Messages In This Digest (4 Messages)
- 1.
- Terbaru di BERDIKARI Online, Media Perjuangan Pembebasan Nasional! From: Rudi Hartono
- 2.
- PM: Dah lama dah... From: mr nobody
- 3.
- Polis buat kerja gila - Mohd Sabu From: mr nobody
- 4.
- Saya ada formula turun harga minyak - Ku Li From: mr nobody
Messages
- 1.
-
Terbaru di BERDIKARI Online, Media Perjuangan Pembebasan Nasional!
Posted by: "Rudi Hartono" arahkiri2009@yahoo.com arahkiri2009
Fri Jul 18, 2008 8:21 am (PDT)
Rakyat Menghadapi
Pemilu 2009
Oleh: AJ Susmana
34 partai dinyatakan lolos verifikasi dan berhak menjadi
peserta pemilu 2009. Kampanye pun sudah dimulai minggu ini. Memang diakui
penyelenggaraan pemilu kali inipun belum bisa memenuhi hasrat demokratik yang
membolehkan seluruh rakyat ambil bagian dalam pemilu atau membuat lega seluruh
rakyat untuk berpartisipasi dalam pemilu 2009.
Baca Selengkapnya di http://papernas.org/berdikari/ content/view/ 106/1/
"Tugas Manusia adalah Menjadi Manusia" (Multatuli)
Stand up for Democracy! Website http://www.arahkiri2009.blogspot. com
- 2.
-
PM: Dah lama dah...
Posted by: "mr nobody" yahuu_mailer@yahoo.com.my yahuu_mailer
Fri Jul 18, 2008 7:42 pm (PDT)
Pandainyer...
PM: DNA yang ada, sudah lama
Muda Mohd Noor | Jul 18, 08 6:35pm
kemaskini 9:03pm Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata DNA Datuk Seri
Anwar Ibrahim diperlukan kerana DNA yang ada, sudah lama.
"Jadi
kita kena minta yang baru," katanya ketika ditemui pemberita di
Putrajaya petang tadi selepas melancarkan teksi hidrofuel.
Polis
sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas
pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, mendakwa diliwat oleh ketua umum
PKR pada 26 Jun lalu.
Anwar enggan memberi contoh baru DNA
beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya
pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya
pada 1999.
Lagi pula, kata mantan timbalan perdana menteri itu, DNA beliau telahpun diambil untuk kes tersebut.
Mengulas perkara itu, Abdullah berkata beliau telah bertanyakan pihak berkenaan mengapa mereka memerlukan DNA Anwar yang baru.
Katanya, mereka memberitahu beliau bahawa contoh DNA itu sudah lama dan mereka perlu ambil sekali lagi.
Perdana Menteri berkata Anwar sendiri boleh melihat proses ujian DNA itu bagi mengetahui keputusannya.
Abdullah sekali lagi menafikan bahawa wujud sebarang konspirasi untuk menganiayai Anwar dalam siasatan kes ini.
"Kalau
beliau rasa tidak bersalah, mengapa perlu risau dengan DNA yang baru?
Yang penting, kalau tidak bersalah, berikanlah DNA itu.
"Saya memberi jaminan, isu ini hendak diselesaikan dengan segera," katanya.
Beliau
berkata Malaysia tidak dapat membetulkan semua tanggapan antarabangsa
terhadap isu ini yang didakwa mempunyai unsur konspirasi.
"Pada bila-bila masa, saya memberi jaminan siasatan terhadap isu Anwar dibuat secara profesional.
"Saya
telah menyatakan perkara siasatan ini kepada isterinya Datuk Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail ketika isterinya datang jumpa saya," katanya.
Dalam
perkembangan berkaitan, peguam Anwar hari ini berkata penasihat PKR
enggan menyerahkan sampel DNA kerana bimbang berulang proses pemalsuan
bukti sampel itu seperti dalam perbicaraan kes pertamanya kira-kira 10
tahun lepas.
Sivarasa Rasiah, yang juga naib presiden PKR, berkata Anwar pernah mengalami penipuan bukti DNA beliau apabila sampel sebenar dalam jagaan polis forensik telah dibuang
secara tidak sah oleh seorang pegawai berpangkat senior asisten
komisioner.
"Ketika disoal balas terhadap saksi-saksi
pendakwaan, terdedahlah bahawa DNA yang diambil dari sampel darah telah
sengaja diletakkan (kemudian) ke atas tilam yang dikenali umum itu
(melalui televisyen)," kata Sivarasa.
"Apabila dihadapkan dengan
fakta ini, pihak pendakwaan meminda pertuduhan (terhadap Anwar) dan
memujuk hakim, (Datuk Seri S) Augustine Paul, agar membuang keseluruhan
bukti DNA daripada rekod (keterangan mahkamah), menghalang
peguam-peguam Anwar mencabarnya."
Pada 1998, Anwar dituduh
menyalahgunakan kuasa apabila cuba mempengaruhi tugas polis dalam
siasatan terhadap dakwaan salah laku seksnya.

Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/
- 3.
-
Polis buat kerja gila - Mohd Sabu
Posted by: "mr nobody" yahuu_mailer@yahoo.com.my yahuu_mailer
Fri Jul 18, 2008 8:17 pm (PDT)
Polis buat kerja gila - Mohd Sabu
Intan Abdullah
Fri | Jul 18, 08 | 5:28:08 pm MYT
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Pihak polis sengaja menimbulkan suasana ketegangan sebagai provokasi dengan mengadakan sekatan jalan raya dalam kehangatan isu liwat Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan ura-ura usaha Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat.
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyelar tindakan pihak polis yang disifatkan mengadakan sekatan jalan raya yang tidak perlu dan tidak menitik beratkan kesan dan masalah yang terpaksa ditanggung pengguna jalan raya akibat sekatan tersebut.
"Ini semua kerja gila, dan sengaja diada-adakan atau mungkin polis sudah tiada kerja lain yang hendak dibuat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Mengulas mengenai dakwaan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengenai kemungkinan suatu perhimpunan akan dianjurkan dalam masa terdekat, beliau dengan tegas menafikannya.
"Kita (PAS) tidak ada sebarang perancangan untuk mengadakan perhimpunan buat masa ini.
"Bahkan sekiranya hendak diadakan perhimpunan pun, polis buat sekatanpun perhimpunan tetap boleh dijalankan," ujarnya.
Mantan Pengerusi Jawatankuasa Perhimpunan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu turut menjelaskan perhimpunan 100,000 rakyat pada 10 November tahun lalu membuktikan sekatan jalan raya tidak memberikan apa-apa kesan kepada 'kekuatan suara hati dan kehendak' rakyat untuk menyampaikan hasrat mereka.
Sementara itu, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua pula menyifatkan tindakan polis mengadakan sekatan yang masih berterusan itu sebagai tidak bertanggung jawab serta menyusahkan rakyat.
"Ini satu perkara yang tidak masuk akal dan tidak bertanggung jawab," tegasnya.
Ahli Parlimen Batu itu melahirkan kehairanan terhadap pendirian dan tindakan pihak polis yang kelihatan sudah mula tersasar daripada peranan dan tanggung jawab mereka yang sebenar.
"Kerja polis bukan buat sekatan kerana ia tidak akan membantu apa-apa malah operasi tersebut akan melibatkan anggota polis yang ramai," ujarnya.
Dalam suasana indeks jenayah negara kian meningkat khususnya di Lembah Klang, beliau juga melahirkan kekesalan dengan sekatan tersebut yang telah memberi kesan buruk kepada ekonomi rakyat.
"Apa yang berlaku menyebabkan orang ramai marah kerana ia menyusahkan.
"Mereka tidak mempertimbangkan kesan apabila para peniaga terjejas pendapatannya, selain pengguna jalan raya yang mengejar urusan kerja masing-masing," katanya lagi.
Memburukkan lagi keadaan, pihak polis katanya mengambil keputusan menjalankan sekatan jalan raya dengan menggunakan khabar angin semata-mata.
"Itulah lambang tahap profesional dan integriti polis kita," ujarnya.
Semalam, menurut Khalid, sekatan jalan raya di 22 lokasi di seluruh negeri dibuat bagi membendung kecenderungan pihak tertentu mengadakan perhimpunan tanpa permit.
Selain mencegah jenayah, beliau berkata, sekatan jalan yang sentiasa berubah lokasi itu perlu bagi memastikan tidak ada elemen tidak sihat yang mengganggu ketenteraman dan keselamatan masyarakat khususnya di Selangor.
"Saya sedar sekatan jalan ini menimbulkan ketidakselesaan tetapi saya mohon maaf. Ini membabitkan keselamatan, jadi kita perlu beri perhatian," katanya ketika ditemui pemberita semalam.
Beliau ditanya mengenai sekatan jalan raya menghala ibu negara yang menyebabkan kesesakan teruk sejak Isnin lalu.
Dilaporkan lebih 1,600 pegawai dan anggota membabitkan Pasukan Simpanan Persekutuan, Unit Anjing Pengesan, Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Berkuda dan Unit Udara dikerah mengawal semua pintu masuk ke ibu kota.
Khalid berkata, walaupun Anwar Ibrahim dibebaskan semalam, polis tidak menolak kemungkinan penyokongnya mungkin mengadakan perhimpunan dalam tempoh terdekat. - mns _
Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
http://mail.promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/
- 4.
-
Saya ada formula turun harga minyak - Ku Li
Posted by: "mr nobody" yahuu_mailer@yahoo.com.my yahuu_mailer
Fri Jul 18, 2008 8:26 pm (PDT)
Saya ada formula turun harga minyak - Ku Li
KOTA BHARU 17 Julai - Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mempunyai 'formula' untuk menurunkan harga petroleum di negara ini walaupun harga bahan api itu di pasaran dunia terus melonjak.
Beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas berkata, secara asasnya, harga bahan petroleum yang dijual negara ini oleh syarikat minyak ditentukan oleh kerajaan yang boleh dipertimbangkan semula mengikut keperluan semasa.
''Walaupun harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia, tetapi kerajaan masih boleh menimbangkan kadar harga melalui perundingan dan perincian antara pihak terbabit berdasarkan kepada keadaan,'' katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang bagaimanapun enggan memberikan secara terperinci 'formula' menurunkan harga bahan api itu dan hanya akan mengumumkannya apabila tiba masa yang sesuai.
''Pada pendapat saya, ia barangkali boleh diturunkan, tetapi kena cuba saya dulu lah, bila tiba masanya saya akan beritahu,'' katanya yang merujuk kepada usahanya untuk bertanding merebut jawatan Presiden UMNO.
Beliau berkata, mungkin kebanyakan pihak sangsi dengan kemampuannya, tetapi sejarah membuktikan bahawa melalui usahanya telah berjaya merealisasikan penubuhan Petronas.
''Dulu, masa saya nak ambil alih pengurusan minyak daripada penjajah, ramai orang tidak percaya sehinggalah usaha saya untuk menubuhkan Petronas berjaya, saya dah buktikan, tetapi ramai yang tidak ingat apa yang pernah saya buat ini,'' katanya.
Tambah Tengku Razaleigh, harga minyak memang boleh diturunkan dengan syarat kepimpinan mempunyai keikhlasan untuk membantu rakyat dan bukannya untuk kepentingan peribadi.
Jelas beliau, usaha mengurus tadbir negara terbaik termasuk menurunkan harga minyak dan barangan keperluan lain memerlukan kepintaran dan kerjasama kolektif daripada semua pihak.
''Tuhan telah berikan kita otak, gunakanlah sebaik mungkin, lagipun terdapat ramai cerdik pandai di negara ini yang boleh digunakan untuk memberikan idea bernas bagi membantu kerajaan,'' katanya.
Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai pelan peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2010, beliau berkata:
''Tindakan itu yang tidak termaktub dalam perlembagaan parti telah meminggirkan hak kuasa memilih ahli seperti yang termaktub di dalam perlembagaan."
''Menentukan lebih awal bakal pengganti bukan tradisi UMNO dan ia juga tidak termaktub dalam perlembagaan parti, sepatutnya serah kepada ahli untuk membuat pilihan terbaik.''
Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/
Need to Reply?
Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
=============================================
Link List:
Lirik Lagu Popular - http://www.lirikpopular.com
Spa Q - http://spa-q.blogspot.com
Auto Insurance - http://pdautoinsurance.blogspot.com

MARKETPLACE
Special offer for Yahoo! Groups from Blockbuster! Get a free 1-month trial with no late fees or due dates.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Individual | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
No comments:
Post a Comment