There are 3 messages in this issue.
Topics in this digest:
1. Fw: K'jaan Selangor bagi FREE, suruh Rakyat bagi balik duit tuu..
From: :: eSpAcE 9808 ::
2. Fw: Kandungan memo air kepada Agong
From: :: eSpAcE 9808 ::
3. Fw: Awas jualan kereta murah di Internet
From: :: eSpAcE 9808 ::
Messages
________________________________________________________________________
1. Fw: K'jaan Selangor bagi FREE, suruh Rakyat bagi balik duit tuu..
Posted by: ":: eSpAcE 9808 ::" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Date: Mon Dec 6, 2010 7:59 am ((PST))
Alahai Syabas : Dah la K'jaan Selangor bayaq bil yang bagi FREE tuu.. Last Buat Tabung pulak suruh Rakyat bagi balik duit tuu..
kedahlanie
Jangan Sampai Tabung Budi dipertikaikan 'Nawaitu'nya
Dalam keadaan yang cukup tertekan dengan situasi yang melingkunginya, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mutakhir ini menjalankan satu kegiatan yang didakwa dalam rangka Tanggung Sosial Korporat atau CSRnya.
Diberi nama Tabung Budi, SYABAS sedang menggalakkan pengguna dan khususnya kakitangannya untuk menyerahkan wang RM11.40 sebagai nilai harga air percuma yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor kepada rakyatnya untuk Tabung Budi SYABAS.
Mengikut Enakmen Bekalan Air Selangor 1997 atau Selangor Water Suply Enactment, 1997, SYABAS diberi lessen untuk menjalankan kegiatan dalam hal mengurus dan membekal air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Adalah difahamkan bahawa SYABAS tidak dimandatkan dan juga tidak diberi kuasa untuk membuat apa-apa pungutan wang dari pengguna-pengguna dan tidak sama sekali diberi mandat untuk mengumpul dana dan tidak dari wang yang hasil dari air percuma yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor kepada pengguna-pengguna di Selangor.
Justeru kegiatan SYABAS menggalakkan pengguna-pengguna menyerahkan wang sebanyak RM11.40 sebagai nilai air percuma yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor adalah bertentangan dengan mandat dan terma perjanjian tiga pihak - Federal, kerajaan Negeri dan SYABAS sendiri seperti juga terkeluar dari bidang kuasa Enakmen Bekalan Air Selangor 1997.
Tambahan, Tabung Budi yang diselenggarakan oleh SYABAS ini jelasnya tidak dapat ditentukan ketelusannya dan juga tidak ada pertanggungjawabannya kepada pihak lain selain SYABAS. Jelasnya SYABAS telah terlibat dalam membuat dua kali kutipan dari pengguna dan dana itu pula tidak dapat dijamin akan sampai seluruhnya kepada golongan miskin dan kumpulan sasaran.
SYABAS tidak dihalang untuk menunaikan CSRnya kepada masyarakat kurang berkemampuan dengan keuntungan yang dilaba sekian lama ini. Akan tetapi cara yang dilakukannya ini jelasnya menimbulkan pelbagai pertikaikan bahkan bercanggah dengan peruntukan undang-undang khususnya Enakmen Bekalan Air Selangor 1997.
SYABAS digesa supaya tidak memburukkan lagi hubungan dengan kerajaan negeri Selangor dengan segara memberhentikan kegiatan tidak bertanggungjawab ini bagi memurnikan keadaan untuk mencari jalan penyelesaian baik bagi krisis air di Selangor.
SYABAS boleh terbudi dan beramal dengan apa jua cara dengan hasil keuntungan bersih dari kegiatan pengurusan air tetapi jangan sampai Tabung Budi dipertikaikan kebersihannya dan 'nawaitu'nya.
*Tulisan ini dipetik dari blog Dzukefly Ahmad (gambar kanan), selaku Ahli Panel Air Selangor, Ahli Parlimen Kuala Selangor, juga AJK PAS Pusat.
Hebat Anak Muda!
Posted by Love Perak
Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucapkan tahniah dan syabas di atas keberanian rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor kerana berjaya mengadakan himpunan aman di perkarangan Masjid Negara pada 5 Disember 2010. Walaupun himpunan ini berakhir dengan tembakan dan tangkapan yang dibuat oleh polis secara melulu menyebabkan ada yang tercedera.
Tahniah khusus kepada 70 peratus anak-anak muda yang berumur 30 tahun kebawah datang untuk menyatakan bantahan. Kedatangan mereka memberi isyarat kepada Umno BN, bukan jalan mudah mereka untuk menang selesa dalam PRU akan datang. Generasi muda tidak rela hak mereka diperkosakan oleh kerajaan BN. Pada mereka sudah cukup setengah abad pertama ibu bapa mereka ditipu, mereka tidak akan biarkan sejarah setengah abad kedua menimpa mereka. Mereka akan mencipta sejarah baru dan membentuk pemetaan politik baru di negara ini.
Kenapakah pihak polis tidak menggunakan akal yang waras untuk menghadapi himpunan aman ini. Jika tidak ada porovokasi daripada polis himpunan akan berjalan dengan aman, contohnya ketika himpunan BERSIH 10 November 2007 tidak ada satu pasu bunga pun yang dipecahkan walaupun kehadiran hampir 100 ribu orang. Air dan gas yang mereka gunakan adalah wang rakyat. Bukankah polis tidak tahu, kantong negara semakin kurus, kenapa perlu dibazirkan wang, sehingga polis hanya dapat bonus RM500 sahaja tahun ini. Sedangkan ini adalah perjuangan untuk polis, sama-sama dapat menikmati air percuma daripada kerajaan yang berjiwa rakyat.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Khalid : Kerajaan negeri gunapakai nasihat Sultan
selangorkini
SHAH ALAM, 6 Dis - Kerajaan negeri akan menggunapakai nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu tindakan segera diambil untuk memastikan negeri ini tidak mengalami krisis air pada masa depan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
" Kita menerima cadangan Tuanku. Kita mesti membuat persediaan terhadap keadan-keadaan kekurangan air dan seterusnya. Itu kita akan lakukan, sebab itu kita nak mempercepatkan proses penswastaan ini supaya dapat dijalankan dengan cepat dan tertib," kata beliau.
Semalam, Tan Sri Abdul Khalid berkata kerajaan persekutuan akhirnya memberi persetujuan kepada kerajaan negeri untuk membuat tawaran semula kepada empat syarikat konsesi termasuk Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi pengambilan aset mereka.
Kerajaan negeri akan menawarkan Syabas, Puncak Niaga, Splash dan Abass RM6 bilion, jumlah yang hampir sama ditawarkan sebelum ini, namun tidak dipersetujui oleh kerajaan persekutuan Umno-Barisan Nasional.
Jika tawatan itu diterima, kerajaan negeri akan mendapat hak semula untuk menguruskan industri air Selangor dan berpeluang menawarkan kemudahan itu pada harga yang lebih murah daripada Syabas.
Dalam wawancara dengan akhbar The Star semalam, Sultan Sharafuddin mahukan kemelut antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan diselesaikan secepat mungkin dan berharap kedua-dua pihak mengenepikan perbezaan politik mereka demi kebajikan rakyat Selangor.
Tan Sri Khalid berkata teguran oleh Tuanku tidak harus dilihat sebagai memihak kepada sesiapa tetapi dibuat atas keprihatinan baginda terhadap rakyat Selangor.
"Baginda mengingatkan bagaimana usaha yang terbaik untuk melakukan sesuatu, boleh jadi ada orang mengintrepetasikan sebagai amaran tapi bukan. Ini adalah satu nasihat. Rakyat berpayung kepada Raja kerana nasihat kebijaksanaan Raja. Itu yang paling penting," tambah Khalid lagi.
Sultan Sharafuddin semalam bertitah bahawa baginda menyedari setiap tegurannya kepada kerajaan negeri sekarang akan mendapat liputan meluas di media arus perdana.
Kenyataan itu dilihat sebagai bertunjangkan hakikat bahawa media arus perdana dikawal oleh Umno-BN dan sebarang kenyataan istana terhadap Pakatan Rakyat akan disensasikan.
Namun dalam wawancara sama, Sultan Idris Shah mengingatkan bahawa beliau sentiasa menegur kerajaan negeri apabila perlu dari dulu lagi, apabila Selangor dibawah pimpinan Umno-BN.
Khalid berkata tidak ada pihak yang harus memutarbelitkan amanat Sultan Sharafuddin.
"Tuanku berkata baginda membuat teguran bukan hanya pada 2008 sehingga sekarang, tetapi Tuanku membuat kenyataan ini sejak tahun 2002, saya ada baca, 2004 pun ada juga, jadi maknanya baginda konsisten. Maknanya Sultan mengingatkan pegawai kerajaan lebih baik jangan berpolitik tapi buat kerja, " tegas Tan Sri Khalid.
Mangsa Kekerasan FRU terhadap Peserta Demo Air Rakyat 5 Disemberv 2010
selatanonline
1. Zumrah Husni, 45, isteri Dr Badrul Amin, pengsan akibat disembur dengan air kimia dan terhidu asap gas pemedih mata berlebihan yang dilepaskan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan dibawa ke HKL.
2. Peserta dari Sementa, Klang, Azami Ismail yang patahnya kakinya, akibat terjatuh dari tangga ketika dikejar sekumpulan polis di Masjid Negara.
3. Ada peserta yang trauma akibat seorang anggota polis mengacukan revolver kepadanya.
4. Azmizam Zamanhuri, Kota Raja; dilanyak dan ditangkap oleh polis. Kira-kira 7 org polis lanyak dia seorang.
Peserta Demo Air dikasari tanpa perlu!
a.. Azmizam Zaman Huri sukakan ini.
b..
a..
Azmizam Zaman Huri Terima kasih kepada sahabat2 yg membantu melepaskan saya daripada dilanyak dan ditangkap oleh polis. Antara yg saya perasan ialah Sdr Fariz dan Sdr Syahnaz. Kira-kira 7 org polis lanyak saya seorang. Agak2 lah polis.. Keluarga polis pun guna air juga. Ada patut ke 7 orang polis bantai saya seorang hanya kerana saya berjuang mempertahankan hak rakyat?
Posted by aya
Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2. Fw: Kandungan memo air kepada Agong
Posted by: ":: eSpAcE 9808 ::" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Date: Mon Dec 6, 2010 8:00 am ((PST))
Kandungan memo air kepada Agong
kedahlanie
Memorandum
Isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan
Kepada:
Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin
Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah
Yang Dipertuan Agong, Malaysia
Daripada:
Rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Kerajaan Negeri
Selangor Darul Ehsan
2010
Dengan nama Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., pesuruh Allah s.w.t. yang sangat mencintai dan menggesa umatnya berlaku adil.
Assalamu'alaikum w.b.t.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.
Dengan keinsafan bahawa kehidupan asasi manusia cukup bergantung dengan akses kepada air yang bersih pada kadar harga munasabah,
Dengan kesedaran perkembangan kos sara hidup rakyat kian meningkat berbanding pendapatan,
Dengan ketegasan menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kepura-puraan,
Dengan iltizam menegakkan sebuah kepimpinan yang prihatin, telus, bertanggungjawab, cekap, dan menghormati semangat dan amalan Persekutuan;
Maka dengan ini kami, Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor, berkumpul marafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk menyampaikan suara hati kami terhadap isu Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air di Selangor Darul Ehsan.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah rakyat harap diampun.
1) Mengembalikan Hak Air kepada Rakyat
Kami, mewakili 150,000 rakyat Selangor yang telah menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada Memorandum ini dan juga keseluruhan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mendapatkan perkhidmatan air yang sama, menuntut keadilan untuk diri kami membetulkan kesalahan dalam penswastaan Industri Perkhidmatan Air yang telah dibuat, sehingga menyebabkan kualiti dan perkhidmatan air yang teruk serta peningkatan tarif air pada kadar yang tidak munasabah. Justeru, kami menuntut kualiti air dan Perkhidmatan Air yang bersih pada kadar yang munasabah, dengan mengambil kira rakyat miskin serta mereka yang berpendapatan rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menitahkan agar Hak Air ini dikembalikan kepada rakyat melalui pengambil-alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
2) Mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006)
Kami merafak sembah memohon Tuanku mendokong semangat dan matlamat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang telah menjelaskan keperluan Industri Perkhidmatan Air ini distrukturkan semula secara holistik dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sesungguhnya, Akta ini telah dirangka dan diluluskan dengan tujuan membetulkan kesalahan yang dibuat semasa menswastakan Industri Perkhidmatan Air sebelumnya. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar tidak berdolak-dalik tentang keputusan ini.
3) Menghak-upayakan Rakyat
Perjanjian konsesi yang ditandatangani pada tahun 2004 antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. ("SYABAS"), Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengandungi sejumlah persoalan yang jelas menunjukkan SYABAS tidak pedulikan kebajikan rakyat seperti kenaikan tarif air pada kadar yang tinggi (37% pada tahun 2009, dan 25%, 20%, 10% serta 5% pada 2012, 2015, 2018 dan 2021). Perjanjian ini seharusnya dirundingi dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana mereka adalah penerima kesan utama daripadanya. Kami merafak sembah memohon Tuanku menghak-upaya rakyat dengan memastikan bahawa sebarang perjanjian baru yang mahu dibuat perlulah dirunding dengan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebelum dimuktamadkan.
4. Mengembalikan Kuasa Kerajaan Negeri
Perkhidmatan air yang telah dimasukkan dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan 1957 memberikan kuasa bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan dalam hal berkaitan. Kami mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menghormati semangat Persekutuan ini dan kuasa yang dimiliki oleh Kerajaan negeri dalam isu berkaitan perkhidmatan air ini, dan jangan berdolak-dalik menentang Kerajaan Negeri Selangor. Kami merafak sembah memohon Tuanku untuk mengembalikan kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam hal ini.
5) Menghapuskan Kronisme
Telah menjadi persepsi umum bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil sikap menyebelahi sektor swasta, dalam kes ini syarikat tertentu, yang boleh disabitkan dengan amalan kronisme. Telah terbukti bahawa usaha membolehkan syarikat-syarikat penerima konsesi ini mendapat sejumlah keuntungan tertentu, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif yang tinggi dengan pemberian jaminan pinjaman Kerajaan Persekutuan yang bermaksud rakyatlah menjadi pembayarnya. Rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini perlu membayar kadar harga air yang tinggi, dan pembayar cukai Malaysia perlu menjamin risiko perniagaan SYABAS. Kami merafak sembah memohon Tuanku mengingatkan janji Kerajaan Persekutuan untuk segera menghapuskan kronisme.
Dengan mandat diberikan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor bertekad untuk memastikan nasib mereka terbela. Dengan pengambil-alihan Industri Perkhidmatan Air ini, Kerajaan Negeri Selangor berjanji untuk mengusahakannya dengan cara terbaik untuk manfaat semua.
Sekianlah penjelasan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bersama mendoakan dan menyokong tindakan penting ini.
Menjadi harapan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk melihat ia diambil perhatian serius oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Rakyat menjunjung kasih atas perhatian yang diberikan.
Sekian, terima kasih.
Daulat Tuanku.
5 Disember 2010.
Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
3. Fw: Awas jualan kereta murah di Internet
Posted by: ":: eSpAcE 9808 ::" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Date: Mon Dec 6, 2010 8:06 am ((PST))
Awas jualan kereta murah di Internet
kedahlanie
Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my
SOON BOON (kanan) dan Eng Chong menunjukkan salinan laman web yang menawarkan kereta dijual pada harga rendah berbanding harga semasa di Alor Setar semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
ALOR SETAR - Orang ramai diminta berhati-hati agar tidak tertipu dengan taktik penjualan kereta pada harga murah berbanding harga pasaran yang kini boleh diakses di laman penyedia pengiklanan di Internet.
Ketua Pemuda MCA Kedah, Ong Soon Boon yang mendedahkan perkara itu di pejabatnya di sini memberitahu, pihaknya mengesan iklan bagi sebuah kereta Honda Accord 2.4 tahun 2005 yang mahu dijual pada harga RM37,600 berbanding harga pasaran lebih RM80,000 dengan pemiliknya dikatakan kononnya berada di Taiwan.
Katanya, pihaknya kemudian menghubungi pemilik kenderaan itu melalui e-mel di laman tersebut yang memaklumkan kenderaan itu kini berada di Taiwan dan pembeli yang berminat perlu menjelaskan separuh harga kereta dengan urusan permit import (AP), cukai kastam serta kos penghantaran manakala pertukaran nama akan diuruskan penjual.
"Pembayaran wang tersebut perlu dibuat menerusi akaun pihak ketiga yang kononnya dilantik oleh pemilik untuk menerima wang tersebut.
"Pemilik mendakwa dia menjual kereta itu pada harga murah kerana tiada pembeli di Taiwan berikutan pemanduan di negara itu adalah sebelah kiri berbanding Malaysia (kanan)," katanya.
Messages in this topic (1)
Ahli yang menghantar menggunakan kata-kata kesat dan kasar atau menyerang peribadi ahli yang lain, email mereka tidak akan disiarkan.
Ahli group yang sentiasa menghantar email berkenaan politik sahaja akan disiarkan emailnya tanpa penapisan moderator group.
Email yang disiarkan dipertanggungjawabkan kepada pengirim email tersebut dimana moderator dan group tidak boleh dipertanggungjawabkan.
No comments:
Post a Comment