20090428

Selamat Tahun Baru - Tamizh Puthaandu dan Vaisakhi!

14 April, masyarakat berketurunan Tamil pastinya gembira dengan ketibaan hari pertama tahun baru Tamil atau lazimnya disebut Puthaandu.

Jika di Sri Lanka, masyarakat Tamil di sana meraikannya sebagaimana sambutan Hari Raya di mana yang tua dan dewasa akan menghadiahkan ‘duit raya’ kepada mereka yang masih bujang utamanya untuk kanak-kanak sebagai tanda kemurahan rezeki.

Bagi penduduk desa, hari ini juga diraikan dengan acara ‘arpudu’ iaitu upacara menuai hasil ladang sebagai simbolik bermulanya kitaran baru aktiviti pertanian untuk tahun akan datang.

Saya dan Azizah pastinya berkongsi kegembiraan dan mendoakan agar ikatan kekeluargaan yang terjalin senantiasa kekal dalam kebahagiaan.

Buat rakyat Malaysia berketurunan Tamil yang meraikannya, saya ucapkan Iniya Tamizh Puthaandu Nalvazhthukkal!

Tidak dilupakan juga buat masyarakat Sikh yang meraikan hari Vaisakhi. Gagasan hari Vaisakhi yang menyeru kepada persahabatan dan pemahaman bersama sewajarnya diterapkan terutamanya dalam konteks Malaysia yang majmuk.

Ini juga sejajar dengan saranan Guru Gobind Singh Ji yang mengungkapkan: “Kemanusiaan itu sepadu, kita semua merupakan umat dari Tuhan yang satu”.

ANWAR IBRAHIM

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com