (Pengarah Eksekutif SUARAM - tajaan NED), Sivarasa Rasiah (Naib Presiden PKR), Nurul Izzah dan wakil Madeline Al Bright (NDI) di KLIA.Kumpulan-kumpulan hak manusia Malaysia secara berterusan berkempen untuk kebebasan Anwar.

NGO ini dengan kerjasama badan-badan Amerika (NDI & NED) telah mengatur perjalanan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah, bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi PBB di Geneva. Tiga pertubuhan hak asasi manusia Malaysia adalah SUARAM, Aliran dan HAKAM.



Proses re-branding semula imej Anwar selepas dibebaskan dari penjara


Selepas dirawat di Munich Jerman, Anwar terus ke Afrika Selatan, menemui kawan rapat Robinson iaitu Bishop Desmond Tutu , Ketua Biskop Kristian dan Nelson Mandela , bekas Presiden Afrika Selatan pada 1 Disember 2004. Pertemuan itu sempena syarahannya bertajuk Asian and Rennaisance di Cape Town University.

Paderi Desmond Tutu



Mary Robinson dan Desmond Tutu, merupakan aktivis Kristian yang aktif memperjuangkan hak asasi manusia dan demokrasi termasuk di dunia Islam. Sila Klik di sini


Dari kiri : Mary Robinson (kedudukan nombor 3); Kofi Annan, bekas Setiausaha Agung PBB; Nelson Mandela, bekas Presiden Afrika Selatan; Jimmy Carter,bekas Presiden Amerika dan Archbishop Desmond Tutu di Johannesburg.


Paderi Desmond Tutu yang juga Paderi Gereja England menjadi orang kulit hitam pertama dari Afrika Selatan yang dilantik Setiausaha Agung Majlis Gereja pada tahun 1979. Beliau lantang berceramah ke seluruh dunia, mendesak perubahan tanpa kekerasan serta sekatan ekonomi dikenakan ke atas Afrika Selatan. Akibatnya, kerajaan Afrika Selatan telah membatalkan pasportnya.

Pada tahun 1984, Paderi Desmond Tutu telah menerima Nobel Peace Prize. Tutu telah dipilih biskop Gereja England di Johannesburg. Pada 1986 beliau juga dipilih Archbishop Cape Town, satu jawatan taraf tertinggi dalam Ahli Mazhab Gereja England Church di Afrika Selatan.




Timbul persoalan untuk apa Anwar melawat Paderi Desmond Tutu, di Afrika Selatan ? Kenapa Anwar tidak meminta fakwa homoseksual daripada ulamak Islam ?

Selain paderi itu merupakan kawan rapat Robinson, beliau juga merupakan penyokong kuat Amerika dan beliau dianggap pejuang hak asasi yang lantang termasuk isu homoseksual.

Pendapat Paderi Desmond Tutu mengenai homoseksual; "penindasan ke atas golongan homoseksual adalah tidak adil dan dianggap sebagai dasar aparteid. Bagi saya homoseksual adalah satu perkara hak-hak manusia dan satu isu teologis yang dalam (diumumkan , 17 November 1998). Agenda ini perlu menjadi keutamaan yang kedua, selepas masalah kemiskinan di Dunia Ketiga". Klik di sini

Pendapat Desmond Tutu berkenaan dengan homoseksual disokong oleh Mary Robinson. Katanya kaum homo tidak boleh dianaktirikan kerana bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia. Klik di sini


Jika dirujuk kepada laman web cuttingedge.org nama Anwar Ibrahim dan Desmond Tutu adalah nama yang disenaraikan anggota ahli Illmuniti. klik di sini

Illuminati berasal dari perkataan Latin yang bermaksud "pencerahan" atau "menyedarkan" pada sejarah Bavarian Illuminati, iaitu pembentukan satu kumpulan pencerahan pada Mei 1776. Pada zaman moden istilah ini digunakan bagi merujuk untuk satu organisasi sulit yang menjadi dalang dalam pengawalan kuasa (which acts as a shadowy power behind the throne).

Kumpulan ini dikatakan mengawal kuasa dunia menerusi kerajaan dan syarikat-syarikat di sesebuah negara. Dalam konteks ini Illuminati adalah satu penjelmaan semula atau kesinambungan Bavarian Illuminati dan pada hari ini ia selalu digunakan untuk merujuk kepada Kuasa Dunia Baru - New World Order(NWO).


Selepas berjumpa Desmond Tutu, Seterusnya Anwar telah berhijrah dan mendapat suaka politik di United Kingdom dengan menjadi pensyarah pelawat di St. Anthony’s College, Oxford (2004-2005). Posisi Anwar di UK diatur oleh salah seorang kawan baiknya, Chris Patten,(penyokong parti Demokrat Amerika) yang pernah bertugas di Hong Kong.

Di United Kingdom juga merupakan pengkalan utama parti Demokrat Amerika, setelah parti Demokrat Clinton-Al Gore tewas kepada parti Republikan Bush-Dick Cheney.

Aset dan dana parti Demokrat telah dipindahkan dari Amerika ke UK melalui dua badan pemikir yang berpengkalan di sana iaitu Generation Investment Management Group dan AccountAbility (Institute of Social and Ethical AccountAbility). Kedua-dua badan ini dimiliki oleh Al Gore.

Pada 23 Februari 2005, Al Gore telah mengadakan mesyuarat tertutup dengan Anwar Ibrahim dan Mary Robinson semasa majlis makan malam di London untuk membincangkan strategi politik akan datang.

Selain di UK, Al Gore juga badan pemikir di Timur Tengah yang dinamakan Datamatix yang berpengkalan di Dubai, UAE. Datamatix telah menjemput Anwar dan Robinson menjadi ahli panel ‘Forum Global Government & Business Leaders’ pada 24 September 2005 di Dubai. Klik di sini





Kesemua badan pemikir milik parti Demokrat Amerika ini (Generation Investment Management Group, AccountAbility dan Datamatix) digunakan sepenuhnya untuk mengilap semula imej Anwar Ibrahim sebagai tokoh popular di dunia. Selain itu, media kawalan Yahudi dan Amerika turut digunakan untuk memberi publisiti kepada Anwar supaya namanya kembali popular.


Majalah TIME misalnya menamakan Anwar Ibrahim sebagai 100 tokoh paling berpengaruh di dunia. Siapa di belakang majalah TIME dan kenapa Anwar dipilih, sila baca artikel ini. Begitu juga Majlah TIME menamakan Mary Robinson sebagai "Heroes dan Icons" di dunia. klik di sini

Anwar dan Mary pernah bersama menghadiri program ‘Reinventing Accountability for 21st Century’ pada 3 hingga 5 Oktober 2005 yang diadakan di London. Mereka telah berpeluang memberi ucapan sempena majlis ulang tahun Accountability yang ke-10 dengan membincangkan mengenai mempromosikan accountability untuk mencapai pembangunan.Klik di sini

Institute of Politics, Harvard University turut menamakan Anwar Ibrahim dan Robinson sebagai penceramah mereka di atas topik Islam dan Demokrasi serta hak asasi manusia. Mary berceramah tajuk ‘Making Human Right Matter : Eleanor Roosevelts Time Has Come’ pada 30 September 2002. Manakala Anwar diundang memberikan ceramahnya bertajuk ‘The Challenges of Islam and Democracy’ pada 11 Julai 2005.

Pada 27 Julai 2006, Anwar memberikan syarahan bertajuk ‘Islam & Democracy’ yang diadakan di University of Quennsland. Sebelum ini, Mary juga di antara yang diundang memberikan ucapan mengenai ‘Discussion on Human Rights In The Age Of Terror’ di universiti yang sama pada 15 Ogos 2005.

Selain itu, Anwar dan Mary turut menyokong rancangan damai Israel-Palestin anjuran Presiden Bush yang dinamakan Annapolis Summit. Pada 4 Oktober 2006, mesyuarat mengenai ‘Towards a Comprehensive Settlement of the Arab-Israel Conflict’ yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dunia pro Amerika menyokong usaha damai itu. Klik di sini

Dalam mesyuarat yang dianjurkan oleh International Crisis Group (ICG) itu, Anwar Ibrahim dan Mary Robinson turut hadir bersama 135 pemimpin dunia yang mengiktiraf ISRAEL sebagai sebuah Negara SAH di samping pengiktirafan ke atas Palestin. Rancangan damai yang menguntungkan Israel ini ditentang hebat oleh rakyat Palestin sendiri terutamanya HAMAS dan negara jiran iaitu Iran serta Syria. Klik di sini

Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat sedang berkata sesuatu kepada tiga orang anak buahnya; Anwar Ibrahim, Ali Al Kamali (Pengarah Urusan Datamatix) dan Mary Robinson, bekas Perdana Menteri Ireland 1990-1997). Gambar di atas dirakam pada 18 Nov 2006 di Bustan Al-Arab Hotel Dubai, ketika Al Gore merasmikan majlis penyampaian Anugerah Middle East “3rd Banking Excellent Award” anjuran Datamatix, badan pemikir Amerika di Timur Tengah


Hubungan baik Anwar dan Mary Robinson dinukilkan oleh Anwar sendiri dalam blognya seperti berikut :


Saya kini dalam perjalanan pulang melalui Singapura setelah memberikan kenyataan akhbar di Vienna bersama Mary Robinson, bekas Presiden Ireland dan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB serta Penolong Setiausaha Agung PBB. Di sebelah petang saya bersama Vincent Fox bekas Presiden Mexico dan Presiden Transperancy International membicarakan mengenai kelunturan keyakinan rakyat terhadap pemerintah kerana merebaknya rasuah serta pentadbiran yang tidak telus.

Mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Agung PBB bahawa lebih satu ratus negara telah menandatangai peristiharan membanteras rasuah, saya menyatakan agar pertubuhan dunia tidak mudah terpedaya dengan pemimpin kerajaan yang rasuah yang pandai berhelah di pentas dunia walhal rasuah merebak dahshat di negara mereka.

Saya menyarankan agar badan dunia menubuh badan pemantau yang berwibawa.

klik di sini




AIDC
2 Disember 2008

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

Umno negeri dengar penjelasan Jalil dan Arif

Umno Pulau Pinang akan mendengar penjelasan dua pemimpin kanan Umno Permatang Pauh - Datuk Abdul Jalil Majid dan Datuk Arif Shah Omar Shah - berhubung pertelagahan antara mereka.

azhar ibrahim"Saya sudah jumpa ketua bahagian Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Majid semalam dan selepas ini saya akan jumpa Datuk Arif Shah Omar Shah (anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya)," katanya setiausaha Umno negeri itu, Datuk Azhar Ibrahim (foto), lapor Bernama.

Ditanya mengenai perjelasan Abdul Jalil dalam pertemuan dengannya semalam, Azhar berkata:

"Biarlah saya dengar penjelasan daripada Datuk Arif Shah dulu."

Baru-baru ini akhbar melaporkan bahawa Arif Shah kecewa dengan tindakan Abdul Jalil dan Umno bahagian itu yang seolah-olah mahu menamatkan kerjaya politiknya dalam Umno.

arif shah omar shahArif Shah (foto) yang mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh pada Ogos lalu dilaporkan berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk menyertai parti itu selepas mendakwa diketepikan oleh Abdul Jalil.

Arif Shah yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) Seberang Jaya, kalah kepada Abdul Jalil dalam pemilihan jawatan ketua Umno bahagian Permatang Pauh, November lalu.

Manakala Abdul Jalil pula menafikan dakwaan Arif Shah bahawa beliau diketepikan oleh ketua bahagian tersebut.

abdul jalil abdul majidMengenai lapoaran yang Ariff dipelawa menyertai PKR, Abdul Jalil (foto) berkata, itu hak Adun Seberang Jaya untuk membuat keputusan kerana beliau "dia sudah matang".

Abdul Jalil juga meminta Arif Shah tidak menjadikan dirinya dan Umno Permatang Pauh sebagai penyebab atau alasan untuk menyertai pembangkang.

20081201

Saya masih ahli Umno dan belum dipecat - Zaid Ibrahim

BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee terus mencetuskan persoalan mengenai fahaman politik mereka apabila muncul membuat kejutan di majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini.

Bagaimanapun Zaid yang ditemui selepas itu tetap menafikan penyertaannya sebagai ahli parti berkenaan.

"Ya, saya masih ahli Umno, saya masih belum dipecat," katanya ringkas.

Jelas beliau kehadirannya ke kongres berkenaan kerana menerima jemputan dan atas dasar minat yang mendalam tehadap politik.

Ditanya sama ada kekerapannya yang dilihat sering menghadiri majlis-majlis anjuran parti pembangkang sejak akhir-akhir ini adalah kerana bagi menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat, beliau tetap menidakkannya.

"Saya sekadar tunjukkan minat dalam politik...itu saja," katanya.

Menurut beliau, pakatan pembangkang bukanlah musuh namun sekadar kelompok masyarakat yang mempunyai pandangan yang berbeza dalam politik.

Diminta mengulas sama ada beliau sedar bahawa dengan kehadirannya hari ini akan menyebabkan Umno akan mengambil tindakan terhadapnya, beliau berkata tidak takut mengenai perkara itu.

"Saya rasa saya tak takut mengenainya (tindakan), saya lebih takut akan kesihatan saya sekarang ini...saya tak berapa sihat," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Sallehuddin Hashim turut mengesahkan bahawa hingga kini PKR masih belum menerima sebarang permohonan kemasukan Zaid mahupun Yong.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin. / Mstar


Saya sekadar tunjukkan minat dalam politik...itu saja

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com