20100128

ISU FDI DAN MASA DEPAN NEGARA

Tun Mahathir telah mengulangi dan berpesan kepada kepimpinan negara mengenai FDI. Hari ini kita membuka ruang yang besar untuk menarik pelabur masuk , walaupun pelbagai insentif disediakan oleh kerajaan terhadap mereka tetapi sejak 19 tahun ia masih tidak berubah,

Negara menjadi negara paling rendah dibawah Myammar, kenapa ini berlaku ? Pertamanya kerana terlalu banyak redtape yang menjadi karenah birokrasi. Kelulusan lambat dan mengambil masa lama dalam sesuatu perkara, Walaupun kerajaan telah menghimpunkan semua jabatan di Putrajaya tetapi tindakan masih lambat.

Hari ini Perdana Menteri telah menetapkan satu lagi sistem bekerja, iaitu setiap surat perlu diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja. Adalah menjadi harapan agar ia akan berjaya merubah budaya kerja semua jabatan kerajaan.

Begitu juga dengan GLC, hari ini jawatan-jawatan utama dalam GLC seolah-olah menjadi milik kekal bekas-bekas pesara kerajaan dari gred JUSA.

Tahun lalu TM telah membicarakan tentang masalah GLC dan perubahan sudah nampak walaupun hanya sedikit perubahan. Tahniah kepada anak Taiping yang berjaya menjadi orang penting dalam GLC ini. Memang ramai tak kenal kerana beliau bukan lah bekas ketua setiausaha atau pun pengarah Jusa A. Tahniah dan terima kasih kepada PM.

Tadi dalam berita jam lapan malam Tun Mahathir sekali lagi menyebut tentanng pengurusan dalam GLC ini dan beliau menyentuh tentang Petronas.

Berbalik kepada FDI, Tun pernah berkata, banyak pelabur asing datang dengan modal kecil tetapi meminjam wang dari bank tempatan dan itu bukan FDI.

Kita mahu jikan 100 billion pelaburan yang akan dibawa masuk, kita mahu pelabur itu benar-benar membawa wang 1oo billion bukan membawa 1o billion dan meminjam dari bank tempatan 90 billion.

Masa kini kita hendaklah banyak membangunkan industri tempatan tanpa mengharapkan pelaburan luar. Tun menyebut Amerika mungkin tidak akan melabur diluar kerana negaranya sendiri menghadapi masalah pengangguran. Lebih baik mereka melabur dalam negara mereka untuk mengurangkan pengangguran dan kemungkinan kos yang gaji yang rendah.

implikasi nya lebih besar jika barangan tidak dapat dijual, kadar tukaran matawang mungkin akan jatuh kerana tidak ada pemintaan. Apa akan terjadi seterusnya? Kena tanya pakar ekonomi lah.

Tapi TM yakin Tun Mahathir ada formulanya. Tun telah berjaya melawan kejatuhan nilai ringgit dan berjaya mengelakkan negara daripada terperangkap dengan IMF dan Sorros.

Akhir sekali Tun juga berjaya menyingkirkan pengkhianat bangsa dan negara ,

No comments:

Alexa Traffic Rank

Subscribe to dunia-politik

Subscribe to dunia-politik
Powered by groups.yahoo.com