Sepanjang tempoh tersebut, Umno berulangkali mempersoalkan kuasa Mohd Nizar kerana DAP menguasi 18 kerusi di Dewan Undangan Negeri serta menguasai enam daripada 10 kerusi exco kerajaan negeri.
Bagaimanapun, awal Februari lalu, kedua-dua exco PKR itu, keluar parti dan menjadi ADUN bebas, dan seterusnya menjadi punca tumbangnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak.
Dalam situasi tersebut, pemimpin Umno terus menerus melabelkan Mohd Nizar sebagai 'boneka DAP' dan dikawal oleh dua exco kerajaan negeri dari DAP - Datuk Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Ming.
Katanya, persepsi itu timbul kerana beliau sentiasa dilihat bersama pemimpn DAP, contohnya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat minggu exco negeri.
Mohd Nizar mendakwa, Jamaluddin dan Osman adalah 'kaki rokok' dan akan hilang selepas selesai mesyuarat dan yang tinggal hanya beliau dan Zainuddin.
"Sepatutnya, Jamaluddin dan Osman ada bersama kerana ia adalah sidang akhbar. Jadi (tinggallah saya dengan Zainuddin) bersama anggota exco bukan Melayu.
"Jadi , apa yang boleh saya buat? Saya tahu ia satu persepsi. Tetapi jika saya tidak mahu ahli exco DAP hadir, maka tinggallah saya seorang, dan itu lebih teruk lagi!" katanya.
No comments:
Post a Comment