20100128

Poll NTV7 vs Poll di Aduka Taruna

Oleh : Xenan



Memang besar beza nya antara poll di ntv7 dan poll di aduka taruna sendiri.Wa amat yakin kebanyakan pengunjung blog aduka adalah orang yang betul betul prihatin dan marah tentang kes penhinaan almarhum sultan ini.

Kami di sini tidaklah pula marah kepada pengunjung malah menghormati dan menyanjung niat pengunjung untuk berusaha mendapatkan maklumat terus dari blog Aduka Taruna.Semangat ini sangat la diraikan malahan wajar di praktikan dalam apa jua isu dan keadaan.

Gua tidak mengharapkan semua pengunjung untuk memaafkan aduka.Gua cuma berharap para pengunjung untuk meng"consider" situasi kini dan dapat menilai sebaiknya.

1st Sebelum report polis yang pertama dilaporkan, aduka sendiri telah memohon maaf atas kekeliruan dan keterlanjuran kepada semua rakyat malaysia secara terbuka.

2nd Tak cukup dengan itu, aduka dengan rela hatinya menyerah diri kepada pihak polis untuk siasatan.Dia langsung tidak lari atau mengelak dari hukuman.Bagi wa keberaniannya mengamalkan "Salah tetap salah, Benar tetap benar" harus dihormati dan diraikan.

3rd Kalau nak dibandingkan dengan ramai lagi blogger yang menghina almarhum , aduka adalah contoh blogger rakyat malaysia yang bertanggungjawab.

4th Penahanan aduka sendiri memberi impak yang sangat besar kepada isteri, ibu dan keluarganya.Itu sahaja sudah cukup menghukum aduka, tambahan lagi dengan pembicaraan dan hukuman yang bakal dihadapi.

5th Bagi wa, atas tajuk keberanian Aduka menegakkan prinsip kebenaran wajar di contohi oleh semua terutama pemimpin negara dan parti politik.Wa harap ini boleh menjadi benchmark mutu rakyat negara kita.

Kita boleh katakan "padan muka aduka.menulis tak pakai otak!".Tapi sanggupkah kita serberani aduka jika kita terjebak dlm situasi yg sama?

Atas faktor ini, gua yg hanya mewakili sahabat aduka memohon pengunjung Aduka Taruna untuk memikirkan "option" kemaafan kepada aduka.

Tanpa perlu menjadi "api dalam sekam" kita serahkan sahaja kes aduka ini kepada pihak berkuasa.

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com