Showing posts with label dalam. Show all posts
Showing posts with label dalam. Show all posts

20090226

Pembetulan : KONSPIRASI SYIA'H DALAM PERISTIWA KARBALA


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sedikit pembetulan : bukan pembunuhan Yazid, tapi pembunuhan Syaddina Hussain, maaf atas kesilapan ketik . Ini tulisan saya yang sebenarnya

Apa yang saya lihat adalah bagaimana penulis yang telah cuba membina satu persepsi baru tentang pembunuhan Sayiddina Husain di Karbala. Apa yang kita kena lihat adalah siapakah pembunuhnya bukan menunding jari secara zhan kepada kata-kata atau komen dari Ibnu Abbas atau sebagainya.

Siapakah pembunuhnya? Adakah dari kalangan orang mereka sendiri atau memang dari tentera Yazid? Jangan kaburkan fakta sejarah dengan mengemukakan andaian atau komen balas orang lain terhadap pemergian Syaidina Husain ke Karbala. Ini tidak memberikan fakta yang jelas kepada kita bahawa Syaidin Hussin dibunuh oleh orang 'Syiah' sendiri. Elakkan dari mereka-reka cerita yang bukan-bukan terutamanya sejarah, sejarah adalah sebuah catatan peristiwa yang telah berlaku jadi jujurlah dalam menceritakannnya walaupun pahit

Saya menulis ini tidak ada kaitan dengan Syiah dan saya bukan orang syiah, tapi cara pembuktian yang saudara tulis banyak salah. Walaupun Syiah anda katakan salah ini bukan bermakna kita boleh mereka-reka sejarah baru tentang kewafatan cucunda Nabi SAW.

Sekian wassalam

Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.

Ahmus


--- On Fri, 1/9/09, Ahmad <ahmus@yahoo.com> wrote:
From: Ahmad <ahmus@yahoo.com>
Subject: (INGATAN) Re: [KENALAN] KONSPIRASI SYIA'H DALAM PERISTIWA KARBALA
To: KENALAN-ABADI@yahoogroups.com
Date: Friday, January 9, 2009, 6:58 PM


20090209

Re: KONSPIRASI SYIA'H DALAM PERISTIWA KARBALA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Apa yang saya lihat adalah bagaimana penulis yang telah cuba membina satu persepsi baru tentang pembunuhan Sayiddina Husain di Karbala. Apa yang kita kena lihat adalah siapakah pembunuhnya bukan menunding jari secara zhan kepada kata-kata atau komen dari Ibnu Abbas atau sebagainya.

Siapakah pembunuhnya? Adakah dari kalangan orang mereka sendiri atau memang dari tentera Yazid? Jangan kaburkan fakta sejarah dengan mengemukakan andaian atau komen balas orang lain terhadap pemergian Yazid di Karbala. Ini tidak memberikan fakta yang jelas kepada kita bahawa Yazid dibunuh oleh orang 'Syiah' sendiri. Elakkan dari mereka-reka cerita yang bukan-bukan terutamanya sejarah, sejarah adalah sebuah catatan peristiwa yang telah berlaku jadi jujurlah dalam menceritakannnya walaupun pahit

Saya menulis ini tidak ada kaitan dengan Syiah dan saya bukan orang syiah, tapi cara pembuktian yang saudara tulis banyak salah. Walaupun Syiah anda katakan salah ini bukan bermakna kita boleh mereka-reka sejarah baru tentang kewafatan cucunda Nabi SAW.

Sekian wassalam

Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.

Ahmus


--- On Thu, 1/8/09, Ruslina Mohd Nor <mamadaniel02@yahoo.com> wrote:
From: Ruslina Mohd Nor <mamadaniel02@yahoo.com>
Subject: Re: [KENALAN] KONSPIRASI SYIA'H DALAM PERISTIWA KARBALA
To: KENALAN-ABADI@yahoogroups.com
Date: Thursday, January 8, 2009, 6:24 PM


Tiada konspirasi dan meraih simpati didalam peristiwa Karbala ini.Yang dibunuh itu adalah cucu kesayangan nabi.Tidak salah bagi sesiapa pun untuk mengagungkan ahlul bait kerana mereka org terdekat dgn nabi kita.Cubalah tanya....siapa yg kenal Hussain ini? Tak ramai yg tahu dia cucu nabi...apatah lagi bagaimana dia dibunuh dgn kejam.Cuba hayati kisah tragis ini lagi elok dari mengutuk sesama sendiri..Yg penting kita sama sama menyembah Tuhan YG SATU...betul atau tidak cara kita itu hanya ALLAH yg berhak mengadilinya. ..
--- On Tue, 1/6/09, Mohd Yaakub <akob73@yahoo. com> wrote:
From: Mohd Yaakub <akob73@yahoo. com>
Subject: [KENALAN] KONSPIRASI SYIA'H DALAM PERISTIWA KARBALA
To: alfikrah@yahoogroup s.com, ingatan@yahoogroups .com, sahabatinteraktif@ yahoogroups. com, hidayahnet@yahoogro ups.com, pmh-uitm@yahoogroup s.com, watan_sabah@ yahoogroups. com, islamic-ebook@ yahoogroups. com, taman2syurga@ yahoogroups. com, Sutera@yahoogroups. com, "kenalan" <KENALAN-ABADI@ yahoogroups. com>, ReSpeKs@yahoogroups .com, ReSpONs@yahoogroups .com
Date: Tuesday, January 6, 2009, 8:21 PM

Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap tahun maka kita tidak dapat menghindarkan diri dari memperkatakan tentang peritiwa Karbala yang begitu menyayat hati. Peristiwa tersebut merupakan kisah di mana Saidina Hussain r.h yang merupakan cucunda Rasulullah s.a.w dan juga anak kepada Saidina Ali r.h telah dibunuh dengan kejam di sebuah tempat yang bernama Karbala di Iraq. Rentetan dari peristiwa ini terdapat upacara-upacara khas yang dianjurkan pada Hari Asyura dengan cara yang amat bertentangan dengan syarak. Malah kelompok Syiah juga telah mempergunakan peristiwa Karbala ini demi untuk meraih simpati umat Islam kepada kelompok mereka seolah-olah mereka ingin menggambarkan bahawa merekalah satu-satunya kelompok yang membela Ahlul Bait [keluarga Rasulullah]. Melalui makalah ini penulis akan membentangkan kisah sebenar disebalik pembunuhan Saidina Hussain di Karbala. Untuk pembacaan yg lanjut sila ke :

http://akob73. blogspot. com/2008/ 06/konspirasi- syiah-dalam- peristiwa. html

Baca juga artikel-artikel saya yg lain tentang hari Asyura

IBADAH PUASA ASYURA
http://akob73. blogspot. com/2008/ 12/akob-di- utusan-ibadah- puasa-asyura. html
>
> PUASA SUNAT ASYURA HAPUS DOSA SETAHUN
http://akob73. blogspot. com/2008/ 12/akob-di- utusan-puasa- sunat-asyura- hapus.html

MENJAUHI BIDAAH SAMBUT ASYURA
http://akob73. blogspot. com/2008/ 12/akob-di- berita-harian- menjauhi- bidaah.html




__._,_.___

20090103

Percanggahan Di Dalam Kem Pilihanraya Pembangkang?

Dr Novandri Hasan Basri


Seperti yang kita duga, kepimpinan tertinggi PAS seperti tidak begitu yakin dengan kemampuan mereka untuk bertanding di pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Ini dikuatkan lagi dengan pelbagai helah Presiden PAS yang masih melengah-lengahkan lagi nama calon PAS untuk plilihanraya kecil kali ini.

Presiden PAS juga terdesak untuk menjaga imejnya sebagai ketua parti dan tidak nampak dibayangi oleh Nik Abdul Aziz yang awal-awal lagi telah meletakkan nama Mohamad Sabu sebagai calon pilihan beliau.

....Mengenai calon PAS sama ada penduduk setempat atau Naib Presidennya, Mohamad Sabu seperti yang dicadangkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi berkata: "(Sama ada) Mat (Mohamad) Sabu, Nasharuddin atau Salahuddin...1 Januari."

Ditanya mengapa PAS mengambil masa yang lama untuk mengumumkan calonnya berbanding BN, Abdul Hadi berkata PAS tidak mahu terikut-ikut dengan cara BN dan tidak tergesa-gesa untuk berbuat demikian. "Tidak lama, penamaan calon pun lambat lagi (6 Januari)," katanya dan menurutnya kelewatan pengumuman calon itu tidak akan meresahkan penyokong PAS kerana pada masa ini mereka begitu bersemangat menjalankan tanggungjawab dalam menghadapi pilihanraya kecil itu - MalaysiaKini

Jelas sekali bahawa jawapan Hadi kali ini amat mencurigakan dan seperti berlaku satu konflik dalaman yang cuba hendak disembunyikan oleh kepimpinan tertinggi PAS dan PR.

Malah jawapan Hadi itu juga bercanggah dengan kehendak Pengarah Jentera kecil PAS Terengganu.

...Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil PAS Terengganu, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong berkata pihaknya akan mencadangkan kepada PAS pusat untuk mengumumkan nama calon lebih awal.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, berkata ini bagi memudahkan jentera pilihan raya membuat perancangan serta strategi dalam usaha menarik sokongan pengundi di kawasan berkenaan - MalaysiaKini

Apakah percaturan politik Presiden PAS selepas ini?

Apakah Hadi akan menuruti cakap Nik Aziz atau bertindak sebagai ketua parti yang mempunyai calon yang beliau sendiri fikirkan terbaik untuk mewakili parti Pakatan Rakyat yang juga diwakili oleh parti DAP?

Apakah parti DAP yang mempunyai pemimpin-pemimpin anti-PAS suatu ketika dahulu sehinggakan ada yang mengatakan 'langkah mayat dia dahulu', akan bersama-sama PAS untuk mengharungi pilihanraya kecil ini dengan serius?

Apakah pemimpin-pemimpin PAS sanggup bermesra-mesraan dan 'berpegang tangan' dengan pemimpin-pemimpin DAP di Kuala Terengganu kelak?

Realitinya, penulis tidak sabar untuk melihat Hadi dan Lim Kiat Siang berpelukan sekali lagi di Kuala Terengganu nanti. Apakah ahli-ahli PAS akan bersorak gembira atau sebaliknya?

MINDA INTELEK MELAYU


20090101

Isyarat dalam sembahyang


Bagus juga portfolio ugama di JPM yang Dolah kasi, tersenyum Zahid memikir. Selalu dapat publisiti masuk suratkhabar.

Mana tahu perwakilan akan pertimbangkan kuota untuk Menteri berlatarbelakang ugama. Pasti mereka ingat aku belajar Usuluddin. Padahal tak. Orang tak tahu pun Mashitah marah aku beri pendapat salah pasal boleh berhutang untuk pergi haji.

Zahid memang sentiasa murah dengan senyuman dan ramah mesra. Perwakilan UMNO bukan cerdik sangat. Mudah termakan bila dapat ambil hati mereka. Kena belasah dan dedah macam mana pun, orang tak percaya punya.

Dapat tutup pandangan perwakilan mengenai kes Amir Bazli yang sudah di mahkamah. Pening aku kes budak Amir. Ini yang Dolah tolong. Itu pasal aku sanggup lawan Muhyiddin atas suruhannya.

Tapi Najib marah, kenalah undur.

----------------------------

Dengan tugasnya sebagai Menteri di JPM bertanggungjawab dalam hal ehwak ugama, selalu dia dapat bertemu rakyat sambil-sambil kempen. Jemputannya selalu di Masjid, Surau, Madrasah dan lain-lain tempat-tempat berkaitan ugama. Imej baik.

Satu hari Zahid dijemput oleh satu Persatuan Muallaf ke Majlis di pusat mereka selepas Magrib. Semua para hadhirin diajak sembahyang Magrib berjemaah bersama.

Selepas solat, Zahid cari satu sudut di belakang-belakang sikit untuk sembahyang sunat Magrib. Seorang Muallaf masuk dan pegang bahunya memberi isyarat untuk bermakmum solat Magrib.

Gelabah hari Zahid dalam sembahyang. Dia was-was, bolehkah dia jadi imam untuk orang sembahyang fardhu. Orang tua-tua kata bila was-was jangan buat dahulu. Maka Zahid pun segera beri isyarat pada makmum. Subhanallah!

Muallaf itu diam saja. Entah dia tak faham atau faham. Maka Zahid sebut lagi Subhanallah! Tak ada respons lagi. Macam mana ni? Lebih dari tiga pergerakan dikira batal.

Dia terfikir satu cara. Masa iqtidal, Zahid letak kedua-dua tangannya ke belakang. Dua jari tangan kanan dibuat serupa macam gunting budak-budak main ohsom. Gunting jari itu di buat seolah-olah menggunting jari telunjuk tangan kiri.

Lama dia berdiri dalam iqtidal memberi isyarat pada Cina muallaf belakang tu. Dia tak faham-faham juga. Zahid giveup. Mungkin dia belum habis belajar bab sembahyang jemaah. Maka kedua-dua sembahyang sampai habis dan Cina tu sambung satu kagi rakaat.

Selesai saja sembahyang, Cina tu pegang kaki Zahid. Bila Zahid menoleh, terkejut Cia tu.

Wah! Latok Jahid.”

Assalamualaikum.” Zahid beri salam.

Cina tu jawab, “Wa’alaikum salam.

“Mahu tanya sikit latok. Apa pasat lu buat itu macam masa bangun lokuk?”

“Saya hendak memberi isyarat dalam sembahyang supaya kamu jangan ikut saya sebagai makmum kerana saya sembahyang sunat dan awak sembahyang fardhu,” Zahid terangkan.

Ohhh …saya balu masuk Islam. Tak faham. Cuma ustat kasi tau cara baik belaja solat adalah ikut imam. Dia kata boleh makmum sama sapa2.

Baru Zahid tahu ada hukum membolehkan. Dari Muallaf pun kita boleh dapat ilmu.

Muallaf tu tanya lagi, “Bole tanya sikitlah Tok Jahid. Apa makna itu isarat macam gunting?”

“Itu isyarat sunat.”

Ohhh … itu sunat kah. Saya belum lagi lo. Takut … “

Wow! Apek cerita P Ramlee kata, “Wa jahid kasut bukan jahid olang.” Aiyaa! Cik Siti manis macam madu …

http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com

20081230

Mike tentukan kedudukan dalam PKR esok...

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam akan membuat keputusan berhubung kedudukannya dalam PKR selepas berbincang dan mendapatkan maklumbalas daripada pemimpin-pemimpin kaum India dari seluruh Malaysia esok.

s manikavasagam and pkrManikavasagam yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR berkata, beliau setakat ini masih berfikir tentang keputusan sukar yang perlu dibuat itu.

Bagaimanapun, beliau menafikan cakap-cakap bahawa beliau akan menyertai MIC sebagai parti kaum India terbesar dalam gabungan Barisan Nasional (BN).

“(Dakwaan) itu tidak benar,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Manikavasagam juga mendakwa tidak berminat menyertai sebuah lagi parti kaum India serpihan PKR - Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) pimpinan Datuk S Nalakarupan – yang juga bekas pemimpin kanan PKR.

Puluhan pemimpin India dari seluruh negara dijadual bertemu di sebuah hotel di Petaling Jaya petang esok bagi membincangkan nasib kaum India di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Perbincangan itu akan turut berkisar tentang kedudukan Manikavasagam sebagai pemimpin penting kaum India dalam PKR – salah sebuah parti gabungan dalam Pakatan.

Tubuh parti baru?

Perjumpaan petang esok itu itu juga akan melihat keperluan penubuhan parti baru untuk memperjuangkan nasib kaum India di negara ini.

Program sejam itu dikelolakan Timbalan Setiausaha Agung PKR, P Jenapala.

Jumaat lalu, Manikavasagam dilaporkan berkata, beliau akan keluar dari PKR kerana tidak bersetuju dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan cara menteri besar itu mentadbir Selangor.

Khalid pula dilaporkan menjawab bahawa Manikavasagam bebas untuk meletak jawatan jika beliau mahu berbuat demikian dan beliau tidak berminat untuk berjumpa Anggota Parlimen itu atau untuk memintanya menimbang semula keputusannya.

Menteri besar Selangor itu bagaimanapun kemudiannya menafikan berkata demikian.

Sementara itu, Manikavasagam hari ini menyatakan hasratnya mahu menemui penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.

Mesyuarat biro politik


Beliau juga mendakwa telah menyediakan kertas khas bagi tujuan itu untuk dibentangkan kepada Anwar.

Pemimpin nombor satu PKR itu bagaimanapun sekarang sedang berada di luar negeri.

Ketika ditanya tentang kesudian beliau menemui Abdul Khalid, Manikavasagam berkata: “(Pertemuan itu) bergantung kepada beliau (Abdul Khalid). Saya sedia pada bila-bila masa.”

Selain itu, ditanya sama ada beliau dipanggil memberikan penjelasan kepada Biro Politik PKR yang akan bermesyuarat malam esok berhubung ketegangan baru dalam PKR itu, beliau menjawab “tidak”.

Bagaimanapun, kata Manikavasagam: “Apa-apa tindakan, saya terima. Saya tidak salah. Saya perjuangkan isu-isu masyarakat.”

Mesyuarat biro politik itu, yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, akan membincangkan isu utama dan berkaitan dalam usaha "untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai".

Manikavasagam dijadual berlepas beberapa hari ke India bermula 5 Januari ini bagi menghadiri satu seminar di India.

20081215

Khairy, Husam, Aziz Bari dalam wacana di Balai Islam Lundang

(Hrkh) - Satu debat bersama Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dengan tajuk Transformasi Politik Malaysia akan diadakan pada 20 Disember ini di Balai Islam Lundang, Kota Bharu Kelantan.

Selain Khairy, debat berbentuk wacana tersebut membariskan Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Husam Musa dan Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari serta dipengerusikan Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff.

Program anjuran Penerangan PAS Kelantan itu dijangka akan menjadi medan isu-isu semasa membabitkan peralihan kuasa dalam Umno, negara serta isu-isu tentang perlembagaan negara.

Wacana tersebut dijangka bermula pada jam 9.00 malam dan orang ramai dijemput hadir bagi mengikutinya.

Image

20081209

Kerjasama erat,tiada masalah dalam Pakatan Rakyat

Izwan Abdul Halim, Harakah

Tiada masalah dalam kerjasama Pakatan Rakyat dan perkara-perkara yang dilakukan sememangnya memerlukan kajian dan pertimbangan memandangkan Pakatan Rakyat baru lapan bulan memerintah.

Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata demikian ketika diminta wartawan mengulas dakwaan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Ali bahawa sukar mentadbir Selangor bersama KeADILan dan DAP.

"Kita Pakatan Rakyat memang bekerjasama, kalau tidak bekerjasama tak bolehlah 'pukul' Barisan Nasional baru ini dan kita kerjasama nak lawan Barisan Nasional. Di Kedah ini kita atur nak 'pukul' bagi tak bangun dah. Kita akan 'pukul' lepas ini!

"Dia tak payah kerjalah macam mana pun, bagi dia selesai rumah tangga dia dulu. Kita tahu apa mereka buat kerja sekarang ini. Sekarang kita 'silent', tunggu hari kita akan 'pukul' mereka. You settle you punya rumah tangga, kenapa mesti nak kacau rumah tangga orang," tegasnya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Lembu Sempena Hari Raya Korban di perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini baru-baru ini.

Ujarnya, banyak perkara yang diputuskan dapat diterima bersama dalam Pakatan Rakyat dan terdapat juga perkara memerlukan masa sesuai untuk dilaksanakan, bagaimanapun pentadbiran dapat berjalan dengan baik.

Menjawab pertanyaan media berhubung tindakan Kerajaan Negeri Kedah berkaitan penguatkuasaan jualan arak, Menteri Besar menegaskan bahawa arak hanya diharamkan kepada orang Islam tetapi tidak kepada bukan Islam.

"Alkohol ini tidak haram pada orang bukan Islam. Yang ada enakmen ini larang bagi orang Islam minum. Kalau dia minum kita perlu ada satu pasukan penguatkuasaan, kekurangan pentadbiran itu akan ambil masa. Lesen-lesen untuk orang bukan Islam hendak minum kita kena berilah, kecuali kalau dia minum arak hingga merosakkan masyarakat, bila dia mabuk di langgar sana sini, itu tidak baik untuk kepentingan awam.

"Sesiapa pun tidak akan benarkan, ada undang-undangnya. Tapi kalau orang bukan Islam hendak minum arak, dia minumlah. Itu hak dia, tetapi hormatlah 'public order'. Orang Islam agamanya melarang, kenapa mesti kita benarkan," ujarnya menerangkan.

Memberi penjelasan lanjut, beliau berkata, umum menuntut untuk melaksanakan banyak perkara tetapi tindakan kerajaan perlu dilaksanakan berperingkat.

20081202

Wan Azizah : 16 Sept 'dalam masa terdekat'




Wan Azizah : 16 Sept 'dalam masa terdekat'


Abdul Rahim Sabri | Nov 30, 08 9:30pm

PKR menyeru ahli-ahlinya dan orang ramai tetap optimis dengan usaha parti itu membentuk kerajaan baru persekutuan seperti sedang diusahakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata pembentukan kerajaan baru pada 16 September lalu tidak berlaku tetapi perjuangan ke arah itu tetap diteruskan.

Beliau juga menyeru ahli-ahli agar sentiasa berdoa untuk merealisasikan projek tersebut.

Dalam ucapan penggulungannya di akhir kongres nasional parti itu di Shah Alam petang tadi, beliau menyeru ahli-ahli PKR, termasuk wakil-wakil rakyatnya agar tidak berputus asa tetapi harus terus berkhidmat untuk memastikan projek 16 September itu direalisasikan.

"Jangan putus asa, teruskan bekerja," kata isteri Anwar.

Jelasnya, tohmahan akibat kegagalan usaha menjatuhkan kerajaan BN itu bukan perkara baru tetapi seahagian rentetan ujian yang ditempuh oleh PKR.

Sewaktu beliau bertanding dalam pilihanraya umum 2004 untuk mempertahankan kerusi Permatang Pauh, kata Dr Wan Azizah lagi, beliau hampir kalah.

"Ramai yang tinggalkan kita. Mereka kata, parti ini akan mati, akan pupus," tambahnya.

Namun, kerusi itu berjaya dipertahankan dengan selepas dalam pilihanraya umum 1998.

Katanya, PKR kemudian berdepan tohmahan baru berhubung projek 16 September pula apabila banyak pihak mempertikainya sama ada ia omongan kosong sehingga timbul dakwaan Anwar seorang penipu.

"(Orang bertanya) bila lagi, bila lagi? Sabarlah. Dah boleh sabar begitu lama," katanya, disamut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 perwakilan dan pemerhati.

"Jangan kata 16 September tak jadi. Insya Allah (jadi kenyataan)."

Dalam sesi penggulungan itu, Naib Presiden PKR Mohamad Azmin Ali turut menggesa ahli agar memberi komitmen kepada Anwar untuk membentuk kerajaan baru "dalam masa terdekat".

"Saya percaya yang dilafazkan akan dimakbulkan," katanya.

Tambahnya, cabaran teraru PKR ialah bagaimana mengurus kemenangan besar dalam pilihanraya umum lalu secara bijaksana dan penuh tanggungjawab.

Jelasnya lagi, PKR akan menubuhkan pasukan petugas bagi mengurus pendaftaran ahli di peringkat pusat, negeri dan bahagian.

Beliau juga menasihatkan ahli-ahli akur dengan keputusan pimpinan PKR dan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat berhubung calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu

sumber-Malaysiakini

Wan Azizah : 16 Sept 'dalam masa terdekat'




Wan Azizah : 16 Sept 'dalam masa terdekat'


Abdul Rahim Sabri | Nov 30, 08 9:30pm

PKR menyeru ahli-ahlinya dan orang ramai tetap optimis dengan usaha parti itu membentuk kerajaan baru persekutuan seperti sedang diusahakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata pembentukan kerajaan baru pada 16 September lalu tidak berlaku tetapi perjuangan ke arah itu tetap diteruskan.

Beliau juga menyeru ahli-ahli agar sentiasa berdoa untuk merealisasikan projek tersebut.

Dalam ucapan penggulungannya di akhir kongres nasional parti itu di Shah Alam petang tadi, beliau menyeru ahli-ahli PKR, termasuk wakil-wakil rakyatnya agar tidak berputus asa tetapi harus terus berkhidmat untuk memastikan projek 16 September itu direalisasikan.

"Jangan putus asa, teruskan bekerja," kata isteri Anwar.

Jelasnya, tohmahan akibat kegagalan usaha menjatuhkan kerajaan BN itu bukan perkara baru tetapi seahagian rentetan ujian yang ditempuh oleh PKR.

Sewaktu beliau bertanding dalam pilihanraya umum 2004 untuk mempertahankan kerusi Permatang Pauh, kata Dr Wan Azizah lagi, beliau hampir kalah.

"Ramai yang tinggalkan kita. Mereka kata, parti ini akan mati, akan pupus," tambahnya.

Namun, kerusi itu berjaya dipertahankan dengan selepas dalam pilihanraya umum 1998.

Katanya, PKR kemudian berdepan tohmahan baru berhubung projek 16 September pula apabila banyak pihak mempertikainya sama ada ia omongan kosong sehingga timbul dakwaan Anwar seorang penipu.

"(Orang bertanya) bila lagi, bila lagi? Sabarlah. Dah boleh sabar begitu lama," katanya, disamut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 perwakilan dan pemerhati.

"Jangan kata 16 September tak jadi. Insya Allah (jadi kenyataan)."

Dalam sesi penggulungan itu, Naib Presiden PKR Mohamad Azmin Ali turut menggesa ahli agar memberi komitmen kepada Anwar untuk membentuk kerajaan baru "dalam masa terdekat".

"Saya percaya yang dilafazkan akan dimakbulkan," katanya.

Tambahnya, cabaran teraru PKR ialah bagaimana mengurus kemenangan besar dalam pilihanraya umum lalu secara bijaksana dan penuh tanggungjawab.

Jelasnya lagi, PKR akan menubuhkan pasukan petugas bagi mengurus pendaftaran ahli di peringkat pusat, negeri dan bahagian.

Beliau juga menasihatkan ahli-ahli akur dengan keputusan pimpinan PKR dan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat berhubung calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu

sumber-Malaysiakini

20081127

Abdullah Harap Siasatan Politik Wang Dalam Umno Selesai Sebelum Mac

PUTRAJAYA, 27 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap siasatan Lembaga Disiplin Umno berhubung politik wang dapat diselesaikan sebelum pemilihan parti Mac depan agar mereka yang bersalah boleh digugurkan daripada bertanding.

Perdana Menteri berkata langkah itu boleh memastikan pentadbiran parti berjalan lancar.

"Sekiranya seseorang yang sudah dipilih untuk memegang sesuatu jawatan dan selepas itu baru didapati bersalah dan jawatan itu terpaksa dikosongkan, ia akan merugikan parti," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Kualiti Sektor Awam 2008 di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Abdullah, yang juga Presiden Umno, berkata walaupun beliau mahu siasatan itu cepat, ia perlu dijalankan dengan rapi dan keputusan yang betul dibuat.

Katanya mereka yang bersalah kerana terbabit dalam politik wang tetap akan dilucutkan jawatan sekiranya keputusan siasatan hanya diketahui setelah mereka memegang jawatan.

Beliau berkata Badan Pencegah Rasuah masih boleh menyiasat sekiranya wujud unsur-unsur rasuah membabitkan mereka yang bertanding.

-- BERNAMA

20081124

Melayu berkrisis dan dalam delima!

Image

Maksud krisis atau delima di sini ialah krisis keyakinan kepada kekuatan orang Melayu dan krisis itu kemudian meletakkan Melayu dalam delima – dalam serba salah dan berkucah sesama sendiri sehinggakan hulang punca untuk mengatasinya.

ANTARA KITA

Oleh MOHD SAYUTI OMAR

JIKA dilontarkan pertanyaan apakah orang Melayu kini dalam krisis atau dalam delima, yang mana satu betul dan tepat dengan situasi dan kondisi orang Melayu kini? Ataupun kedua-dua sekali - berkrisis dan dalam delima! Persoalan itu sebenarnya kuat berlegar dalam lingkiran minda orang Melayu mutakhir ini.

Hari ini perbicaraan mengenai masa depan Melayu, mengenai nasib Melayu dan kedudukan Melayu terancam dan berpecah belah sering diperkatakan. Ia sudah menjadi menu utama perbualan harian orang Melayu baik dalam majlis ilmuan atau secara santai dan rileks di mana-mana saja.

Melihat betapa isu perpecahan Melayu ini menjadi topik utama, ia seolah-olah masalah masalah sosial, ekonomi, pendidikan dan hambatan-hambatan lain yang mengekang orang Melayu sejak lama dulu tidak penting lagi. Walhal segala permasalahan sampingan itulah yang mewujudkan masalah utama kepada orang Melayu.

Manakala parti politik paling kerap memperkatakan dan membangkitkan soal ini ialah parti Umno. Seolah berhubung nasib orang Melayu ia tanggungjawab peribadi tergalas di belakang Umno saja. Parti-parti lain bersikap menyerahkan kepada Umno untuk menyelesaikannya!

Barangkali ada baiknya tindakan Umno itu. Dan Umno pula jadi begitu bimbang dengan keadaan itu adalah bertolak daripada keputusan pilihan raya umum lalu yang telah memberi kesan politik yang teruk kepada parti itu. Umno jadi sedar diri dan menyalahkan kepada orang Melayu. Mungkin kalau Umno tidak kalah, masalah Melayu ini tidak timbul! Ini jelas kerana bila di masa aman Umno jadi lupa langsung untuk memikirkan soal Melayu dan lebih obses kepada dunia global, bercakap fasal liberalisasi dan sebagainya!

Kalau begitu elok juga dengan keadaan itu menyebabkan parti yang tegar memperjuangkan Melayu itu bingkas dari lena lantas menimbul dan menyebut perkara itu! Ada benar juga sindiran oposisi, Umno menjadi mabuk memperkatakan soal perpaduan Melayu apabila parti itu dalam keadaan tertekan. Konotasi kata-kata oposisi itu, pembicaraan mengenai nasib Melayu itu tidak tulus dan bermotif politik sepihak.

Kembali kepada perbicaraan asal apakah Melayu bermasalah! Dan apakah kerana bermasalah itu orang Melayu sedang berkrisis dan berada dalam delima? Maksud krisis atau delima di sini ialah krisis keyakinan kepada kekuatan orang Melayu dan krisis itu kemudian meletakkan Melayu dalam delima – dalam serba salah dan berkucah sesama sendiri sehinggakan hulang punca untuk mengatasinya.

Mengapa dikatakan begitu? Kerana jika dilihat kepada peralatan atau benteng, orang Melayu mempunyai peralatan jauh lebih baik daripada kaum lain untuk mempertahankan dirinya. Dengan peralatan itu sebenarnya orang Melayu tidak perlu risau lagi. Sekurang-kurangnya ada dua faktor yang boleh orang Melayu jadikan senjata atau mekanisme bagi mengukuhkan kedudukannya atau untuk tidak merasa walang mengenai masa depannya.

Pertama ialah sejarah dan kedua perlembagaan atau kuasa politik.

Hal ini diungkitkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang juga seorang tokoh nasionalis yang terkemuka dalam Umno. Ketika menyampaikan ucaptama pada satu persidangan mengenai oang Melayu di Kuala Lumpur minggu lepas Rais menarik perhatian agar orang Melayu memperhatikan kepada kedua factor ini bagi mengukuhkan Melayu.

Ujar Rais, sejarah menjadi faktor utama yang meneguhkan hujah bahawa orang Melayu atau stok Melayu itulah yang mula-mula mendiami Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali dunia sebagai Malaya (Land of the Malays).

Apa yang ingin ditegaskan Rais ialah bahawa keabsahan tanah air ini adalah Melayu sebagai tuannya yang tidak boleh dipertikaikan lagi dari sisi sejarah.

Memang dari perspektif sejarah tidak dapat siapa mempertikaikan mengenai kedudukan itu. Banyak fakta dan kajian ilmiah atau dokumen klasik baik bersifat akademik dan kreatif menjelaskan bahawa orang Melayulah yang mula-mulai mendiami Semenanjung Tanah Melayu ini.

Justeru jika fakta sejarah boleh dijadikan asas dan kekuatan kepada orang Melayu, orang Melayu tidak perlu bimbang, dan mana-mana pihak tidak wajar cuba mempersoalkan lagi hakikat ini. Bagaimanapun yang menjadi persoalannya sejauh manakah fakta itu diguna pakai?

Memang sejarah dan susurgalur itulah yang dijadikan modal dan bukti mempertahankan kedudukan Melayu. Ironisnya sejarah yang digunapakai itu pula ditulis oleh bangsa lain. Bermakna kita mempertahankan kekuatan kita dengan senjata yang ada kepada kita tetapi senjata itu diperbuat oleh orang lain. Mungkin keadaan ini menjadikan ada pihak yang berani mempertikaikan status quo orang Melayu menurut sejarah dan helaian dokumen berbagai itu.

Selain faktor sejarah menurut Rais Yatim kedudukan Melayu itu diperkemaskan oleh undang-undang atau perlembagaan yang dibuat menerusi kuasa politik. Perlembagaan cukup banyak memberi kekuatan dan ruang kepada Melayu untuk merasakan mereka kuat dan terpelihara!

Beliau lantas menghuraikan terdapat sekurang-kurang enam Perkara mutlak disebut dalam perlembagaan yang kesemuanya memberi ruang dan jaminan pembelaan kepada Melayu. Perkara-perkara itu ialah; Perkara 38 (majlis raja-raja), Perkara 63(4) (Keistimewaan-keistimewaan Parlimen), Perkara 70 (Keutamaan Yang Di-Pertua Negeri dan Raja), Perkara 71(1) (Jaminan Kerajaan Persekutuan terhadap Perlembagaan negeri), Perkara 152 (Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan) 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera) 181 (Kedaulatan & keistimewaan Raja-Raja Melayu).

Jelas sekali jaminan menersui perlembagaan itu memberi benteng bagi orang Melayu mempertahankan kedudukan dan keberadaan mereka dalam tanahair ini. Seharusnya orang Melayu tidak merasa bimbang dan ragu lagi mengenai masa depan mereka. Tetapi kenapa dua faktor itu masih tidak boleh memberi keyakinan kepada orang Melayu daripada tidak membimbangi nasib mereka?

Keadaan inilah yang saya mengandaikan Melayu berkrisis dan berdelima. Ketidakyakinan kepada diri. Dalam konteks ini delima dalam menentukan arah dan menggunakan kekuatan bagi mengukuh diri sendiri. Melayu tidak berani menggunakan seoptima hak-haknya untuk membela dan melindungi diri sendiri. Dalam bahasa yang mudah orang Melayu sudah ada payung tetapi malu untuk membuka payung walaupun hari sudah hujan.

Malu ini ada berbagai sebab. Antara kerana malu takut ianya dikata oleh kawan lain yang tidak mempunyai payung. Takut diejek sebagai orang yang takutkan hujan walaupun kegunaan payung itu fitrahnya untuk melindungi hujan dan panas. Malu takut kita menggunakan kemudahan itu untuk diri sendiri. Keadaan atau pemikiran sebeginilah yang melemah dan merugikan Melayu.

Maksudnya orang Melayu bukan tidak tahu kepada kuasa itu. Tetapi mereka tidak mahu menggunakannya. Keengganan ini disebabkan orang Melayu tebal dengan sikap tolak ansur, berbudi bahasa, menghormati kawan yang mana sifat ini sudah menjadi satu sifat negatif dalam dunia orang banyak kurang ajar kini.

Selain itu orang Melayu kini sudah meninggalkan adat dan budaya berpakat, berat sama dipikul ringan sama dijinjit, hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah. Orang Melayu kini hidup secara berkelompok dan berfikir secara nafsu nasfi.

Misalnya semua orang Melayu baik yang mendiami organ siasah Pas atau Umno menyedari betapa perlunya kepada kekuatan politik. Tetapi kerana masing-masing lebih melihat kepada kepentingan kelompok menyebakan mereka tidak membina kekuatan. Kedua pihak lebih mempercayai kepda pihak lain – bukan Melayu untuk membantu mereka. Ideologi yang menjadi anutan parti telah mengasingkan sesama sendiri.

Bagi Umno mereka tidak berani untuk berbaik dan bersedia melayan rakan mereka bukan Melayu kerana bimbang takut kehilangan kuasa. Mereka bersedia berbalah sesama Melayu walaupun tindakan itu menyebabkan bukan Melayu bertepok tangan. Demikian juga dengan Pas, mereka takut untuk berbaik dengan Umno kerana untuk meraih simpati bukan Melayu dengan harapan mereka akan berjaya mengambil alih kekuasaan politik. Walhal dalam masa sama bukan Melayu mempermainkan kedua entiti berkenaan secara tersirat dan tersurat.

Keadaan inilah yang meletakkan Melayu dalam keadaan delima dan krisis yang mana akhirnya nanti merugikan semua orang bernama orang Melayu.

Justeru, untuk keluar dari kemelut ini ia bukan sesuatu yang mustahil. Orang Melayu mulai hari ini harus buang bahawa faktor sejarah dan perlembagaan tadi mampu mempertahankan mereka. Sebaliknya mereka harus bingkas dan sedar bahawa yang boleh mempertahankan mereka ialah persatuan (ukhwah) dan kuasa politik. Sejarah dan perlembagaan tidak lebih dari sebuah nostalgia yang berpaksikan kepada kebenaran saja.

Dari itu yang penting orang Melayu kena ada senjata atau ikatan berterusan untuk menguatkan kedudukan di samping bersedia menggunakan kuasa yang ada dalam perlembagaan dengan sepenuhnya tanpa bertolak ansur kepada apa-apa elemen lain. Melayu kena meletakkan keutamaan kepada diri sendiri daripada kepentingan lain.

Orang Melayu juga kena ubah semula persepsi pemikiran mereka daripada melihat kepada nasib orang lain kepada melihat nasib sendiri. Orang Melayu tidak boleh menjadi tukang tilik nasib yang arif mengenai lakaran di telapak tangan orang lain tetapi jahil mengenai makna dan erti urat tangan di telapak tangan sendiri.

Saranan yang dikemukakan oleh Rais, supaya Melayu – Bumiputera kena mempunyai kuasa yang besar adalah satu cadangan yang sangat pratikal dan boleh memberi kesan segera. Untuk mencapai ini kedua parti orng Melayu Umno dan Pas harus bergabung. Sudah pasti kalau Melayu dan Bumiputera ada kuasa politik yang besar ia akan digeruni oleh pihak yang cuba meruntuhkan kekuasan dan keagungan Melayu.

20081117

Tiada Keutamaan Bangsa Dalam Islam - Nik Aziz

KOTA BAHARU, 17 Nov (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tiada istilah ketuanan Melayu atau kelebihan terhadap satu bangsa ditekankan di dalam Islam.

Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu berkata Islam merupakan agama yang universal tidak memberi sebarang keutamaan kepada mana-mana bangsa melainkan kelebihan itu akan diberikan kepada individu yang mempunyai ketakwaan yang tinggi kepada Allah s.w.t.

"Di dalam Islam tidak mengira bangsa, apa yang penting adalah takwa kepada Allah s.w.t. Tidak kiralah bangsa apa, Cina, Melayu, India dan Arab.

"Tuhan hanya melihat ketakwaan seseorang itu... kerana bila kita bertakwa kita takut kepada Allah dan menjalankan tanggungjawab kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran London Fish Tales, di sini, Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam yang mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan Melayu kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.

Nik Abdul Aziz berkata beliau menyifatkan perjuangan sesuatu parti terhadap satu bangsa tanpa mementingkan agama boleh membawa kepada satu kesan yang tidak sihat dan tidak berkekalan.

"Sebab itu saya masuk parti Islam, yang memperjuangkan agama kerana ianya tidak akan kehabisan. Matlamat perjuangannya sentiasa ada iaitu demi agama tanpa mengira kepentingan bangsa pun.

"Saya tidak duduk dalam politik yang gunakan Melayu, tetapi saya duduk dalam gerakan Islam," katanya.

-- BERNAMA

20081006

Antara kuda hitam, kambing hitam, biawak hitam dalam Umno

Kehangatan dalam perebutan kerusi Timbalan Presiden Umno membayangkan kemungkinan besarnya, Abdullah akan mengundurkan diri dan pastinya Najib menjadi Presiden juga Perdana Menteri baru.

Umno memerlukan suntikan kepimpinan baru, bukan sekadar dari mereka yang sekarang berada di kerusi naib presiden mahupun majlis tertinggi.

Selain dari segi imej dan corak, Umno memerlukan pemimpin generasi terkini yang bukan sahaja segar tetapi berwibawa, berbakat besar.

Malangnya dengan sktruktur dan budaya yang ada, mereka yang ramai di luar Umno tidak mungkin berminat malah kalau berminat pun, tidak mungkin terpilih dan awal-awal lagi akan dicantas oleh mereka yang tergugat.

Apalagi kalau calon hebat tetapi tidak mempunyai lubang poket yang cukup sebagai dana 'politik wang' untuk menang dan naik ke tangga atas kepimpinan.

Sudah ada menawarkan diri untuk bertanding. Ada yang dikatakan sebagai 'kuda hitam' yang boleh mengubah senario politik Umno dan negara.

Kita tidak dapat mengelak untuk mengukur peribadi para pemimpin yang mahu menjadi orang kedua dalam Umno walaupun kebanyakan seperti saya, bukan ahli Umno dan tidak menyenangi hampir majoriti kepimpinan Umno yang ada.

Rekod perkhidmatan, kelayakan akademik dan keperibadian sebagai Muslim juga menjadi ukuran dalam memilih pemimpin untuk menerajui negara.

Tetapi dengan latarbelakang agama juga tidak semestinya calun tersebut akan menjadi pemimpin yang tidak rasuah dan menyeleweng, serta zalim kepada rakyat.

Ada pemimpin yang dahulunya Imam atau ustaz atau hafiz, tetapi apabila berkuasa mahupun ada sedikit kuasa turut sama terbabit dengan aktiviti yang diharamkan dalam islam, semata-mata kerana 'if you cannot beat them, join them' dan matlamat menghalalkan cara!

Dalam senarai mantan Timbalan Presiden Umno yang gagal menjadi presiden pun, kita dapat melihat ketokohan yang digembar-gemburkan oleh media massa kepunyaan Umno tidak lebih sekadar oportunis.

Malah yang menjadi Presiden dan Perdana Menteri pun tidak semuanya hebat dan berwibawa, terutama Abdullah.

Dulu, kini dan selamanya, untuk naik dalam Umno pun terpaksa memberi sogokan kepada perwakilan yang bakal mengundi. Kalau bertaraf menteri tentunya lebih banyak ruang dan opsyen untuk memberi rasuah.

Ada ketua menteri yang sakan menganugerahkan pingat kebesaran negeri, terutama 'datuk' sebagai membalas budi walaupun tiada jasa individu tersebut untuk negerinya, melainkan sebagai tukang kempen dalam pemilihan naib presiden Umno.

Kesimpulannya ketika ini, selagi berada dalam Umno yang tidak boleh atau mahu berubah dan terus akur mengikut tradisi politik wang, kesemua calun yang dikatakan kuda hitam boleh menjadi kambing hitam sebagai mangsa percaturan untuk kem tertentu.

Manakala berdasarkan perjuangan Umno ketika ini yang semakin mengutamakan survival pemimpin dan golongan elit, sesiapa yang menang pun boleh menjadi seekor biawak hidup hitam buat agama, bangsa dan negara.

Kesimpulannya, orang Melayu dan Islam sukar untuk melihat Umno kembali ke jalan asal dan memerlukan payung baru yang belum rosak hati dan cacat anggotanya.

Fudzail
1426.blogspot.com_

20080909

BERAKHIRNYA NASIONALISME MELAYU DALAM UMNO

Apabila Timbalan Presiden UMNO,Datuk Sri Najib meminta maaf kepada orang Cina bagi pihak Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Pulau Dato Ahmad Ismail mengenai kata katanya" orang Cina tidak berhak mendapat persamaan hak di negara ini kerana mereka pendatang" maka jelaslah kepimpinan UMNO sekarang telah jauh terpisah dari perasaan yang sedang berkecamuk di kalangan orang Melayu di seluruh negara.

Datuk Najib mungkin berasa perlu untuk apologetic kerana kenyataan itu dibuat di hadapannya di dalam kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh baru baru ini tetapi beliau melupakan hakikat berapa banyak sudah kenyataan dan tindakan yang lebih menyinggung perasaan orang Melayu yang telah dibuat oleh pemimpin pemimpin parti komponen terutamanya Gerakan yang dibantah oleh UMNO dan Melayu tetapi tidak pernah di berikan perhatian yang sewajarnya oleh kepimpinan Cina dan BN.

Suatu kes seorang Pemuda Gerakan Pulau Pinang membuat kenyataan yang menimbulkan kemarahan pemuda UMNO sendiri tidak menghadapi sebarang tindakan dari Gerakan sehigga kehari ini.

Di luar kepartian,banyak sudah tindakan yang diambil oleh pelampau Cina yang di dorongkan oleh sentimen racist yang secara terang terangan menghina simbol simbol kedaulatan negara dan agama.

Seorang pelajar Cina Malaysia di Taiwan telah mengubah lirik lagu Negaraku dan memainkannnya dengan rentak popular menyindir kuasa Melayu dan Islam di negara ini.

Sebelum pilihanraya ke 12 Anggota Parlimen DAP, Teresa Kok membuat tuduhan bahawa polis dalam siasatan mereka telah membogelkan seorang wanita rakyat cina dan menyebarkan video mengenainya tetapi ternyata bahawa dia bukan rakyat Cina dan bukan Cina tetapi sebenarnya seorang wanita Melayu tetapi sebelum situasi sebenar di ketahui,kerajaan Malaysia telah mengutus seorang Menteri untuk meminta maaf dari kerajaan Republic Rakyat China.

Dalam kes pelajar Malaysia di Taiwan menghina lagu negaraku ,MCA dan Gerakan sekadarkan membuat satu dua kritik lembut tetapi lebih bersifat pembelaan terhadap pelajar itu dengan mengusahakan agar bapanya menyatakan kesal tetapi tidak ada permintaan maaf dengan sewajarnya dari pelajar yang biadab itu sendiri.

Akhbar akhbar Inggeris dan Cina tidak membesar besarkan perkara ini seperti mereka menghebohkan isu kenyataan Datuk Ahmad Ismail hingga berhari hari sebaliknya telah berusaha mengkondisikan pemikiran rakyat supaya memandang pekara yang menikam perasaan orang Melayu itu hanya kecil dan remeh temeh.

Banyak pekara kemarahan orang Melayu dibiarkan berlalu bagitu sahaja dan membiarkan masa mengubati perasaan mereka.

Walaupun Teresa terbukti membuat suatu tuduhan palsu mengenai gadis Cina ditelanjangkan itu tetapi tidak ada tindakan yang diambil.Teresa tidak didedahkan dan dimalukan sebagai pembohong. Beliau mendapat keuntungan politic sebagai juara orang Cina kerana dalam keadaan keyakinan orang Cina semakin luntur terhadap BN,mereka tidak percaya pada penapian kerajaan tetapi mereka membaca hanya apa yang mereka mahu percaya.

Akhbar akhbar berbahasa Cina dan Inggeris pula memainkan peranan membesarkan pembohongan tetapi memperkecilkan kebenaran.

Teresa tidak diberikan suatu pengajaran supaya dia tidak lagi berbohong.

Dalam isu kenyataan Datuk Ahmad Ismail dapat dilihat cara sebuah akhbar Inggeris berpengaruh mempromonya pada setiap hari sehingga meletakannya seolah olah beliau telah bersalah.

Sebelum pilihanraya ke 12, lobi Parlimen dijadikan pentas untuk berkempen oleh DAP dengan membawa orang luar termasuk "orang tepi jalan" untuk mengadakan sidang akhbar dengan ditemani oleh pemimpin DAP.

Mereka membuat berbagai tuduhan dan fitnah yang bersifat perkauman malah seorang rakyat asing mendakwa dipukul Mat Rempit(tentulah Melayu).Dia bercakap seperti orang politik Malaysia mendakwa kunonnya kerana sebab itu penanam modal asing tidak datang ke negara ini.

Ini semua boleh berlaku kerana kelalaian dan ketidak cekapan Kerajaan yang jenteranya tidak sensitif dan tidak tahu memantau.Akhbar akhbar bahasa Cina tidak dipantau dengan teliti dari dekat tentang perang sarap mereka untuk memburukan imej UMNO selama ini.

Usaha mereka sebenarnya telah berkesan dalam menukar Imej UMNO dari sebuah parti yang berpegang kepada amalan masyarakat majmuk kepada parti perkauman Melayu dan racist.Bila sahaja orang UMNO bercakap mempertahankan hak istemewa Melayu dan kesucian Islam diprojekan sebagai racist.Kepada orang China,Imej Pas sekarang lebih baik dari Imej UMNO.

Walaupun pada hakikatnya UMNO ialah parti Melayu yang pertama merintis kerjasama politk dengan parti parti bukan Melayu tetapi imej itu telah hancur sekarang.

Untuk memperbaiki imej inilah maka Datuk Sri Najib meminta ampun kepada orang Cina.

Adalah amat menyedihkan pemimpin pemimpin UMNO sendiri telah yakin terhadap pandangan negatif bukan Melayu itu.Selain Datuk Najib terdapat beberapa pemimpin UMNO lain yang telah membuat kenyataan tentang perlu adanya perubahan imej UMNO seolah olah imejnya sejak 50 tahun lalu tak terpakai lagi.

Sebenarnya bukan imej UMNO yang salah tetapi salah kerajaan membiarkan kebebasan untuk bukan Melayu meruntuhkan tunggak yang menahan keruntuhan itu.Memberikan kebebasan dan keterbukaan menjijak Akta Hasutan.

Mengambil kesempatan ini dan juga kepimpinan UMNO yang lemah , MCA dan Gerakan bersaing dengan DAP untuk meununjukan masing masing lebih Cina dari Cina bagi mendapat sokongan orang Cina dan dalam persaingan sensitif yang diizinkan di bahawa udara kebebasan baru telah menampakan MCA dan Gerakan tidak lagi mempedulikan perasaan UMNO dan dalam beberapa hal tidak lagi menghormati dasar kebangsaan.

Seorang yang cerdik seperti Datuk Sri Najib sepatutnya dapat melihat dari dekat kegiatan parti parti komponen.Dalam persaingan ini Gerakan telah menikam UMNO dan MCA dari belakang dan menjadi musuh dalam selimut.

Dalam hasratnya untuk menyayangi MCA ,Gerakan telah cuba menunjukan bahawa ia lebih hebat dalam menjuarai isu orang China malah ada kalanya lebih hebat dari DAP sendiri.

Dalam pada itu persaingan antara DAP,MCA dan Gerakan telah menampakan kesepakatan sentimen orang Cina dalam isu isu yang selama ini tidak boleh dibangkitkan dari segi akta hasutan dan juga dari segi dasar kebangsaan,tetapi yang mendapat keuntungan besar ialah DAP kerana kedua parti dalam kerajaan tidak diyakini akan mampu mengisi hasrat dan sentimen orang Cina.Orang Cina tidak puas hati kerana MCA dan Gerakan lebih banyak mengisi perut mereka tetapi tidak dapat mengkayakan sentimen kecinaan mereka.

Pemimpin pemimpin MCA dan Gerakan pula tidak pernah memberitahu Orang Cina secara tegas dan berani pekara yang mereka boleh dapat dan tidak boleh dapat dan dasar tak tertulis di bawah kontrak sosial.

Tolak ansur yang diberikan termasuk pemberian biasiswa JPA dan juga kedudukan Naib Caselor Universiti bukannya mendapat ucapan terima kasih dari orang Cina tetapi semakin banyak tekanan yang didatangkan keatas UMNO.Apabila UMNO tidak dapat memberi maka yang untung ialah DAP.Ini terbukti dengan kemenangan besarnya dalam pilihanraya Mac lalu.

Tekanan ini tidak akan berakhir,akhbar akhbar Inggeris dan Cina akan terus merampas dengan cepat apa juga isu yanbg boleh menggambarkan UMNO sebagai parti racist atau parti perkauman Melayu.Usaha ini tidak akan berakhir dengan tamatnya kes Datuk Ahmad kelak.

Kepimpinan UMNO akan menampakan kelemahan lagi.Bukan Melayu telah melihat Ketua Pemuda UMNO yang garang dan hebat menjerit telah dua kali meminta maaf kerana meghunus keris iaitu sebelum dan sesudah pilihanraya.Suara Pemuda UMNO sudah tidak berbisa lagi.

Orang Melayu semakin tidak faham terhadap sikap apologetic pemimpin pemimpin UMNO. kenyataan kenyataan mereka menampakan seolah olah mereka semakin jauh dari matlamat dan semangat rakyat.Perasaan yang berkocak di akar umbi seolah olah tidak didengar atau tidak lagi dikongsi bersama oleh pucuk pimpinan UMNO.

Jika Presiden UMNO Datuk Sri Abdullah Badawi memberikan jaminan untuk mengambil tindakan mempastikan Ahmad Ismail tidak mengulangi kenyataannya tidaklah bagitu menggusarkan lagi perasaan orang Melayu kerana kenyataan beliau tidak lagi diambil serius kerana selalunya tidak disusuli dengan tindakan tetapi apabila Datuk Sri Najib meminta maaf bagi pihak Ahmad Ismail ini adalah mengejutkan dan menyinggong perasaan orang Melayu dan mengecewakan harapan mereka terhadap kepimpinan masa depan UMNO.

Najib telah menambah luka orang Melayu diluar UMNO yang sedang kepedihan untuk kembali yakin kepada UMNO sebagai sebuah parti nasionalis yang boleh menjamin masa depan Melayu.

MAHARAJABLOGGER
http://www.maharajablogger.blogspot.com

20080904

Lompat: PKR Sarawak dakwa 40 MP dalam tangan, KM Sabah kata buang masa

PENGERUSI Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Dominique Ng Kim Ho yakin peralihan kuasa kerajaan persekutuan 16 September ini akan menjadi kenyataan tetapi enggan mengulas spekulasi Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara mereka yang bakal sertai Pakatan Rakyat.

"PKR Sarawak sangat yakin sasaran 16 September (bentuk kerajaan) akan berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang," katanya kepada mStar Online.

Beliau menyatakan demikian sehari selepas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menemui beberapa Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung di ibu negara semalam.

Malah pada Khamis lalu, seramai enam wakil rakyat dari Sarawak sudah menemui Anwar iaitu pada petang selepa bekas Timbalan Perdana Menteri mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Menurut beliau, sehingga hari ini hampir 30 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sarawak dan Sabah telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai Pakatan Rakyat.

"Keseluruhan dari kedua-dua negeri ialah hampir 30 orang. Dari Sarawak saja kita ada lebih 10 orang yang akan lompat menyertai kita membentuk kerajaan baru pada 16 September nanti," kata beliau.

Ketika ditanya sejauh mana benarnya desas-desus bahawa Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Industri dan Antarabangsa akan menyertai Pakatan, beliau berkata: "Maaf jangan tanya saya mengenai hal itu. Tiada komen."

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan memberitahu telah menemui kesemua Ahli Parlimen yang dimaksudkannya bagi mengadakan perbincangan mengenai hasrat menyertai Pakatan Rakyat.

"Sudah pastilah saya sudah menemui mereka, tapi siapakah mereka itu tak bolehlah saya dedahkan sekarang. Anda mesti tunggu 16 September ini jika ingin mengetahuinya," katanya.

Ditanya apakah faktor yang mendorong Ahli Parlimen BN untuk menyertai Pakatan Rakyat, beliau berkata, perkara itu adalah berdasarkan prinsip yang didokong pakatan itu.

"Mereka sudah sedar bahawa hanya Pakatan Rakyat sahaja yang boleh membela nasib rakyat terutamanya soal memberi perhatian yang lebih baik kepada rakyat di Sarawak dan Sabah yang lebih 10 tahun ketinggalan di belakang," katanya.

Dominique juga menjelaskan bahawa Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menjanjikan pembelaan yang sewajarnya kepada mereka.

"Datuk Seri Anwar berjanji akan memberikan layanan yang sama rata kepada kami. Tidak seperti apa yang diamalkan oleh kerajaan BN sekarang," katanya.

Selain itu, beliau juga yakin setelah kerajaan Persekutuan berjaya diambil alih oleh kerajaan Pakatan Rakyat, kerajaan negeri Sarawak akan mengikut jejak langkah yang sama.

"Jangan risau, setelah peringkat pusat kita berjaya kuasai, perkara yang sama juga akan berlaku pada pentadbiran kerajaan negeri Sarawak," katanya.

Beliau juga memberitahu Anwar akan mengadakan lawatan ke Sarawak pada bulan ini, namun tarikhnya masih belum ditentukan.

Sementara itu Bernama melaporkan kerajaan Sabah yang dipilih menerusi mandat rakyat tetap kukuh dan tidak akan terjejas dengan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Katanya, masa berpolitik dan berkempen telah berakhir dan masa sekarang sepatutnya untuk bekerja bagi kepentingan rakyat.

"Tidak perlulah kita asyik berpolitik, apatah lagi membuang masa dengan isu melompat, isu kerajaan baru pada 16 Sept, atau isu remeh-temeh politik yang digembar-gemburkan oleh pihak tertentu, terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Terlalu banyak dakyah dan isu politik yang hanya akan melalaikan kita, di samping kita membuang masa yang sepatutnya kita manfaatkan untuk merancang dan melaksanakan program pembangunan negeri dan negara untuk kepentingan rakyat.

"Masa untuk berpolitik dan berkempen telah berakhir. Sekarang masa untuk kita terus bekerja, bersatu padu dan menunaikan janji bagi memenuhi mandat ke arah memajukan negeri dan negara demi kesejahteraan rakyat," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di sini.

Majlis dianjurkan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah.

Musa berkata mandat besar Sabah kepada kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum lalu merupakan amanah yang wajib dipikul dengan jujur, ikhlas dan bertanggungjawab.

"Dalam hal ini, kerjasama padu di semua peringkat, khususnya antara pemimpin dengan para penjawat awam, iaitu antara golongan penggubal dengan pelaksana dasar-dasar kerajaan, akan terus diperkukuhkan.

"Ini bagi memastikan kejayaan terhadap pelaksanaan program-program pembangunan seperti Rancangan Malaysia Kesembilan dan Koridor Pembangunan Sabah," katanya.

Musa juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Menteri Kewangan, atas pembentangan Bajet 2009 yang mengutamakan kesejahteraan rakyat, terutamanya di Sabah, dan memastikan pembangunan negara berterusan.

"Sesungguhnya, semua ini jelas membuktikan keikhlasan, keprihatinan dan komitmen tinggi kerajaan pusat, khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, terhadap kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia di Sabah.

"Ia juga sekaligus menggambarkan bahawa kerajaan pusat sememangnya sentiasa memberikan perhatian yang serius untuk kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat Malaysia di Sabah, sejak dulu, kini dan selamanya," tambahnya. / Mstar, Bernama


"PKR Sarawak sangat yakin" Dominique Ng

Perebutan jawatan, letak proksi dalam MCA bermula

Oleh Alan Ting

PERTARUNGAN sudah ditentukan pada hari terakhir pencalonan jawatan Pemuda dan Wanita MCA peringkat negeri malam ini dengan pemimpin kebangsaan meletakkan calon proksi untuk merebut jawatan bagi memastikan mereka menerima undi pada pemilihan parti 18 Okt ini.

Menjelang penutupan pencalonan jawatan Pemuda dan Wanita MCA di mana pengundian dijadual Sabtu ini, ia jelas bahawa peperangan proksi bakal menanti di seluruh negara.

Peperangan proksi ini tidak mengira negeri "kerdil" seperti Sabah yang hanya mempunyai 153 perwakilan bago pemilihan parti peringkat pusat yang akan dihadiri oleh sejumlah 2,188 perwakilan, Selangor mempunyai bilangan tertinggi perwakilan iaitu 409 orang dengan Perlis mempunyai bilangan paling sedikit iaitu 23 perwakilan.

Saingan oleh calon Pemuda dan Wanita peringkat negeri dijangka berpecah kepada dua kumpulan utama -- satu kumpulan yang disokong oleh kepimpinan yang sedia ada manakala satu lagi dikaitkan dengan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik -- dengan beberapa pihak kecil berkecuali atau pengundi atas pagar.

Menerajui cabaran pemilihan ialah anak sulung Dr Ling, Hee Leong, yang akan menentang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chendering Dr Mah Han Soon bagi jawatan Ketua Pemuda Perak.

Penyandangnya Datuk Tan Chin Meng tidak mempertahankan jawatan berikutan telah melepasi had umur 45 tahun bagi jawatan Pemuda.

Tetapi Hee Leong dan Tan dilaporkan telah menjalinkan pakatan bahawa calon yang tewas akan menyokong pemenang untuk sebarang jawatan utama di peringkat pusat sama ada peringkat kepimpinan atau sayap Pemuda.

Perlembagaan parti hanya membenarkan pemilihan wakil Pemuda dan Wanita negeri manakala jawatankuasa perhubungan negeri dilantik oleh presiden.

Keputusan pemilihan Pemuda dan Wanita negeri adalah penting bagi menentukan hasil pertandingan peringkat pusat.

Pada masa sama, pemilihan itu digunakan sebagai kayu pengukur sokongan yang diterima oleh pemimpin tertentu dalam negeri sendiri.

Penyandang Ketua Wanita Perak Chew Poh Thai, mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya.

"Dia tidak hadir. Saya tidak tahu sebabnya. Bukan sahaja itu, kumpulan saya juga menang jawatan lain tanpa bertanding," kata Heng ketika dihubungi hari ini.

Di Johor, pertanding sengit menunggu dengan calon yang berpuak dengan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting bersaing untuk merebut jawatan tertinggi dalam sayap Pemuda dan Wanita.

Ketua Bahagian Gelang Patah Jason Teoh, yang memihak Dr Chua, berdepan dengan ADUN Ledang Haw Chin Teck, yang disokong oleh penyokong Ong, bagi jawatan Ketua Pemuda negeri selepas penyandang Wee Jeck Seng tidak mempertahankan jawatan itu.

Wee, Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu, kini menumpukan jawatan Pemuda peringkat pusat dan dijangka bertanding sama ada jawatan Timbalan Ketua Pemuda atau dilantik sebagai setiausaha agung Pemuda MCA.

Pertandingan satu lawan satu juga dijangkakan untuk jawatan Ketua Wanita Johor dengan penyandang Tan Ah Eng, berpihak kepada kepimpinan pusat, berdepan dengan penyokong paling setia Dr Chua yang juga ADUN Yong Peng, Lim Kee Moi.

Di Selangor, timbalan ketua Pemuda Sheah Kok Fah, penyokong kuat Datuk Donald Lim Siang Chai, akan dicabar oleh setiausaha Pemuda negeri Dr Kow Cheong Wei bagi jawatan Ketua Pemuda. Dr Kow diketahui umum sebagai penyokong kuat presiden parti. Penyandang Ketua Pemuda negeri Wong Koon Moon tidak mahu bertanding semula ekoran syarat had umur.

Dalam sayap Wanita pula, penyandang pengerusi negeri Datin Paduka Chew Mei Fun berdepan dengan ketua bahagian Kelana Jaya yang baru dilantik Ong Chong Sian.

Chong Sian mencipta sejarah apabila menumpaskan ahli jawatankuasa pusat Datuk Lee Hwa Beng pada pemilihan bahagian itu baru-baru ini.

Walaupun ada gesaan dari bahagiannya, Petaling Jaya Utara, untuk menumpukan perhatian kepada pertandingan jawatan ketua wanita kebangsaan, Chew dikatakan tidak berganjak untuk mengekalkan jawatan ketua wanita negeri.

Perwakilan Pemuda dan Wanita pada pemilihan pusat adalah kira-kira 40 peratus dengan Pemuda 25 peratus manakala 15 peratus perwakilan terdiri dari sayap Wanita.

Bagaimanapun,sebahagian besar jumlah undi adalah dari tiga negeri terbesar -- Perak, Selangor dan Johor.

Selain tiga negeri itu, beberapa ketua Pemuda negeri seperti Hang Chin Peng (Wilayah Persekutuan), Chew Kok Wah (Sabah), Chin Wai Sang (Terengganu), Chua Keng Hua (Melaka), Foo Ming Chee (Negeri Sembilan) Boey Chin Gan (Kedah), Wee Keng Seng (Kelantan), Ooi Chuan Aik (Pulau Pinang) dan Teh Khai Ang dari Perlis tidak layak bertanding semula kerana had umur atau enggan bertanding semula.

Penyandang Ketua Pemuda kebangsaan Datuk Liow Tiong Lai dan Ketua Wanita Dr Ng Yen Yen juga tidak bertanding semula kerana berhasrat bertanding jawatan penting parti di peringkat pusat.

Di Pahang, kedua-dua jawatan Ketua Pemuda dan Wanita dimenangi tanpa bertanding. Ketua Pemuda baru ialah Wong Yoke Loong, ketua pemuda bahagian Bera dan bekas naib pengerusi pemuda negeri manakala Ketua Wanita ialah Lian Nyet Yoong, yang juga ketua wanita bahagian Raub.

Di Sabah, Timbalan Ketua Pemuda Wilfred Yong Chen Leong menang tanpa bertanding jawatan ketua Pemuda selepas pencalonan ditutup.

Yong, 35,, yang juga ketua pemuda bahagian Sepanggar, mengambil alih dari penyandang Chew Kok Woh, yang tidak layak bertanding berikutan syarat had umur.

Bagaimanapun, bekas Ketua Wanita Sabah Datuk Agnes Shim kembali semula selepas digantung selama tiga tahun. Shim digantung dari parti kerana didakwa terbabit dalam tindakan yang melanggar kepentingan calon MCA pada pilihan raya umum 2004.

Shim mengambil alh jawatan Ketua Wanita negeri dari Helen Mah, yang tidak bertanding semula.

Di Kuala Lumpur, jawatan ketua Pemuda akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara setiausaha Pemuda Chew Lian Keng, ketua Pemuda Bahagian Cheras Dr Toh Kian Kok dan Ling Yoke Hui.

Jawatan Ketua Wanita pula akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara ketua wanita bahagian Setiawangsa Chim Kim Moi dan ketua wanita bahagian Bandar Tun Razak Chang Seok Sin.

Di Kedah pula, jawatan ketua Pemuda akan menjadi rebutan antara tiga calon iaitu ketua Pemuda bahagian Jerai Tan Yee Yaw, timbalan ketua Pemuda Gan Poh Chai dan Ong Soon Boon.

Penyandang Boey Chin Gan tidak mempertahankan jawatan itu kerana dipercayai bersedia bertanding jawatan di peringkat pusat.

Dalam sayap Wanita pula, penyandang Datuk Lim Bee Kau menang tanpa bertanding.

Di Pulau Pinang, jawatan ketua Pemuda menyaksikan pertandingan empat penjuru antara ketua Pumda Bukit Mertajam Ng Hiap Boon, Ong Tang Chuan, Ng Siew Koon dan Lim Cheng Yang.

Bagaimanapun, jawatan ketua Wanita mendapat perhatian apabila penyandang Ooi Siew Khim ditentang oleh Tan Cheng Liang.

Spekulasi bertiup kencang bahawa jika Ooi berjaya mengekalkan jawatannya maka beliau besar kemungkinan bertanding jawatan utama Ketua Wanita pusat menentang timbalan ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun.

Bagaimanun, bagi negeri lain, kebanyakan jawatan peringkat negeri dimenangi tanpa bertanding.

Di Perlis, ketua cawangan Pauh, Kelvin Teo Hua Cheng menang jawatan ketua Pemuda tanpa bertanding manakala penyandang ketua Wanita juga mengekalkan jawatan dengan cara yang sama.

Pengerusi Pemuda bahagian Alor Gajah Ngee Hee Sem menang jawatan Ketua Pemuda Melaka tanpa bertanding manakala Datuk Kian Sit Har mengekalkan jawatan ketua wanita tanpa bertanding.

Kian memegang jawatan itu sejak 1995 manakala penyandang ketua Pemuda Chua Kheng Hua tidak bertanding semula kali ini.

Di Terengganu, jawatan ketua Pemuda dan ketua Wanita dimenangi tanpa bertanding masing-masing oleh Toh Seng Cheng dan See Meng Geow.

Di Kelantan, jawatan ketua Pemuda dimenangi tanpa bertanding oleh Gan Han Chuan selepas penyandang Wee Keng Seng tidak bertanding semula manakala Lee Liew Lo mengekalkan jawatan ketua Wanita tanpa bertanding.

Keadaan sama wujud di Negeri Sembilan dengan Wong Kim Loong mengekalkan jawatan ketua Pemuda manakala Datuk Lee Pek Chin pula jawatan ketua Wanita. / BERNAMA

20080819

Undi pos kekal dalam p'raya depan

Pengundian pos masih relevan dan terus diguna pakai dalam pilihan raya akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata mereka yang bertugas di luar negara, petugas pilihanraya, anggota tentera, Pasukan Gerakan Am (PGA), polis dan pasangan serta pelajar dan pasangan yang sedang menuntut sepenuh masa di luar negara dibenarkan membuat pengundian pos.

Sekiranya dihapuskan, ia boleh memudaratkan sistem keselamatan dan ketenteraman awam yang merupakan tanggungjawab pasukan keselamatan negara dan menghalang hak asasi kakitangan serta pelajar di luar negara, katanya seperti laporan Bernama.

"Saya tak rasa ia boleh dimansuhkan tetapi mungkin kaedahnya boleh dimantapkan lagi tetapi untuk dihapuskan tidak boleh kerana ini merupakan hak asasi setiap orang (rakyat) untuk mengundi pada pilihan raya," katanya ketika menjawab soalan Gwo-Burne Loh (PKR-Kelana Jaya) mengenai keperluan pemansuhan undi pos dalam pilihan raya akan datang.

Berhubung jawapan lisan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 7 Mei lepas mengenai undi pos yang tidak dikembalikan tepat jam 5 petang, Nazri berkata ia adalah di luar kawalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana pengundi yang layak mengundi bertanggungjawab mengembalikan undi pos sebelum jam 5 petang.

"Selepas 5 petang kertas undi pos tidak akan dikira dan akan dianggap kertas undi pos tidak dikembalikan," katanya.

Mengenai petisyen yang banyak difailkan, Nazri berkata ia bukan bermakna bahawa sistem pilihan raya itu pincang, sebaliknya membuktikan proses demokrasi berlaku dengan subur dan sihat serta proses undang-undang akan menentukan kebenarannya.

20080813

Sumbatkan sahaja Anwar ke dalam Penjara

Full Stop. Manusia seperti Anwar ini, dia datang sahaja ke alam Malaysia Yang Aman habis rosak dan porak poranda semuanya.

Fanatik pada pemimpin seperti bidak dalam satu permainan catur.

SAYA merujuk kepada pendapat, "Serabut tengok dunia politik sekarang'' (MStar, 28 Julai 2008). Sebagai pemerhati di luar lingkaran politik, saya turut berpendapat sama seperti penulis, Thinker - Malaysia bahawa kita hanya dapat `menggeleng kepala' melihat semua sandiwara ahli-ahli politik.

Cakap-cakap di warung dan kedai sudah kedengaran: "Saya tidak tahu nak percaya siapa (ahli politik) lagi''. Ada kebenarannya. Ini kerana, ahli-ahli politik berjaya mempengaruhi rakyat termasuk penyokong mereka dengan manifesto parti masing-masing.

Mereka yang fanatik terhadap sesetengah pemimpin itu adalah umpama bidak dalam satu permainan catur.

Tidak boleh disangkal mereka dikorbankan terlebih dahulu agar nyawa hulubalang dan pemimpin atasan dipertahankan? Mereka menjadi alat permainan politik.

Sehubungan itu, ketika dunia politik berserabut, jangan biar fikiran kita berkecamuk. Kita perlu berfikiran waras untuk memahami hala tuju serta perjuangan sebenar sesetengah ahli politik itu.

Adakah mereka kemaruk kuasa politik atau benar-benar ingin menjaga kebajikan rakyat? Tepuk dada tanya selera.

Dalam konteks ini, marilah kita mengingat kembali kisah gembala kambing dan harimau.

Gembala itu pada mulanya memperdayakan penduduk kampung dengan ancaman harimau terhadap haiwan-haiwan ternakannya. Akhirnya, penduduk kampung tidak mengendahkan gembala itu yang meminta tolong apabila harimau muncul lalu membaham kambingnya.

Seelok-eloknya sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu. Namun, suara kebenaran akhirnya menyentakkan kita daripada lamunan.

Kita perlu akur bahawa kekuatan seseorang ahli politik adalah berdasarkan sokongan rakyat terhadapnya. Jika kita memilih ahli politik dengan bijak - tanpa digula-gulakan atau terpengaruh dengan manifesto parti - nescaya kita dapat menguraikan keserabutan dunia politik sekarang.

AU YEONG HOW

BPR boleh siasat politik wang dalam UMNO - Abdullah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Badan Pencegah Rasuah (BPR) dibenarkan untuk menyiasat kes-kes politik wang menjelang pemilihan Umno pada Disember ini.

Perdana Menteri berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada kes-kes tertentu yang membolehkan BPR mengambil tindakan.

"Ibu Pejabat Umno telah buat penentuan dan membenarkan BPR masuk (menyiasat)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) di sini, hari ini.

Abdullah yang juga Presiden Umno, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai siasatan BPR terhadap seorang Ketua Umno Bahagian bergelar Datuk dan setiausaha bahagian itu, berhubung dakwaan terbabit dalam politik wang.

Kedua-duanya yang berusia dalam lingkungan 50-an dikatakan menyogok beberapa pemimpin Umno cawangan sebanyak RM1,500 seorang bagi mendapatkan pencalonan menjelang pemilihan bahagian itu Oktober ini.

Berhubung kes itu, Abdullah berkata beliau tidak dimaklumkan siapa orangnya dan mungkin ada aspek-aspek tertentu yang memerlukan penglibatan BPR.

Sebelum ini, BPR telah menahan calon bagi ketua Umno satu bahagian di Negeri Sembilan kerana disyaki memberi sogokan RM500 kepada seorang ahli parti untuk mengundinya pada mesyuarat cawangan.

Mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa gejala politik wang kini berleluasa di peringkat mesyuarat cawangan dan jika tidak dibendung akan meletakkan Umno dalam zon bahaya, Abdullah berkata : "Saya ada dengar juga banyak cerita berkaitan dengan perkara ini."

Beliau berharap pihak yang terlibat agar menghentikannya kerana tidak ada ertinya mencari populariti dengan menggunakan politik wang.

"Tidak tulen jika sekiranya seseorang itu mendapat sokongan dan kemenangan kerana menggunakan politik wang.

"Kita hendak seseorang itu diberi sokongan atas kemampuannya, kebolehannya dan jasa-jasa yang telah terbukti membantu perjuangan parti. Duit bukan ukuran, kita jangan tersilap dalam hal ini," katanya.

Ditanya sama ada politik wang berlaku kerana hukuman yang dikenakan adalah ringan, Abdullah berkata : "Saya tak tahulah kerana orang yang berkenaan dah mula balik semula guna pendekatan yang dulu dia dihukum daripada segi disiplin."

Mengenai laporan yang dibuat oleh pemimpin veteran Umno Selangor Datuk Mazlan Harun kepada BPR minggu lalu mendakwa wujud salah guna kuasa dalam proses peralihan kuasa antara beliau dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdullah berkata dakwaan itu tidak berasas.

"Itu perkara penting yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi. Bukan saya dan Najib perlahan-lahan (secara diam-diam) pakat, tidak. Itu hasil daripada apa yang diputuskan, apa yang dimaklumkan kepada MT dan MT telah terima dan berpendapat ini perlu dimaklumkan kepada ahli-ahli parti agar mereka memahaminya," katanya.

Mengenai persediaan jentera Barisan Nasional untuk menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos nanti, Abdullah berkata semuanya berjalan dengan baik. BERNAMA

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com