20100107

Dunia-Politik.blogspot.com - Digest Number 1962

There are 4 messages in this issue.

Topics in this digest:

1. APA NI..........
From: mr nobody

2. Enjin jet TUDM.. Dua orang punya keje je?
From: mr nobody

3. aiyyo...
From: mr nobody

4. Pernyataan Sikap PRP Menolak Keputusan Pailit terhadap PT Istana
From: Perhimpunan Rakyat Pekerja


Messages
________________________________________________________________________
1. APA NI..........
Posted by: "mr nobody" yahuu_mailer@yahoo.com.my yahuu_mailer
Date: Wed Jan 6, 2010 6:08 am ((PST))

PAS tuduh Umno politikkan isu nama 'Allah'
Jan 6, 10 11:46am
PAS menuduh Umno menangguk di air keruh dengan mempolitikan isu nama Allah kerana mahu diiktiraf sebagai 'juara rakyat'.

Sehubungan itu, PAS mendesak Umno yang 12 penggal mentadbir Malaysia supaya meminda perlembagaan bagi menghalang pengaruh agama lain terhadap umat Islam.

"Harus diingat bahawa Umno bertanggungjawab dalam mewujudkan Enakmen Syariah bagi Mahkamah Syariah di negara ini, yang mana didalamnya terkandung klausa yang membolehkan umat Islam memohon untuk murtad, sedangkan amalan perundangan ini tiada dalam hukum Islam. PAS menuntut klausa ini mansuhkan segera," kata ketua penerangannya, Idris Ahmad..

Katanya, PAS juga kesal kerana Umno suatu ketika dahulu pernah cuba membuang nama Islam daripada digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris turut mengecam Umno yang menurutnya telah bertindak meroboh serta mengunci beberapa masjid dan surau sebelum ini kerana dendam politik.

Katanya, PAS yakin rakyat turut kesal kerana pemimpin Umno yang tegar mempertahan nama Allah hari ini, masih enggan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menegah mana-mana umat Islam bertafakur di hadapan tugu negara yang dianggap sebagai perbuatan syirik yang 'berlesen besar'.

"Umat Islam juga jelak dengan pemimpin Umno yang berdegil membenarkan ahli-ahlinya menjadi ahli lembaga pengarah syarikat judi dan arak di negara ini.

"Malah Umno juga enggan mengeluarkan larangan kepada umat Islam yang bekerja di premis arak dan judi," kata Idris..

Beliau juga mendakwa pemimpin Umno turut bertanggungjawab dalam menekan jabatan-jabatan agama yang melakukan operasi di pusat-pusat hiburan dan maksiat.
'Debat olok-olok'
"Suatu ketika dahulu, Umno pernah mempertikaikan tindakan JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) menahan umat Islam yang didapati minum arak secara terbuka di Kelab Malam Zouk di Jalan Ampang.

"PAS dan umat Islam juga belum dapat memaafkan dosa Umno yang menarik bantuan kepada sekolah-sekolah Agama rakyat, yang menyebabkan berpuluh sekolah terpaksa ditutup dan pendidikan agama anak-anak umat Islam disekat.

"Umno juga pernah mencuba untuk menyekat perkembangan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang ditubuhkan PAS bagi memberikan didikan kepada anak-anak pra-sekolah, malahan PASTI di Melaka telah disaman oleh kerajaan Umno di Melaka," katanya

Tidak dilupakan juga, katanya, rakaman debat olok-olok yang diadakan oleh Umno bagi mempertikaikan dasar-dasar Islam yang dibawa PAS.

"Walaupun akhirnya debat itu berjaya menjelaskan kejahilan Umno terhadap Islam, namun rakyat melihat mereka sebenarnya sengaja mempermainkan-mainkan dasar-dasar Islam dalam debat yang dianggap memperolokkan Islam keseluruhannya," katanya sambil berkata, PAS berharap isu nama Allah akan memberikan keinsafan buat Umno.

Dakwanya, akibat tindak tanduk Umno itu, maka sudah ada orang berani mencabar Islam di negara ini.

"PAS menolak sebarang aktiviti ekstrim dan provokasi melampau dalam isu ini," tambahnya.


Open emails faster. Yahoo! recommends that you upgrade your browser to the new Internet Explorer 8 optimized for Yahoo! Get it here! http://downloads.yahoo.com/my/internetexplorer/

Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. Enjin jet TUDM.. Dua orang punya keje je?
Posted by: "mr nobody" yahuu_mailer@yahoo.com.my yahuu_mailer
Date: Wed Jan 6, 2010 6:11 am ((PST))

Dua tidak mengaku salah curi enjin jet TUDM
Jan 6, 10 8:58am
kemaskini 2.38pm Seorang sarjan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM.

N Tharmendran, 42, (foto) daripada Pangkalan Udara TUDM Subang yang berpakaian kemeja berwarna putih hanya mengangguk memahami dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan itu.

Pengarah sebuah syarikat pembekalan, K Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu menghapuskan barang curi milik TUDM itu.

Hakim Aslam Zainuddin membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan kes itu.

Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, untuk melakukan kecurian dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi.

Bagi kesalahan itu dia boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Rajandran, didakwa dengan sengaja menghapuskan dua enjin milik TUDM, di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang, pada 30 April 2008, mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Ketika ditanya adakah Mohamad Shukri akan didakwa, Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran berkata beliau masih belum menerima sebarang arahan.

Mengenai kemungkinan lebih ramai dituduh berkaitan dengan skandal itu, Raja Rozela berkata beliau hanya menerima arahan untuk mendakwa kedua-dua tertuduh sahaja.

Terdahulu, Raja Rozela memohon mahkamah memandang serius kerana barang yang dicuri bukan enjin motosikal tetapi ia adalah enjin pesawat pejuang.

Peguam bela V. Ravichandran yang mewakili Tharmendran dan peguam bela Pritam Singh Deol yang mewakili Rajandran memohon kepada mahkamah agar anak guam mereka itu diberi jaminan yang rendah berikutan kesemua akaun telah dibekukan dan tidak
mempunyai wang yang banyak.

Bagaimanapun, Raja Rozela membantah kerana ia bukanlah faktor utama dalam memohon jaminan.

Rajandran dijamin oleh abangnya sementara Tharmendran gagal membayar jaminan.

Sebelum ini, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata semua usaha sedang dilakukan oleh kerajaan untuk mendapatkan semula dua enjin yang hilang itu dengan secepat mungkin yang kali terakhir dikesan di Uruguay.

- Bernama


__________________________________________________________________________________________
Yahoo! Toolbar is now powered with Free Anti-Virus and Anti-Adware Software.
Download Yahoo! Toolbar now!
http://malaysia.toolbar.yahoo.com/

Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
3. aiyyo...
Posted by: "mr nobody" yahuu_mailer@yahoo.com.my yahuu_mailer
Date: Wed Jan 6, 2010 6:51 am ((PST))

Najib may be quizzed by French police | Print | E-mail
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, Jan 6: French police may soon ask Prime Minister Najib Razak to give his statement over the Malaysian government's purchase of Scorpene submarines from a French firm, in which deal a whopping commission of RM540 million had allegedly been paid to a crony of his.

According to online news portal FreeMalaysiaToday, two lawyers from France arrived in Malaysia three weeks ago to discuss the police report that is due to be lodged in Paris soon.

"All documents including newspaper cuttings and reports regarding the murder of Altantuya and the Scorpene submarines have been given to them," the news portal quoted an unnamed source as saying.

A tale of corruption and sex

Altantuya Shaaribuu was a Mongolian translator, whose body was found blown up by military-grade explosives in a jungle clearing in Malaysia in 2006. She is alleged to have acted as a go-between – a modern-day Matahari – for Najib's associate Abdul Razak Baginda in the billion ringgit submarines deal.

Razak Baginda has admitted that Altantuya was his former lover, while a private investigator P Balasubramaniam has stated in a statutory declaration that she had also been Najib's mistress at one time. So far Najib has denied ever knowing Altantuya.

The commission paid by Armaris – the vendor of the submarines - was allegedly paid into an account belonging to one of Razak Baginda's firms.

According to the news portal, the report would be lodged with the Paris police because the Malaysian police and the Malaysian Anti-Corruption Commission had not taken any action to investigate the swirl of allegations against Najib, even though he was the Defence Minister at the time when the submarines were bought.
Next >


_________________________________________________________________________________________
Feel safer online. Upgrade to the new, safer Internet Explorer 8 optimized for Yahoo! to put your mind at peace. It's free. Get IE8 here! http://downloads.yahoo.com/my/internetexplorer/

Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
4. Pernyataan Sikap PRP Menolak Keputusan Pailit terhadap PT Istana
Posted by: "Perhimpunan Rakyat Pekerja" prp_pusat@yahoo.com prppusat
Date: Wed Jan 6, 2010 4:41 pm ((PST))







PERNYATAAN
SIKAP

PERHIMPUNAN
RAKYAT PEKERJA

Nomor:
174/PS/KP-PRP/e/I/10


Tolak
keputusan Pengadilan Niaga atas dipailitkannya PT Istana
Magnoliatama!
Rezim
neoliberal SBY kembali memihak kepada pemilik modal!


Salam
rakyat pekerja,
Para
buruh PT Istana Magnoliatama baru-baru ini harus menelan "pil
pahit" ketika Majelis Hakim Pengadilan Niaga Jakarta Pusat yang
dipimpin Marsudin Nainggolan menyatakan, bahwa PT Istana
Magnoliatama pailit. Hal ini tentunya menjadi tamparan keras bagi
buruh-buruh PT Istana Magnoliatama, karena perjuangannya selama ini
diredam oleh keputusan pengadilan niaga tersebut.
Perjuangan
buruh PT Istana Magnoliatama bukan hanya pada saat ini saja.
Intimidasi dan ancaman PHK terhadap buruh PT Istana selalu saja
dialami oleh mereka, ketika buruh-buruh tersebut mulai memutuskan
untuk membentuk Serikat Buruh Karya Utama (SBKU) yang berafiliasi
kepada Konfederasi Kongres Aliansi Serikat Buruh Indonesia (KASBI).
Kegerahan pengusaha terhadap tindakan buruh yang selalu saja melawan
kebijakan-kebijakan perusahaan yang merugikan buruh, akhirnya
diakhiri dengan penutupan pabrik secara sepihak oleh pengusaha pada
tanggal 17 Juli 2007. Tindakan tersebut tentunya digunakan agar para
buruh dapat di PHK dengan modal yang sedikit dan mengeluarkan mereka
yang terlibat dalam serikat buruh.
Namun
yang tidak disangka oleh pengusaha, para buruh kemudian menduduki dan
mengambil alih PT Istana Magnoliatama, karena para buruh tersebut
menolak penutupan pabrik dan menuntut pembayaran upah. Bagi para
buruh, penutupan pabrik tersebut merupakan akal-akalan dari pengusaha
saja, karena sebenarnya PT Istana sedang mendapatkan orderan yang
sangat tinggi dari para pembeli ketika pabrik tersebut ditutup.
Inilah bentuk arogansi dari pengusaha yang lebih memilih untuk
menutup pabriknya dibandingkan harus memenuhi hak-hak buruh untuk
mendapatkan upahnya.
Walaupun
tindakan intimidasi terus dilakukan oleh pengusaha dengan menyewa
preman, namun para buruh tetap bertahan menduduki pabrik. Pada
tanggal 2 Agustus 2008, para buruh yang menduduki PT Istana, dengan
dibantu oleh beberapa elemen gerakan pro-demokrasi dan pro-buruh
(termasuk PRP dan KASBI), merencanakan untuk menjalankan produksi PT
Istana tersebut demi memenuhi kebutuhan hidup sehari-hari para buruh
yang bertahan. Setelah 2 tahun menduduki pabrik serta mengambil alih
dan menjalankan produksi PT Istana, pada tanggal 5 Januari 2010
akhirnya Pengadilan Niaga memutuskan PT Istana Magnoliatama pailit.
Pemailitan
terhadap pabrik merupakan suatu upaya yang saat ini sedang dilakukan
oleh pengusaha atau pemilik modal agar dapat terhindar dari
kewajibannya memenuhi hak-hak buruh. Beberapa perusahaan sampai saat
ini yang telah dipailitkan oleh pengadilan niaga di seluruh
Indonesia, seperti PT Inspiran di Tangerang, PT Istana Magnoliatama
di Jakarta Utara, PT Titan di Karawang, PT SAI di Bekasi, PT Uni
Enlarge di Semarang, PT Golden Adhisoe di Karawang, PT Polystar di
Karawang, PT Samstar di Karawang dan masih banyak lainnya. Hal ini
menjadi tindakan yang paling murah bagi para pemilik modal untuk lari
dari kewajibannya, bahkan untuk mengganti status kerja buruhnya dari
buruh tetap menjadi buruh kontrak.
Hal
tersebut merupakan fakta, bahwa keputusan Pengadilan Niaga telah
menunjukkan keberpihakan penguasa/rezim kepada para pemilik modal.
Keberpihakan rezim neoliberal ini telah dapat disaksikan bukan hanya
pada kasus PT Istana Magnoliatama saja, namun telah dapat dilihat
ketika menerapkan kebijakan upah murah dan sistem kerja
kontrak/outsourcing. Inilah salah agenda rezim Neoliberal yang
berupaya menjual semurah-murahnya tenaga buruh di Indonesia, sehingga
pemilik modal merasa nyaman dan mengeluarkan ongkos produksi yang
sangat murah.
Tentunya
hal ini tidak dapat kita biarkan terus menerus berlangsung.
Perlawanan terhadap rezim neoliberal yang berpihak kepada pemilik
modal harus dilawan dengan kekuatan seluruh rakyat pekerja di
Indonesia. Rakyat pekerja harus mulai merajut persatuannya untuk
membangun perlawanan OPOSISI terhadap rezim neoliberal ini yang telah
nyata-nyata selalu menerapkan kebijakan yang merugikan rakyat
pekerja.
Maka
dari itu, kami dari Perhimpunan Rakyat Pekerja menyatakan sikap:
Menolak
keputusan Pengadilan Niaga Jakarta yang telah menyatakan pailit
terhadap PT Istana Magnoliatama, karena keputusan itu hanya akan
menguntungkan pengusaha/pemilik modal yang tidak mau melaksanakan
kewajibannya terhadap para buruh.
Mendukung
tindakan para buruh PT Istana Magnoliatama dalam mengambil alih
pabrik tersebut untuk kemudian menjalankan produksinya dengan
kepemimpinan buruh.
Galang
mosi tidak percaya terhadap seluruh penyelenggara negara.
Bangun
Front Oposisi Rakyat Indonesia untuk melawan rezim neoliberal dan
merebut kekuasaan di bawah kepemimpinan rakyat pekerja.







Jakarta,
7 Januari 2010
Komite
Pusat
Perhimpunan
Rakyat Pekerja
(KP-PRP)




Ketua
Nasional


Sekretaris
Jenderal





ttd.
(Anwar
Ma'ruf)



ttd.
(Rendro
Prayogo)



filtered {margin:0.79in;}P {margin-bottom:0.08in;}-->___*****___Sosialisme Jalan Sejati Pembebasan Rakyat Pekerja!
Sosialisme Solusi Bagi Krisis Kapitalisme Global!
Bersatu Bangun Partai  Kelas Pekerja!

Komite Pusat
Perhimpunan Rakyat Pekerja
(KP PRP)
JL Kramat Sawah IV No. 26 RT04/RW 07, Paseban, Jakarta Pusat
Phone/Fax: (021) 391-7317
Email: komite.pusat@prp-indonesia.org / prppusat@gmail.com / prppusat@yahoo.com
Website: www.prp-indonesia.org


Messages in this topic (1)

Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.

Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.

Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.

=============================================
Link List:
� Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
� Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
� Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dunia-politik/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
dunia-politik-normal@yahoogroups.com
dunia-politik-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
dunia-politik-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com