There is 1 message in this issue.
Topics in this digest:
1. Fw: Doa Akhir dan Awal Tahun Baru Islam
From: :: eSpAcE 9808 ::
Message
________________________________________________________________________
1. Fw: Doa Akhir dan Awal Tahun Baru Islam
Posted by: ":: eSpAcE 9808 ::" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Date: Sun Dec 5, 2010 7:22 am ((PST))
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
edited by aishah1
Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya pada neraka jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti . Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya pada neraka.
Doa Akhir dan Awal Tahun Baru Islam
Posted: by aryu in iseng-iseng
Bismillah, walaupun sudah banyak di blog orang lain tentang doa awal dan akhir tahun, tapi gak ada salahnya ikut post juga di blog ini. Ga ada maksud ikut2an, cuma sebagai pengingat diri saja.
DOA AKHIR TAHUN
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa sallallaahu 'ala sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa 'alaa aalihi wa sahbihii wa sallam.
Allaahumma maa 'amiltu fi haazihis-sanati mimmaa nahaitani 'anhu fa lam atub minhu wa lam tardahuu
wa lam tansahuu wa halimta 'alayya ba'da qudratika 'alaa uquubati wa da'autani ilattaubati minhu
ba'da jur'ati alaa ma'siyatika fa inni astagfiruka fagfirlii wa maa 'amiltu fiihaa mimma tardaahu wa
wa'attani 'alaihis-sawaaba fas'alukallahumma yaa kariimu yaa zal-jalaali wal ikraam,an tataqabbalahuu
minni wa laa taqta' rajaa'i minkaa yaa kariim, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadiw wa 'alaa 'aalihii wa sahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami nabi Muhammad SAW,
beserta para keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah,segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu,sedang kami belum bertaubat,padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya,dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat.Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai
dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan,semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad,keluarga dan sahabatnya.
Amin yaa rabbal 'alamin.
nb : Doa akhir tahun dibaca waktu Ashar, sesudah sholat Ashar.
DOA AWAL TAHUN
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa 'alaa 'aalihi wa sahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwal, wa 'alaa fadlikal-'azimi wa juudila-mu'awwali,wa hazaa 'aamun jadidun qad aqbala nas'alukal 'ismata fiihi minasy-syaitaani wa auliyaa'ihi wa junuudihi wal'auna 'alaa haazihin-nafsil-ammaarati bis-suu'i wal-isytigaala bimaa yuqarribuni ilaika zulfa yaa zal-jalaali wal-ikraamin yaa arhamar-raahimiin, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa 'alaa 'aalihi wa ashaabihii wa sallam
Amin yaa rabbal 'alamin
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya.
Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan
kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarganya dan sahabatnya.
Amin yaa rabbal 'alamin
NB : Doa ini dibaca setelah sholat maghrib
Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun.. Haramkah membacanya??
Dicatat oleh Kamal Anuar
Petikan ini diambil dari satu penulisan hamba Allah untuk dikongsi bersama...
Terbaca di beberapa blog dan forum baru-baru ini, memandangkan hampirnya kita memasuki tahun baru Hijrah, berkemundang sekali lagi seruan bahawa bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu bid'ah yang jelas haram di sisi Islam. Benarkan apa yang dihebohkan ini? Kalau benar mengapa saban tahun setiap jabatan agama negeri tidak pernah menghalang sambutan ini? Adakah tok mufti dan semua ustaz yang berada di setiap jabatan agama ni bersekongkol dalam kesesatan? Sama-sama kita kaji..
Biasanya apabila kita tidak mengetahui asas bagi satu masalah, maka kita akan mudah membuat keputusan yang salah. Asas dan sebab bagi satu masalah merupakan kunci bagi kita untuk mendapatkan jawapan bagi masalah tersebut. Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini.
Asas pendapat pertama. Kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun. Apakah asas mereka? Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda kekuasaan Allah? Maka tidak layakkah kita sebagai hamba yang lemah memuji Allah apabila kita memerhatikan kebesaranNya? Seterusnya, bukankah molek kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang dipenuhi rahmah dan maghfirahNya? Doa itu senjata mukmin. Maka gunakanlah senjata ada sebaik mungkin.
Asas pendapat kedua. Bid'ah dholalah (atau kata mereka bid'ah secara mutlak) adalah mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam agama. Itu kata kita. Ada di kalangan mereka yang menyalah erti bahawa bid'ah adalah sesuatu urusan agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Namun sangkaan ini amat tersasar dari kebenaran berdasarkan terlalu banyak dalil menunjukkan keharusan perkara dalam agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah seperti menghimpunkan Al-Quran dan azan solat jumaat sebanyak dua kali yang dilakukan oleh Saiyidina Usman. Maka diistilahkan pula oleh Imam Syafie dan para mujtahidin yang lain perkara ini sebagai bid'ah hasanah. Malah diklasifikasikan pula oleh Imam Nawawi bid'ah kepada 5 hukum taklifi yang ada. Mereka kata klasifikasi ini klasifikasi dari sudut bahasa, namun jika kita kaji bid'ah dari segi bahasa bukanlah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan yg lain, tetapi bid'ah dalam agama.
Apapun yang diistilahkan kita sepakat mengatakan bahawa perkara yang dibaharukan yang tiada asasnya langsung dalam agama hukumnya haram dan bid'ah yang dholalah. Nah, sekarang mereka membuat pula satu kaedah. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari Rasulullah s.a.w. maka ianya dikira sebagai bid'ah (baca bid'ah dholalah) dan haram. 2 asas inilah yang dipegang menjadikan bacaan doa akhir dan awal tahun sebagai haram.
Maka apa pula komentar bagi kedua-dua hujjah kedua-dua golongan ini ya?
Perbincangan bagi hujjah pendapat yang pertama. Dikatakan bahawa memuji Allah apabila memerhatikan kebesaran-Nya. Benar. Namun cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur itu perlukan petunjuk dari Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Bukannya mengikut fikiran kita semata-mata. Adakah berdoa tersebut cukup untuk menghapuskan segala dosa yang berlaku di sepanjang tahun. Kalau begitu mudahla, Buat dosa banyak-banyak. Akhir tahun doa jelah. Lagipun kalau doa ni pun da bid'ah dan berdosa, sebenarnya bukan hapuskan dosa tapi tambahkan dosa lagi.
Jawapan kepada perbincangan ini. Cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur adalah diharuskan selagi mana tidak melanggar syara'. Sebanyak mana pun kita bersyukur takkan cukup dengan nikmat yang Allah beri. Lagipun kita bukan bersyukur mengikut fikiran kita semata-mata, tetapi berdasarkan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya jugak kan. Bukankah berdoa ini satu cara yang ditunjukkan dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Bukannya kita sambut dgn konsert atau pertunjukkan bunga api.
Berkenaan doa boleh menghapuskan dosa atau tidak tersebut, urusan tersebut diserahkan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang memerintah kita supaya berdoa dan Dialah yang memakbulkan doa dan mengampunkan dosa. Ini merupakan usaha kita yg diperintah oleh-Nya. Hujjah buat dosa banyak2 kemudian berdoa adalah hujah yang dangkal, kerana tiada siapa yang mengetahui selama mana hayatnya. Juga ia seolah-olah mempermain-mainkan mereka yang berdoa setiap hari agar diampunkan oleh Allah. Mengapa tidak tunggu tua sahaja baru berdoa. waktu muda buat dosalah banyak2. Hujah yang amat cetek dan tidak perlu dihiraukan, tetapi perlu dijawab kerana banyak antara mereka yang cetek ilmu, tapi mengaku berilmu. Semua kita sepakat bahawa melakukan perkara yang dilarang oleh syarak secara pasti dan mesti adalah haram. Jadi mengapa perlu dipersoalkan perkara begini. Tetapi kita sebagai manusia yang tidak maksum pasti tidak akan lari dari kesalahan. Jadi kita perlu dari masa ke semasa meminta pengampunan dari Allah s.w.t. Niat melakukan dosa dengan harapan berdoa di waktu lain agar diampunkan adalah niat yang jelas salah dan terlarang.
Amalan Berdoa Awal dan Akhir Tahun: Sunnah atau Bidaah?..
Hirose Junko
(pesanan ana: bacalah.ambillah mase sedikit.walaupun panjang lebar pun artikel kat bawah ni,insyaAllah ia ilmu berguna.. xpun bace yg mane sy highlitekan..)selamat membaca
Pihak JAKIM (jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia) telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa amalan membaca doa awal dan akhir tahun adalah tidak thabit dari sunnah, bahkan hadisnya palsu.
Amalan Berdoa Awal dan Akhir Tahun
oleh: al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Semalam, 17 januari 2007, dalam satu kuliah untuk muslimat tentang ma`al hijrah, seorang muslimat menimbulkan persoalan: amalan-amalan yang sudah biasa dilakukan oleh orang Melayu sejak beberapa lama tentu ada sandarannya daripada al-Quran dan Sunnah. Contohnya amalan berhimpun malam nisf Sya`ban. Persoalan ini beliau timbulkan apabila saya membangkitkan persoalan amalan baca doa awal dan akhir tahun. Menarik juga soalan dan hujahan ini.
Ia menggambarkan cara berfikir masyarakat awam. Mereka meletakkan keyakinan penuh kepada ahli-ahli agama. Amalan yang telah dilakukan oleh ahli-ahli agama sejak berzaman tentu ada sandarannya. Ahli-ahli agama yang dimaksudkan oleh saya di sini ialah para imam di masjid dan surau dan mereka yang bergelar "asatizah" ; guru-guru agama.
Keyakinan tinggi mereka kepada perlakuan ahli agama ini memang tepat. Orang yang jahil tentu bergantung ilmu kepada yang lebih alim. Dalam konteks masyarakat awam tentu mereka menggantungkan kepercayaan ilmu sepenuhnya kepada ahli agama yang hampir dengan mereka. Mereka yakin, ahli agama tentuna merujuk kepada al-Qur'an dan hadith.
Tinggal lagi persoalan ialah bagi pihak ahli agama itu sendiri. Adakah amalan yang dilakukan adalah berasaskan ilmu dan pengkajian? Dengan merujuk kepada al-Qur'an dan hadis? Merujuk kepada tulisan ulama mu`tabar? Atau berdasarkan ikutan pada perlakuan orang sebelumnya? Ahli agama perlu sentiasa menambahkan ilmu. Perlakuan mereka mesti berasaskan ilmu. Maksud ilmu ialah dengan merujuk kepada al-Qur'an, al-Hadith dan perbahasan tokoh-tokoh ulama.
Persoalan yang penting di sini; adakah amalan membaca doa awal dan akhir tahun dilakukan oleh tokoh-tokoh ulama? Adakah ia sememangnya disebut oleh ulama-ulama besar hatta dalam mazhab Shafi`I? Saya melihat amalan membaca doa ini hanya dinukilkan dalam buku-buku amalan yang ditulis dan disebarkan secara meluas di alam Melayu. Buku-buku ini pula tidak menyebut sumber rujukan amalan tersebut. Apa hadithnya? Siapakah kalangan ulama silam yang memperakuina? Justeru, masalah sebenarnya ialah pada penulis-penulis buku-buku amalan ini. Mereka sebenarnya hanya mencatatkan amalan itu berasaskan amalan yang telah diterima turun temurun diamalkan di masjid-masjid dan surau-surau. Bukan berasaskan rujukan kepada tulisan ulama muktabar. Di sinilah masalahnya.
Hari ini rujukan para guru agama lebih meluas. Mereka merujuk kepada tulisan-tulisan ulama-ulama terkenal di zaman silam dan ulama terkenal kontemporari. Mereka mendapati amalan membaca doa awal dan akhir tahun ini tidak disebut oleh para ulama terkenal. Amalan ini tidak pernah berlaku dizaman Rasulullah saw malah pada zaman sahabat. Ia juga tidak diamalkan oleh tokoh-tokoh ulama. Bagimana ia menyerap masuk dan diamalkan di alam Melau? Saya tak ada jawapan bagi persoalan ini.
Apa pun, tinggalkan hakikat ini dulu. Kita berpindah pada hakikat yang lebih penting, yang boleh menentukan samada amalan yang dibuat itu tepat atau tidak. Cukup untuk memahami persoalan ini dengan merujuk sejarah penentuan tahun Islam. Ia hanya berlaku pada zaman Umar iaitu pada tahun ke 17 hijrah. Ia dinukilkan oleh Abu Nu`aim dalam karya tarikh beliau. Sebelumnya umat Islam hanya menggunakan hari dan bulan tanpa tahun. Umar yang berijtihad mencipta tahun berdasarkan peristiwa hijrah Rasulullah saw. Justeru ia dikenali sebagai Tahun Hijri. Umar juga yang berijtihad menentukan Muharram sebagai bulan pertama bagi kalendar hijri ini.
Ceritanya panjang akan saya bicarakan kemudian. Jadi, kalau penentuan tahun berlaku zaman umar, tentunya penentuan awal tahun juga berlaku zaman Umar. Jika berlaku zaman Umar, amat mustahil amalan membaca doa awal tahun dan akhir tahun berlaku zaman nabi. Juga amat mustahil doa itu dibaca oleh Nabi saw.
Justeru, jangan sama sekali menyandarkan amalan tersebut kepada nabi saw. Jangan menyandarkan doa tersebut kepada nabi! Inilah keyakinan yang salah! Begitu juga dengan amalan membaca Yasin dan diniatkan tiga perkara; panjang umur, murah rezeki dan mati dalam iman. Tak ada satu nas daripada ulama yang menggesa umat melakukan amalan ini. Apatah lagi sumber Islam iaitu al-Qur'an dan Sunnah.
Amalan berdoa awal tahun dan akhir tahun serta membaca Yasin dengan tiga niat tadi tidak pernah dilakukan oleh para sahabat. Bahkan juga para ulama yang mu`tabar. Justeru, kenapa begitu bersemangat untuk melakukan amalan yang tidak dilakukan oleh generasi awal Islam dan tokoh ulama Islam? Baginda bersabda:
مَنْ أَحْدَثَ فِيْنَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
Maksudnya: "sesiapa yang mengada-adakan di kalangan kami sesuatu yang bukan daripadanya (agama) maka ia tertolak". Namun, untuk berhimpun di awal tahun, bagi saya tidak ada kesalahannya. Sememangnya kita sepatutnya berhimpun setiap malam di rumah-rumah Allah. Tapi jadikan malam itu sebagai malam ilmu dengan disampaikan kuliah tentang Islam dan sejarah hijrah Rasulillah saw. Alangkah baiknya.
Tapi, macamana kalau mereka nak lakukan juga? Kata Imam Ahmad; jelaskan kepada umat apa itu sunnah, dan jangan bertekak bertegang leher! Jadi, sampaikan kepada mereka apa yang benar. Jika mereka berdegil, biarkan….mudah-mudahan di kesempatan lain boleh kita betulkan. Jangan pula lari meninggalkan masjid. Jangan jadikan dia sebagai medan perpecahan ummat. Perlakuan membaca Yasin bukannya haram. Tapi keyakinan mereka yang mesti diperbetulkan.
Doa Awal dan Akhir Tahun
Posted by abuumair1
Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan 'Doa Awal dan Akhir Tahun'. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya 'disunatkan' dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, "Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua". Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.
Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai yang mempercayainya dengan harapan memperoleh kelebihan itu. Sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam upacara doa tersebut dan di'amin'kan oleh jemaah.
Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.
Tetapi, oleh kerana doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.
Sedangkan kita tahu doa adalah ibadah. Dan dimaklumi bahawa ibadah bersifat tauqifiyyah iaitu mesti diambil asal dan kaifiatnya daripada syarak. Tetapi, dalam persoalan doa awal dan akhir tahun ini, tidak didapati sebarang asas pun daripada nas-nas syarak.
Syeikh Bakr Abu Zaid -rahimahullah- menyebut satu kaedah dalam amalan doa, iaitu: Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan ibadah seperti doa dan zikir dalam bentuk yang ditetapkan dengan menganggap ia adalah satu sunnah, sedangkan ia bukan daripadanya, maka dia dihukum berdosa.
Alasannya perbuatan ini adalah satu bentuk meninggalkan perkara yang disyariatkan, satu penambahan terhadap syarak, satu galakan terhadap amalan yang bukan daripada syarak, dan menyebabkan orang awam menyangka bahawa ia suatu yang masyruk. (Tashih Ad-Dua: 44)
Apabila dikatakan bahawa ia bidaah, pasti ada suara membantah, "Sikit-sikit bidaah, apa salahnya berdoa?". Ya, berdoa tidak salah. Ibadah doa boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Termasuklah berdoa pada tarikh 29 Zulhijjah. Yang salahnya ialah menetapkan bentuknya seolah-olah ia daripada syarak. Ditambah pula dengan fadilat palsu tentang kata-kata syaitan begitu dan begini, dan jaminan pengampunan dosa selama setahun. Ini semua perkara ghaib yang mesti diambil daripada nas-nas sahih.
Ada juga mengatakan, "Perkara kecil seperti ini pun hendak diperbesar-besarkan?". Jawapan kepada persoalan ini ialah kata-kata Imam al-Barbahari, "Dan awaslah kamu daripada perkara-perkara kecil yang diada-adakan, kerana bidaah-bidaah kecil akan berulang hingga ia menjadi besar".
Ibn Taimiyyah pula mengatakan, "Bidaah-bidaah pada permulaannya hanya sejengkal. Kemudian ia bercambah di kalangan pengikut-pengikut, hingga menjadi beberapa hasta, beberapa batu dan beberapa farsakh". (Satu farsakh bersamaan 3 batu).
Oleh itu, janganlah dipandang mudah terhadap perkara-perkara kecil yang menyalahi syariat, apatah lagi termasuk dalam bidaah. Dan yakinilah bahawa setiap amalan ibadah yang dilakukan, sedangkan ia bukan daripada agama, maka amalan itu ditolak oleh syarak.
Wallahu A'lam.
Abu Umair,
p/s: pendapat ana,kalau tiada majlis seperti ini yg kita lihat dalam tv dimana RTM menyiarkan siaran langsung,tak tahulah nak cakap macamana.maybe ana lalai,jahil dan tak tahu langsung bile awal Muharram(Maal Hijrah)..tp jgn buat siaran langsung baca doa awal dan akhir saja,sambungla terus ke tahlil dan doa selamat..kan lebih baik ..sebagai media elektronik kerajaan,RTM dan yang lain seharusnya mengingatkan muslimin dan muslimat di Malaysia mengenai hari-hari baik dan amalan baik dalam bulan Islam..bukan menyiarkan konsert-konsert awal tahun 2009,konsert merdeka atau jom heboh yg sememang nya terus melalaikan kita..(hahaha.mesti ade orang marah kalau bace komen ana pasni..xpe,ana pun pernah gi sure heboh gak walaupun dah 2 tahun x gi..hehe)insyaAllah,doa lah bila2..kerana sbg muslim,doa adalah senjata kita…insyaAllah..
Doa Awal Tahun
Sumber Doa Awal dan Akhir Tahun
Kajian dan Susunan oleh Ustadz Abu Mazaaya (dengan sedikit tambahan)
Diantara amalan yang sangat masyhur di kalangan masyarakat kita setiap tahun, adalah bacaan doa beramai-ramai pada setiap awal dan akhir tahun Hijrah.
Diriwayatkan bahawa diantara fadhilat membaca doa tersebut adalah hadith yang bermaksud:
"Barangsiapa membacanya syaitan akan berkata: Kami telah penat letih bersamanya sepanjang tahun, tetapi dia (pembaca doa berkenaan) merosakkan amalan kami dalam masa sesaat (dengan membaca doa tersebut)."
Mengenai kata-kata tersebut, Jamaluddin al-Qasimy telah menerangkan bahawa ianya ini tidak diriwayatkan di dalam sebarang kitab-kitab hadith yang bersanad, dan tidak juga di dalam kitab-kitab hadith maudhu'aat (palsu). (Islahul Masajid: 108). Maka ia bukankan daripada kata-kata Rasulullah صلى الله عليه وسلم .
Sebaliknya, apa yang nyata adalah Rasulullah صلى الله عليه وسلم , para sahabat dan para tabiin tidak pernah mengamalkan doa tersebut.
Ini telah diakui sendiri oleh beberapa para ulama seperti Abu Syamah (seorang ulama Syafie wafat pada tahun 665H), Mohd Jamaluddin al-Qhasimy (Islahul Masajid-129), Muhammad Abdus Salam as-Shuqairy (As-Sunan wal Mubtadaa'at-167), dan Dr Bakr Abu Zaid (Tashihud Doa-108), yang menegaskan bahawa "Doa awal dan akhir tahun" tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم , para sahabat, tabiin, atau tabi'e tabiin.
Didalam perkara ini, kita haruslah berhati-hati, kerana sekiranya seseorang yang telah mengetahui bahawa sesuatu hadith itu palsu tetapi tetap meriwayatkannya sebagai hadith, maka dikhuatiri akan tergolong di dalam ancaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
"Barangsiapa yang melakukan penipuan (pemalsuan hadith) keatas diriku dengan sengaja, maka bersedialah suatu tempat untuknya di dalam neraka."
Dalam hadith yang lain pula, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
"Barangsiapa yang meriwayatkan dariku sepotong hadith sedangkan dia tahu ianya palsu maka dia adalah salah seorang pembohong." (Riwayat Muslim di dalam Muqaddimah Sahihnya: 1/62).
Kemudian, ada sebahagian golongan pula yang berdalih bahawa doa tersebut sebenarnya adalah sebahagian daripada amalan para solafussoleh kerana fadhilat doa tersebut ada di terangkan di dalam kitab "Majmuk as-Syarif", tetapi bukan di dalam bentuk hadith.
Perkara ini sangatlah mengelirukan dan membahayakan kerana diantara fadhilat doa tersebut diriwayatkan bahawa akan diampunkan dosa-dosanya setahun yang lalu dan kononnya syaitan akan berkata:
"Kami telah penat letih bersamanya sepanjang tahun, tetapi dia merosakkan amalan kami dalam masa sesaat (dengan membaca doa tersebut)."
Ini semua adalah perkara-perkara ghaib yang tidak boleh di-imani kecuali daripada sumber wahyu iaitu AlQuran atau sunnah. Oleh kerana, AlQuran dan sunnah tidak menyebutkan fadhilat-fadhilat tersebut, maka bagaimanakah boleh seseorang mengetahui bahawa syaitan berkata demikian dan sebagainya dan beriman dengannya?
Unsur-Unsur Syirik Doa Awal Tahun
"Tusrafu bi wajaahatihi jamieul mashaa-ib"
Ertinya: dan dengan kedudukannya (baginda Nabi Muhammad) tertolak segala musibah.
"Wa bi haqqi sayyidinaa Muhammad wa bihaqqi man lahu wajaahatun 'indak min jamie'i kholqika an taghfira adz-dzunuuba kullahaa.."
Ertinya: dan dengan hak penghulu kami Muhammad dan dengan hak setiap yang punya kedudukan tinggi di sisi Mu dari sekelian makhlukMu agar Engkau ampunkan segala dosa…
Ini dinamakan "Tawassul bid'ah" bahkan yang boleh menjatuhkan pelakunya ke kancah syirik.
Sila rujuk kitab/buku terbitan pihak Majlis Ugama Islam Singapura; "Noktah Hitam ajaran sesat di Singapura": halaman: 25 perkara ke-78:
"Wasilah yang diperintahkan di dalam Al-Quran ialah apa yang mendekatkan seseorang kepada Allah iaitu berupa amal ketaatan yang disyariatkan. Tawassul pula ialah mendekatkan diri kepada Allah dengan cara-cara tertentu. Adapun Tawassul ada tiga macam:
a. Masyru' iaitu tawassul kepada Allah dengan Asma' dan SifatNya, dengan amal salih yang dikerjakannya atau melalui doa orang salihin yang masih hidup.
b. Bid'ah iaitu mendekatkan diri kepada Allah dengan cara yang tidak disebutkan dalam syariat, seperti tawassul dengan peribadi para nabi dan orang-orang salih, dengan kedudukan mereka, kehormatan mereka dan sebagainya.
c. Syirik iaitu bila menjadikan orang-orang yang sudah meninggal sebagai perantara dalam beribadah, termasuk berdoa kepada mereka, meminta hajat dan memohon pertolongan daripada mereka."
Sila rujuk beberapa kitab Tauhied karangan para Imam Ahlis Sunnah wal Jama'ah yang ada menyebutkan nash para Imam Ahlis Sunnah wal Jama'ah seperti Imam Asy-Syaafi'ee, Imam Maalik, Imam Abu Haniefah, Imam Ahmad dan lain lagi.
Kata Imam Abu Haniefah رحمه الله (ertinya):
"Adalah dibenci jika seseorang berdoa dengan mengatakan: Aku memohon kepada Mu dengan hak si fulan atau hak Nabi-nabi Mu dan hak Rasul-rasulMu atau hak Al-Bait Al-Haraam dan Al-Masy'aril Haraam"
(Sila rujuk: "Syarh Al-'Aqiedah Ath-Thohaawiyah hal 234, Ittihaafus Sa'aadaat Al-Muttaqien jilid II, hal 285, Syarh Al-Fiqh Al-Akbar: hal 198. )
Kesimpulan
1) Daripada penjelasan ringkas diatas, kita akan sedari bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم , para sahabat serta para tabi'in tidak pernah membaca doa-doa awal atau akhir tahun.
2) Fadhilat doa-doa tersebut bukanlah daripada kata-kata Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan bukan juga daripada kata-kata para sahabat. Yang lebih memberatkan lagi, ianya mempunyai ilmu-ilmu ghaib dimana umat Islam tidak boleh beriman dengan perkara-perkara ghaib kecuali ianya mempunyai nas daripada sumber-sumber syar'ie.
3) Berdoa adalah sesuatu ibadah yang sangat dituntut oleh syarak, namun doa awal dan akhir tahun yang diamalkan oleh sebahagian anggota masyarakat telah didapati tidak bersumberkan daripada apa-apa sumber Islam yang muktabar iaitu nas-nas al-Quran atau as-Sunnah. Malah, dilarang mereka-reka dalam agama dengan mengkhususkan sebab, masa dan tatacara sesuatu ibadah.
4) Sebahagian kandungan doa ini bercanggah dengan prinsip-prinsip aqidah Islam kerana memberikan unsur-unsur ketuhanan kepada baginda ar-Rasul صلى الله عليه وسلم .
5) Kami menyeru agar masyarakat Islam yang ikhlas dan berakal berlepas diri daripada adat membaca doa awal dan akhir tahun yang telah nyata tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم mahupun para sahabat, walaupun ia dilakukan oleh sebahagian tokoh-tokoh agama.
6) Kami juga menyeru agar para agamawan yang berkedudukan, imam-imam serta aktivis-aktivis masjid dan pertubuhan Islam agar sentiasa bersikap prihatin dan peka sekiranya ingin mengadakan sesuatu majlis. Ini adalah agar amalan-amalan tersebut tidak bertentangan dengan AlQuran atau ajaran Nabi صلى الله عليه وسلم dan semoga ianya diterima oleh Allah sebagai sesuatu yang diredhoiNya di dunia dan di akhirat.
"Leaders must have the conviction to do what is right and not what is popular, even if it costs them political points", said Deputy Prime Minister Wong Kan Seng. (ST 8/12/09)
Lakukanlah yang benar, bukan sekadar menyokong secara jahil sesuatu yang masyhur hanya ingin mengekalkan pangkat dan kedudukan supaya diterima oleh masyarakat dan pemerintah sebagai agamawan arus perdana.
Doa Awal Bulan Dari as-Sunnah
Hadith #67: "Doa Melihat Bulan Tanggal Satu"
(Sumber: Hisnul Muslim oleh Sheikh Sa'eed Ibn Wahf al-Qathani)
اللهُ أَكْبَرُ، اَللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِاْلأَمْنِ وَاْلإِيْمَانِ، وَالسَّلاَمَةِ وَاْلإِسْلاَمِ، وَالتَّوْفِيْقِ لِمَا تُحِبُّ رَبَّنَا وَتَرْضَى، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللهُ
"Allah Maha Besar. Ya Allah! Nampakkan bulan tanggal satu itu kepada kami dengan membawa keamanan dan keimanan, keselamatan dan Islam serta mendapat taufiq untuk menjalankan apa yang Engkau senang dan rela. Tuhan kami dan Tuhanmu (wahai bulan sabit) adalah Allah."
[ Hadith Riwayat At-Tirmidzi 5/504, Ad-Darimi dengan lafazh hadits yang sama 1/336 dan lihat Shahih at-Tirmidzi 3/157.]
Doa ini bukan khusus untuk bulan Muharram semata-mata, ianya boleh dibacakan setiap awal bulan dalam kalendar Hijrah, sesuai dengan petunjuk Rasulullah صلى الله عليه وسلم .
Maka, benarlah kata-kata Ibnu Abbas رضي الله عنه:
"Tidaklah datang kepada manusia satu tahun kecuali mereka mengada-adakan satu bid'ah dan mematikan satu sunnah. Demikianlah hingga berkembanglah bid'ah dan matilah sunnah." (al-Bida' wa nahyu 'anha,hal. 38-39; lihat Dharuratul Ihtimam, hal. 85).
لا تعرف الحق بالرجال, أعرف الحق تعرف أهله
"Jangan Dikenali Kebenaran Itu Melalui Orangnya, Tetapi Kenalilah Kebenaran Itu Terlebih Dahulu, Maka Engkau Akan Kenal Ahlinya"
Setiap yang benar itu adalah daripada Allah dan yang silap adalah daripada kelemahan diri kami sendiri ini.
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment