20090424

Jangan Berdolak-dalih Melaksanakan Perubahan!

Di sebalik pembebasan 13 tahanan ISA tempoh hari, kita dikejutkan pula dengan pendedahan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bahawa tiga lagi ditahan sejak bulan lalu. Mangsa terbaru ialah Abdul Matin Anol Rahmat yang ditahan pada 1hb April 2009, dua hari sebelum Datuk Sri Najib menjawat jawatan Perdana Menteri. Menurut aduan GMI, ketiga-tiga mereka ditahan kerana disyaki terbabit dengan Jemaah Islamiah.

Saya tegaskan, kini bukanlah masanya mendendangkan halwa telinga politik. Jika mahukan perubahan, laksanakannya, jangan lagi berdolak-dalih. Pastikan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan dan maklumat tidak disekat serta suara yang berbeda tidak dibungkam.

Kepada rakan-rakan sekalian, prinsip keadilan merupakan tiang paut yang boleh dikongsi bersama, walau berbeda ras, budaya dan agama. Keadilan adalah fitrah yang menyebati dalam diri setiap insan. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al A’raf ayat 29 berbunyi:

“Katakanlah Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara).”

Maka apabila kita bersatu kerana ingin menegakkan keadilan dan menentang kezaliman, kita juga turut menghimpun kekuatan yang ada dalam setiap dari kita. Kekuatan inilah yang akan kita gembleng untuk melakukan perubahan yang menyeluruh.

ANWAR IBRAHIM

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com